Sie sind auf Seite 1von 5

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN MURID KE PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARA, KEDAH.

1.0

PENGENALAN:

Lawatan sambil belajar merupakan satu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi kesan positif kepada diri murid. Oleh itu program ini dirancang untuk membekalkan pengalaman yang menarik kepada murid dalam mengenali Sains dengan lebih mendalam dan memupuk kecintaan dan minat mendalam dalam diri setiap murid. Selain itu lawatan juga dapat menggalakkan kerjasama dan toleransi murid dalam aktiviti berkumpulan. Gabungan pengalaman dalam pelajaran dan hubungan kerjasama antara murid ini diharapkan dapat melahirkan murid yang positif dalam mewujudkan modal insan yang berguna kepada sekolah, masyarakat dan juga negara.

2.0

TUJUAN

1. Memberi peluang kepada murid untuk belajar melalui pengalaman yang dirasai sendiri dalam suasana yang menarik. 2. Memberi pengetahuan dan pengalaman baru tentang Sains kepada pelajar melalui aktiviti yang dirancangkan untuk setiap pelajar. 3. Menanam sikap dan budaya Sains dalam diri setiap pelajar. 4. Merealisasikan hasrat kerajaan dalam merapatkan jurang peluang pendidikan di antara murid bandar dan murid luar bandar.

3.0

RASIONAL

1. Murid dari luar bandar perlu diberi peluang untuk merasai suasana pembelajaran melalui pengalaman sendiri. 2. Sekolah mesti memainkan peranan untuk menyediakan peluang kepada murid dalam pembelajaran melalui kepelbagaian kaedah dalam memaksimumkan hasil pembelajaran. 3. Minat murid dapat ditanam dan dibajai untuk menjadi modal insan yang positif melalui aktiviti luar bilik darjah yang menarik selain daripada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

4.0

OBJEKTIF

1. Murid dapat mempelajari Sains dengan mengaitkan aktiviti dalam kehidupan seharian. 2. Mengukuhkan sikap bekerjasama di kalangan murid dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan. 3. Menghayati dan mesyukuri keindahan negeri Kedah

5.0

TARIKH

5 September 2013 (Khamis).

6.0

KUMPULAN SASARAN

41 orang murid yang terdiri daripada Murid Tahun 4 dan 5 dari Sekolah Kebangsaan Megat Dewa, Kodiang, Kedah.

7.0

GURU PENGIRING

1. En. Noridan bin Noh ( Pengelola ) 2. En. Kamarudin bin Mat Zain 3. Pn. Hasliza binti Harun

8.0

JADUAL LAWATAN

05 September 2013. 8.00 pagi 9.00 pagi 12. 30 t/hari Bertolak dari sekolah. Tiba di Pusat Sains Negara Wilayah Utara. Makan tengah hari dan melawat Muzium Padi.

2.00 petang 3.00 petang 4.30 petang -

Bertolak ke Masjid Al Bukhary dan solat Zohor. Bertolak ke Muzium Negeri Bertolak ke LapanganTerbang Kepala Batas dan minum petang Tiba di sekolah

6.00 petang -

9.0

SUMBER KEWANGAN

Yuran Pendaftaran (Kutipan pelajar) RM 30.00 x 41 orang pelajar (RM1230.00)

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN: : RM 450.00 : RM 5.00 X41 ( RM 205.00) : RM 5.00 X 41 ( RM 205.00) : RM 2.50 x 41 ( RM 102.50) : RM 205.00 : RM 62.50

1. Sewa bas sepanjang lawatan 2. MakanTengahari 3. Tiket Masuk / Aktiviti 4. Minum Petang 5. Cenderahati Pelajar 6. Runcit

11.0

PENUTUP

Lawatan sambil belajar ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada semua peserta dalam meningkatkan kebolehan dan keupayaan serta menjana pengalaman yang berguna kepada mereka. Kaedah pembelajaran luar kelas sebegini perlu dijadikan satu alternatif tambahan untuk menguatkan pemahaman murid terutamanya dalam mata pelajaran Sains yang dikatakan banyak menghantui pelajar Melayu. Semoga perancangan ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh : Noridan bin Noh

Ketua Panitia Sains

PANITIA SAINS

SEKOLAH KEBANGSAAN MEGAT DEWA

KERTAS CADANGAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE

PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARA DAN SEKITAR BANDARAYA ALOR SETAR

Das könnte Ihnen auch gefallen