Sie sind auf Seite 1von 22

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

PENGENALAN
Kenapa saya mesti belajar perkara ini?

Anda mungkin perlukannya suatu hari nanti.

Mereka tidak boleh didorong untuk belajar Mereka tiada kemampuan untuk menguasai mata pelajaran akademik

Kegagalan membantu murid mencari hubungkait Antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada Antara sekolah dengan dunia luar Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain Antara pengetahuan lepas dengan cabaran kini, dan cabaran kini dengan tanggungjawab masa depan

Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran hari ini ?

Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas sekolah dan guru Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru Terlalu terkongkong kepada pendekatan pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan

Apakah kekangan dalam membina hubungkait tersebut ?

APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL ?


Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on.

Pengalaman Harian Individu

Persekolahan

Kehidupan Masyarakat

Alam Pekerjaan

Teori pembelajaran secara kontekstual

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Budaya

Konteks yang Pelbagai Fizikal

Sosial

Psikologi
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

Bilik Darjah

Kepelbagaian Persekitaran Pembelajaran

Makmal

Tempat Kerja

Kehidupan Harian Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

10

Pendekatan Kontekstual merentas pelbagai disiplin ilmu

Matematik

Sains

Bahasa

Teknologi Maklumat

Komunikasi

12

Teknikal dan Vokasional

Kemanusiaan

Mengapa Kontekstual ?

15

Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan pembelajaran?


Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.

Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.

Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.

16

APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN? Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. 17

Gaya Pembelajaran

20

Murid

Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada :

Guru

Industri

21

APAKAH KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut : Relating (Menghubungkait) Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui

R
E

Experiencing (Mengalami)

A
C T
28

Applying (Mengaplikasi)

Cooperating (Bekerjasama)

Transfering (Memindahkan)

Relating (Menghubungkait)
Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.

Experiencing (Mengalami)
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi di mana wayar plug 3 pin sterika tertanggal.

29

Applying (Mengaplikasi)

Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi di mana sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

Cooperating (Bekerjasama) Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama. Transfering (Memindahkan) Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan bahawa segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m akan menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

30

Bagaimana Melaksanakannya ?

32

Bagaimanakah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual ?


Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi berikut:
MOTIVASI

Pengenalan Isu perbincangan Alat bantu mengajar

PEMAHAMAN

Penerangan konsep dan perbincangan kelas Bacaan dan melakukan Contoh kajian

KEMAHIRAN APLIKASI Aktiviti

HandsOn Penyelesaian masalah

IMBASAN KEMBALI DAN PENILAIAN

Ingat kembali fakta utama Penilaian kemajuan

33

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Bagi Melaksanakan Pembelajaran Secara Kontekstual Dengan Berkesan
41

Pembelajaran Murid

Pengajaran Guru

Sokongan Pentadbir Sekolah

Sokongan Masyarakat

42

Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

TERIMA KASIH

Das könnte Ihnen auch gefallen