Sie sind auf Seite 1von 24

http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/definisi-set-induksi-dan-komponen.

html Definisi Set Induksi dan komponen-komponennya


Definisi Set Induksi Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka. Prinsip-prinsip Panduan Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut: i) Bermakna Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur. ii) Perkaitan Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran. iii) Perkaitan Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

Objektif-objektif Set Induksi Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut: i) Mendapatkan perhatian murid. ii) Memotivasikan murid-murid. iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas. iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan. v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.

Komponen-komponen Set Induksi. Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur. i) Menarik Perhatian Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid. ii) Mewujudkan Motivasi Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997). iii) Perkaitan Kognitif Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciriciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu. iv) Menstruktur Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti. Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran. Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut: i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi. ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep. iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru. iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi. vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perancangan dan Persediaan Mengajar


1 Pengertian konsep pengajaran Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran Perancangan perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif/matlamat berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan Objektif pengajaran Objektif boleh dalam bentuk Objektif implisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti : memahami atau mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar Objektif eksplisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti : menyenaraikan atau menjelaskan atau memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan Buku rekod mengajar Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

Rancangan Pelajaran Tahunan o Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. o Butiran yang perlu ada ialah :

Mata pelajaran Tingkatan Minggu Tajuk/isi Objektif Kemahiran Nilai dan bahan bantuan mengajar Rancangan Pelajaran Harian o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan o Butiran yang perlu ada ialah : Hari dan tarikh Mata pelajaran dan tingkatan Masa Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak

sekolah PPD JPN dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru. Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuaii dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Jadual Waktu

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada

Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid Setiap hari persekolahan Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan

Sukatan Pelajaran Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sebanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orangorang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan

disabit kesalahan boleh didenda. Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah 1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam 2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai 3. Merancang pengajarannya o Set iduksi o Perkembangan P&P o Penutup 4. Menentukan strategi P&P 5. Menyediakan bahan bantu pengajaran 6. Menyediakan penilaian Komponen P&P ialah

Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran

Objektif pengajaran Strategi pengajaran yang sesuai Bahan bantu pengajaran Maklum balas pelajar Penilaian Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat

Fasa P&P I.

II.

III.

IV.

Pra perancangan o Guru mempunyai gambaan mental mengenai keseluruhan pengajaran pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain isikandungan pelajaran strategi bahan yang diperlukan dan boleh digunakan Perancangan aktif o Guru perlulah menulis rancangan mengajar menyediakan nota, membina transperansi/power point/model memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai digunakan menyediakan senarai semak Perancangan semasa o Guru perlu mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas Pasca perancangan o Guru perlu menyedari kelemahan pengajaran

mengesan kekuatan pengajarannya membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan Sumber ialah bahan yang digunakan

Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran semasa proses P&P seperti


buku teks buku rujukan buku latihan lampiran nota Alat audio visual o LCD o komputer o peta o gambarajah dan

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Perlaksanaan P&P I. Set Induksi o Langkah permulaan dalam proses P&P o Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku o Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran o Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi II. Perkembangan P&P

o o

Bahagian kedua Penyampaian isi pelajaran 1. Teknik penyampaian guru disampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak suara yang jelas dan terang menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira pengalaman dan potensi murid berfokus kepada apa yang diajar mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KMSM/KBSR Membuat penilian berterusan 2. Teknik Menyoal Soalan yang dikemukakan 3. Penggabungjalinan 4. Penyerapan 5. Pengukuhan memberikan latih tubi memberikan tugasan / kerja rumah mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti pembelajaran 6. Pengayaan membimbing murid mencari maklumat tambahan menyediakan bahan maklumat tambahan menggalakkan murid belajar daripada maklum balas membimbing murid membuat jangkaan masa depan 7. Pemulihan membimbing murid secara individu menggunakan pelbagai bahan memberi latihan ulangan menggunakan pelbagai teknik pengajaran 8. Penilaian pemerhatian soal jawab perbincangan kerja bertulis kerja rumah 9. Hasil pembelajaran murid memastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti pelajaran melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-directed) mengaplikasikan kemahiran mengambil nota mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber mengemukakan pendapat semasa perbincangan berdisplin III. Penutup Bahagian terakhir

