Sie sind auf Seite 1von 1

Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang.

Masyarakat
yang mengamalkan cara pemakanan mengikut garis panduan yang ditetapkan akan
mendapat kebaikan berbanding mereka yang tidak mengikut gaya pemakanan yang
sihat. Masyarakat juga pada masa kini kurang gemar mengambil berat akan
kepentingan gaya pemakanan dan hanya mengikut trend semasa seperti gemar
makan makanan segera yang hanya mendatangkan keburukan kepada kesihatan.

Amalan pemakanan yang baik ialah mengikut piramid makanan. Baru-baru ini
juga kerajaan telah melancarkan kempen 5M. Kempen 5M yang memberi maksud
mengurangkan garam, mengurangkan gula, mengurangkan minyak, melebihkan
sayur-sayuran, dan melebihkan buah-buahan. Kempen ini bertujuan untuk memberi
kesedaran akan gaya pemakanan masyarakat Malaysia yang tidak seimbang. Selain
itu, kadar jumlah makanan yang diambil haruslah disesuaikan mengikut umur,
jantina, pekerjaan dan iklim. Hal ini amat penting kerana kesihatan juga berkait
rapat dengan faktor-faktor berikut selain makanan mestilah diambil mengikut jadual
yang tertentu agar jumlah makanan dapat diseimbangkan.

Kesan daripada amalan pemakanan yang sihat ialah dapat mengurangkan


risiko penyakit berbahaya seperti strok, darah tinggi, kencing manis, dan obesiti.
Pengambilan makanan dalam jumlah yang seimbang juga dapat memberikan badan
tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti seharian. Selain itu, makanan juga
menyumbang dalam sistem pertahanan badan kerana makanan seperti vitamin
dapat menguatkan sistem imunisasi badan.

Das könnte Ihnen auch gefallen