Sie sind auf Seite 1von 16

1.

0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI

1.1 Anatomi

Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi
juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300
tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal
daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota
badan untuk melihat strukturnya.
Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi
kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang
dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi
mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.

1.2 Fisiologi

Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan.
Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan
fibula dapat menyokong berat badan kita.

1.3 Organisasi Struktur Manusia

Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan
berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung
sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel
merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai
pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan
mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia.
Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi
khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu
epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.
ANATOMI DAN FISIOLOGI

Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada


gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis
tisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan
beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti
organ-organ sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras
organisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai
kesejahteraan kehidupan

Rajah 1: Aras Kompleksiti Struktur Manusia

2
ANATOMI DAN FISIOLOGI

1.5 Sistem-sistem Tubuh Manusia

Terdapat 11 jenis sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus.

Rajah 2: Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia

3
ANATOMI DAN FISIOLOGI

Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia


1. Sistem Integumentari

Rajah 3:Struktur Kulit

Rajah 4:Struktur Kuku

Komponen Utama Fungsi


Kulit • Melindungi dan mengelak kecederaan pada tisu-tisu
Rambut dalaman
Kuku • Pembalut luar tubuh
Kelenjar peluh • Sintesis vitamin D
• Peka pada rangsangan sakit, sejuk, panas, tekanan dan
sentuhan.
• Mengkumuhkan air, asid urik dan lebihan garam mineral.

4
ANATOMI DAN FISIOLOGI

2. Sistem Rangka

Komponen Utama Fungsi


Tulang rangka • Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan
Kartilej • Menyokong berat badan
Ligamen • Melindungi organ-organ dalaman
Sendi
• Tuas untuk pergerakan badan
• Lokasi pembentukan sel darah merah dan putih serta
platelet dalam sum-sum tulang
• Lokasi perlekatan otot

5
ANATOMI DAN FISIOLOGI

3. Sistem Otot

Komponen Utama Fungsi

Otot rangka • Menghasilkan lokomotor


• Mengekalkan postur badan
• Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot
• Mempamerkan ekspresi muka
• Menstabilkan sendi

6
ANATOMI DAN FISIOLOGI

4. Sistem Saraf

Komponen Utama Fungsi

Otak • Sistem kawalan tindak balas pantas badan


Saraf tunjang • Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap
Saraf periferi rangsangan yang diterima.
Reseptor • Menyimpan maklumat yang diterima

7
ANATOMI DAN FISIOLOGI

5. Sistem Endokrin

Komponen Utama Fungsi

Kelenjar: • Kelenjar merembeskan hormon untuk menyelaras dan


Tiroid mengawal atur proses fungsi tubuh seperti pertumbuhan,
Pituitari reproduktif dan metabolisma
Adrenal • Mengubahsuai aktiviti sistem organ-organ yang lain dengan
Pankreas bertindak balas secara perlahan terhadap struktur atau
persekitaran.

8
ANATOMI DAN FISIOLOGI

6. Sistem Kardiovaskular

Komponen Utama Fungsi

Jantung • Jantung mengepam darah


Darah • Darah merupakan pengangkutan utama badan dengan
Salur darah membawa hormon, nutrien dan oksigen ke seluruh badan
serta bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem
respiratori
• Salur darah menyerap oksigen dari paru-paru ke jantung
secara resapan

7. Sistem Limfatik

9
ANATOMI DAN FISIOLOGI

Komponen Utama Fungsi

Nodus limfa • Rumah kepada sel darah putih yang menjadi sistem
Pembuluh limfatik pertahanan badan
Duktus torasik • Menghasilkan limfosit
Timus • Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk
diuraikan oleh hati

8. Sistem Respiratori

10
ANATOMI DAN FISIOLOGI

Komponen Utama Fungsi

Rongga hidung • Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengkumuhkan


Farinks karbon dioksida
Larinks • Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara paru-
Bronkiol paru
Paru-paru • Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh
yang stabil (homeostasis)

9. Sistem Pencernaan

11
ANATOMI DAN FISIOLOGI

Komponen Utama Fungsi

Rongga mulut • Memecahkan makanan kepada unit-unit kecil yang boleh


Esofagus diserap oleh darah
Perut • Makanan yang tidak dicernakan dikumuhkan dalam bentuk
Usus besar najis
Usus kecil
Rektum
Ileum
Hati

10. Sistem Urinari

12
ANATOMI DAN FISIOLOGI

Komponen Utama Fungsi

Ginjal • Menyingkirkan bahan kumuh nitrogen dari badan


Pundi kencing • Mengawal air dan eletrolit
Ureter • Mengawal keseimbangan asid-bes dalam darah
Uretra

11. Sistem Reproduktif

13
ANATOMI DAN FISIOLOGI

Komponen Utama Fungsi


Lelaki: • Menghasilkan zuriat
Testis • Testis menghasilkan sperma dan hormon seks lelaki
Penis • Duktus dan kelenjar membantu menyalurkan sperma ke
Pundi postat
trek reproduktif wanita
Skrotum
Vasikel semen

Perempuan:
• Ovari menghasilkan telur dan hormon seks wanita
Ovari
• Uterus merupakan lokasi persenyawaan antara sperma
Tiub Fallopio
Uterus dan ovum dalam perkembangan janin semasa kehamilan
Vagina

1.6 Kesimpulan

14
ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sistem-sistem yang berfungsi dengan baik dapat memantapkan keefisenan


organisma. Kerosakkan terhadap sistem dalam tubuh akan memberi kesan kepada
sistem-sistem lain. Sebagai contoh, kesan rokok akan menyebabkan prestasi kerja
menurun. Ini berlaku apabila tar daripada rokok telah menyelaputi pundi-pundi udara
di alveoli dan menyebabkan resapan oksigen berkurangan. Tanpa oksigen yang
mencukupi, tubuh manusia tidak dapat menghasilkan tenaga bagi keperluan aktiviti
daya tahan. Secara tidak langsung juga, keupayaan aerobic akan berkurangan.

1.7 Rujukan

15
ANATOMI DAN FISIOLOGI

Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5. Selangor:
H.l Holdings Sdn. Bhd.

Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l
Holdings Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Argosy.(2009). Visible Body : Discover Human Anatomy Like Never Before.


Retrieved 2007 from http://www.visiblebody.com/

Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved
Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/
imagepages/ 19678.htm

16

Das könnte Ihnen auch gefallen