Sie sind auf Seite 1von 85

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

TRANSKIP TEMUBUAL BERSAMA ENCIK YAHYA BIN OSMAN, MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SELAKU BEKAS GURU BESAR DAN MENGENAI PENGALAMAN BELIAU DALAM BIDANG PENDIDIKAN.

OLEH: Hazwani binti Abdul Karim Noor Amiza binti Pikri

FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM APRIL 2009 NOVEMBER 2009

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

1.0 PENGHARGAAN Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Pertamanya kami memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T yang telah memberi limpah rahmat serta peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan jaya dan sempurnanya setelah melalui pelbagai halangan dan dugaan. Sesungguhnya tugasan ini banyak menguji kami dengan realiti persekitaran sebenar dalam memperolehi maklumat berkenaan tokoh yang telah dipilih. Walaubagaimanapun, kami mendapat banyak manfaat dalam menyempurnakan tugasan ini. Di sini, kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Yahya Bin Osman di atas kesudian beliau menerima kami untuk ditemuramah dan sanggup meluangkan masa serta berkongsi pengalaman beliau sepanjang bergelar warga pendidik dan sewaktu pernah memegang jawatan sebagai Guru Besar. Tidak lupa juga, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pensyarah kami iaitu, Encik Mohd Nazir Bin Ahmad serta Cik Hanis Diyana Binti Kamarudin iaitu pensyarah yang telah mengambil alih untuk mengajar kami. Segala jasa dan tunjuk ajar kedua-dua pensyarah ini amat kami hargai dan akan kami manfaatkan sepenuhnya. Sekalung terima kasih buat semua teman seperjuangan yang telah sama-sama berkongsi idea, membantu kami ketika menyiapkan tugasan ini secara langsung ataupun tidak langsung. Akhir kata, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga kami yang tidak jemu memberikan sokongan dan dorongan samada dalam bentuk tenaga mahupun wang ringgit bagi membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Segala jasa baik semua pihak dan individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam manyiapkan tugasan ini akan dibalas dengan ganjaran dari Allah S.W.T. Amin.

Sekian, terima kasih.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

2.0 ABSTRAK Transkrip temubual bersama Haji Yahya bin Osman selaku bekas guru besar, mengenai pengalaman beliau dalam bidang pendidikan.

Abstrak: Transkrip ini mengandungi wawancara sejarah lisan bersama Haji Yahya bin Osman selaku bekas guru besar.Didalam transkrip turut mengandungi beliau dalam bidang pendidikan. Wawancara ini telah diadakan di rumah beliau di Taman Hijau, Jalan Ketoyong, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. Beliau dilahirkan di Tapah,Perak pada tahun 1946 dan tinggal bersama-sama ayah, ibu tiri serta 10 orang adik beradik. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Laki-Laki, Tapah pada tahun 1955 dan menyanbung pelajaran di Pusat Latihan Guru Ipoh selama 2 tahun. Sebelum dilantik menjadi Guru Besar, beliau telah menyandang jawatan sebagai guru, Penolong Kanan, Pegawai Pendidikan Daerah dan telah menamatkan jawatan Guru Besar pada tahun 2002. Selama 12 tahun bergiat aktif memegang jawatan sebagai Guru Besar, beliau boleh dikatakan sebagai seorang pendidik yang berilmu dan mempunyai banyak pengalaman. Terkandung di dalam juga pengalaman beliau sewaktu di sekolah rendah dan menengah serta pengalaman beliau pada awal pembabitan sebagai seorang guru. pengalaman

Kata Kunci: Guru, Pendidik, Pendidikan, Tokoh Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

3.0 PENGENALAN Pendidikan merupakan satu bidang yang dipandang mulia dan tinggi darjatnya sejak dahulu lagi. Fenomena ini terjadi kerana, pendidikan yang telah wujud berabad lamanya bahkan telah menjadi perkara penting didalam mengembangkan ilmu iaitu tanpa membezakan negara, kaum dan agama. Negara yang membangun adalah bermula dari pendidikan dimana setiap rakyatnya dibekalkan dengan ilmu dan berupaya mentadbir negara dengan baik.

Pendidikan dan pendidik tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu kerana tanpa pendidik maka tidak wujudlah pendidikan. Pendidik atau Guru adalah lambang kepada pendidikan iaitu yang mencorakkan pendidikan ini menjadi satu bidang yang amat menarik dan meluas.Peranan guru amat meluas bukan sekadar mengajar malah berperanan sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid disekolah.

Bermula di peringkat prasekolah sehinggalah keperingkat menengah, guru memainkan peranan penting didalam pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Setiap guru telah dilatih untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui kursus-kursus yang ditawarkan di institusi pendidikan dan juga di pusat-pusat latihan perguruan di seluruh Malaysia. Penerapan ilmu-ilmu dan nilai-nilai yang positif kedalam diri setiap bakal guru telah melahirkan para guru yang berwawasan dan seterusnya beganding bahu dalam mendidik anak bangsa.

Usaha-usaha kerajaan untuk membangunkan sektor ini dapat dilihat menerusi keistemewaan yang diberikan kepada setiap guru, pendekatan ini adalah untuk memastikan para guru mendapat keselesaan dan setiap usaha dan tenaga yang dicurahkan terbalas, memandangkan status guru dipandang mulia dan tinggi di mata masyarakat. Oleh itu, setiap guru seharusnya memegang ikrar dan janji untuk berbakti kepada negara dengan sebaiknya dan menjalankan tugasan dengan hati yang ikhlas.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

4.0 FALSAFAH PENDIDIKAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 4.1 OBJEKTIF Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan 4.2 STRATEGI PELAKSANAAN

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama; Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; sistem peperiksaan yang sama bagi semua;

Mewujudkan

Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;

Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;

Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan

mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;

Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.

Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Memperluaskan

pendidikan

Vokasional

dan

Teknik

melalui

penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;

Mempelbagai

dan

memperbanyakkan

kemudahan

pendidikan

di

peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;

Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata

pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan

Menggalakkan

aktiviti

ko-kurikulum

yang

memupuk

disiplin,

seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain 5.0 IMBASAN SEJARAH 5.1 Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

5.2 Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

5.3 Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979


Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

5.4 Rang Undang Undang Pendidikan 1995

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun Pendidikan kebangsaan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan

Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

6.0 HALA TUJU PENDIDIKAN 6.1 Perundangan Pendidikan 1957 - The Education Ordinance, 1957 1961 - Education Act, 1961 1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971) 1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

1974 - Akta Politeknik Ungku Omar 1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia

6.2 Laporan-Laporan Penting 1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak) 1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib) 1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi 1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran) 1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir) 1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

6.3 Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan 1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah 1970 - Bahasa pengantar darjah 1 1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan 1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1 1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera 1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti 1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains 1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan 1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti

6.4 Peperiksaan Sekolah Rendah 1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan 1963 - MSSEE dimansuhkan 1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan 1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan 1982 - UDT dimansuhkan

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

1988 - PDL dimansuhkan 1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

6.5 Peperiksaan Sekolah Menengah 1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan 1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan 1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan 1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan 1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan 1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan 1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan 1964 - SPPTM dimansuhkan 1964 - FMC dimansuhkan 1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan 1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan 1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan 1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia. 1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan 1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan 1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan 1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan 1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan 1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan 1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan 1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V) 1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan 1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan 1992 - Tahun terakhir bagi SRP 1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

6.6 Kurikulum 1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan 1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan 1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan 1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development 1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan 1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan 1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah 1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai 1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa 1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain 1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1 1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah 1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah 1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah 1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1 1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah 1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah

6.7 Peperiksaan Khas 1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas 1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh 1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

setiausaha) 1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian. 1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri 1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan 1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia 1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara 1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan 1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam 1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran 1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanakkanak dengan Perlakuan Autisme Ringan 1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara 1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluankeperluan Pendidikan Khas 1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas. 7.0 Guru Cemerlang Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang.

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan. Jawatanjawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat. Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

7.1 OBJEKTIF KENAIKAN PANGKAT GURU CEMERLANG

Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.

Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain. Meningkatkan motivasi guru. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.

Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.

Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP)

8.0 PERANAN GURU o Menentukan objektif pembelajaran. o Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid. o Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan p&p. o Memilih bahan p&p yang sesuai. o Berbincang dengan murid. o Menilai secara formatif & sumatif dan merekod pencapaian murid. o Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

9.0 TUGAS-TUGAS GURU BESAR A. Pentadbiran: Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut:

1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya. 2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya. 3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan. 4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan. 5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya. 6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya. 7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan. 8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru. 9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya. 10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa. 11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna. 12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar. 13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah. 15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. 16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan. 17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain. B. Kewangan: 1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. 2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa. 3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna. 4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah. 5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan. 6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit. 7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas. 8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja. 9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. 10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya. 12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada. 13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar. C. Pembangunan Fizikal Sekolah: 1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur. 2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa. 3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di sekolah. 4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

D. Pembangunan Kakitangan: 1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk pengayaan dirinya. 2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya. 3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. E. Mengajar: 1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar. F. Kurikulum: 1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur, berkesan dan mengikut perancangan.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan. 3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna. 4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan. 5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya. 6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu. 7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah. 8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya. 9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik. G. Ko-Kurikulum: 1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukanpasukan unit pakaian seragam. 2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal. 3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom. H. Hal Ehwal Pelajar: 1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan. 2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar. 3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil. 5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem mentor menti). I. Pengawasan Dan Penyeliaan: 1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya. 2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar. 3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka. 4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. 5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. 6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat pada setiap hujung tahun

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

10.0 KESIMPULAN: Hazwani binti Abdul Karim dan Noor Amiza binti Pikri telah menemubual Haji Yahya bin Osman di kediaman beliau di Taman Hijau, Tanjong Malim, selama dua hari, pada 29 Ogos 2009 dan 30 Ogos 2009. Temubual ini adalah berkenaan dengan pengalaman beliau sebagai seorang pendidik dan Guru Besar yang telah banyak memberi sumbangan dalam mendidik pelajar-pelajar.

Haji Yahya dilahirkan di Kampung Jalan Kacu, Tapah Perak,

pada tahun

sembilan belas empat puluh enam (1946). Beliau mempunyai empat orang adik beradik kandung dan enam orang adik beradik tiri. Beliau telah terlibat dalam bidang pendidikan selama tiga puluh empat tahun.

Walaupun beliau telah berusia enam puluh tiga tahun dan tidak begitu sihat, beliau sanggup diwawancara dan bersemangat dalam menceritakan kisah hidup dan pengalaman beliau di dalam bidang pendidikan. Haji Yahya sangat serius dan berdedikasi dalam membimbing pelajarnya ke arah kejayaan. Selain menjadi seorang Guru Besar, beliau sangat aktif melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Pelbagai penghargaan telah dianugerahkan kepada beliau di atas sumbangan yang telah dicurahkan.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

11.0 BIODATA TOKOH

Nama Tarikh Lahir Tempat Lahir Keturunan Bilangan Adik-Beradik Alamat Rumah

: Encik Yahya Bin Osman : 13.11.1946 : Kampung Jalan Kacu, Tapah Perak : Melayu : 10 orang : Taman Hijau, Jalan Ketoyong, 35900, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. : o 1955- Darjah 1- 6 Sekolah Kebangsaan Laki-Laki, Tapah o 1960- Tingkatan 1- 5 Ingglo Chinese School, Kampar o Sijil Pelajaran Malaysia o Melanjutkan pelajaran ke Institut Latihan Guru Ipoh

Kelulusan Akademik

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

o Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru Status Nama Isteri Bilangan Anak : Berkahwin : Puan Kamsiah : 3 orang 1. Zuraina 2. Zuraidi 3. Zuhairi Senarai sekolah yang pernah di ajar: o o o o o o o Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Division Tiga,Hulu Bernam Perak Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Perak Sekolah Menengah Khir Johari Tanjong Malim Sekolah Menengah Trolak Selatan Sekolah Menengah Kalumpang Sekolah Kebangsaaan Hulu Bernam Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Sungai Buluh

Jawatan yang pernah disandang: o o o o Penolong Kanan Penolong Pengetua Pegawai PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) Guru Besar

Penghargaan: o Pingat Pangkuan Negara dari Al-Marhum Tuanku Jaafar (PPN) o Tokoh guru daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor o Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Kegiatan Lain: o o o o Bergiat aktif di dalam sukan bola sepak, sepak takraw dan badminton. Komanden Persatuan Bulan Sabit Merah, Malaysia. Bilal Masjid (jawatan yang disandang selepas bersara) Terlibat di dalam Persatuan Jalinan Rauh

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

KERANGKA TEMUBUAL Ini adalah temubual antara Hazwani dan Noor Amiza dengan Encik Yahya Bin Osman, mengenai pengalaman beliau selaku bekas Guru Besar dan mengenai pengalaman beliau dalam bidang pendidikan.

KASET 1: BAHAGIAN A

NA: Assalamualaikum cikgu.

Encik Yahya: Waalaikumsalam warahmatullah.

NA: Cikgu apa khabar?

Encik Yahya: Alhamdulillah syukur pada Allah.

NA: Boleh kita mulakan temubual kita cikgu?

Encik Yahya: InsyaAllah [Dengan izin Allah].

NA: Boleh cikgu ceritakan tentang - maaf cikgu. Boleh cikgu berikan nama penuh cikgu?

Encik Yahya: Nama saya Yahya Bin Osman.

NA: Ya, panggilan cikgu, nama panggilan?

Encik Yahya: Panggilan biasalah, nama saya jugak [juga] yang dipanggil, tapi [tetapi] kalo [kalau] orang kat [dekat] daerah ni [ini] sebab makciknya tunggal, orang biasa panggil saya Pak

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Unggal. Panggil di kat [dekat] mana-mana kawasan ni [ini] orang akan kenal rumah saya. Ya, Pak Unggal mana, ya, mereka akan tunjuk rumah saya, ni [ini] lah rumah.

NA: Boleh cikgu ceritakan tentang latar belakang cikgu?

Encik Yahya: Ya, saya dilahirkan di Kampung Jalan Kacu, Tapah Perak mempunyai, masa itu pada tahun, tiga belas, sebelas, empat puluh enam (13.11.46) dan mempunyai tiga adik, empat adik beradik masa itu, dua orang kakak,saya dan seorang adik tetapi di akhirnya oleh sebab zaman kesusahan adik saya dibela oleh emak saudara saya dan untuk pengetahuan, saya sendiri pun tidak mempunyai ibu semasa umur saya tiga tahun, tak [tidak] kenal pun, hanya seorang ayah kemudian ayah saya ni [ini] married, kahwin semula, dapatlah enam orang anak, maka saya dalam kumpulan itu saya yang tercicir sebab kakak dan kakak saya dua-dua dah [sudah] kahwin, jadi taulakan [tahulah kan] hidup dengan seorang mak tiri tapi [tetapi] mak tiri saya, Alhamdulillah [bersyukur] seumur hidup saya sekali saya dicubit sebab kedegilan saya untuk tidak mandi untuk pergi sembahyang, itulah dan buat masa ini adik beradik tu [itu] berpecahpecahlah dan sehingga pada tahun seribu sembilan ratus lima puluh lima (1955) saya menempuhi alam

persekolahan.

NA: Okay [Baik], apakah nama penuh isteri cikgu?

Encik Yahya: Oh. Pn. Kamsiah binti _____ _____ _____ _____ _____, dia berasal daripada Gombak, Selangor. Tak tau [tidak tahu] macam mana jumpa yang ditakdir Allah kahwinlah dengan dia

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

kerana saudara dia ada di kampung tu [itu] dan dia menetap disana. NA: Boleh cikgu ceritakan tentang latar belakang anak-anak cikgu?

Encik Yahya: Anak saya cuma tiga orang ja [sahaja], sorang perempuan, Zuraina, dua orang lelaki Zuraidi dan Zuhairi. Ketiga-tiga mereka ni [ini] dah [sudah] kahwin dah [sudah], yang Zuraina mempunyai tiga orang anak, seorang lelaki, dua orang perempuan, Zuhairi mempunyai dua orang anak, seorang lelaki, dua-dua lelaki dan Zuraidi seorang anak perempuan, Kamalia Balqis yang Zuhairi dua orang anak dua-duanya lelaki iaitu (cuba mengingati) Mohd Danish Khairin dan seorang lagi Mohd Daniel Khairin. Dan mereka sekarang rukun damailah di rumah mereka masing-masing.

