Sie sind auf Seite 1von 2

http://atifhidayat.wordpress.

com/2009/04/01/nabi-idris-as/

Nabi Idris a.s


1 April 2009 at 3:02 PM

Atas daya usaha Nabi Sheth A.S., sesetengah manusia mula mempercayai Allah. Masa berlalu,
mereka mula menyembah berhala nabi mereka. Mereka mula menjadi tidak beragama,
menyembah banyak tuhan dan tidak lagi beriman dengan Allah. Mereka mengambil jalan yang
salah dalam hidup mereka. Pada suatu masa tertentu, Allah telah mengutuskan Nabi Idris A.S.
untuk memulih dan membimbing mereka yang telah hanyut itu. Allah telah menyebutnya dalam
al-Quran seperti berikut:

” Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran.
Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi” (Maryam, 19:
56)

Seruan dan Penentangan

Nabi Idris A.S. menyeru umatnya kembali menyembah Tuhan yang satu. Baginda mengarahkan
umatnya untuk meninggalkan penyembahan berhala mereka. Baginda menekankan bahawa
mereka tidak boleh dikuasai oleh sifat cintakan harta dan kekayaan. Baginda menegah mereka
daripada meminum arak dan minuman lain yang memabukkan. Hanya segelintir sahaja yang
mendengar seruan baginda tetapi majoriti daripada mereka menentang keras terhadap baginda.
Namun begitu, Nabi Idris A.S. tetap tidak berputus asa dan terus menyeru tanpa goyah
pendiriannya. Baginda dihargai atas keimanan dan kesabaran yang kental.

“Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris, dan Dzulkifli. Mereka semua termasuk orang-orang yang
sabar. Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami, sesungguhnya mereka termasuk
orang-orang yang soleh” (Al-Anbiyya, 21: 85-86)

Penghijrahan ke Mesir

Walaupun dengan usaha yang tidak mengenal penat, Nabi Idris A.S. masih tidak dapat mencapai
kejayaan yang sepatutnya dan baginda rasa tercabar dengan kelakuan para penduduk zaman itu.
Lalu baginda diarahkan untuk berhijrah ke Mesir dan melaksanakan tugasnya di tebing sungai
Nil. Baginda menyeru supaya menuju kepada agama Allah kepada pelbagai kumpulan
masyarakat dan menasihati mereka supaya berbuat baik dan bertamadun. Akhirnya baginda
berjaya membawa perubahan dari segi moral dan sosial hidup masyarakat tersebut.

Kata-kata daripada Nabi Idris

Baginda mengajar dengan teguran dan nasihat yang baik seperti berikut:
1. Jangan berasa dengki dengan kekayaan orang lain.
2. Sesiapa yang mempunyai keinginan yang tidak terbatas, akan menghalangnya daripada
berpuashati dengan kekayaan yang diperolehi.
3. Seseorang mestilah ikhlas dalam pengabdian kepada Allah.
4. Berdosa jika melakukan sumpah yang salah.

http://atifhidayat.wordpress.com/2009/04/01/nabi-idris-as/
http://atifhidayat.wordpress.com/2009/04/01/nabi-idris-as/

5. Sabar adalah kunci kejayaan


6. Sesiapa yang mengawal nafsunya adalah seorang yang bertuah. Golongan yang berbuat baik
sahaja akan hidup dalam syafaat daripada Allah semasa hari pembalasan.
7. Sesiapa yang ingin mencapai kesempurnaan dalam ilmu, sepatutnya tidak terlibat dengan
perlakuan yang tidak bermoral.

Nabi yang Mengetahui

Nabi Idris dilahirkan seratus tahun selepas kematian Nabi Adam A.S. Baginda adalah manusia
pertama yang belajar menulis. Diketahui bahawa 30 bahagian ayat-ayat suci Allah diwahyukan
kepada baginda. Baginda adalah manusia yang menemui sains astronomi dan aritmetik.

Kematian Nabi Idris A.S.

Nabi Idris A.S. diangkat ke syurga ketika berusia 365 tahun. Ibn Jarir mengaitkannya dalam
Rauzatul Ahbab yang Nabi Idris A.S. adalah sahabat kepada malaikat di dalam syurga. Malaikat
telah mengangkat baginda ke syurga dan apabila mereka sampai di syurga aras keempat, mereka
terjumpa dengan malaikat maut. Malaikat yang mengiringi Nabi Idris A.S. bertanya kepada
malaikat maut tentang usia hidup Nabi Idris A.S. dan malaikat maut menjawab:

“Dimanakah Idris ? kerana aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya”

Nabi Idris kemudiannya bersemadi di syurga aras keempat dan wafat di dalam sayap malaikat
yang membawanya ke syurga. Mutwaslah adalah salah seorang anaknya yang diketahui telah
membina tanda untuk Nabi Idris di bumi.

referensi www.geocities.com

http://atifhidayat.wordpress.com/2009/04/01/nabi-idris-as/

Das könnte Ihnen auch gefallen