Sie sind auf Seite 1von 10

Jenis-Jenis Boneka Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh digunakan dalam aktiviti pengajaran bahasa.

Antaranya : a) Boneka Jari - Boneka jenis ini menggunakan jari untuk menggeraklakonkannya. Boneka jari mudah dibuat tanpa memerlukan bahan yang banyak serta tidak rumit pembikinannya. Contoh 1: Bahan : Manila kad Gunting Cat / pen warna

Pembikinan : Gunting bentuk daripada kad manila beranggaran 10 cm tingginya. Kanak-kanak melukis watak dengan pen warna. Buat dua lubang untuk jari. Watak yang sesuai ialah watak yang mempunyai kaki. Boneka boleh dimainkan ( atau berjalan ) di atas meja.

b) Boneka Sarung Tangan - Boneka jenis ini menggunakan tangan untuk mengeraklakonkannya. Konsep boneka ini seperti sarung tangan yang diubahsuai bentuknya dan boleh berupa binatang, manusia dan lain-lain. Bahan pembikinannya tidak terhad seperti bahan buangan dan sebagainya. Pembinaan Boneka a) Boneka Sarung Tangan Contoh 1 : Bahan : Dua keping kain felt / kain kasa yang berlainan warna Gunting Jarum / Benang

Pembikinan :

Gunting dua keeping kain mengikut bentuk tangan ( lihat rajah ) Tepinya boleh dijahit atau dilekatkan. Gunting sekeping lagi dalam bentuk yang sama tetapi pada kain yang warnanya bertentangan. Lekatkan di bahagian depan. Gunting kain untuk meta, kepak, mulut dan kaki semuanya dilekatkan.

Contoh 2 : Bahan : Karung kertas Pen warna

Pembikinan : Boneka inilah yang paling senang sekali. Kanak-kanak hanya melukis dengan pen warna di atas karung kertas. Telinga boleh ditambahkan untuk watak binatang dengan melekat kepingan kertas di penjuru kertas, kemudian dipintal.

Contoh 3: Bahan Kertas tisu Kain perca Kotak Pelekat kertas

Pembikinan Genggam beberapa kertas tisu dalam bentuk bola ( sebesar penumbuk budak ) dan letakkan di tengah sehelai kertas tisu.

Buat bentuk bulat untuk kepala dan ikat pula bahagian leher.

Lekatkan pada kotak dengan pelekat kertas.

Hiaskan badan dengan kertas warna atau kain perca

Gulung kain atau kertas untuk tangan dan kaki

Lekatkan gulungan tadi pada badan. Boneka dihias. Boneka dilakonkan dengan memasukkan tangan pada bahagian kotak yang tertutup.

c) Boneka Tongkat Boneka jenis ini menggunakan konsep wayang kulit. Perbezaannya boneka jenis ini berbentuk tiga dimensi atau dua dimensi. Bahan pembikinannya juga tidak dihadkan. Contoh 1 Bahan : Manila kad Sebatang kayu / buluh kecil Pen warna

Pembikinan: Lukis bentuk di atas manila kad dan warnakan dengan pen warna. Gunting mengikut bentuk

Sapukan kedua-dua belah dengan sedikit minyak masak, dengan demikian cahaya boleh menembusi kertas. Gunting sedikit kain perca dan tampalkan pada bahagian yang akan dilekatkan kayu untuk menguatkannya. Lekatkan sebatang kayu pada kain perca tadi. Guna paku payung untuk kuatkan kayu.

Contoh 2: (3 dimensi) Bahan : Sebatang kayu atau buluh lebih kurang 40 cm panjang Kotak Tali / benang kasar Kain perca

Pembikinan : Palangkan sebatang kayu kecil pada kayu panjang. Ikat tali untuk bahagian tangan dan lekatkan tangan pada hujungnya.

d) Boneka tali Boneka tali digeraklakonkan oleh pemain dengan menggunakan tali yang diikat pada beberapa bahagian anggota boneka. Boneka jenis ini memerlukan kemahiran untuk menggeraklakonkan. Pembikinannya juga agak rumit.

Contoh 1: Bahan : Batang kayu penyapu Tali Penyangkut Kain perca Bahan buangan untuk hiasan

Pembikinan:

1 Batang kayu penyapu dipotong dijadikan silinder kecil.

2 Silinder-silinder kecil disambung dengan penyangkut.

3 Hias kepala, badan dan ekaor dengan kain perca dan bahan buangan.

4 Ikat tali pada kepala, bahagian tengah dan ekor serta ikatkan pada sebatang kayu untuk geraklakonkan boneka.

Melaksanakan simulasi pengajaran pemulihan membaca dan menulis dengan menggunakan boneka. PENGAJARAN HURUF VOKAL( a, i, e, o, u ) Bahan bahan : i. ii. Boneka tongkat Slide Sukukata a, i, e, o, u

Objektif pengajaran : Pelajar mengenali huruf-huruf vocal Pelajar mengenali perkataan yang bermula dengan huruf vocal. Aktiviti Guru; Guru mengeluarkan boneka dan meminta murid mengenal pasti huruf-huruf pada boneka tersebut. Kemudian, guru meminta beberapa orang murid memegang boneka tersebut dan mempamerkan perkataan yang bermula dengan huruf huruf vokal Guru memaparkan Slide huruf-huruf vokal. Guru kemudian meminta seorang murid menyusun rakannya mengikut perkataan yang dipaparkan pada Slide Sukukata. Murid-murid juga diminta oleh guru supaya menulis semula perkataan tersebut pada sehelai kertas. Aktiviti Murid Murid mengenalpasti huruf-huruf vocal pada boneka-boneka yang dibawa oleh guru. Murid kemudian memegang boneka tersebut dan membentukkan huruf tersebut di udara. Murid menyusun rakannya mengikut perkataan yang dipaparkan pada slide sukukata. Murid menulis semula perkataan tersebut pada sehelai kertas.

Tajuk : Bengkel Pengajaran Menggunakan Boneka

Das könnte Ihnen auch gefallen