NA: Adakah ahli keluarga cikgu juga bergelar sebagai seorang guru?

Encik Yahya: Nampaknya tak [tidak] ada. Pada tahun mereka lulus SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] kedua-dua lelaki itu dapat gred satu, SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] tapi [tetapi] refuse [enggan] tak [tidak] hendak jadi cikgu, sebab dia tengok saya sibuk cikgu tak [tidak] apa, tak [tidak] senang duduk kerana diri saya memang macam tu [itu] saya mesti siapkan kerja saya selagi tak [tidak] siap. Ramai juga cikgu besar atau cikgu-cikgu ada masa lapang tapi [tetapi] pada saya tidak kerana kita kesibukan dari segi profesional saya sebagai cikgu dengan masyarakat masa itu saya berkhidmat dengan masyarakat di Tanjung Malim ni [ini] sebagai seorang komanden Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

menubuhkannya untuk bekerjasama dengan masyarakat mengelokkan keadaan muda-mudi iaitu Tanjung Malim.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

NA: Adakah cikgu sering mendorong ahli keluarga cikgu supaya berkhidmat sebagai guru?

Encik Yahya: Memang ada, kerana saya diajar bahawa Allah memang meletakkan guru ni [ini], tempat yang mulia. Jadi oleh diri saya sarankan kepada mereka, mereka tak [tidak] berapa berkenan [minat]. Yang perempuannya memang berkenan [minat] tapi [tetapi] kelulusan kurang mengizinkan dan yang lelaki dua-dua ni [ini] secara saya tak [tidak] tahu daripada awal telah berkhidmat sebagai pramugara MAS [Malaysia Airlines System] dua-dua sekali dapat pergi situ.

NA: Boleh saya tahu, apakah pendekatan yang cikgu lakukan untuk mendidik anak-anak di rumah?

Encik Yahya: Nombor satu saya macam biasa, saya akan suruh mereka duduk dan check up [semak] kerja sekolah. Itu je [sahaja]. Kerana di sekolah ada mendengar kemudian di rumah dia mesti buat homework [kerja rumah] kerja, selagi homework [kerja rumah] tak [tidak] siap juga ada rentetan di akhir bila masuk kelas. Dia tak [tidak] siap, dia akan rasa takut, ekoran itu pelajaran lain takkan [tidak akan] masuk, selagi cikgu, macam Matematik dah [sudah] siap, Matematik adalah dalam period [waktu] yang ketiga jadi satu dan dua tu [itu] mesti dia risau. Jadi saya mesti buat macam tu [itu], kemudian mentelaah terutama sekali kalau Maghrib dia tidak akan buat lain selain daripada Quran. mendidik kita ke jalan yang sebenarnya. Jadi itu

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

NA: Adakah cikgu menggunakan pendekatan yang sama seperti pelajar cikgu di sekolah untuk mendidik anak-anak?

Encik Yahya: Ya, serupa. Kerana education [pendidikan] ni [ini] dia takde [tidak ada] lari daripada apa-apa yang kita buat kat [dekat] sekolah tinggal lagi sekolah ni [ini] kita tidak ditumpukan hundred percent [seratus peratus] pada seorang murid, tapi [tetapi] di rumah ni [ini] hanya tiga orang tapi [tetapi] saya tidak pernah menggunakan rotan di rumah ni [ini], cuma saya sebutkan dan saya akan beri penerangan kalau tidak saya akan mengadakan satu hukuman yang lain, misalannya tak [tidak] boleh keluar, dan tak [tidak] boleh bermain, main itu, budak-budak main sukekan [sukakan] dan akhirnya begitulah keadaannya.

NA: Siapakah idola cikgu?

Encik Yahya: Idola saya, zaman dulu kita takde [tidak ada] idola apa-apa pun. Macam mane (tidak jelas), cumanya saya ni [ini] bernasib baik, seorang yang miskin, tapi [tetapi] saya diminati oleh guru saya, seorang, masih hidup lagi mudahmudahan. Nohan, di Tapah tu [itu], dia mengajar Bahasa Inggeris, InsyaAllah [dengan izin Allah] setiap kali dissertations [tesis] atau dictation [transkrip] yang

diadakannya, sayalah orang pertama dapat menghafal ayat yang dia bagi. Kemudian, ayah dia masa itu, kalau, masyarakat masih ingat ialah Menteri Pelajaran iaitu Hamid Khan dan dia berminat untuk membela saya. Jadi saya nampak dia ni [ini], Hamid Khan lah, jadi idola saya, dia keturunan Punjabi ni [ini], tapi [tetapi] dia cukup serius dalam pendidikan hingga nak [hendak] ambik [ambil] saya

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

bela kat rumah dia. Saya memang sukalah, orang yang tak [tidak] berada dan pergi rumah dia. Jadi nampak gayanya ayah saya tak [tidak] mengizinkan akhirnya saya

menganggap dia sebagai orang yang menjadi idola kepada saya.

NA: Apakah yang sering cikgu lakukan ketika masa lapang?

Encik Yahya:Masa lapang ,masa saya takde [tidak ada] lapang kemungkinannya setelah saya mengajar balik rehat ,saya akan balik ke sekolah untuk membuat keje [kerja], terutama sekali masa [semasa] saya jadi Guru Besar. Masa saya jadi Guru Besar, saya takkan [tidak akan] sampai ke rumah sebelum pukul lima, masa itu pukul empat suku okay [baik] la boleh la, balik, tapi[tetapi] saya akan siapkan keje [kerja] saya, kemudian saya akan bermesra dengan keluarga saya, Maghrib saya dah [sudah] sampai ke surau sebelum saya bertugas di masjid seperti sekarang ni [ini]. Kemudian, malam kadang [kadang-kadang] ada je [sahaja] tetamu akan sampai ke rumah ni [ini], ada benda-benda lain yang dibincangkan. Terutama sekali sekarang pun masa lapang saya rasa tak [tidak] ada, saya ada kan, saya setelah saya terbabit dengan kerja-kerja amal di masjid [sekarang saya rasa saya tidak mempunyai masa lapang, tetapi saya berusaha meluangkan masa saya setelah terbabit dengan kerja-kerja amal di masjid]. Kadang-kadang saya, macam biasalah ada orang kahwin ke, ada orang meninggal ke, ada di situ la masa lapang saya.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

NA: Apa prinsip hidup cikgu?

Encik Yahya: Prinsip hidup saya, selalu masa kat [dekat] sekolah saya jadi Guru Besar ke, guru biasa ke di masjid ni [ini] tak [tidak] saya, siapa, tak [tidak] sekarang, bila, tu [itu] prinsip saya. Benar saya hurai sedikit ,tak [tidak] saya siapa, kalau saya nak [hendak] bercakap tentang perubahan, untuk

membersihkan satu kawasan misalan saya kena mula, seperti kata zaman Doktor Mahathir, kepimpinan memberi tauladan, kalau kita tak [tidak] buat sape [siapa] nak [hendak] buat, tak [tidak] sekarang, bagi orang Melayu pun, tak [tidak] sekarang tak [tidak] berubah tak [tidak] berganjak tak [tidak] merasa sakit perit, tak [tidak] mengambil peluang-peluang, tah [entah] bila kita akan dapat. Itulah dasar saya.

H: Baiklah cikgu, bagaimana cikgu mendapat pendidikan awal?

Encik Yahya: Saya mendapat pendidikan awal pada tahun seribu sembilan ratus lima puluh lima (1955) di Sekolah Kebangsaan Laki-Laki nama itu di Tapah Perak, kemudian untuk pengetahuan semua saya tidak pernah dihantar oleh ayah saya pergi sekolah , saya pergi dengan pak cik saya, apa pakcik nak buat, nak [hendak] tinggal tinggallah, saya terkejar-kejar. Zaman dulu, kita sekolah takde [tidak ada] pakai buku, pakai papan batu. Ada saya simpan satu papan batu, contoh bukan contoh, kenangan. Saya beli lain papan batu, kemudian sampailah saya darjah empat, saya, kami masa itu ada satu peperiksaan yang disebut SMC, Special Malay Class, masa itulah saya mendapat pangkat A dalam SMC [Special Malay Class], tapi [tetapi] sebab ayah saya tak [tidak] suka saya bersekolah sekolah Inggeris, maka terkubur macam itu jelah [sahajalah] cita-cita saya. Kawan-

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

kawan saya yang meneruskan pelajaran dalam SMC [Special Malay Class], SMC one [Special Malay Class satu] SMC two [Special Malay Class dua], bukanlah sebak pulakkan [pulakan] rezeki Allah Subhanawataala, mereka berjaya hingga menjadi menteri. Tapi [tetapi] takpelah [tidak apalah], sampai tingkatan lima, ada soalan untuk sekolah menengah ya? H: Ada.

Encik Yahya: Ya, okay [baiklah] terima kasih. H: Bagaimana pula dengan sejarah pendidikan cikgu disekolah menengah?

Encik Yahya: Pada sekolah menengah, pada tahun itu masa itu seribu sembilan ratus enam puluh (1960), masa itu ada sebab ayah saya ni [ini] suka pada, tidak suka terbabit dengan Bahasa Inggeris, maka masa itulah, apa peringkat kedua, saya peringkat kedua Malay Medium [Melayu Kelas Pertengahan] makna penggantar Bahasa Melayu, masa itu sekolah takde [tidak ada], sekolah untuk orang melayu tak [tidak] ada, jadi menumpang di Ingglo Chinese School, Kampar. Jadi taulah [tahulah] menumpang, orang menumpang macam mana keadaannya. Jadi kami menumpang di mana kelas kosong situ kami pergi, masa itu tidak ada buku Bahasa Melayu, fikirlah orang Melayu , original [asli] Melayu, Sekolah Melayu, masuk Sekolah Inggeris, yang adanya Arithmetic [Matematik], masa itu Arithmetic [Matematik] namanya, _____ Matematik, Bahasa Melayu, Sains, General Science tu [itu] Sains Am kata dia dan satu Geografi masih nama dia Geografi iaitu ilmu alam. Selain daripada itu, History [Sejarah] dan sebagainya, semua dalam Bahasa Inggeris kecuali Ugama [Agama].

H: Bagaimana pula dengan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Encik Yahya: Saya, walaupun badan saya kecil, tapi [tetapi] saya suka kepada bola sepak, satu, saya suka pada takraw pada awal lagi dah [sudah] dan saya suka kepada badminton. Jadi aktiviti-aktiviti lain seperti lari dan sebagainya kalau saya dibariskan dalam masa mengadakan sukan, saya orang paling rimas sekali kerana saya tak [tidak] kuat lari. Jadi tertinggal saya dan tapi [tetapi] saya cuba jugak [juga] la untuk riadah sendiri.

H: Selepas cikgu menamatkan zaman persekolahan di peringkat menengah, kemanakah halatuju cikgu?

Encik Yahya: Tula [Itula] waktu yang paling gentir bagi hidup saya seorang yang apa katakan, inverted comma boleh dikatakan miskinlah. Saya balik kampung , keje [kerja] tak ada[ tidak ada] saya berangan-angan untuk jadi cikgu tapi [tetapi] sebab yang ada kat [dekat], dekat kampung saya itu, muridnya pokok getah jadi saya menoreh, pagi lagi saya menoreh sendiri-sendiri, tak [tidak] ada suruh takde [tidak ada] tumpang atau campur dengan ayah tak [tidak] ada, saya potong getah orang, kemudian saya banyak berangan di pokok tu [itu] lagi daripada siap. Orang pukul sebelas dah [sudah] siap dah [sudah], saya pukul sebelas baru siap menoreh. Dah tu [sudah itu] kemudian saya dapat itu jugak [juga] la, kehidupan saya sehingga satu ketika datang wakil daripada sekolah saya yang awal iaitu SK [Sekolah Kebangsaan] Kampar membawa satu surat berita daripada Principal [Pengetua], Principal

[Pengetua] tu [itu] Cina bernama Mr Goh Eng Kong masih ingat dia punya kepala _____, kemudian dia dengan orang Melayu ni [ini] kurang berminat tetapi macam mana dengan saya dia minat, dia jemput saya untuk jadi guru sementara.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Jadi guru sementara masa itu saya diserah untuk mengajar Health [Kesihatan] Sains Kesihatan, sambil mengajar

kesihatan dan juga Ugama [Agama], tengok saya tidak berlulusan Sanawi apa-apa kemudian saya cuba mohon pada Allah supaya saya dilapangkan dada untuk mengajar ini, saya mengajar Bahasa Inggeris, Health Science [Sains Kesihatan] saya ingat lagi tu [itu] dan sehingga saya dapat interview, temuduga jadi cikgu ke PLG, Pusat Latihan Guru Ipoh.

H: Sekiranya cikgu tidak menjadi seorang guru, siapakah cikgu?

Encik Yahya: Sebenarnya saya tak nak [hendak] jadi cikgu, pada awal itu saya nampak cikgu seronok tapi [tetapi] sebenarnya saya juga suka ni [ini] Pegawai Luar Pertanian, ha [ya] tu [itu] minat saya. Saya suka kepada tumbuh-tumbuh [tumbuh-tumbuhan], awak orang kampung, jadi memang itu minat saya, saya mahu jadi Pegawai Pertanian tapi [tetapi] tak [tidak] jadi, jadi akhirnya. Eventhough [walaupun] masa di Pusat Latihan Guru pun apabila disoal oleh apa ni [ini], pensyarah awal-awal tu masa kita dalam apa, dalam tempoh seminggu di maktab, dia bertanya pada semua orang satu kelas lima puluh orang, Kamu suka jadi cikgu? Suka. Semua kata suka tapi [tetapi] saya kata tak [tidak] suka menyebabkan pensyarah marah. So[Jadi], saya kata Im telling you the truth [saya berkata benar], saya tak [tidak] suka jadi cikgu tapi [tetapi], cikgulah jadikan saya cikgu kerana saya memang tak [tidak] minat, so what we do now [jadi, apa kita boleh buat

sekarang], baru dia sedar dia ambik [ambil] saya dan dia minta maaf, saya kata saya tak [tidak] nak [hendak] jadi cikgu tapi [tetapi] akhirnya saya akan saya menjadi guru yang agak

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

baik, kalau dak tak tahu [bukan tidak tahu] - akhirnya jadi macam tu. Terima kasih. H: Jadi macam mana cikgu boleh mula berminat untuk menjadi seorang guru?

Encik Yahya: Apabila latihan selama dua tahun di Pusat Latihan Guru Ipoh, saya kasih pada seorang cikgu nama dia Antun, Antun ni [ini] bukan nama perempuan, lelaki. Dia cukup sayang dengan saya, jadi, disebut, eventhough Principal [walaupun pengetua] masa itu Mrs. Janes, Mrs Janes ni [ini] orang bukan orang putih dia bangsa apa ni [ini], Melaka tu Portugis ya. Ya, dia memang tak [tidak] tahu macam mana, kemudian dia bagi saya apa,

galakkan _____ _____ _____ Bahasa Inggeris, dibawaknya [dibawanya] saya bekerja di perpustakaan dan kawan-kawan pun, selalu cabar saya, akhirnya dalam banyak-banyak tu [itu] kami ada enam orang yang lulus mengajar Bahasa Inggeris apabila tamat, lima orang memang berkelulusan bahasa Inggeris, saya seorang berkelulusan Bahasa Melayu, akhirnya kami dapat, masa itu sape [siapa] mengajar bahasa Inggeris dia ada elaun fifthteen dollar extra [lebih lima belas dollar], itulah masa itu.

H: Apakah faktor utama cikgu melibatkan diri dalam bidang pendidikan?

Encik Yahya: Arwah ayah saya pesan, supaya saya jadi cikgu, cikgu yang terbaik. Cikgu pada diri saya, pada keluarga saya dan dia kata Allah sayang pada orang yang jadi cikgu ni [ini] dengan syarat dia menjalankan tugas dengan ikut yang tersurat dalam AlQuran Nur Karim.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

H: Pada pandangan cikgu, apakah keistimewaan memilih kerjaya guru berbanding dengan kerjaya lain?