Aktiviti yang dijalankan seperti : susulan i. folio ii. pengayaan iii. membuat projek penilaian objektif pengajaran . pemerhatian i. teknik menyoal ii. memeriksa kerja pelajar membuat kesimpulan rumusan menegaskan isi-isi penting i. memberi cadangan dan panduan untuk murid meningkatkan kefahaman ii. mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmu iii. mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian iv. mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan pengubahsuaian pelajaran

Pengurusan Kelas
1 Tanggungjawab guru menguruskan kelas Guru (guru kelas) juga bertanggungjawab memastikan pengurusan kelasnya teratur dan baik. Guru bertanggungjawab : I. menguruskan rutin kelas o menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar Rekod/buku daftar Jadual kedatangan kelas Rekod/buku/slip kemajuan pelajar Kad 001 dan 002 Rekod kutipan yuran o menyedia dan melaksanakan rutin kelas menanda kedatangan memastikan keceriaan kelas mengutip yuran memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini o menjalankan tugas-tugas lain mengurus pinjaman buku teks biasiswa II. mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian III. mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan kelas IV. mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P o Carta organisasi kelas o Pelan kedudukan pelajar o Papan kenyataan

Senarai tugas

Iklim Bilik Darjah


1 Proses P&P yang berlaku di dalam bilik darjah amat bergantung kepada iklim bilik darjah iaitu interaksi dan aktiviti antara guru dan pelajarnya. suasana yang tenteram suhu dan peredaran udara Sebuah bilik darjah yang baik mengandungi lima ciri iaitu : I. Hubungan yang baik dan saling hormat menghormati guru dan pelajar II. Kesanggupan pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik yang ditetapkan oleh pihak sekolah III. Memiliki semangat kekitaan (espirit de corp) . Guru dan pelajar bagaikan sebuah keluarga yang besar, harmonis dan mesra IV. Wujud minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas dan sukarela dengan sopan V. Adanya keterbukaan , demokratik, kemesraan dan kebebasan yang menggalakkan interaksi antara pelajar dan guru mereka.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran A. Pembelajaran secara kontekstual


1 Maksud Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman hidup harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ia menyediakan pembelajaran secara konkrit (nyata) yang melibatkan aktiviti 'hands-on' dan 'minds-on' Teori pembelajaran secara kontekstual Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermaksan kepada murid Penekanan perlu diberikan kepada kepelbagian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

B. Pembelajaran Masteri 1 Maksud Pendekatan pembelajaran yang memfokuskan kejayaan pelajar menguasai sesuatu perkara yang diajar. Semua pelajar perlu dipastikan menguasai hasil pembelajaran dalam satu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. 2 Pembelajaran Masteri memerlukan masa yang mencukupi proses P&P yang berkualiti guru menyedari bahawa :

o o o

pelajar mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza pelajar perlukan pendekatan yang sesuai pelajar perlu pengetahuan , kemahiran dan sikap yang di ajarkan

Pelajar perlu berpengetahuan, memiliki kemahiran asas sebelum beralih kepada kemahiran berikutnya. Prinsip asas Pembelajaran Masteri Pelajar normal boleh menguasi apa yang diajar oleh guru Proses P&P akan menjadi lebih berkesan jika pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang kecil Pelajar memerlukan masa yang menguasai pengetuahuan dan kemahiran Arahan P&P bagi setiap kumpulan dan proses mestilah jelas Ciri-ciri Pembelajaran masteri Hasil pembelajaran mestilah ditentukan Hasil pembelajaran mestilah berurutan mengikut hiraki atau dari unit ke unit Aktiviti P&P mestilah menarik, menyeronokkan dan berkesan

C. Pembelajaran Kolaboratif 1 Maksud

D. Pembelajaran Koperatif. 1 Maksud Pelajar-pelajar bekerjasama, berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran 2 Kriteria Semangat saling perlu-memerlukan yang positif Akauntabiliti individu Penglibatan yang sama Penglibatan yang serentak Penglibatan yang bersemuka E. Pembelajaran konstruktivisme 1 Maksud F. Pembelajaran Melalui Pengalaman 1 Maksud G. Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya

