Sie sind auf Seite 1von 4

Watak-watak Pemuda jujur, Hamid Peniaga licik, Hamdan Saudagar Kaya Ikan Ayam Kambing Anak saudagar kaya

Dialog Hamid merupakan seorang pemuda yang tinggal seorang diri di dalam sebuah kampung yang diberi nama Kampung Parit Raya. Dia mempunyai sebuah kebun hasil peninggalan arwah neneknya dahulu. Dia selalu ke kebun untuk bercucuk tanam kerana itu merupakan punca rezekinya. Pada suatu hari, Hamid ke kebun untuk melakukan aktiviti hariannya, tapi apabila dia mencangkul, dia terjumpa sebentuk cincin yang berkilau. Hamid : Eh apa pula ni? Cincin siapa pula ni ye? Emas kah? Baik saya tunjuk pada Hamdan. Mana lah tahu, kalau-kalau cincin emas dapat juga hasilnya. Tak sia-sia lah saya berkebun kat kebun nenek ni. Orang lain berkebun dapat sayur, saya pergi berkebun dapat cincin. Hihihi. Hamid segera berlari ke rumah jirannya, Hamdan untuk memberitahu berita gembira itu. Hamid: Hamdan, oo Hamdan. Saya ni Hamid. Saya ada benda nak tunjuk pada kamu. Marilah. Hamdan: Ye, ada apa bising-bising pagi-pagi ni Hamid oi. Harini je saya dapat cuti tak berniaga, harini jugak kamu nak ganggu. Asal cuti je, kamu datang. Asal kamu datang je, saya cuti. Haihh. Hamid, hamid.

Oleh kerana terlalu jujur, Hamid menunjukkan cincin yang ditemuinya itu kepada jirannnya. Hamid: Ini. Cuba kamu lihat cincin ni. Saya jumpa masa saya pergi kebun tadi. Cantik kan. Jirannya itu seorang peniaga yang licik. Apabila terpandang akan cincin itu, jirannya itu pasti itu adalah cincin emas. Namun, jirannya itu berkata, Hamdan: Ini hanya sebentuk cincin tembaga yang murah. Bagi saya cincin ini dan saya akan gantikan dengan seekor ikan. Jirannya pergi menangkap seekor ikan yang berenang-renang dalam sebuah kolam yang terletak di belakang rumahnya. Pemuda yang jujur itu menerima ikan itu dengan penuh syukur dan mengucapkan terima kasih kepada jirannya. Hamid: Terima kasih banyak-banyak Hamdan. Tak sia-sia saya tunjukkan cincin tadi pada kamu. Terima kasih sebab sudi tukarkan cincin tembaga murah tadi dengan ikan. Dapat juga saya makan ikan masak tiga rasa tengahari ni. Alhamdulillah. Hamdan: Sama-sama. Pemuda itu pulang ke rumah lalu membelah perut ikan itu sebelum dia memasaknya. Pada kali ini, dia mendapati dalam perut ikan itu terdapat pula sepasang cincin emas. Hamid:Ya Allah, keajaiban apakah ini. Tadi terjumpa sebuah cincin, sekarang sepasang pula. Ish, kena tunjuk kat Hamdan ni. Pemuda itu lalu menunjukkannya kepada jirannya sekali lagi. Hamid: Hamdan, cuba kamu lihat cincin ini pula. Saya jumpa dalam ikan yang kamu bagi pada saya tengahari tadi. Adakah cincin ini cincin emas? Jirannya, yang penuh muslihat itu, berkata, Hamdan: Nampaknya, kamu selalu menemukan cincin tembaga. Biar saya beri kamu seekor ayam sebagai gantinya. Saya kira cukuplah dengan nilai dua bentuk cincin ini. Tunggu sekejap saya pergi ambil ayam.

Jirannya mengambil seekor ayam tua dan menyerahkannya kepada pemuda itu. Pemuda itu sekali mengucapkan terima kasih dan membawa ayam itu pulang ke rumahnya. Ayam itu dikurung dalam sebuah raga dan diletakkannya pada sebuah sudut di dapurnya. Hamid: Ayam, ayam. Memang nasib kau dengan aku. Ingatkan cincin emas, tapi Alhamdulillah dapat juga aku buat lauk ayam masak lemak cili api. Tak dapat ikan, dapat ayam. Untung aku kawan dengan Hamdan.

Pada keesokan harinya, sewaktu pemuda itu hendak menyembelih ayamnya itu buat lauk hidangannya pada hari itu, ayam yang diberikan jirannya yang licik itu terlepas lalu berlari masuk ke dalam kebunnya. Hamid: oi, jangan lari. Aku lapar ni. Harini aku tak makan langsung lagi! Sewaktu menemukan ayamnya itu, pemuda itu melihat bahawa ayamnya sedang mematuk-matuk tanah. Hamid : Eh kenapa pula ayam ni patuk-patuk tanah ni. Mesti ada benda di dalamnya. Pemuda itu lalu mengambil sebatang ranting mati lalu mengais-ngais tanah yang dipatuk-patuk ayamnya itu. Tidak berapa lama kemudian, dia menjumpai tiga bentuk cincin emas dalam lubang yang digalinya dengan ranting mati itu. Hamid: Ya Allah, cincin lagi! Harus cepat jumpa dengan Hamdan ni. Ishh. Dia segera menunjukkan ketiga-tiga bentuk cincin yang dijumpainya kepada jirannya sekali lagi. Jirannya yang begitu gembira dapat menipu pemuda itu lagi, berkata, Hamdan: Hai, cincin-cincin ini tidak berharga langsung. Tak mengapa, aku akan menggantikannya dengan seekor kambing bagi cincin-cincin tembaga ini.
Jirannya itu pergi ke kandang tempat dia mengurung kambing-kambingya. Dia lalu mengheret seekor kambing tua lalu diserahkan kepada pemuda yang begitu gembira dengan pertukaran itu. Setelah pulang ke rumahnya, pemuda itu lalu menambat kambing itu di sebuah kandang miliknya. Dia memberikan kambing itu makan selonggok rumput kering dan air minuman dalam sebuah bekas. Keesokan harinya pula, pemuda itu sduah bersiap-siap hendak membawa ayam dan kambing tuanya ke pekan.

Dia hendak menjual binatang-binatang itu di pekan pada hari itu. Diikat kepak dan kaki ayamnya agar tidak boleh bergerak dan terbang lepas nanti. Kambingnya diikat taki pada lehernya lalu dihela.

Das könnte Ihnen auch gefallen