Encik Yahya: Semua keje [kerja] baik, tinggal lagi orang yang menjalankan yang susah, dia sepatut datang masuk pukul lapan, dia masuk lapan setengah, jadi pada saya semua keje [kerja] adalah baik tapi [tetapi] apabila saya dah [sudah] disarankan pada kawankawan dengan ada kursus, saya kalau tengokkan sijil saya hampir seratus kursus saya hadir, Guru Besar, Pengetua suruh pergi saya pergi, itu yang menggalakkan. Saya tengok orang berjaya, boleh bercakap. Public speaking [pengucapan awam] ini biasanya orang cikgu yang boleh bercakap banyak dengan tanpa ada apa-apa sekatan, rasanya begitu.

NA: Di manakah cikgu mendapatkan pendidikan untuk menjadi guru?

Encik Yahya: Saya dapat pendidikan menjadi cikgu di Pusat Latihan Guru Ipoh, sekarang dekat [berhampiran] berdepan dengan Radio Malaysia Ipoh.

NA: Berapa tahunkah cikgu belajar dalam bidang pendidikan?

Encik Yahya: Kami masa itu antara dua atau tiga tahun tapi [tetapi] saya rasa baik dapat dua tahun memandangkan, apa ni [ini] kelulusan saya SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] masa itu agak baik sikit la pada orang lain itu

NA: Apakah kriteria untuk manjadi guru pada masa itu?

Encik Yahya: Pada masa itu mesti lulus lima subjek, pertama sekali Bahasa Melayu mesti lulus, kemudian benda-benda lain termasuklah

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan juga salah satu yang lain either [sama ada], dulu Geografi dengan History [Sejarah] itu salah satu mesti lulus, kalau lulus dua-dua lagi bagus la, izin Allah saya dua-dua lulus, makna subjek itu saya get through [lalui] semua la.

NA: Apakah harapan cikgu terhadap kerjaya guru, sebelum menjadi guru di sekolah?

Encik Yahya: Saya bercadang untuk mengembangkan apa yang saya dapat daripada pensyarah-pensyarah saya dan tambahan-

tambahan lain kepada murid saya tapi [tetapi] dia terbantut, sorry to say [maaf saya cakap], sebab saya dan masa itu siapa yang baik, dia akan dihantarkan sama ada di sekolah yang baik atau sekolah yang paling kurang baik, bukanbukan jauhnya,tempat duduk tak [tidak] ada kelam kabut, jadi saya terpilih yang nombor dua, saya menung, saya dihantar ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Division Tiga, Hulu Bernam Perak, bukan disini, disana (sambil menunjukkan tangan ke arah depan). Saya kena naik bot daripada Kampung Kota Hutan Melintang tiga jam, rumah tak [tidak] ada, apa pun tak [tidak] ada, mujur dengan izin Allah dalam bot saya jumpa seorang ustaz dibawak [dibawa] ke rumah dia, disitulah saya tapi [tetapi], tak [tidak] berapa lama dekat situ, saya ditarik keluar dihantar ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Perak.

NA: Apakah perasaan setelah diberi peluang menjadi seorang guru?

Encik Yahya: Setelah ______ ______ latihan, saya sukalah. Itu sebabnya saya sentiasa menghadiri beberapa kursus, sebut je [sahaja]

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

nama saya atau nama orang lain yang tak mau [tidak mahu] masuk kursus, saya akan pergi kerana saya rasa situ motivate [motivasi] pada diri saya, motivasi untuk diri saya, ensure [memastikan] bertambah baik lagi daripada yang ada, kalau katakan dah ada kira dia refreshment

[mengingatkan] la, ______ mengelokkan balik apa yang saya tak [tidak] ingat.

NA: Perasaan cikgu ketika mula-mula mengajar di dalam kelas?

Encik Yahya: Pertama sekali sebab dia, saya berdepan dengan murid yang tak [tidak] berapa saya boleh faham, saya rasa jemu. Dia yang di Division Tiga tu [itu], untuk pengetahuan , dia pukul sebelas dia akan semua lengang, dia pergi hantar makanan pada ayah mak dia ,minuman dalam kebun tu [itu] dan dekat pukul satu dia datang balik , kita pukul satu kena balik. Kan satu yang agak mengecewakan saya yang itulah, daripada Division One tu [itu] saya naik basikal ke Division Three. Each [Setiap] satu division [bahagian] dua batu, enam batu pergi, enam batu balik, MasyaAllah, dengan basikal masa itu.

NA: Pada usia berapakah cikgu mula bertugas sebagai guru?

Encik Yahya: ______ dua puluh satu.

NA: Boleh saya tahu, pelajar tahun berapakah yang sering diajar oleh cikgu?

Encik Yahya: Saya selalu exam class [kelas ujian]. Maknanya masa itu exam class [kelas ujian] ialah tahun lima dan enam. Dia ada tahun lima tu penilaian darjah lima pun ada, tapi [tetapi] kita

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

sekarang UPSR [Ujian Penilaian Sekolah Rendah] , darjah enam je [sahaja] kan. Dua-dua kelas memang saya ditempatkan, entah macam mana agaknya jadi saya. Darjah satu jarang saya, takde [tidak ada] pun saya pernah mengajar darjah satu.

NA: Sudah berapa lamakah cikgu berkhidmat dalam bidang perguruan?

Encik Yahya: Sebelum saya bersara, jumlah tahunnya ialah tiga puluh empat tahun dalam bidang pendidikan, makna guru, Penolong, Penolong Kanan, sekolah menengah ke PPD [Pejabat Pendidikan Daerah], Guru Besar, banyak jalan saya tapi [tetapi] semua liku-liku itu seronok bagi saya sebab orang lain tak [tidak] macam itu kot [agaknya] daripada sekolah rendah dia pergi sekolah menengah, sekolah menengah dia pergi ke PPD [Pejabat Pendidikan Daerah], PPD [Pejabat Pendidikan Daerah] jadi Guru Besar, akhirnya bersara di SK [Sekolah Kebangsaan] Dua Kuala Kubu.

NA: Berapakah jumlah sekolah yang cikgu sudah berkhidmat sepanjang menjadi seorang guru?

Encik Yahya: Seperingat saya ada enam je [sahaja] sebab saya tidak ditukarkan, saya yang mohon tukar, tu [itu].

NA: Kenapa ya? Boleh saya tahu?

Encik Yahya: Macam dikata SK [Sekolah Kebangsaan], SRJKK [Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan] Tamil tu [itu], tak [tidak] tahu sedar saya ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim. Pada tahun seribu sembilan ratus tujuh puluh dua

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

(1972), saya dah [sudah] seronok duduk berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim, masa itu di dalam yang didalam UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris] tu [itu] ada kayu, tu [itu] sekolahnya. Pengawas tak [tidak] ada, apa, bila saya built up the team [bina kumpulan], jadi saya rasa mereka besetuju dengan pendapat saya, akhirnya saya jadikan situ pulak [pula] guru pengawas dan jugak [juga] Penolong Guru Besar. Lepas tu [itu] pada tahun seribu sembilan ratus tujuh puluh dua (1972) tadi, saya diarahkan bekerja di Sekolah Menengah Khir Johari Tanjong Malim, sebabnya agaknya Matematik dan Sains saya agak baik, disuruh saya mengajar masa itu pelajaran pertama Sains Pertanian. Kemudian ditukarkan, kemudian Sekolah

Menengah Khir Johari, saya berasa saya sebelas tahun. Saya bukan jemu tapi [tetapi] saya jemu tak [tidak] dapat kursus apa-apa akhirnya saya mohon, sebab saya disana pun diajar suruh ajar P, ni [ini] PJ, ya, Pendidikan Jasmani. Jadi ilmu saya kurang, saya minta terus dapat MPTI Johor Bahru, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru, setahun. Selepas itu, saya lulus, masuk balik Khir Johari pergi ke Sekolah Menengah Trolak Selatan memohon sana kerana guru sukan tak [tidak] ada, makna saya tak [tidak] minta tapi [tetapi] diarahkan. Kadang-kadang dalam

perubahan begitu saya tak [tidak] berapa berkenan jugakkan [jugakan], saya baru nak [hendak] mula, sampai di sana pun letakkan saya sebagai Penolong Pengetua. Selepas itu ya, saya memohon, itu baru memohon masuk ke Negeri Selangor sebab salah seorang daripada Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor kawan baik saya. Saya masuk Sekolah Menengah Kalumpang. Di Sekolah Menengah Kalumpang itulah, habis la tu [itu], saya ditukarkan ke PPD [Pejabat

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Pendidikan Daerah] masuk Sekolah Kebangsaaan Hulu Bernam, tulah [itulah] saya diambik [diambil] balik jadi Pegawai tu saya rasa saya jadi rakyat Hulu Bernam, makcik yang depan tu [itu] pun datang menangis-nangis duduk sekali ______ ______ tapi [tetapi] saya terpaksa pergi, tugas saya, Alhamdulillah [bersyukur] sekarang Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam pun maju. Itulah dia.

NA: Apakah nama sekolah yang paling cikgu senangi sewaktu berkhidmat sebagai guru?

Encik Yahya: Sekolah ini semua saya senang, hanya permulaan saya tak[tidak] senang tapi [tetapi] yang paling saya agak suka ialah selama berapa tahun ye [ya] Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam, masa itu muridnya hanya seratus lima puluh lima, mana pergi orang Hulu Bernam, masa itu semuanya pergi ke Sekolah Methodist sebab tak tau [tahu] macam mana jadi, kita built up the team [bina kumpulan] saya campur dengan Hulu Bernam sama ada kahwin ke, orang meninggal ke, saya sampai dulu, mentelah tu [disebalik itu] pulak [pula] dengan tak [tidak] di, apa, diduga bahawa orang Hulu Bernam ni [ini] banyak misalannya ialah sedara mara saya. Jadi saya tak [tidak] segan-segan nak [hendak] marah dan sebagainya, akhirnya sekolah itu menjadi enam ratus orang, mana datangnya. Sekarang tak tau [tidak tahu] saya berapa jumlah murid. Kemudian masyarakat pada mulanya tak [tidak] biasa dengan saya, cara saya, akhirnya berkerjasama untuk menjadikan daripada tak [tidak] ada kepada sampai ada yang sebelas orang UPSR [Ujian Penilaian Sekolah Rendah] dapat lima A masa itu. Anak Hulu Bernam sendiri, jadi saya senang la masa itu dan seronok jadi menjadikan orang bangsa saya

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

sendiri, banyaknya sedara mara saya jugak [juga] la tu [itu] yang jadi orang yang berjaya.

NA: Selain itu, apakah halangan dan cabaran pada awal cikgu bertugas sebagai guru?

Encik Yahya: Halangan saya, saya rasa cuma saya tak [tidak] berapa bersedia untuk menghadapi masyarakat setempat itu, mereka masih dalam keadaan yang biasa jadi ada kejutan budaya yang saya bawak [bawa] yang membawak [membawa] kepada perubahan, jadi ada tentangan-tentangan lah yang tak [tidak] berapa suka dan apabila saya faham, maka mereka pun fahamlah diri saya. Kepada guru-guru pulak [pula], biasa perangai saya, mula keje [kerja] jadi Guru Besar, hujung tahun ada mesyuarat ,saya akan keluarkan kertas kosong, cikgu tulislah pra dan kontra [baik dan buruk] pada diri saya yang saya dah [sudah] ajar, jarang orang membuat, orang takutkan Cikgu Besar ni [ini] tak [tidak] suka keluar, suka melalak [menjerit], suka apa, saya suka cikgu, ini satu panduan bagi saya untuk next year [tahun yang akan datang] saya kumpulkan, saya rencah-rencahkan [membuat

penambahan]. Akhirnya cikgu setujulah dan sekolah tu [itu] rasa seronok saya mengajar, tapi [tetapi] kalau sape [siapa] tak [tidak] berani, jangan buat, nanti pedih telinga, merah telingakan, cikgu-cikgu tak [tidak] bubuh [letak] nama tu [itu], hantar pada saya, saya tak [tidak] sangka, ubah pulak tulisan tu jangan nampak saya tulisan, cam [macam] itu la.

H: Bilakah cikgu dilantik menjadi Guru Besar?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Encik Yahya: Saya dilantik menjadi Guru Besar masa umur saya empat puluh tahun, masa itu memang kekurangan Guru Besarlah dan saya jadi Guru Besar mula-mula itu di Sekolah Kebangsaan Hulu Bernamlah, tu [itu] yang pertama selepas masuk PPD [Pejabat Pendidikan Daerah], saya masuk ke Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam dan bertugas di situ sebagai Guru Besar.

H: Apakah peranan sebagai seorang Guru Besar?

Encik Yahya: Kita disana adalah seorang Raja, apa yang kita buat - - -

TAMAT KASET 1 BAHAGIAN A : KASET 1 BAHAGIAN B Encik Yahya: Saya, cikgu-cikgu saya dengan masyarakat supaya dia dapat menjadi satu hubungan yang baik. Yang keduanya, saya mesti nak [hendak] paling baik dengan guru-guru saya. Kalau saya dapat cemerlang pun bukan sebab saya, sebab oleh guru-guru saya, bukan didikan yang kita beri kepada murid-murid kita, jangan dia selalu membiarkan pada guru-guru yang memang kita kenal pasti, selalu tension [tertekan], dia akan menggunakan kekerasan pada mengajar, kita mesti tahu bahawa kampung kadang-kadang tak [tidak] siap homework [kerja rumah], kadang ada yang main, kadang mak [emak] sakit , ayah sakit, jadi pendekatan inilah dan akhirnya saya selalu meninjau hal-hal yang saya tak [tidak] faham kepada Pejabat Pendidikan Daerah masa itu dan sentiasa berulang alik untuk membantu keadaan.

H: Peranan seorang Guru Besar amatlah besar, bagaimanakah cikgu membahagikan masa untuk keluarga dan kerjaya?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Encik Yahya: Pernah satu ketika, anak saya sebut saya pembohong. Saya ambil cuti untuk occasion [aktiviti] dengan mereka, saya patut, selalu batalkan, banyak kali, bukan sekali. Bermaksud saya tak [tidak] adil jugaklah [jugalah] melebihkan kerja saya sebagai Guru Besar. Kerja saya tak [tidak] siap. Saya tak [tidak] suka. Jadi, saya silap ambil waktu untuk jadi, untuk pergi berjalan. Akhirnya, macam nilah [inilah] kalau awak tak [tidak] percaya tanyalah isteri saya, mereka tu [itu] terpedaya dengan saya nak [hendak] cuti, nak [hendak] bawa berjalan, tapi [tetapi] tak [tidak] ada. Tiap kerja kita dengan masyarakat penting kerana itu yang bagi kita makan.

H: Apakah kursus-kursus yang sering dihadiri oleh Guru Besar? Encik Yahya: Guru Besar selalu kursusnya p&p, pengajaran dan pembelajaran, kemudian pengurusan. (batuk). Minta maaf. Yang paling mestinya ialah management [pengurusan]. Dia ada dalam Bahasa Inggeris kata MBO, Management by Objectives [Pengurusan mengikut objektif]. Jadi, sentiasa dalam ingatan kita. Apa-apa kalau apa kita rujuk begitu, kerana kursus-kursus seperti ini, boleh menaikkan cara kita bekerja, dan kursus-kursus luaran yang lain tidak ada yang diberikan, p&p [pengajaran dan pembelajaran] yang paling banyak sekali. Kemudian, kursus-kursus pengurusan, saya suka, suka sangat [terlalu suka], tak [tidak] tahu macam mana. Manage [mengurus] saya suka kerana apa, bila kita bercakap kita manage [mengurus] orang dengan teratur, orang setuju.

H: Apakah perasaan cikgu setelah dilantik menjadi seorang Guru Besar?