Maksud

Kaedah Pengajaran A. Simulasi


1 Maksud Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar Jenis simulasi Sosiodrama menggunakan skrip dan mengandungi konflik Main peranan Lakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar memikirkan sendiri penyelesaian Persediaan i. Guru merancang ii. Guru menjelaskan secara ringkas mengenai situasi , masalah , peranan dan tempoh lakonan iii. Pilih pelajar yang sesuai untuk melakonkan watak - suara yang jelas iv. Guru menyediakan skrip lakonan v. Guru membimbing pelajar membuat keputusan Kelebihan Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat Kemahiran pertuturan pelajara dapat ditingkatkan Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik Pelajar dapat menghayati nilai-nilai yang baik dalam lakonan Pelajar dapat menonjol bakat lakonan mereka

B. Tunjuk Cara (Demostrasi) 1 Maksud Situasi pembelararan dengan guru menunjukkan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih pelajar yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki 2 Langkah-langkah tunjuk cara Perancangan Perlaksanaan tunjuk cara Latihan Rumusan 3 Perlaksanaan tunjuk cara menyediakan peralatan yang diperlukan memandang ke arah pelajar semasa tunjuk cara menggunakan teknik untuk menarik perhatian pelajar

tenik menyoal i. Soalan mestilah jelas dan mudah difahami ii. Menyusun aras soalan daripada yang mudah kepada sukar iii. Soalan dikemukakan dahulu sebelum memanggil nama murid iv. Berusaha mencungkil jawapan daripada pelajar v. Memberi masa secukupnya sebelum menjawab vi. Memeri peluang kepada lebih daripada seorang pelajar untuk menjawab membuat penegasan kepada bahagian yang penting dalam tunjuk cara

C. Syarahan

D. Permainan

E. Hafazan

F. Akhbar Dalam Darjah

G. Melawat Sambil Belajar 1 Maksud Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar . Ia adalah aktiviti sokongan pembelajaran 2 Tempat lawatan Muzium tempat bersejarah tempat pengeluaran - kilang dan ladang, pusat kreatif 3. Tujuan lawatan membolehkan pelajar mendapat pengalaman sebenar dalam lawatan Membolehkan pelajar membandingkan situasi sebenar dengan perkara yang dipelajari di dalam kelas Mempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak mudah bosan Mengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat Persediaan Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak yang ingin

4.

dilawati Menguruskan pengangkutan dan penginapan pelajar untuk lawatan Memberi taklimat kepada pelajar mengenai o tujuan lawatan o keselamatan diri o dislplin o makan dan minum o peralatan Menyediakan peralatan yang diperlukan Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut topik Memastikan pelajar terlibat aktif dalam aktiviti kajian Memberi bimbingan kepada pelajar yang kurang faham Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa lawatan Aktiviti susulan seperti membuat model dan melukis rencana atau poster

5.

Garis panduan lawatan Pekeliling SPI Bil 5/2002 (Lawatan pada hari Persekolahan) menggariskan Ia tidak melebihi dua kali dalam setahun Setiap kali lawatan, ia tidak boleh melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari perjalanan Bagi sekolah yang kurang pelajar digalakkan bergabung dengan sekolah lain Aktiviti pelajar sebelum dan, semasa dan selepas lawatan mesti dirancang terlebih dahulu. Laporan lawatan yang dibuat pelajar perlu dikaitkan denngan pembelajaran di dalam kelas

E. Pembelajaran Akses kendiri 1 Maksud Suatu pendekatan pemelajaran yang memberi ruang dan peluang pelajar belajar secara kendiri. Pelajar menggunakan dan mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran 2 Keperluan Hanya pelajar sendiri dapat melakukan pembelajaran secara optimum Terdapat ruang tiada guru yang dapat melakukannya untuk pelajar Setiap pelajar mempunyai minat, keperluan, sikap dan tahap kecerdasan dan kebolehan yang berbeza Pelajar lebih tepat menentukan sendiri strategi pembelajaran terbaik untuknya 3 Ciri-ciri Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor Suasana pembelajaran fleksible, selesa dan tanpa tekanan Bahan PAK dan bahan fasilitator meudah diakses Pemilihan bahan dan akvititi pembelajaran yang luas Kemudahan yang membolehkan pelajar belajar secara sendiri atau kumpulan

Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan pelajar

Kelebihan Pelajar mendapat kemahiran belajar untuk belajar Pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Pelajar dapat belajar mengikut keperluan dan gaya mereka sendiri Pelejar memiliki kuasa otonomi dan tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri Fungsi Pusat Akses Kendiri Menyediaken tempat persekitaran yang selesa dan menarik Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran Memberi peluang kepada pelajar untuk melalui pembelajaran yang berkualiti dan berkesan Mempamerkan carta maklumat dan hasil kerja pelajar Sebagai pusat pengajaran, kemahiran amali dan pembelajaran Jenis-jenis Pusat Akses Kendiri - PAK i. Bilik khas o Bilik seni o Bilik bahasa ii. Ruang dan sudut pameran o Papan kenyataan o Sudut-sudut iii. Pusat Mudah Alih

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN A. Teori kecerdasan pelbagai 1 Maksud Kebolehan menyelesaikan masalah Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan 2 Keperluan Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan negara dan keperluan pelajar Mempelbagaikan cara penilaian Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

Jenis kecerdasan i. Kecerdasan Verbal Linguistik o Kebolehan menggunakan kata-kata (bahasa) dengan berkesan o Kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa sendiri ii. Kecerdasan Logik Matematik

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan berhujan Kebolehan menjangka Kecerdasan Visual Ruang o Kebolehan mengesan dan mengambarkan bentuk o Kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik Kecerdasan Kinestetik o Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan penyelesaian masalah o Kebolehan menggunakan kemahiran fizikal seperti koodinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan Kecerdasan Muzik o Kebolehan mengesan irama dan lagu o Kebolehan mengenal lagu mudah o Kebolehan membeza dan mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah Kecerdasan Interpersonal o Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. o Kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lain Kecerdasan Intrapersonal o Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan , hasrat dan kehendak. o Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diri o Kebolehan membantu diri lebih berdisplin , beradab dan bersopan. Kecerdasan Naturalis o Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan, galian, binatang. o Kebolehan mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan

o o

B. Teori Behaviourisme 1 Didokongi oleh Thorndike dan Skinner 2 Menyatakan Pembelajaran belaku melalui pelaziman/kebiasaan Perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan ransangan yang sesuai Pemberian rangsangan mendatangkan kepuasan , kepuasan akan membawa pengulangan tingkah laku tersebut Rangsangan yang mendatangkan keadaan tidak selesa akan menyebabkan tingkah laku tersebu diberhentikan Ganjaran, insentif dan peneguhan diberikan sebagai rangsangan dalam pembelajaran supaya tingkah laku yang diingini diteruskan dan dikekalkan C. Teori Konstruktif 1 Disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky 2 Menyatakan Ilmu pengetahuan terhasil daripada inisiatif seseorang individu itu sendiri

Ilmu pengetahuan yang dibentuk oleh sesorang itu kerana ingin menyesuaikan dirinya dengan alam sekitar Ilmu pengetahuan terbentuk hasil rasionalisasi pengalaman individu Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada Seseorang individu tidaklah menerima sesuatu ilmu secara pasif

D. Teori Kognitif 1 Didokong oleh Atkinson, McClelland and Bruner 2 Menyatakan Tingkah laku manusia adalah dipengaruhi cara pengamatan seseorang Setiap individu berminit mengejar kejayaan Terdapat dua jenis dorongan yang bertentangan yang wujud semasa mengejar sesuatu iaitu mengejar kejayaan atau mengelakkan kegagalan Kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu institusi dan keperibidaiannya

http://www.teachersrock.net/masteri3.htm Contoh Langkah Pengajaran Untuk Menguasai Sesuatu Hasil Pembelajaran


1. Beberapa contoh langkah pengajaran untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran diberi di bawah. 2. Guru digallakan mengubahsuaikan cadangan langkah pengajaran mengikut keadaan sebenar di sekolah.

Contoh Bahasa Melayu Tahun 1 KBSR


1.

Hasil Pembelajaran
Pelajar akan dapat mengenal pasti huruf "a-j".

