Sie sind auf Seite 1von 9

BANDING BEZA ANTARA TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF PIAGET DENGAN TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL BANDURA

TEORI PERKEMBANGAN MORAL (JEAN PIAGET)

Perkembangan moral merujuk kepada perolehan nilai dan kesedaran tentang apa yang buruk dan apa yang baik, apa yang betul dan apa yang salah, berdasarkan kod etika masyarakat setempat. Keupayaan kanak-kanak membezakan antara buruk dengan baik sesuatu perbuatan tersebut diukur dari segi kebolehan mereka memahami niat, tatasusila atau peraturan masyarakat serta nilai budaya dan agama.

Terdapat dua kajian yang dilakukan oleh Piaget mengenai perkembangan moral kanak-kanak dan remaja. Beliau melakukan pemerhatian terhadap beberapa kanak-kanak yang bermain guli, sambil mempelajari bagaimana mereka bermain dan memikirkan peraturan- peraturan permainan. Kajian kedua ialah dengan cara bertanyakan soalan tentang peraturan-peraturan etika, misalnya mencuri, berbohong, hukuman dan keadilan kepada mereka.

Berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan tersebut, Piaget membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak berfikir dengan dua cara yang sangat berbeza tentang moral, bergantung pada tahap perkembangan mereka. Menurut Piaget, terdapat dua peringkat dalam perkembangan moral kanak-kanak iaitu Moraliti Heteronomous dan Moraliti Autonomous.

1. Moraliti Heteronomous (6-10 tahun)

Kanak-kanak bersifat egosentrik, iaitu mereka hanya dapat melihat dari satu perspektif peraturan sahaja. Keadilan dan peraturan-peraturan dilihat sebagai sifatsifat dunia yang tidak boleh berubah serta suci. Kanak-kanak pada tahap ini menilai kebenaran atau kebaikan perilaku

dengan mempertimbangkan akibat dari perilaku itu, bukan niat si pelaku. Contoh: Sekiranya sepuluh gelas terjatuh dan pecah semasa Abu membantu ibunya menghidangkan makanan malam, Abu tetap bersalah walaupun kejadian tersebut berlaku secara tidak sengaja dan niat Abu untuk meringankan kerja ibu.

Pada peringkat ini, kanak-kanak percaya kepada keadilan sejati, iaitu percaya bahawa Tuhan akan menghukumnya jika membuat kesalahan. Ketika Piaget menyarankan agar peraturan diganti dengan peraturan baru (dalam permainan guli), kanak-kanak menolak. Mereka menegaskan bahawa peraturan tidak boleh diubah. Kanak-kanak juga percaya bahawa dendaan itu wajib, sedangkan ada

alternatif lain untuk membetulkan kesalahan.

2. Moraliti Autonomous atau Kerjasama (10-11 tahun ke atas)

Kanak-kanak sudah kurang egosentrik

dan lebih terbuka dalam membuat

sesuatu pentakrifan moral. Mereka dapat melihat peraturan sebagai satu persetujuan antara individu dan boleh berubah mengikut individu. Kanak-kanak sudah mula menumpukan perhatian kepada niat seseorang.

Autoriti atau kuasa orang dewasa yang sebelum ini merupakan satu punca ketaatan utama, tidak lagi dihormati.

Menurut Piaget, perkembangan penaakulan moral yang berlaku dalam beberapa tahap yang invarian, iaitu perkembangan setiap satu tahap bergantung kepada pencapaian pada tahap sebelumnya

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL (ALBERT BANDURA)

Teori Pembelajaran Sosial Bandura menekankan peniruan dan pemerhatian. Oleh itu, bagi pembelajaran nilai-nilai moral, peranan ibu bapa, guru dan rakan sebaya adalah amat penting. Secara teorinya, ia memberi penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan

pembelajaran peniruan (observational learning), dan bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity).

Teori Peniruan (Modelling)

Perilaku peniruan (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh imbalan ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya. Menurut Bandura, sebahagian besar tingkah laku manusia dipelajari melalui peniruan (imitation) maupun penyajian contoh tingkah laku (modelling). Dalam hal ini orang tua dan guru memainkan peranan penting sebagai seorang model atau tokoh bagi kanak-kanak-kkanak-kanak untuk menirukan tingkah laku serta nilai-nilai moral.

Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah mengemukakan teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian

bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroo dalam video. Hasil pemerhatian ke atas tingkkah laku kanak-kanak selepas itu, didapati perlakuan orang dewasa tersebut ditiru oleh mereka (Ramlah Jantan dan Mahani Razali,2004).

Berdasarkan teori ini terdapat beberapa cara peniruan iaitu meniru secara langsung. Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang kertas dan pelajar meniru secara langsung. Seterusnya kanak-kanak proses peniruan melalui sekatlakuan dan bersorak di padang, jadi

taksekatlaku.

Contohnya

meniru perlakuan

perlakuan bersorak merupakan taksekatlakuan di padang. Keadaan sebaliknya jika kanakkanak bersorak di dalam kelas semasa guru mengajar, semestinya guru akan memarahi dan memberi tahu perlakuan yang dilakukan tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut, jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut. Proses peniruan yang seterusnya ialah elisitasi. Proses ini timbul apabila seseorang melihat perubahan pada orang lain. Contohnya seorang kanan-kanak melihat rakannya melukis bunga dan timbul keinginan dalam diri kanak-kanak tersebut untuk melukis bunga. Oleh itu, peniruan berlaku apabila kanak-kanak tersebut melihat rakannya melukis bunga (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).

Unsur Utama Dalam Peniruan

Untuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu berkenaan berbuat demikian:

1) Tumpuan ('Attention')

Unsure pertama ini menekankan bahawa seseorang itu harus memberi tumpuan kepada tingkah laku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada mereka

memberi perhatian atau tumpuan, ia tertakluk kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkah laku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri. Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Sosial Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati orang lain pembelajaran boleh berlaku.

2) Penyimpanan ('Retention')

Pada peringkat ini seseorang itu harus mengekod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Melalui peringkat i ni seseorang itu dapat mengeluarkan semula maklumat tersebut seterusnya direalisasikan melalui tingkah laku apabila diperlukan atau diingini.

3) Penghasilan ('Reproduction')

Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkah laku, seseorang itu juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkah laku. Contohnya, memandu kereta atau bermain tenis. Bagi sesetengah tingkah laku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan.

4) Motivasi

Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana ia adalah penggerak individu untuk terus melakukan sesuatu.

Dengan merujuk kepada analisis teori Piaget, perkembangan moral kanak- kanak bermula dari rumah, atau dalam kata mudahnya, peranan ibu bapa serta keluarga yang membawa kepada kemoralan dalam diri kanak-kanak. Semasa di peringkat moraliti heteronomous, kanak-kanak masih berfikiran egosentrik dan mengganggap peraturan itu mutlak. Ibu bapa harus membentuk kanak-kanak dengan sentiasa mengingatkan kanakkanak dengan apa yang patut dan tidak patut dilakukan dan memberitahu segala kesan sekiranya mereka berbuat sesuatu tingkah laku. Kesannya akan dapat dilihat apabila mereka semakin membesar dan matang, moral serta disiplin mereka akan terbentuk dalam diri mereka tanpa disedari. Semasa di sekolah pula, mereka akan dididik dengan subjek Pendidikan Moral. Peranan guru turut penting dalam pembentukan insan bermoral, di mana mereka harus menunjukkan contoh perbuatan serta teladan yang baik untuk dicontohi. Di sini, unsur

peniruan seperti yang ditekankan oleh Albert Bandura yang menekankan unsure peniruan dalam membentukk sahsiah dalam Teori Pembelajaran Sosial diaplikasikan. Pembentukan insan bermoral lebih mudah dilakukan terhadap kanak-kanak, kerana mereka lebih cenderung untuk terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di sekeliling mereka.

Secara kesimpulannya, walaupun kedua-dua tokoh di atas mempunyai perbezaan dalam mendefinisi perkembangan moral kanak-kanak, tetapi ia dapat dijadikan panduan oleh guru dan ibu bapa untuk membentuk perkembangan insan bermoral.

Gabungan samping

teori

behaviorisme lain akan

dan

kognitif,

di

teori-teori moral

melengkapkan Bermula dari peranan

perkembangan

secara

menyeluruh.

ibu bapa, guru di sekolah, rakan sebaya, hinggalah masyarakat di sekeliling, semuanya memberi impak serta menentukan perkembangan seseorang individu itu, bukan dari sudut moral sahaja, malahan dari sudut kognitif (cara pemikiran) serta sosial.

PERBEZAAN

Das könnte Ihnen auch gefallen