Encik Yahya: Pada mulanya saya tak [tidak] melantik, dan masa tu [itu] boleh pilih tau [tahu], nak [hendak] jadi apa. Setelah diinterview

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

[ditemuduga], lulus saya, dia tanya nak [hendak] jadi apa. Saya nak [hendak] jadi guru kokurikulum, suka mengendalikan sukan. Tapi [tetapi] akhirnya diberi panduan oleh PPD [Pejabat Pendidikan Daerah] masa itu, namanya A.M. Francis, the only Indian [satu-satunya orang India] yang jadi PPD [Pejabat Pendidikan Daerah] dalam Malaysia ni [ini], akhirnya saya jadi Guru Besar. Mulanya, saya memillih Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu untuk jadi guru sukan, tapi [tetapi] dia datang lagi soalan, akhirnya saya dihantar ke Hulu Bernamlah untuk sebagai Guru Besar. Jadi apabila, tugas diberi kepada kita, kita jangan cuai, cuba. InsyaAllah [dengan izin Allah], mudahmudahan berjayalah.

H: Apakah reaksi keluarga apabila cikgu dilantik menjadi seorang Guru Besar?

Encik Yahya: Nama Guru Besar memang seronok lah dengar. Jadi keluarga saya seronoklah saya jadi Guru Besar. Tapi [tetapi] saya tak [tidak] menceritakan keperitan kita bertugas. Setelah dewasa anak-anak saya macam tadi awal saya cakap, dia tak nak [hendak] jadi cikgu. Kerana saya tidur dengan buku, saya tidur dengan buku baca, dengan kertas kerja yang berlambak-lambak [terlalu banyak]. Bukan sebab orang buat, saya yang buat sendiri untuk buat research [penyelidikan] saya sendiri untuk menjadikan sekolah saya baik.

H: Apakah perbezaan pada diri cikgu sebelum dan selepas menjadi seorang Guru Besar?

Encik Yahya: Masa mula-mula jadi cikgu, saya pandailah mereka nak [hendak] cuti. Dia macam tu hati tu tak [tidak] berapa

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

berkenan, bukan tak [tidak] berkenan, suka monotonous [bosan], jemu pada benda kerja-kerja ni [ini]. Tapi [tetapi], bila saya jadi Guru Besar saya nampak tanggungjawab tu [itu] mesti dipikul. Dan akhirnya kita sayang lah kerja kita sebagai Guru Besar.

H: Sudah berapa lamakah cikgu berkhidmat sebagai Guru Besar?

Encik Yahya: Empat puluh tolak lima puluh enam tu [itu]. Enam belas tahun jadi Guru Besar. Tu [itu] jadi Guru Besar tu [itu], termasuk jadi guru, sebagai pegawai di PPD [Pejabat Pendidikan Daerah] selama empat tahun. Makna, dua belas tahunlah jadi Guru Besar. Tapi [tetapi], dalam Guru Besar ni [ini], saya yang paling saya terkejut ialah apabila saya ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Buluh, Bandar Baru, Sungai Buluh. Biasanya kita tengok, kalau di Hulu Bernam masa itu cuma enam ratus, murid saya di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buluh, dekat sebelah dengan supermarket [pasaraya] Yong Kong . Situ berjumlah dua ribu lima ratus orang. Saya tak [tidak] tahu bila yang pagi datang, bila yang petang datang, tapi [tetapi] InsyaAllah [dengan izin Allah] dengan Allah, bantuan Allah saya boleh manage [megurus] lah benda ni [ini].

NA: Apakah penghargaan yang diterima oleh cikgu sepanjang penglibatan cikgu dalam bidang pendidikan?

Encik Yahya: Nombor satu saya dapat dua kali melintang kepujian dalam pendidikan. Di mana kenaikan gaji yang melintanglah, itu yang tertinggilah dalam sektor kerajaan dan kemudian saya mendapat penghargaan daripada Yang Dipertuan Agong pada tahun seribu sembilan ratus sembilan puluh enam

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

(1996) PPN, Pingat Pangkuan Negara dari Al-Marhum Tuanku Jaafar masa itu, Yang Di Pertuan Agong. Kemudian Tokoh Guru daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dan beberapa lagi yang saya tak [tidak] ingat. Saya terima, saya anggap itu sebagai satu penghargaan yang paling mulia daripada masyarakat kepada saya. Tapi [tetapi] sampai hari ini, perkataan PPN [Pingat Pangkuan Negara] tu [itu] saya tak [tidak] pakai lagi. ______ rasa saya tah [entah] malu ada juga. Tapi[ tetapi] penghargaan kerajaan dan negara pada saya, saya ucap terima kasih.

NA: Adakah cikgu pernah terlibat dalam menghasilkan sebarang buku dalam memantapkan pendidikan pelajar?

Encik Yahya: Saya tidak membuat buku. Cumanya saya membuat kertas kerja iaitu, mula saya duduk di jadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam saya buat satu kertas kerja namakan dia kontrak pendidikan. Awak pun ada kena hari itu (sambil merujuk kepada penemuramah). Sains tak [tidak] siap saya marah, pakai buku kecik [kecil] kena beli seringgit satu, semua orang, warna biru. Di situ lah dia. Jadi, hasil mula-mulanya tentangan banyaklah daripada masyarakat tapi [tetapi] akhirnya mereka tahu, akhir anaknya berjaya.

NA: Adakah cikgu pernah terlibat dalam memberi ceramah, seminar ataupun bengkel?

Encik Yahya: Ya. Saya pernah terlibat untuk memberi seminar kepada rakan-rakan, Cikgu Besar, dipanggil ke daerah lain untuk memberi ceramah mengenai p&p [pengajaran dan

pembelajaran] lah.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

NA: Apakah pengalaman manis cikgu dalam bidang pendidikan?

Encik Yahya: Saya rasa yang paling manis dalam masa pendidikan, masa saya bersara. Masa yang lain tu [itu] bukan tak [tidak] manis, tapi[ tetapi] saya tak [tidak] anggap manis kerana itu tugas bersama dengan guru-guru dan masyarakat. Apabila saya diletakkan masa pencen saya, meraikan pencen saya di Dewan Gemilang, Bomba Kuala Kubu, itu tempat raja-raja je [sahaja] tu [itu] . Jadi, saya rasa terharulah, sedih jugak [juga]. Pengarah membatalkan tugas isterinya di Thailand masa itu, memanggil kembali ke Malaysia semata-mata untuk nak [hendak] mengenang saya kot [agaknya]. Jadi, saya rasa masa itu saya tak [tidak] dapat nak [hendak] kata apa. Semua orang tumpu PPD [Pejabat Pendidkan Daerah] ______ ______, pengarah boleh batalkan tu [itu] dan sendiri datang anak-beranak duduk semeja dengan saya. Seronok sangat saya kerana apa orang yang, tapi [tetapi] sebenarnya sebelum itu saya dah [sudah] setahun lebih berkawan dengan dia. Tapi [tetapi] orang tak [tidak] tahu. Jadi, tulah [itulah].

NA: Sepanjang cikgu bergelar Guru Besar pernahkah cikgu berhadapan dengan situasi yang pahit?

Encik Yahya: Ada. Bukan satu dua, ramai dah [sudah]. Terutama sekali, kerenah mak bapak [ibu bapa] bawa parang ke sekolah, ha (ketawa). Kami tengah mesyuarat, dan nak [hendak] memenggal kepala seorang cikgu. Jadi, dia nampak saya, memang saya kawan dengan dia. Akhirnya dia undurlah. Kerana kita ni [ini], dalam hidup ni [ini] jangan bagi, jangan peluang kita ja [sahaja] nak bercakap, bagi dia bercakap.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Akhirnya dia surrender [mengalah]. Kemudian guru-guru yang kerenahnya memang nak [hendak] ponteng, tapi [tetapi] dia cara lain, kita boleh tengok. Kemudian murid-muridlah, yang paling banyaknya, disuruh buat dia tak [tidak] buat, sengaja tak [tidak] buat. Tapi [tetapi] akhirnya kita berjaya dengan pakatan dengan guru-guru dan masyarakat.

NA: Adakah pernah terdetik dalam hati cikgu bahawa cikgu menyesal menceburi bidang pendidikan?

Encik Yahya:Menyesal pada peringkat mula, memang menyesal saya, kerana saya ganjil tak nak [tidak hendak] jadi pegawai tapi [tetapi] jadi cikgu ke atau jobless [tidak mempunyai kerja] atau orang tak [tidak] bekerja. Tapi [tetapi] bila, dia begitu tak [tidak] kenal maka tak [tidak] cinta lah. Saya tak [tidak] kenal lagi tugas guru ni [ini]. Tapi [tetapi] bila disayangi muridmurid satu kelas atau satu sekolah dan orang lain, dari jauh dah [sudah] Assalamualaikum [ucapan salam sejahtera] guru dan sebagainya. Dia kasih dan sayang pada profession [kerjaya] sebagai guru tu [itu] ada timbul terus sampai ke hari inilah.

NA:

Bagaimanakah

cikgu

memotivasikan

diri

cikgu

untuk

terus

bersemangat menyumbang tenaga dan masa demi masa depan anak bangsa?

Encik Yahya: Nombor satu saya sentiasa mendapat cerita-cerita daripada rakan-rakan yang berjaya. Di Tanjung Malim, ramai pensyarah-pensyarah, professor-professor, doktor-doktor

saya dampingi. Mereka bercakap tentang bab pendidikan. Misalnya kelemahan-kelemahan yang ada pada orang kita

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Melayu, daripada peringkat permulaan hingga ke menara gading pun ada yang dia suka masuk universiti, tapi [tetapi] dia tak [tidak] berusaha untuk meninggikan taraf dia sebagai seorang guru ataupun pendidik. Kemudian saya pun, menjadi satu tarikan kepada saya untuk membaca buku, kisah-kisah. Contoh yang paling baik ialah Rasulullah Sallallah Hualaihi Wasalam. Banyak butiran, hingga tidur pun sebagai pemimpin agung di atas tamar [pelepah pokok kurma], macam mana dia boleh berjaya, macam mana diaorang [mereka]. Orang salah tu [itu] macam mana dia buat, tu [itu] dia, di situlah.

NA: Pencapaian cemerlang sesebuah negara wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang diterajui oleh Guru Besar kearah pencapaian objektif sekolah. Berdasarkan pengalaman cikgu sebagai Guru Besar, apakah perkara penting yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencapai objektif ataupun misi sekolah?

Encik Yahya: Nombor satu, semua warga sekolah mesti tahu misi saya. Sama ada mak bapak [ibu bapa], guru, kanak-kanak, murid-murid tu [itu] sendiri atau diri saya sendiri. Saya buat misi tapi [tetapi] saya, mission [misi] saya tu tak [itu tidak] sampai kepada orang lain. Jadi orang mesti ikut cakap saya, tapi [tetapi] orang tak [tidak] faham apa yang mesti diikut. Jadi tak senang. Jadi kita bentangkan dalam mesyuarat dan mesyuarat. Jangan mesyuarat empat bulan sekali. Kadang-kadang saya dengan panitia pun sebulan, seminggu sekali saya mesyuarat. Apa kekangan cikgu, apa yang menyebabkan cikgu tak da [tidak ada] ini, tak da [tidak ada] itu ke. Dengan murid-murid, ______ be go in [bergaul], jangan duduk kat [dekat] pejabat ja [sahaja]. Pernah di Hulu Bernam, ada prasekolah, saya duduk dengan naik-naik

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

kepala saya, budak duduk seronok, saya biarkan [saya membiarkan murid-murid prasekolah bermain dengan saya, mereka gembira, jadi saya biarkan]. Kerana mereka suka, supaya cinta kepada sekolah . Dan mak bapak [ibu bapa] pun apa juga (batuk) kesusahan dia, kita dengar, ataupun dalam Bahasa Inggerisnya, be a good listener [pendengar yang baik]. Kita dengar apa orang cakap dulu [dahulu] sebelum kita cakap. Ni [ini] baru disampaikan, a (baru hendak bercakap) dah [sudah], baliklah dia kena marah. [ini baru mereka mahu bercakap, sudah dihalang, jadi mereka balik setelah dimarahi].

NA: Bagaimana cikgu selaraskan kehendak kerajaan dalam melahirkan pelajar yang serba boleh?

Encik Yahya: Yang tu [itu], kita boleh kita kenal daripada, kalau kita buat di sekolah. Saya selalu buat daripada darjah tiga lagi ataupun tahun tiga. Kita nampak dia punya karier-karier [kerjaya-kerjaya] tu [itu]. Kalau misalannnya di sekolah rendah, ada buku kuning dan buku biru. Panduan diberi oleh kerajaan berdasarkan, berlandaskan itulah, itu di dalam tu [itu] murid yang cemerlang, sederhana dan lemah. Kita tak [tidak] sebut bodoh. Jadi kita kena adjust [sesuaikan] tiap-tiap seko tiap-tiap kelas mesti ada benda ini, jadi mesyuarat dengan guru macam mana kita nak [hendak] mencapaikan yang lemah itu jadi sederhana pun cukuplah, sederhana tu tak [tidak] sebahagian besar (batuk) satu per empat pun jadi masukkan cemerlang, yang cemerlang dia kena plus one [tambah satu], plus two [tambah dua], plus three [tambah tiga] lah kerja dia ditambah-tambahkan. Kalau dia ______ kalau dia darjah

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

satu cemerlang campurkan pelajaran darjah dua kalau boleh dipakai supaya dia menuju ke arah yang ______.

NA: Sekolah rendah merupakan kancah terasas kanak-kanak untuk melihat dan mengkaji apa yang mereka lihat dan pelajari. Pada pendapat cikgu, apakah peranan guru dalam memberikan panduan dan contoh tauladan yang baik kepada pelajar?

Encik Yahya: Pelajar ni [ini] macam rebung, lentur-lentur pelahan jangan patah tapi [tetapi] tak [tidak] akan melentur.Jadi budak sekolah rendah ni [ini] kita katakan punctuality is the best policy [ketepatan waktu adalah satu polisi yang baik], dimana kita kalau tujuh setengah masuk kelas masuk tujuh setengah dia tau [tahu], jika tidak dia akan main, bila orang tanya mana cikgu, cikgu tak [tidak] ada. Jadi sinilah membentuk asas diri dia tu [itu] tak [tidak] menepati waktu atau kerja dia dibimbing bukan suruh buat muka surat berapa, buat, duduk, kita tak [tidak] boleh, kena pergi sorang-sorang [seorang demi seorang]. Didik dia kalau boleh usap dia, dengan perasaan belas kasihan ini dia akan jalankan kerja dia, tidak murid semua pandaikan, tapi [tetapi] kalau boleh yang pandai tu [itu] kita puji sampai pergi kepada ayah dia pun, yang sederhana kita bimbing,yang rendahnya lagi kalau boleh kita asingkan kerja dia supaya dia dapat, kalau yang cemerlang boleh dapat seratus yang lemah jugak akan dapat seratus tapi [tetapi] cara soalannya berbeza, banyak cikgu banyak kerja, tak [tidak] kisahlah kerana kita makan gaji. Bila dia dapat Matematik seratus yang lemah ni [ini] dia akan seronok cerita, _____ dia cuma soalan dia cuma untuk mengambil hati, itu yang saya lakukan selalulah.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

NA: Pernahkah cikgu berhadapan dengan pelajar-pelajar yang nakal sewaktu cikgu masih aktif di dalam bidang perguruan?

Encik Yahya : _____ bidang apa?

NA: Cikgu pernah tak berhadapan dengan pelajar-pelajar yang nakal sewaktu cikgu masih aktif di dalam bidang perguruan?

Encik Yahya: Memang, di sekolah menengah terlibat dengan dadah pun ada, saya kaunselor. Jadi saya tackle [cuba untuk menarik] dia mula dia tak [tidak] nak [hendak] masuk bilik saya, saya sembang-sembang, hisap rokok mencuri-curi, dadah lagi masuknya. Akhirnya hari ini seorang murid saya yang selalu ambil dadah sekolah menengah telah berjaya hidup dia sebagai businessman [usahawan] kerana apa sejak itu dia kenang saya. Ada setengah budak tu [itu] memang saya marahkan, tapi [tetapi] MCS [Malaysia Civil Service] dan kerajaan pegawai kerajaan besar ______, jadi memang perit saya rasa menghadap murid-murid macam ni [ini], tak [tidak] banyak, tapi [tetapi] dia mempengaruhi.

NA: Pada pendapat cikgu, apakah peranan guru dalam menangani masalah ini?

