Sie sind auf Seite 1von 5

BAHAGIAN A Pilih satu daripada tajuk-tajuk dibawah ini dan tulis karangan yang panjangnya 250 hingga 300

patah perkataan. 1. Rakyat Malaysia digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa, terutamanya kemahiran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Hasrat murni ini amat sukar untuk dicapai secara menyeluruh. Bincangkan. [ 25 Markah ] SKEMA JAWAPAN: A-KEPENTINGAN 1. Dapat menguasai kemahiran teknologi terkini 2. Sebagai bahasa perhubungan antarabangsa 3. Peluang pekerjaan 4. Saluran untuk meluaskan pengetahuan B-MASALAH 1. Kekurangan tenaga pakar 2. Sikap masyarakat terutama di luar Bandar 3. Kekurangan prasarana/alat Bantu 4. Budaya/persekitaran Nota: 2A+2B 2. Belakangan ini, peningkatan kes ragut yang dilaporkan oleh media massa arus perdana amat membimbangkan.Perkembangan ini mendesak pelbagai jalan penyelesaian diambil secara bijaksana. Jelaskan pernyataan ini. [ 25 Markah ]

SKEMA JAWAPAN: A-FAKTOR 1. Masalah ekonomi 2. Ajaran Agama/moral lemah 3. Persekitaran negatif 4. Media massa 5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah 6. Pengaruh dadah B-USAHA 1. Kuatkuasa undang-undang 2. Didikan Agama/moral 3. Kerjasama semua pihak 4. Kempen anti jenayah ragut 5. Teknologi CCTV Nota: 2A+2B

BAHAGIAN B 3. Pembedahan plastik semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat terutama golongan selebriti. Walaupun keghairahan tersebut boleh mendatangkan kesan negaatif dalam jangkamasa panjang. Bincangkan [ 25 Markah ] SKEMA 2A + 2B A. Dapat sambutan 1. Nilai tambah kecantikan 2. Awet muda 3. Rawatan kecacatan 4. Kesan Psikologi B. Kesan Negatif 1. Kesihatan 2. Kesan sampingan 3. Rawatan susulan 4. Ketidakcekapan pengurusan sisa toksid mengancam kehidupan manusia dan alam sekitar. Bincangkan [ 25 Markah ]

SKEMA A. Ancaman terhadap kehidupan manusia 1. Menjejaskan kesihatan 2. Keracunan makanan 3. Kesan terhadap genetik B. Ancaman terhadap alam sekitar 1. Pencemaran alam sekitar 2. Kepupusan flora dan fauna 3. Keseimbangan ekologi terganggu

BAHAGIAN C 5a) Dengan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia yang mencecah 1.6 bilion orang,tidak ada sebab industri makanan hala tidak boleh berkembang maju.Ada laporan yang menyatakan produk makanan halal dunia bernilai RM 1.9 trilion setahun.Namun Malaysia sedang berdepan dengan masalah pemalsuan sijil halal, kurangnya penglibatan pengusaha bukan Islam dan mematuhi syarat pengeluaran produk makanan halal. ( Dipetik dan di ubahsuai daripada Dewan Masyarakat,Mac 2009 )

iii-

Apakah kebimbangan masyarakat Islam dunia terhadap produk makanan dijamin halal? Dengan menggunakan tidak lebih dari 50 patah perkataan,nyatakan bagaimanakah cara untuk menambah pengeluaran makanan halal.

SKEMA JAWAPAN: i- Kebimbangan masyarakat Islam terhadap produk makanan agar dijamin halal ialah kegiatan pemalsuan sijil halal. iiMengeluar/menambah francais produk makanan halal Memberi peluang kepada pengusaha bukan Islam menceburi industri makanan halal dengan syarat. mematuhi langkah pengeluaran produk makanan halal Memudahkan/memperbanyakkan pengeluar sijil halal Mengurangkan karenah birokrasi dalam pengeluaran sijil halal

5b)

Akibat pembangunan yang tidak seimbang akan muncul sikap materialistik secara keterlaluan. Materialistik mementingkan kebendaan berbanding dengan pembangunan sosial dan ruhani. Manusia menjadi terlalu taksub dengan keduniaan sehingga hubungan sosial dieksploitasi sebagai alat untuk mendapat kebendaan dan bukan bermatlamat untuk mencpai kehidupan harmoni. Roh Rukun Negara seharusnya dibangkitkan semula dan dijadikan teras utama pembangunan dan pembentukan Bangsa Melaysia,
( Dipetik dan dubahsuai daripada rencana Menghayati Roh Rukun Negara oleh Lee Yok Fee dalam Dewan Masyarakat Jun 2009 )

i) Apakah yang dimaksudkan dengan sikap materialistik? ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kesan sikap materialistik kepada anggota masyarakat?

SKEMA. i. ii. Sikap materialistik bermaksud sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri dalam mengejar kekayaan dunia sehingga melupakan interaksi sesama manusia. a) Meningkat gejala sosial. b) Kepincangan nilai murni dalam masyarakat. c) Wujud pecah amanah d) Kecelaruan emosi

6a)

Pengkomposan ditakrifkan sebagai suatu proses penguraian bahan organik dan sisa dalam suatu keadaan terkawal. Bahan yang berpotensi untuk dihuraikan secara biologikal ialah rumput, daun, kertas dan sisa makanan yang boleh dipecahkan dengan tindakan mikroorganisma aerobik untuk membentuk bahan urai yang lebih stabil.
( Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Pengkomposan dalam Industri Sawit dan Padi, oleh Abdul Rahman Mahmud, Dewan Kosmik, April 2009 )

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan pengkomposan? Pengkomposan ialah proses menghancurkan bahan organik dan bahan buangan. (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kepentingan pengkomposan kepada negara. Pengkomposan penting kepada negara kerana dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Bahan seperti rumput, daun dan kertas dapat diuraikan secara biologikal untuk menghasilkan baja organik dapat mengurangkan bahan buangan. Seterusnya pengkomposan membanu mengurangkan beban ekonomi negara. Kos yang tinggi untuk rawatan sisa cemar dapat diatasi kerana pengkomposan menggunakan teknologi yang mesra alam. Isi Tambahan: 3.mengoptimumkan penggunaan sisa buangan. 4.elak pembaziran bahan proses. 6 b ) Molekul asid deoksiribonukleik ( DNA ) merupakan bahan pewarisan baka yang membawa maklumat atur cara sesuatu organisma hidup terbina. Dengan bantuan ilmu sains dan teknologi, perbezaan genetik yang wujud pada setiap individu boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan banyak masalah. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada risalah Program Promosi Bioteknologi, terbitan Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi, 2006 )

(i) ( ii )

Apakah fungsi molekul asid deoksiribonukleik ( DNA )? Fungsi molekul DNA ialah membawa maklumat genetik sesuatu organisma hidup Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bincangkan cara perbezaan genetik pada setiap individu dapat membantu manusia menyelesaikan masalah.

Perbezaan genetik pada setiap individu dapat membantu menyelesaikan masalah dengan adanya kajian terhadap darah atau sperma bagi mengenal pasti identiti seseorang. Ahli forensik turut dapat menyelesaikan masalah jenayah menerusi pelbagai diagnosis data sampel. Selain itu, menerusi cara menganalisis data jujukan genetik, kuman sesuatu penyakit dapat dikenal pasti dan dikesan dengan cepat dan tepat.

Das könnte Ihnen auch gefallen