Encik Yahya: Guru mesti, guru mesti deep in [mendalami] tau [tahu], masuk ke diri dia, jadi budak tu [itu],perkataan mengapa, kenapa dan sebagainya jangan. Jadikan kamu itu kalau guru sebagai orang yang ingin rahsia dia, kemudian dari rahsia tu [itu] kita ubat apa yang perlu. Kalau tidak nanti, kalau asyik marah je [sahaja] kita tak [tidak] berjaya, macam itulah. Zaman sekarang pun dadah, gangsterism [gejala sosial] dan sebagai

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

banyak, tak [tidak] nak [hendak] sekolah lari sekolah bukan super runner [pelari pecut] yang jadi kata orang pelari pecut seratus meter, super runner [pelari pecut] yang tak [tidak] pernah nak [hendak] sekolah dia lari daripada sekolah, sekarang banyak, saya sedih cukup sedih sampai ke hari ini, saya tengok ramai murid-murid sekolah tak [tidak] sekolah walaupun saya dah [sudah] enam tujuh tahun saya tak [tidak] jadi cikgu dah [sudah], kecewa saya terutama sekali anak bangsa kita.

NA: Kini, pelajar sanggup memukul cikgu apabila mereka marah terhadap guru itu. Pada pandangan cikgu sendiri, mengapakah pelajar sanggup, sekarang sanggup berkelakuan seperti itu?

Encik Yahya: Tiap-tiap satu perkara mesti ada sebabnya. Dia tidak saya mengatakan cikgu betul, saya tidak mengatakan murid betul. Kadang-kadang murid ni [ini] dia perlu perhatian, di rumah tak [tidak] ada, cikgu perkataan marah saja yang timbul, menyebabkan dia pun marah sama. Dia banyak geng, geng dia ramai. Contoh, baru saya dengar budak, barulah saya dengar anak rakan saya, umur anak-anaknya baru darjah lima, ya sebelas tahun , memegang pisau mengugut adik dia. Jadi, sebab dalam televisyen motivate [motivasi] satu yang apa, dengar cerita orang, kami tertekan, di rumah, tak [tidak] dilayan, jadi anak tiri, tanya bapak [bapa], bapak [bapa] banyak kerja, tanya mak [emak], mak [emak] banyak kerja, tanya kakak, kakak tak [tidak] suka. Sampai ke sekolah, cikgu marah kerja tak [tidak] siap. Ini yang memberontak ni [ini] dan memberi malu murid di depan ramai. Marah, kita sendiri pun takkan[tidak akan] memberontak dan bertindak di luar dugaan dan luar jangkaan. Itulah, tapi [tetapi] tak [tidak]

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

semestinya cikgu tu [itu] macam itu, budak-budak nakal pun kadang-kadang bila nak [hendak] _____ di atas meja, masa bersandar-sandar macam di rumah dia, dia buat, ada juga.

NA: Pada pandangan cikgu, siapakah yang memainkan peranan utama dalam mendidik pelajar supaya lebih berdisiplin dan

bertanggungjawab?

Encik Yahya: Disiplin ni [ini] bergantung kepada keluarga. Bermula pendidikan ni [ini] ialah daripada keluarga, daripada rumah. Kalau mak bapak [ibu bapa] kurang perhatian, manja yang bukan-bukan, beri belanja yang banyak, tak [tidak] selidik dengan siapa kawan dan sebagainya dia, maka sape [siapa] peer group [rakan sebaya] dia, sama ada yang suka belajar ke, atau yang suka berpeleseran di merata tempat. Keduanya, murid itu sendirilah dan yang ketiganya guru sekolah. Ini murid itu sendiri maksudnya, termasuk peer group [rakan sebaya] dia, sape [siapa] dia kawan, sape [siapa] dengan sebagainya. Yang guru ni [ini] pun sepatutnya, kalau ada apa perkara, kita perlu panggil mak bapak [ibu bapa] dan apa berdiskusi [berbincang] dengan mak [emak] dia, apa-apa yang perlu untuk mencapai perkara yang baik. Dan selalu jangan asingkan dia, jangan asingkan murid itu, supaya dia dengar apa yang kita cakap. Mungkin mak bapak [ibu bapa] datang, mak bapak [ibu bapa] cakap dengan cikgu, dia ingatkan cikgu mereportkan [melaporkan] bukan-bukan kepada mak dia atau mak yang mereport [melapor] _____ yang bukan-bukan. Dia tak [tidak] dengar. Kalau dekat sini tu [itu] kan, tak [tidak] masuk mesyuarat pun dia, keluar je [sahaja] dia, pada pandangan saya lah.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

NA: Pada pandangan cikgu, apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar itu sendiri untuk menghindari diri mereka daripada gejala yang tidak baik?

Encik Yahya: Nombor satu, dia pilih kawan. Kawan ni [ini] ada macammacam, ada kawan yang angkat tangan aje [sahaja], ada kawan yang boleh bersembang, ada kawan yang boleh duduk sama makan, ada boleh ajak [diajak] ke rumah, ada yang boleh diajak ke rumah dan boleh tidur di rumah. Pilihlah mana. Kalau kawan tu [itu] cuma boleh angkat tangan, bawa ke rumah, ya siap. Ada yang dipengaruhi kita atau bayang-bayang [barangbarang] kita yang hilang, ada yang jadi macam tu [itu]. Jadi, kita putus perhubungan dengan kawan-kawan tak [tidak] baik juga, kita tak [tidak] boleh hidup kera sumbang dalam dunia ni [ini] kan. Jadi pilihlah kawan mana yang kita perlu. Jangan sebarang sanggup tanggung ja [sahaja] ambik [ambil], ya yang kecil yang besar semua kita ambik [ambil]. Ambik [ambil] yang besar aje [sahaja], yang elok-elok.

NA: Apakah aktiviti ataupun program yang sering dijalankan oleh pihak sekolah untuk membantu pelajar dalam mengenal potensi diri, membentuk disiplin dan mengenal bakat mereka?

Encik Yahya: Sini peranan besar ialah guru. Kalau budak tu [itu] tak [tidak] suka pada bola sepak misalannya, tok sahlah [tidak perlulah]. Kalau dia suka pada catur, ajarlah. Kalau kita tak [tidak] tahu, carilah pakarnya, carilah, mengadulah pada Guru Besar untuk mengatasi masalah ini. Dia tak [tidak] suka bola sepak, badannya kecil, besar pulak [pula] bola lagi, suruh ditanya akan duduk ke tepi, dia tak [tidak] beri kerjasama atau muridmurid yang bagus dalam cognitive [proses pemahaman

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

menggunakan kaedah mental] dia, kepala dia, memang bagus otak dia, letakkan mereka ni [ini] bahagian misalannya berpidato, suruh dia jadi orang yang Kuiz Sains ke Matematik yang baik , galakkan benda ni [ini]. _____ _____ sekali-sekala sukan ni [ini], keluar peluh dia, biarlah dia sendiri ataupun PJ [Pendidikan Jasmani]. Budak yang suka pada sukan akhirnya masuk dalam kelas _____ _____ dia main baling-baling, kerana dia suka main bola baling. Jadi kita tak reti [tidak tahu], kita bagi juga, jadi tulah [itulah], carilah posisi yang paling baik untuk murid tu [itu], supaya kita dapat hasil yang baik.

NA: Berdasarkan pengalaman cikgu sendiri, apakah reaksi pelajar terhadap aktiviti aktiviti yang dijalankan untuk membentuk disiplin dan membina jati diri mereka?

Encik Yahya: Kalau kita tengok misalan dia nak [hendak] masuk Bulan Sabit Merah, within one month time [dalam tempoh sebulan], sebulan tempoh dia dah [sudah] boleh buat kerja tu, dengan bajunya, dengan pakaian kasutnya bergaya. Kalau dia bukan minat, apa tak [tidak] jadi selekeh macam tu je [itu sahaja] lah dia. Kita kena masa klasifikasikan, bagi-bagikan [bahagibahagikan] dia dulu,. Kita tanya dia dulu sebelum itu, nak [hendak] bariskan dia hari tu [itu], dia suruh letak je [sahaja], dia buat tak [tidak] tahu yang benda yang dia tak [tidak] tahu, tak [tidak] suka.

NA: Isu guru sering dipersalahkan akibat terlalu tegas sehingga memukul pelajar banyak terpampang di media elektronik ataupun media cetak. Pada pendapat cikgu, adakah guru yang patut dipersalahkan?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Encik Yahya: Yang dipersalahkan pada saya media massa, surat khabarlah. Saya macam tu [itu] je. Murid jahat, nak [hendak] dipujuk lagi, tu [itu] pasal ada hukuman-hukuman yang ada di dalam buku hitam, bila [apabila] di sekolah tu [itu] ada ja [sahaja] buku, undang-undangnya dan sekolah mesti keluarkan di awal tahun. Kalau salah ini jadi ini, salah ini jadi ini, bagikan [berikan] buku itu pada mak bapak [ibu bapa] biar dia tahu tindakan apa yang kita nak [hendak] buat dengan anak dia. Dan yang saya tak [tidak] suka ialah media massa, surat khabar ke apa halnya, yang lain-lain ni [ini], sebab mereka ni [ini] menghighlightkan [mefokuskan] benda yang camni [macam ini] jadi huru hara kita.Apa salah kita hanya bergaduh dan _____ cawan kopi sekancah itu, mengapa kita perlu keluarkan, jadi akhbar suka la itu masukkan itu, semua ini akan diambil tindakan yang bukan-bukan lah.

NA: Apa pula pendapat cikgu tentang guru yang bersifat pilih kasih terhadap pelajar-pelajarnya?

Encik Yahya: Ini tak boleh jadi cikgu, tak payahlah [tidak perlulah] _____ _____ tak payah [tidak perlu] jadi cikgu kerana kita tidak dididik di maktab curah kasih pada seorang, benci kepada sepuluh orang. Kasih maksud sini ialah kasih memberi pendidikan bukan diri murid itu sendiri.

NA: Baru-baru ini ada akhbar yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan Guru Besar miang, adakah perkara ini telah menjatuhkan maruah cikgu yang pernah memegang jawatan sebagai Guru Besar?

Encik Yahya: Memang,saya rasa tersinggung dengan sikap tak [tidak] selesalah, kadang-kadang, tapi [tetapi] dari segi manusia

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

kadang-kadang dia digoda oleh syaitan dan iblis, bergantung pada Guru Besar sendiri, selalukah dia Allah Hu Akhbar [menunaikan solat], sujud pada Allah supaya dilindungi perkara-perkara macam ni [ini]. Jadi, pada saya memang rasa tersinggunglah saya kerana saya bela profession [kerjaya] ni [ini] sampai tiga puluh empat tahun, akhirnya ada hati orang yang mencemarnya, anggaplah mereka tu [itu] biasa je [sahaja] dan jangan keterlaluan, asyik bergurau senda, usik sana usik sini walaupun murid, budak-budak mana tahu.

NA: Adakah situasi ini menunjukkan bidang perguruan semakin merosot dari segi akhlak seorang guru?

Encik Yahya: Dulu tak [tidak] dipandang macam gitu kerana disiplin kita tinggi, keluar daripada maktab, pergi keluar bandar, kita pakai smart [kemas]. Takde [tidak ada] selekeh, takde [tidak ada] selipar, takde [tidak ada] bergurau-gurau, laki-laki

[lelaki] perempuan memang kita memang tak [tidak] digalakkan berjalan bersama, cakap yang bukan-bukan pun tak [tidak] ada, kita apa. Jadi sekarang saya tak [tidak] tahu macam mana gaya pendidikan kurikulum sebagai seorang guru, menyebabkan senanglah yang bukan-bukan masuk dan keluar dari kepala mereka itu.

NA: Apakah nasihat cikgu kepada bakal-bakal guru atau Guru Besar dalam mengelakkan perkara sedemikian berulang kembali?

Encik Yahya: Dia bukan benda itu saja, bila kita pegang profession [kerjaya] yang akan jadi cikgu, pilihlah kalau ya cikgu itu adalah profession [kerjaya] yang kamu suka, do the best [buat yang terbaik]. Kalau misalan kamu kurang ilmu, boleh

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

cari ilmu, tapi [tetapi] kalau kamu sifat kurang ajar, bukan situ tempatnya. Tapi [tetapi], pada Guru Besar, yang menjadi Guru Besar, jangan suka melepaskan kerja kepada pembantu. Kalau pembantu _____ kerani dan sebagainya. Kita head and [ketua dan] _____ mesti tahu, tidak kita tak [tidak] boleh, takkan [tidak akan] kita sanggup bangun daripada bangku besar di pejabat tu [itu], kalau kerja kita banyak. Dan sentiasa mencari, menambah ilmu, sama ada dunia atau akhirat untuk kebajikan diri sendiri, menjaga nama baik. Sebut Guru Besar, seluruh dunia ada Guru Besar dan sebut cikgu seluruh dunia cikgu. Kalau semua kepimpinan yang ada hari ni [ini] pun, adalah berasal daripada guru yang mengajar dia dengan baik. Bila bagi pelajaran baik, tak [tidak] ada masalah untuk kita mengatasi masalah yang ada di negara hari ini. InsyaAllah [Dengan izin Allah].

NA: Guru sering dipersalahkan jika keputusan pelajar di tahap yang tidak memuaskan. Apakah pandangan cikgu tentang hal ini?

Encik Yahya: Kalau Guru Besar dan guru-guru sekolah tu [itu] dah [sudah] membuat kerja yang terbaik, sepanjang daripada tahun satu, bukan tahun enam, tahun satu sampai tahun enam ada dia punya program yang baik untuk memotivasikan murid-murid ini. Mak bapak [ibu bapa] selalu jenguk, bukan lepas saja [sahaja] anak dia ke sekolah. Dan guru selalu memberi pandangan dan juga berjumpa dengan mak bapak [ibu bapa]. Berlaku jugak [juga] tak [tidak] lulusnya. Maka itu bukan salah kita. Di samping itu, setiap sekolah seharusnya setelah di hujung tahun adakanlah bacaan Yassin. Tapi [tetapi] saya tengok, hari-hari ini, hari-hari pun, tiap-tiap hari jumaat pun ada baca Yassin di sekolah-sekolah yang tertentu [Tetapi,

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

saya tengok tiap-tiap hari dan tiap-tiap hari jumaat pun ada bacaan Yassin]. Yang lain, nampak gayanya bila sekolah yang berpandukan Islam, bergantunglah apa cara dia untuk memohon kepada Allah Subhanawataala untuk melembut dan menyenangkan hati, melapangkan hati murid-muridlah _____.

TAMAT KASET I BAHAGIAN A : KASET II : BAHAGIAN A

H: Kini sebahagian pelajar kurang berminat untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran mereka. Sebaliknya mereka lebih tertarik dengan perkara yang lebih menyeronokkan dan boleh membuang masa. Pada pendapat cikgu, mengapakah perkara ini boleh berlaku?

Encik Yahya: Pendapat saya, nombor satu cara p&p [pengajaran dan pembelajaran] di dalam kelas seharusnya sentiasa mengatasi apa yang berlaku di luar kehidupan dia di sekolah. Contoh, guru tidak semestinya hanya bergantung buku teks, cikgu mesti lebih advanced [maju], ada benda lain yang dimasukkan yang selaras dengan apa pelajaran pada hari tu [itu]. Kalau dia buka buku muka surat ______ membuat kerja ni [ini] menjemukan, dia tidak minat kerana apa yang di luar tu [itu] lebih menarik sebab ada pelbagai cara approach [pendekatan] yang untuk nak [hendak] disampaikan kepada pendengar atau yang melihat apa yang perkara mereka lakukan. Saya rasa begitu. Jadi, guru seharusnya lebih aktif daripada apa yang di depan tu [itu]. Kalau boleh buku teks ketepikan, ada kita menggunakan laptop [komputer riba] dan sebagainya. OHP [Overhead Projector] ya, yang itu yang menarik minat mereka.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

H: Mengikut pengalaman cikgu, apakah yang sering mengggangu tumpuan mereka terhadap pelajaran?

Encik Yahya: Gangguan banyak aspek. Yang pertamanya, keadaan rumah tangga kucar-kacir disebabkan oleh keadaan yang tidak menyenangkan, adik-beradik ramai, rumah kecik [kecil], pendapatan rendah, apa yang dihajat macam orang lain tak [tidak] dapat, ni [ini] menyebabkan mereka terganggu. Lagi satu, mereka diganggu oleh luaran-luaran yang lebih menyeronok. Keadaan muda mudi sekarang yang sentiasa suka pada seronok. Jadi, itu menyebabkan mereka tak [tidak] melakukan kerja sekolah dengan baik, tak [tidak] dapat menumpukan pelajaran dengan penuh perhatian.

H: Adakah faktor kekurangan infrastruktur pendidikan di sekolah mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi kesan yang kurang baik terhadap pembelajaran pelajar?

Encik Yahya: Memang. Ada sebahagian keciknya [kecilnya] ada. Sebab kerana infrastruktur itulah, yang saya kata tadi itu yang itu, dia tak dapat menjangkau otak dia ke peringkat yang dikehendaki oleh mata pelajaran hari itu. Kerana saya kata tadi, kekurangan apparatus [peralatan], alat bantuan

mengajar, kekurangan bilik kelas yang teratur, bilik kelas yang paling besar, saratnya tiga puluh orang menjadi lima puluh orang, jadi perhatian tu [itu] kurang. Jadi bising sebabkan oleh ada satu benda lain yang lebih menarik perhatian merekalah.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

H: Jika kita lihat pada isu sekarang ini, isu pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris di sekolah sering diperkatakan. Apakah pendapat cikgu tentang perkara ini?

Encik Yahya: Bahasa Inggeris bukan satu kejutan budaya, kerana kita pernah dijajah. Orang zaman dulu kalau sebutkan dia pejabat, dia tak [tidak] tahu, sebut office [pejabat] dia tahu. Mengapa itu? Kerana keadaan masa itu sentiasa menggunakan office [pejabat] bukan pejabat. Oleh yang demikian, sekarang kita sudah dimanjakan dengan keadaan, kita tidak mahu meletakkan bahasa kita dibelakang, kita mendaulatkan Bahasa Melayu. Di samping itu, Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu. Jadi, kita seharusnya gagah, segagah-gagahnya menempuh, mengharung lautan bahasa kedua ni [ini] dengan penuh bergaya dan penuh nekad dan penuh berusaha. Bahasa Inggeris bukan satu buat, bahasa yang boleh menjerumus kita ke tempat lain, tetapi dia adalah satu bahasa ilmu dunia. Di mana pun kita pergi, kalau boleh berbahasa Inggeris, maka kita akan sentiasa dalam hidup keadaan senang kerana dia adalah bahasa antarabangsa.

H: Pada zaman persekolahan cikgu, adakah Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar?

Encik Yahya: Masa itu saya di sekolah kebangsaan, zaman dulu kami ada dua juga, bahasa Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bahasa Inggeris. Siapa yang nak [hendak] pergi Bahasa Inggeris, dia terus hundred percent [seratus peratus] ke bahasa Inggerislah. Siapa yang nak [hendak] Bahasa Melayu, ada juga diajar Bahasa Inggeris, dalam satu minggu tu [itu] lebih kurang tiga kali Bahasa Inggeris, sampai tu [itu] bahasa itu umpama bahasa yang diselitkan saja. Kesedaran kami tak [tidak] timbul masa

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

itu, Bahasa Inggeris mesti kami kuasai. Setelah kami ke sekolah menengah, barulah sedar bahawa pentingnya Bahasa Inggeris ni [ini] untuk kami gunakan setaraf dengan merekamereka yang lulus dengan Bahasa Inggeris, Sekolah Inggeris. Dan akhirnya kami dan beberapa orang yang memang gigih dapat masukkan diri mereka dalam kumpulan-kumpulan yang boleh berbahasa Inggeris dan boleh maju ke depan.

H: Bahasa mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Jadi, apakah yang sering dilakukan oleh cikgu sebagai Guru Besar untuk memastikan keputusan pelajar di tahap yang membanggakan?

Encik Yahya: Pernah saya lakukan dan memakat [berpakat], berpakat dengan guru saya, apabila sesuatu exam [ujian] Bahasa Inggeris, monthly exam [ujian bulanan] misalannya. Setelah dapat keputusan dan guru akan menerangkan balik soalan-soalan itu dan jawapannya. Dalam tempoh seminggu, disoal balik question paper [kertas soalan] yang sama. Di sini tak [tidak] banyak sikit, peningkatan nampak, cuba, bagi yang lemah ni [ini] cuba lagi soalan-soalan yang sama supaya dia merasa memberansang [bersemangat] diri mereka dengan markah yang tinggi, nanti baru dia minat. Kalau bulan ini, buat satu soalan dia dapat dua puluh, bulan depan soalan lain, dia dapat akan dapat lima belas, soalan lain akhirnya dia dapat kosong, dia fed up [putus asa]. Jadi kita gunakan satu taktik yang macam itulah jangan dihabiskan masa untuk satu sukatan pelajaran.

H: Di sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan peperiksaan yang amat penting. Apakah yang sering pihak sekolah lakukan untuk persiapan pelajar menghadapi UPSR?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Encik Yahya: Di samping ujian bulanan penggal, kita juga cuba dihujunghujung waktu yang menghampirkan diri mereka ke UPSR [Ujian Penilaian Sekolah Rendah] tu [itu], membiasakan diri mereka dengan dewan peperiksaan. Makna dalam tempoh seminggu, murid dimasukkan dalam dewan peperiksaan supaya dia kenal, ini dewan, tidak menjadi satu kejutan budaya, culture shock [kejutan budaya], situ tidak ada timbul sebab dia dah [sudah] biasa. Tapi [tetapi] kalau hari ini dia exam [ujian], dia hari tu [itu] baru masuk ke exam [ujian], exam room [bilik ujian], dia panik dengan keadaan yang luas, kawan yang dia sayang jauh-jauh, jadi kegantungannya tidak ______. Kemudian di waktu exam [ujian], Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam dulu kita ada buat menjemput mak bapak [ibu bapa] duduk di luar, dalam tempoh yang tiga hari tu [itu]. Jadi, itu satu pegang kekuatan bagi mereka, semangat. [jadi, itu merupakan kekuatan pada mereka yang memberi semangat]. Memang kita buat tanya, jadi, mak bapak [ibu bapa] duduk satu tempat dikhaskan, bila lepas exam [ujian] dia lari jumpa bapak [bapa], dia peluk cium ______ itu, itu yang kita lakukan. Kemudian, sebelum itu, kita juga memberi makanan di awal pagi, mana murid-murid datang ke sekolah. Guru-guru yang tidak bertugas dalam exam room [bilik ujian] tu [itu], tidak menyelia di manamana, suruh siapkan makanan dengan mak bapak [ibu bapa]. Pagi tu, dia cuma bawa cawan, minum dah [sudah] siap, makan dah [sudah] siap. Dia datang mari sendiri dia akan makan. Kalau dia tak [tidak] makan, tak [tidak] upaya nak [hendak] buat jawapan ni [ini]. Bila rehat, cuma yang ada setengah jam, kalau UPSR [Ujian Penilaian Sekolah Rendah] habis pukul sembilan, sembilan setengah dia masuk balik. Jadi, dia buang air situ, nak [hendak] makan. Tapi [tetapi],

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

kalau makanan dah [sudah] siap, dia duduk makan, cawan dah [sudah] sedia dibasuh, ada masa lebih kurang dua puluh minit. Dua puluh minit, sepuluh minit buang air, sepuluh minit gi [pergi] jumpa mak bapak [ibu bapa] dia, ada dia masuk balik dengan tenang. Bantuan fizikal macam itu penting, mana kita dapat duit usaha sekolahlah.

H: Apakah perasaan cikgu melihat anak didik cikgu mendapat keputusan yang cemerlang?

Encik Yahya:Di samping saya bangga, saya sedih juga. Sebab kekuatan yang diberi oleh guru dan saya dan beberapa orang rakan, tak [tidak] sebanyak mana. Tapi [tetapi], saya sedih kerana mereka bertungkus-lumus untuk mencapai kejayaan itu hingga berjaya. Jadi, setengah orang gembira, tapi [tetapi] saya gembira juga tapi [tetapi] saya sedih mengapa dulu awal-awalnya mereka tak [tidak] menjadi macam itu. Jadi, di akhir-akhir ______ masa exam [ujian] dia tengok buku lagi, tengok buku, ini satu budaya yang tak [tidak] boleh diamalkan. Makna exam [ujian], takde [tidak ada] buku dah [sudah]. Tu [itu] sebab saya seminggu, dua minggu, murid-murid berkeliaran di sekolah, tahun enam. Dia suka buat ______ ke dia lah. Asalkan dia datang sekolah dan dia macam study leave [cuti belajar], tapi [tetapi] study leavenya [cuti belajarnya] di sekolah. ______ ______ masuk, jadi dia gembira, takde [tidakada] tekanan, exam [ujian] tu [itu] bukan satu tekanan, satu ujian yang menilai diri orang tu [itu] sendiri.

H: Apakah pendapat cikgu terhadap pencapaian pelajar-pelajar masa kini yang semakin bijak dan cemerlang dalam bidang akademik?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Encik Yahya: Satu perlumbaan yang cukup bagus. Kita takut, orang yang malas bertambah merosot, ______ bertambah banyak. Orang yang rajin, mula-mulanya ramai bagus, lepas tu [itu], peningkatan bagi mereka yang ______ bagus tu [itu] akan menjadi satu, percent [peratus] yang kurang. Contoh, pada tahun seribu sembilan ratus enam puluh sembilan (1969), saya mula-mula masuk jadi guru. Masa tu [itu] saya berkelulusan SPM [Sijil Pelajaran Malaysia], mak cik saya, kelulusan LCE [Lower Certificate of Education], Jadi, bila gaji pertama saya terima, saya mengatasi satu setengah bulan gaji dia, sedih juga kita. Jadi sebab itulah, kalau perlumbaan mencapai kejayaan ni [ini] bertambah, bermaksud orang yang lulus rendah ni [ini] akan ditinggalkan. Buat masa sekarang, SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] dah tak [sudah tidak] berapa bernilai, dah [sudah] sampai level [peringkat] form 6 [tingkatan enam]. Form 6 [Tingkatan enam] sekarang dah tak [sudah tidak] bernilai kerana dia nak [hendak] Diploma. Sekarang Diploma tak [tidak], tak [tidak] berapa lagi lekat [bernilai], dia akan jadi Master [Ijazah Sarjana]. Master [Ijazah Sarjana] ni [ini] tak [tidak] tahu berapa lama dia bertahan untuk mendapat Phd [Ijazah Doktor Falsafah]. Oleh yang demikian, orang mesti berlumba untuk mencapai yang lebih tinggi dengan usaha, siapa yang agak, bukan malas, agak kurang usaha tu [itu], akan tinggal jauh, kita takuti itu.

H: Apakah pendapat cikgu pada pencapaian pelajar Melayu pada masa kini? Adakah boleh dikategorikan sebagai pelajar yang berwawasan dan sama taraf dengan bangsa-bangsa lain?

Encik Yahya: Dari dulu saya nampak dah. Dan seorang professor, Yang berhormat Zainal, Parlimen Hulu Selangor. Masa itu, dia

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

masih sebagai pensyarah Universiti Malaya. Kalau diambil orang Melayu, lima ribu orang dalam satu sesi pengambilan pelajar-pelajar untuk masuk Universiti Malaya, diambil dua ribu, tak [tidak] sampai dua ribu, seribu lebih orang Cina, lima ratus orang India, apabila exam [ujian] pertama, yang lima ribu banyak gugur, reput dia, jadi yang tu [itu] Melayu la bukan. Bila diakhirnya, seperti jugak [juga] kita tengok dapat contoh di UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris] Tanjung Malim, di ______ ada satu hadiah utama, bagi mereka yang cemerlang di universiti itu. Akhirnya, dipegang oleh bangsa asing. Orang Melayu makin lama dia tak [tidak] tahu saya macam mana yang kita nampak, dia berjalan mungkin dengan rasa seronok, laki-laki [lelaki] perempuan tanpa memikirkan assignment [tugasan-tugasan] yang datang. Seharusnya dulukan [dahulukan] assignment [tugasan], baru kita berjalan. Kita orang muda, mesti berjalan juga, tapi [tetapi] dahulukan pelajaran. Tapi [tetapi], orang Melayu, saya tak [tidak] jaminlah kekuatan tu [itu] ada. Kerana orang bangsa asing ni [ini], dia minoriti apa katakan, bangsa minoriti ni [ini], dia selalu berjuang. Kalau ada seekor harimau di belakang kita, yang tak [tidak] tahu lari pun, mesti laju daripada orang biasa berlari. Itulah keadaan yang saya kata. Jadi kesedaran kita, orang dah [sudah] mengatasi kita tu [itu] dah [sudah] terlupa.

H: Adakah cikgu merasakan kecemerlangan akademik sahaja yang dapat membentuk keperibadian yang baik buat diri para pelajar?

Encik Yahya: Itu saya tak [tidak] setuju. Akademik saja bukan satu bagi jaminan hidup yang cemerlang masa depan. Dia mesti ada sahsiah, dia mesti ada nilai diri, dia mesti ada pergaulan

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

dengan masyarakat. Orang yang bagus akademik, selalu dia terlupa akan budaya-budaya bangsa dia sendiri. Contohnya lembaga akademik, hantar dia ke luar negara, so [jadi], kehidupan orang, budaya orang tu [itu] akan bawa kembali ke dalam kehidupan dia sendiri. Banyak saya lihat contoh, saudara-saudara saya pun yang pergi luar negara, yang duludulu [dahulu] lah. Jadi kurang berjaya dengan masyarakat, kurang berjaya dengan kehidupan yang lebih jauh iaitu akhirat.

H: Apakah yang sering diingatkan oleh cikgu ketika bersama pelajar, supaya menjadi seorang anak yang baik, pelajar yang cemerlang dan rakyat yang berguna pada masa kini dan juga pada masa hadapan?

Encik Yahya: Saya selalu bercakap reflect [mencerminkan] saya kepada mak bapak [ibu bapa] dia di rumah. Kenang mak bapak [ibu bapa] di rumah, senang pun bukan kerana kesenangan itu yang kita akan kecapi, tetapi usaha sendiri. Tapi [tetapi] kebanyakkan bangsa kita ni [ini], adalah orang yang sederhana, jadi kita suruh dia fikir macam mana dia nak [hendak] mengatasi masalah-masalah yang depan kalau mak bapak [ibu bapa] dah [sudah] tak [tidak] ada dan harta yang ditinggalkan, kalau ada pun tak [tidak] seberapa, adik-beradik ramai, jadi, pencapaian diri penting dan terus usaha untuk maju di masa-masa akan datang.

H: Pada pendapat cikgu, bagaimana pula peranan seorang guru sebagai pendidik dalam merealisasikan konsep Satu Malaysia seperti yang sering diuar-uarkan sekarang?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Encik Yahya: Kadang-kadang saya sendiri pun tak [tidak] faham pada permulaannya konsep Satu Malaysia. Tetapi, guru-guru yang kemungkinan dah [sudah] diberi kursus konsep Satu Malaysia ni [ini], bukan bermaksud kita meninggalkan budaya kita, kita tidak membelakangkan bahasa kita, kita tidak mengambil orang luar masuk ke dalam hak-hak kita, tetapi, makna Satu Malaysia ni [ini] bermaksud oleh PM [Perdana Menteri] itu ialah, ini negara kita, sama-sama kita berjuang mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh kerajaan sendiri. Ini bukan satu kerja yang senang, tetapi kalau bangsa Malaysia, orang Malaysia, bumi Malaysia, rakyat sendiri tidak mahu memahami asyik nak [hendak] menentang saja, tanpa mendalami hakikat yang dikendaki oleh PM [Perdana Menteri] ni [ini], maka pencapaiannya agak kurang. Tapi [tetapi] kalau kita tahu bahawa Satu Malaysia bermaksud inilah tanah air kita bersama, tapi [tetapi] hak-hak tiap-tiap bangsa tetap terpelihara.

H: Berbalik kepada profession guru, pelajar masa kini berlumba-lumba untuk menjadi seorang cikgu, apakah pandangan cikgu terhadap situasi demikian, adakah cikgu merasakan mereka ini memilih kerjaya sebagai guru hanya untuk menjamin masa depan atau untuk menyumbang bakti kepada bangsa?

Encik Yahya: Itu, persepsi itu bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Macam saya dulu saya kata saya tak [tidak] nak [hendak] jadi cikgu, tapi [tetapi] setelah disumbangsarankan [disaran] oleh pensyarah-pensyarah saya perkara-perkara yang seharus saya lakukan kalau berjiwa untuk jadi cikgu, dan dilatih selama, macam di universiti sekarang selama empat tahun, lapan semester tapi [tetapi] kalau bersungguh-sungguh dia akan

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

berjaya, dia akan yakin dan cinta pada karier [kerjaya] dia sebagai seorang cikgu. Kalau tidak ikut mana pun itu, bila di hujung semester dia akan dapat 2.1 [dua perpuluhan satu], 2.3 [dua perpuluhan tiga] paling tinggi, dia punya apa, dia punya pointer [gred] dia. Tapi saya rasa bila dah masuk tu [itu], tak [tidak] banyak sikit [sedikit] perasaaan hendak jadi cikgu tu [itu] ada.

H: Apakah pendapat cikgu terhadap pelajar-pelajar yang menuntut di dalam bidang perguruan? Adakah mereka memiliki kriteria yang perlu untuk menjadi seorang guru?

Encik Yahya: Ada kerja yang kita dilahirkan mengikut kehendak kita, fizikal kita, keinginan kita pada asal, tetapi kadang-kadang ada dibentuk, boleh dibentuk dengan kehendak mereka. Jadi, saya rasa tak [tidak] jadi masalahlah kalau nak jadi cikgu. Dia akan, bila dah [sudah] tamat nanti dia akan kata dia sebagai seorang cikgu. Tapi [tetapi], jaminan itu, kadangkadang saya terfikir pulak [pula], bahawa bila dah [sudah] lulus lapan semester, penuntut-penuntut ini akan diexam [diuji], diinterview [ditemuramah] lagi untuk masuk ke, sebagai cikgu. Dia akan terfikir kalau aku lulus pun, aku nak [hendak] exam [ujian], kalau aku tak [tidak] da [ada] exam [ujian], aku tak [tidak] lulus interview [temuramah] aku ke mana, ke mana tujuan aku. Jadi ni [ini], masih di awangawang [kabur] ______ tapi [tetapi] tujuan yang ______ begitu. Wallahualam [Tuhan sahaja yang tahu] saya tak [tidak] tahu, kerana zaman saya lulus saja [sahaja] maktab, saya terus menjadi cikgu.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

H: Adakah cikgu berpendapat bahawa institusi pendidikan masa kini kian kukuh ataupun sebaliknya?

Encik Yahya: Saya rasa kukuh. Kita jadi contoh pada dunia. Jadi, tinggal lagi kita tak [tidak] sedar, selalu begitulah. Apa yang berlaku depan mata kita, hak kita, kita macam ambil tak [tidak] tahu. Jadi kalau difikirkan, orang luar masih salute [kagum] to [kepada] Malaysia pasal education [pendidikan] kita, tapi [tetapi] soalan mengapakah orang kita masih dihantar ke luar negara untuk belajar. Kita mesti tahu, bahawa hubungan kita bukan antara kita sama kita, tapi [tetapi] hubungan kita dengan negara luar, sekurang-kurang kita mengiktiraf orang lain punya cara juga. Jadi, tak [tidak] ramai dah [sudah] sekarang. Kita boleh banggakan dengan doktor-doktor yang lulus di UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia] dan sebagai, banyak lagi yang kita boleh bangga. Jadi, saya rasa Malaysia akan, bukan mahu jadi juara, akan keluar sebagai contoh yang orang mahu ikut. Contoh sekali, kalau kita tengok pasukan Polis Diraja kita, one of the best in the world [salah satu yang terbaik di dunia], kejap [sekejap] je [sahaja] dia boleh tangkap benda barangbarang yang dia boleh cari. [contohnya, kalau kita tengok pasukan Polis Diraja kita, salah satu yang terbaik di dunia, sekejap sahaja boleh menemui sesuatu]. Tapi [tetapi] orang tak [tidak] tahu, takkan [tidak akan] buka semua tu [itu]. Within [dalam tempoh], kalau pembunuh-pembunuh ni [ini], sekejap ja [sahaja]. Jadi, we are the best [kita yang terbaik]. Jadi, saya rasa okay [bagus] Malaysia.

H: Pada pendapat cikgu, adakah mereka tidak merpercayai ataupun yakin dengan sistem pendidikan sendiri ataupun produk Malaysia sendiri?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Encik Yahya: Mereka yakin, tapi [tetapi], perubahan dasar pendidikan yang berubah-ubah sana sini sikit, apabila menterinya ditukartukarkan menyebabkan, Eh! Macam mana ni [ini]. Contoh pada satu ketika, murid ______, pelajar-pelajar universiti dapat PTPTN [Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional], patutnya bayar sekali, tapi [tetapi] dia potong pinjaman tu [itu] sekali, ______ pinjaman nanti dia potong, sekali potong, bagi orang yang tak [tidak] da [ada] duit dah [sudah] ______ dia semester yang ke depan tu [itu]. Kesian [Kasihan]. Jadi dia kata, Eh! apa dasar ni [ini], Jadi, ini lah sikit-sikit saja [sahaja], walhal yang banyak baik tu [itu] ada, tapi [tetapi] itu jugak [juga] menyinggung hati mak bapak [ibu bapa]. Kadang nak [hendak] makan pun susah, saya rasalah, tiba-tiba dia potong pinjaman tu [itu]. Kalau pinjaman dia seribu lima ratus, potonglah misalannya dua tiga ratus dulu, ______ kemudian boleh bagi dia hidup. Jadi, tapi [tetapi] tak [tidak] mengapa, saya ucap tahniah kepada pelajar-pelajar yang mengharungi ini dengan penuh baik, sampai boleh berjaya sehingga hari ini.

NA: Bilakah tarikh persaraan cikgu sebagai seorang pendidik?

Encik Yahya: Saya pada tiga belas haribulan sebelas tahun dua ribu dua (13hb.11.2002). Di akhir sekolahnya saya bersara itu ialah Sekolah Kebangsaan II, Kuala Kubu.

NA: Boleh saya tahu, umur cikgu ketika cikgu bersara?

Encik Yahya: Umur saya bersara, dah [sudah] tentulah umur saya lima puluh enam. Sebenarnya pada masa itu, umur bersara ialah tahun seribu, lima puluh lima tahun. Tapi [tetapi] saya masa itu, dinaikkan, kerajan menaikkan sampai lima puluh enam,

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

jadi masa itu tiga belas sebelas dua ribu dua (13.11. 2002) tu [itu] genap umur saya lima puluh enam tahun.

NA: Apakah perasaan cikgu walaupun setelah bersara, tetapi masih lagi digelar cikgu?

Encik Yahya: Mula saya biasalah, sebab dalam setahun dua tu [itu], orang panggil cikgu saya rasa cikgulah saya, kerana bukan senang nak [hendak] lupakan tiga puluh empat tahun orang panggil saya cikgu. Apabila saya masuk jadi pegawai di PPD [Pejabat Pendidikan Daerah], Kuala Kubu, orang panggil saya tuan saya marah, saya bukan tuan, saya cikgu, saya nak [hendak] jadi cikgu. Jadi, beberapa kali dah [sudah] dalam tahun daripada itu saya kata saya tak [tidak] payahlah [perlulah] panggil cikgu, panggil saya biasa, kalau saya sekarang saya bertugas di masjid, panggillah saya bilal, mereka kata apa, sampai mati pun, cikgu akan orang panggil cikgu. Jikalau orang pergi menziarah kubur, itu kubur saya. Ini kubur siapa? Ini Cikgu Yahya, cikgu masih ada. Oleh yang demikian, pada rakan-rakan yang masih jadi cikgu, baiki tingkah laku, ajar anak murid dengan baik, InsyaAllah [Dengan izin Allah], tuhan akan memberi petunjuk kepada kita.

NA: Setelah bersara apakah rancangan cikgu?

Encik Yahya:Saya sebelum bersara, saya memang dah [sudah] ada rancangan. Saya belum bersara dah [sudah] pihak masjid dah [sudah] ambil saya bertugas sebagai pegawai di Masjid, Tanjung Malim. Kemudian, saya menghambakan diri saya kepada surau saya, untuk membaiki keadaan dan saya masuk

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

persatuan-persatuan, contohnya Persatuan Suluh Budiman, universiti, UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris] sampai sekarang pun saya ahli, ahli seumur hidup. Kemudian saya masuk Persatuan (cuba mengingati) Jalinan Rauh, baru ditubuhkan yang situ menempatkan kumpulan-kumpulan orang Sumatera, yang memang saya seronok. Jadi, saya ingin jadi ahli, dan telah pun menjadi ahli. Setelah itu, sebelum itu, saya dengar cerita ja [sahaja], jadi sekarang saya tahu asal usul saya, dari mana dan siapa saya. Jadi, rancangan untuk yang lain memang ada, tapi [tetapi] badan saya tak [tidak] berdaya. Contoh kebun saya je [sahaja], saya tak [tidak] pergi kebun saya, sebab, jadi saya alihkan kepada kemasyarakatan. Saya rasa seronok saya sekarang. Tapi [tetapi], malangnya buat masa sekarang, pihak politik ingin menarik saya balik, menarik saya untuk bersama dengan politik, saya tak [tidak] dapat sama, kerana saya ingin menyumbang bakti diri saya antara umur saya di penghujung ni [ini], dalam bahagian ugama [agama] di masjid dan sebagai. Masa dulu, saya pakai, kalau pakai tie [tali leher] saya masuk ja [sahaja] tie [tali leher] dalam baju saya, saya ziarah kawan saya meninggal antara sepuluh lima minit saya pun pergi, tapi [tetapi] sekarang saya nak [hendak] samasama mereka hingga sampai ke liang lahad mereka tu, jadi saya baca doa di atas, InsyaAllah [Dengan izin Allah].

NA: Selepas bersara di dalam bidang perguruan, pernahkah cikgu menerima sebarang undangan dari mana-mana badan kerajaan ataupun institusi pengajian untuk berkongsi pengalaman cikgu sebagai seorang guru?

Encik Yahya: Ya. Ini beberapa buah sekolah kebangsaan sekitar Tanjung Malim, memanggil saya untuk menerangkan yang lepas saya

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

kata saya membuat satu kertas kerja kontrak pendidikan, jadi saya terangkan kepada ______ tanpa saya meminta apa-apa dari mereka. Saya bangga dan saya sayang kalau apa yang ada pada saya orang lain pakai. Jadi, saya sumbangkan pada mereka. InsyaAllah [Dengan izin Allah], tak [tidak] banyak sikit rasanya memberi kesan yang baik kepada sekolah yang berkenaan. Ada juga saya menerima undangan untuk memberi ceramah di persatuan-persatuan, tapi [tetapi] itu saya tak [tidak] hendak pergi sebab terpaksa membuat satu kajian lain kerana itu bukan bidang saya. Jadi, saya minta maaf dan akhirnya diberikan kepada orang lain. Contoh, bila hari tiba bulan kemerdekaan, mereka akan minta saya memberi ceramah, mungkin saya bercakap, saya memang begitu kehidupan saya, saya bersyukur, public speaking [pengucapan awam] saya, tak payah [perlu] saya prepare [bersedia] banyak sangat. Dia terus macam tu, macam mana hari ini lah, saya tak [tidak] pegang teks apa-apa. Jadi dia timbul, Alhamdulillah [syukur kepada Allah]. Tapi [tetapi] pada anak saya, ada seorang aja [sahaja] yang jadi macam itu, yang ______ tahu yang jadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam. Sekarang dia kerja di bank, itu macam saya, dia bercakap non-stop [tidak berhenti]. Sekian.

NA: Sepanjang persaraan cikgu, sudah berapa ramaikah pelajar-pelajar yang menjadikan cikgu sebagai tokoh atau sebagai rujukan?

Encik Yahya:Terima kasih. Awak berdua adalah orang tak [tidak] tahu yang keberapa saya tak [tidak] tahu. Pihak UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris] sampai ke masjid cari saya, kemudian, beberapa kali untuk biodata saya, gambar saya, perjuangan saya, dah [sudah] banyak dah [sudah]. Saya

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

hingga satu ketika, saya berada di Kelantan, saya disekat oleh road block [sekatan jalan] polis. Jadi, akhirnya datang, naik bas dengan rakan-rakan, datang seorang inspektor daripada bawah. Ya Allah, guru saya, (menahan sebak) stop [berhenti].

NA: Sekiranya cikgu diberi pilihan, adakah cikgu masih ingin menjadi seorang guru dan mengapa?

Encik Yahya: Sebenar saya rasa saya hari ni [ini] pun masih seorang guru, saya anggap macam tu [itu]. Di mana-mana, setiap apa yang kita sampaikan yang baik itu adalah cikgu. Yang melarang tu [itu] yang tak [tidak] baik.- - -

TAMAT KASET II BAHAGIAN A: KASET II BAHAGIAN B

Encik Yahya: Ada beberapa kali di masjid Tanjung Malim, sama ada orang dewasa, penuntut UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris], ada kelihatan seperti tidak kena bagi diri saya. Contoh, mereka bersembang di bawah pokok rambutan dan hanya dipisahkan oleh beg plastik. Masa itu, saya menjalankan tugas saya sebagai bilal Zohor, saya pergi dekat, Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Muhrim, isteri, adik-beradik?. Tidak. Sila bubar. [Salam diberi dan cikgu bertanya sama ada mereka ada hubungan muhrim, adik-beradik atau isteri. Mereka menidakkan dan cikgu menyuruh mereka berpecah dan pergi dari situ]. Saya rasa tak [tidak] hendak berlaku pelajaran yang tidak baik di situ. Kemudian, baru ni [ini] pun begitu juga, duduk dia dekat bercakap, saya tanya benda yang sama. Satu ketika, orang yang mempunyai sebuah Mercedes yang besar, sembahyang

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

di masjid Tanjung Malim, saya dapati sujudnya sudah salah. Syarat sujud ialah tujuh anggota terletak ke bumi, ______ siku dan sebagainya terletak, jadi saya tak [tidak] segan silu saya terus memberi pelajaran kepada dia. Betul ke?. Jadi, dia berterima kasih kepada saya, tak [tidak] pernah orang tegur, ya kereta Mercedes, orang kaya. Pada saya, Allah tidak menilai sebegitu, taqwa kita. Jadi, ada satu ketika lagi tu [itu], begitu juga, dia masbuk [makmum yang solatnya tidak cukup rakaat] tapi [tetapi] dia ______ pulak [pula] yang dia tinggal kira dia punya juga, rukuk apa ni bukan, dia punya apa, dikiranya itu sebagai satu yang cukup bagi, rakaat dia. Saya tarik tangannya selepas itu, saya bawa keluar, jangan dimalu, kita cikgu, jangan bagi malu anak murid. Itulah, dia dah [sudah] dewasa, jadi tak [tidak] cukup saya kata. Terima kasih. ______ lembah lembut, sebab kita, kita ingat cikgu, kita sebagai guru. Tapi [tetapi] sape [siapa] pun guru. Pernah satu ketika dulu di sekolah-sekolah termasuk, tak [tidak] terkecuali Hulu Bernam, Hari Guru, merayakan guru. Saya kata bukan. Merayakan mak bapak [ibu bapa]. Mak bapak [ibu bapa] lah cikgu yang pertama kan?. Sape [Siapa] ngajar [mengajar] awak kat [dekat] rumah sebelum ke sekolah, dialah cikgu. Tapi [tetapi] orang tersilap, dia tak [tidak] ingat dia bukan cikgu [tetapi orang tersilap, dia rasa dia bukanlah seorang cikgu.]. Jadi itulah, hidup saya ni [ini], saya sampai akhir pun jadi cikgu juga, walaupun saya tak [tidak] hendak. Bukan tak [tidak] hendak, kerana gurulah membina karier [kerjaya] saya, sehingga orang kenal saya siapa. InsyaAllah [Dengan izin Allah].

NA: Adakah cikgu berhasrat untuk menceburi mana-mana bidang, seperti bidang perniagaan selepas bersara?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

Encik Yahya: Saya ni [ini] tak [tidak] boleh jadi orang meniaga. Saya cukup, saya cepat kesian [kasihan]. Isteri saya pernah saya cerita mangajak direct selling [jualan langsung], banyak laku, tapi [tetapi] bila pergi minta hutang saya orang di belakang, duduk dalam kereta, saya tak [tidak] sanggup. Saya terfikir, ada ke duit orang tu, tak de ke [orang itu ada duit atau tidak], dan sebagainya kan. Jadi, isteri saya marah kat [dekat] saya, saya tak [tidak] berani. Hutang awak berapa?. Nak apa?. Dan sebagainya. Berjalan tu [itu] paling malas saya. Jadi, saya bukan ahli perniagaan yang begitu baiklah saya rasa.

NA: Cabaran pada masa sekarang adalah mencabar, jadi apakah nasihat cikgu kepada para pendidik sekarang?

Encik Yahya: Saya bukan orang yang pakar untuk menasihatkan siapasiapa. Tapi [tetapi], fikirlah apa yang anda dapat daripada institusi perguruan yang ada sekarang, di mana meratalah, universiti ke, dimana ke, di maktabkan, maktab ke, dia tak cukup [hasil yang kita dapat daripada institusi perguruan sama ada universiti, maktab dan sebagainya]. Dia cuma paling tinggi pun, boleh dapat ialah empat puluh percent [peratus] daripada menjadi cikgu. Oleh yang itu, enam puluh percent [peratus] kita kena cari, nombor satu perangai kita, usaha kita, gigih kita, kasih dan sayang kita kepada murid kita, dan lain-lain yang boleh membinakan rasa cintanya orang kepada profesion [kerjaya] perguruan. Kita mewakili seluruh dunia, apabila sebut cikgu, siapa yang berbentuk mengajar, yang macam mana yang kita dapat di universiti, maktab, dia tak [tidak] cukup untuk memberi keselesaan kepada p&p [pengajaran dan pembelajaran] kita. Oleh yang

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

demikian, cari buku, beli buku, dengar, pakai tape [kaset] dan sebagainya. Luaskan biji mata kita, terangkan hati kita melalui tv [televisyen], video yang lain-lain, kumpulkan dan disummarizekan [disimpulkan], apa disummarizekan,

disimpulkan dalam satu p&p [pengajaran dan pembelajaran] yang lebih senang dan selesa bagi orang yang mendengarnya. Terima kasih.

NA: Sebelum kita mengakhiri sesi temubual ini cikgu, apakah hasrat cikgu kepada pelajar-pelajar sekarang?

Encik Yahya: Pada pelajar sekarang, anda adalah di dalam satu lingkungan yang penuh cabaran. Tak [tidak] seperti mana saya dulu [dahulu]. Saya dulu [dahulu] masuk sekolah tahun lima puluh lima, satu buku pun tak [tidak] da [ada] bawa kat [dekat] sekolah, bawa diri kami, bawa papan batu, buku bacaan pun simpan dalam almari setelah baca, di rumah tak da [tidak ada] apa-apalah. Tapi [tetapi] kita berjaya hasil daripada tekanan-tekanan keliling yang mendesak supaya kita belajar betul-betul. Sekarang apa yang tak [tidak] da [ada], semua ada, pertamanya pelajaran yang baik-baik, audio-audio yang cukup bagus, sama ada dalam tv [televisyen], kaset, cd [cakera padat], vcd [video cakera padat] dan sebagainya yang saya tak [tidak] pernah tahu lagi bahasa-bahasanya. Jadi, pilihlah mana satu, yang buruk, yang baik. Kadang-kadang, kalau kita tengok yang buruk tu [itu] pun boleh juga mendatangkan satu pengalaman yang boleh membanteras perbuatan-perbuatan tak [tidak] elok kepada murid kita. Kalau kita kata dadah itu merbahaya, tapi [tetapi] kita tak [tidak] pernah tengok bentuk orang yang kena dadah, kita tak [tidak] boleh cerita yang lepas-lepas pun saya, apabila saya

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

menuntut lebih lagi daripada yang apa adanya, murid saya lebih bijak daripada saya. Akhirnya, kita akan rasa monotaneous jemu terhadap apa yang kita buat. Jadi, saya rasa pada pelajar-pelajar sekarang, teruskan perjuangan, terutama sekali orang Melayu, kita tidak ada apa-apa sekarang dah [kita sudah tidak ada apa-apa], politik kita dah [sudah] diganggu gugat dah [politik kita sudah diganggu dan tergugat], kesultanan kita pun, orang boleh dah memporakperandakan keadaan [sudah boleh diporak-perandakan oleh orang lain]. Jadi, be steady [bersiap sedia], jangan mengundur dan perjuangkanlah hak kita.

NA: Baiklah cikgu, kita sudah sampai ke akhir sesi temubual, di sini kami ucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu sekeluarga kerana sudi memerima kehadiran kami.

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

13.0 SENARAI SOALAN

LATAR BELAKANG

1. Boleh cikgu ceritakan tentang - maaf cikgu. Boleh cikgu berikan nama penuh cikgu? 2. Ya, panggilan cikgu, nama panggilan? 3. Boleh cikgu ceritakan tentang latar belakang cikgu? 4. Okay, apakah nama penuh isteri cikgu? 5. Boleh cikgu ceritakan tentang latar belakang anak-anak cikgu? 6. Adakah ahli keluarga cikgu juga bergelar sebagai seorang guru? 7. Adakah cikgu sering mendorong ahli keluarga cikgu supaya berkhidmat sebagai guru? 8. Boleh saya tahu, apakah pendekatan yang cikgu lakukan untuk mendidik anakanak di rumah? 9. Adakah cikgu menggunakan pendekatan yang sama seperti pelajar cikgu di sekolah untuk mendidik anak-anak? 10. Siapakah idola cikgu? 11. Apakah yang sering cikgu lakukan ketika masa lapang? 12. Apa prinsip hidup cikgu?

PENDIDIKAN AWAL

13. Baiklah cikgu, bagaimana cikgu mendapat pendidikan awal? 14. Bagaimana pula dengan sejarah pendidikan cikgu disekolah menengah? 15. Bagaimana pula dengan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah? 16. Selepas cikgu menamatkan zaman persekolahan di peringkat menengah, kemanakah halatuju cikgu? 17. Sekiranya cikgu tidak menjadi seorang guru, siapakah cikgu? 18. Jadi macam mana cikgu boleh mula berminat untuk menjadi seorang guru? 19. Apakah faktor utama cikgu melibatkan diri dalam bidang pendidikan?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

20. Pada pandangan cikgu, apakah keistimewaan memilih kerjaya guru berbanding dengan kerjaya lain? 21. Di manakah cikgu mendapatkan pendidikan untuk menjadi guru? 22. Berapa tahunkah cikgu belajar dalam bidang pendidikan?

SEJARAH PEKERJAAN AWAL

23. Apakah kriteria untuk manjadi guru pada masa itu? 24. Apakah harapan cikgu terhadap kerjaya guru, sebelum menjadi guru di sekolah? 25. Apakah perasaan setelah diberi peluang menjadi seorang guru? 26. Perasaan cikgu ketika mula-mula mengajar di dalam kelas? 27. Pada usia berapakah cikgu mula bertugas sebagai guru? 28. Boleh saya tahu, pelajar tahun berapakah yang sering di ajar oleh cikgu? 29. Sudah berapa lamakah cikgu berkhidmat dalam bidang perguruan? 30. Berapakah jumlah sekolah yang cikgu sudah berkhidmat sepanjang menjadi seorang guru? 31. Kenapa ya? Boleh saya tahu 32. Apakah nama sekolah yang paling cikgu senangi sewaktu berkhidmat sebagai guru? 33. Selain itu, apakah halangan dan cabaran pada awal cikgu bertugas sebagai guru?

SEJARAH KERJAYA SEBAGAI GURU BESAR

34. Bilakah cikgu dilantik menjadi Guru Besar? 35. Apakah peranan sebagai seorang Guru Besar? 36. Peranan seorang Guru Besar amatlah besar, bagaimanakah cikgu membahagikan masa untuk keluarga dan kerjaya? 37. Apakah kursus-kursus yang sering dihadiri oleh Guru Besar? 38. Apakah perasaan cikgu setelah dilantik menjadi seorang Guru Besar? 39. Apakah reaksi keluarga apabila cikgu dilantik menjadi seorang Guru Besar?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

40. Apakah perbezaan pada diri cikgu sebelum dan selepas menjadi seorang Guru Besar? 41. Sudah berapa lamakah cikgu berkhidmat sebagai Guru Besar? 42. Apakah penghargaan yang diterima oleh cikgu sepanjang penglibatan cikgu dalam bidang pendidikan? 43. Adakah cikgu pernah terlibat dalam menghasilkan sebarang buku dalam memantapkan pendidikan pelajar? 44. Adakah cikgu pernah terlibat dalam memberi ceramah, seminar ataupun bengkel?

PENGALAMAN

45. Apakah pengalaman manis cikgu dalam bidang pendidikan? 46. Sepanjang cikgu bergelar Guru Besar pernahkah cikgu berhadapan dengan situasi yang pahit? 47. Adakah pernah terdetik dalam hati cikgu bahawa cikgu menyesal menceburi bidang pendidikan? 48. Bagaimanakah cikgu memotivasikan diri cikgu untuk terus bersemangat menyumbang tenaga dan masa demi masa depan anak bangsa? 49. Pencapaian cemerlang sesebuah negara wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang diterajui oleh Guru Besar kearah pencapaian objektif sekolah. Berdasarkan pengalaman cikgu sebagai Guru Besar, apakah perkara penting yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencapai objektif ataupun misi sekolah? 50. Bagaimana cikgu selaraskan kehendak kerajaan dalam melahirkan pelajar yang serba boleh? 51. Sekolah rendah merupakan kancah terasas kanak-kanak untuk melihat dan mengkaji apa yang mereka lihat dan pelajari. Pada pendapat cikgu, apakah peranan guru dalam memberikan panduan dan contoh tauladan yang baik kepada pelajar? 52. Pernahkah cikgu berhadapan dengan pelajar-pelajar yang nakal sewaktu cikgu masih aktif di dalam bidang perguruan? 53. Pada pendapat cikgu, apakah peranan guru dalam menangani masalah ini?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

54. Kini, pelajar sanggup memukul cikgu apabila mereka marah terhadap guru itu. Pada pandangan cikgu sendiri, mengapakah pelajar sanggup, sekarang sanggup berkelakuan seperti itu? 55. Pada pandangan cikgu, siapakah yang memainkan peranan utama dalam mendidik pelajar supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab? 56. Pada pandangan cikgu, apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar itu sendiri untuk menghindari diri mereka daripada gejala yang tidak baik? 57. Apakah aktiviti ataupun program yang sering dijalankan oleh pihak sekolah untuk membantu pelajar dalam mengenal potensi diri, membentuk disiplin dan mengenal bakat mereka? 58. Berdasarkan pengalaman cikgu sendiri, apakah reaksi pelajar terhadap aktivitiaktiviti yang dijalankan untuk membentuk disiplin dan membina jati diri mereka? 59. Isu guru sering dipersalahkan akibat terlalu tegas sehingga memukul pelajar banyak terpampang di media elektronik ataupun media cetak. Pada pendapat cikgu, adakah guru yang patut dipersalahkan? 60. Apa pula pendapat cikgu tentang guru yang bersifat pilih kasih terhadap pelajarpelajarnya? 61. Baru-baru baru ini ada akhbar yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan guru besar miang, adakah perkara ini telah menjatuhkan maruah cikgu yang pernah memegang jawatan sebagai guru besar? 62. Adakah situasi ini menunjukkan bidang perguruan semakin merosot dari segi akhlak seorang guru? 63. Apakah nasihat cikgu kepada bakal-bakal guru atau guru besar dalam mengelakkan perkara sedemikian berulang kembali? 64. Guru sering dipersalahkan jika keputusan pelajar di tahap yang tidak memuaskan. Apakah pandangan cikgu tentang hal ini? 65. Kini sebahagian pelajar kurang berminat untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran mereka. Sebaliknya mereka lebih tertarik dengan perkara yang lebih menyeronokkan dan boleh membuang masa. Pada pendapat cikgu, mengapakah perkara ini boleh berlaku?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

66. Mengikut pengalaman cikgu, apakah yang sering mengggangu tumpuan mereka terhadap pelajaran? 67. Adakah faktor kekurangan infrastruktur pendidikan di sekolah mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi kesan yang kurang baik terhadap pembelajaran pelajar? 68. Jika kita lihat pada isu sekarang ini, isu pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris di sekolah sering diperkatakan. Apakah pendapat cikgu tentang perkara ini? 69. Pada zaman persekolahan cikgu, adakah bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar? 70. Bahasa mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Jadi, apakah yang sering dilakukan oleh cikgu sebagai Guru Besar untuk memastikan keputusan pelajar di tahap yang membanggakan? 71. Di sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) merupakan peperiksaan yang amat penting. Apakah yang sering pihak sekolah lakukan untuk persiapan pelajar menghadapi UPSR? 72. Apakah perasaan cikgu melihat anak didik cikgu mendapat keputusan yang cemerlang? 73. Apakah pendapat cikgu terhadap pencapaian pelajar-pelajar masa kini yang semakin bijak dan cemerlang dalam bidang akademik? 74. Apakah pendapat cikgu pada pencapaian pelajar Melayu pada masa kini?

Adakah boleh dikategorikan sebagai pelajar yang berwawasan dan sama taraf dengan bangsa-bangsa lain? 75. Adakah cikgu merasakan kecemerlangan akademik sahaja yang dapat membentuk keperibadian yang baik buat diri para pelajar? 76. Apakah yang sering diingatkan oleh cikgu ketika bersama pelajar, supaya menjadi seorang anak yang baik, pelajar yang cemerlang dan rakyat yang berguna pada masa kini dan juga pada masa hadapan? 77. Pada pendapat cikgu, bagaimana pula peranan seorang guru sebagai pendidik dalam merealisasikan konsep Satu Malaysia seperti yang sering diuar-uarkan sekarang?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

78. Berbalik kepada profession guru, pelajar masa kini berlumba-lumba untuk menjadi seorang cikgu, apakah pandangan cikgu terhadap situasi demikian, adakah cikgu merasakan mereka ini memilih kerjaya sebagai guru hanya untuk menjamin masa depan atau untuk menyumbang bakti kepada bangsa? 79. Apakah pendapat cikgu terhadap pelajar-pelajar yang menuntut di dalam bidang perguruan? Adakah mereka memiliki kriteria yang perlu untuk menjadi seorang guru? 80. Adakah cikgu berpendapat bahawa institusi pendidikan masa kini kian kukuh ataupun sebaliknya? 81. Pada pendapat cikgu, adakah mereka tidak merpercayai ataupun yakin dengan sistem pendidikan sendiri ataupun produk Malaysia sendiri?

SELEPAS PERSARAAN

82. Bilakah tarikh persaraan cikgu sebagai seorang pendidik? 83. Boleh saya tahu, umur cikgu ketika cikgu bersara? 84. Apakah perasaan cikgu walaupun setelah bersara, tetapi masih lagi digelar cikgu? 85. Setelah bersara apakah rancangan cikgu? 86. Selepas bersara di dalam bidang perguruan, pernahkah cikgu menerima sebarang undangan dari mana-mana badan kerajaan ataupun institusi pengajian untuk berkongsi pengalaman cikgu sebagai seorang guru? 87. Sepanjang persaraan cikgu, sudah berapa ramaikah pelajar-pelajar yang menjadikan cikgu sebagai tokoh atau sebagai rujukan? 88. Sekiranya cikgu diberi pilihan, adakah cikgu masih ingin menjadi seorang guru dan mengapa?

NASIHAT DAN HARAPAN

89. Adakah cikgu berhasrat untuk menceburi mana-mana bidang, seperti bidang perniagaan selepas bersara?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR

90. Cabaran pada masa sekarang adalah mencabar, jadi apakah nasihat cikgu kepada para pendidik sekarang? 91. Sebelum kita mengakhiri sesi temubual ini cikgu, apakah hasrat cikgu kepada pelajar-pelajar sekarang?

IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN

Das könnte Ihnen auch gefallen