2. Cadangan Langkah Pengajaran: a. Pengenalan atau Set Induksi: Untuk merangsang atau mengulangkaji. Pelajar menyanyikan lagu "ABC" b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran. Tunjukkan kad imbasan sesuatu huruf Sebut sesuatu huruf dan minta pelajar menyebutkannya Ulangkan. Tunjuk kad imbasan sesuatu huruf dan minta pelajar menyebutkannya. c. Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran. Berikan satu set kad imbasan huruf "a-j" kepada setiap kumpulan. Pelajar-pelajar dalam sesuatu kukmpulan menguji di antara satu sama lain kebolehan mereka untuk mengenal pasti huruf "a-j". d. Aplikasi atau Ciptaan: Untuk mengaplikasi atau mereka cipta sesuatu. Setiap pelajar membuat kad imbasan huruf"a-j" dengan kertas berukuran 5 cm x 5 cm dan mewarnakan sesuatu huruf.

Contoh Sains Tahun 4 KBSR


1.

Hasil Pembelajaran:

Pelajar akan dapat mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan. 2. Cadangan Langkah Pengajaran: a. Pengenalan atau Set Induksi: Untuk merangsang atau mengulang kaji. Tanya atau suruh pelajar: Namakan haiwan yang anda tahu. Apakah haiwan yang dipelihara oleh manusia? Namakan haiwan yang liar. b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran. Dengan bantuan gambar atau spesimen beberapa haiwan seperti arnab, burung, ikan, dan lipas, adakan perbincangan dengan pelajar. Tanya pelajar: Apakah nama haiwan itu? Apakah sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan itu? Apakah kegunaan sesuatu sifat fizikal itu? c. Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran. Pelajar melabel sifat-sifat fizikal pada gambar rajah sesuatu haiwan. d. Aplikasi atau Ciptaan: Untuk mengaplikasi atau mereka cipta sesuatu. Pelajar membuat carta aliran atau jadual sifat fizikal haiwan danmenunjukkan hasilnya kepada pelajar lain.

Contoh Kajian Tempatan Tahun 4 KBSR


1.

Hasil Pembelajaran:
Pelajar dapat menerangkan kedudukan rumah dan ciri-ciri fizikal sekelilingnya.

2. Cadangan Langkah Pengajaran: a. Pengenalan atau Set Induksi: Untuk merangsang atau mengulang kaji. Tanya pelajar:

Di manakah anda tinggal? Di manakah manusia tinggal pada zaman sekarang? b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran: Adakan perbincangan dengan pelajar dengan menggunakan satu gambar atau lukisan yang menunjukkan sebuah rumah dengan ciri-ciri fizikal di sekelilingnya. Tanya pelajar: Apakah jenis rumah dalam gambar ini? Apakah kegunaan rumah? Apakah yang terdapat di sekeliling rumah itu? Adakah kawasan di rumah itu cantik/ Bersih? c. Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran. Pelajar melukis peta lakar yang menunjukkan kedudukan rumah sendiri dengan menggunakan lambang dan arah. Pelajar menerangkan kedudukan rumahnya dan ciri-ciri fizikal di sekelilingnya dalam 50 perkataan. d. Aplikasi atau Ciptaan: Untuk mengaplikasi atau mereka cipta sesuatu. Beri satu gambar yang menunjukkan sebuah rumah dan sekelilingnya kepada setiap kumpulan. Pelajar dalam setiap kumpulan berbincang bagaimana ciri fizikal di sekeliling rumah itu dapat diperbaiki. Hasil kumpulan ditulis di kertas besar dan dipamerkan.

Rumusan
1. Penggunaan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan p&p yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri. 2. Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. 3. Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik.

4. Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn. 5. Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. 6. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar. 7. Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas. 8. Anda harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan. 9. Dalam p&p guru harus menyerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang. 10. Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkahlangkah pengajaran dan bahan p&p yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka belajar.

http://mahalimahat.blogspot.com/2009/06/nota-pepkeadah-bahasa-melayu.html

6.Induksi set adalah kemahiran yg penting dalam Proses P&P. Jelaskan mengenai konsep dan aplikasinya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pengenalan konsep Kemahiran induksi set Induksi set ialah set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal im, guru perlu merancang induksi set supaya ia ada kaitan dengan perkara yang akan dipelajari selepas itu. Prinsip-prinsip Induksi Set Terdapat sekurang-kurangnya lima prinsip dalam usaha melaksana-kan induksi set iaitu: a. Menarik perhatian, minat pelajar dan menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan pelajar. Bagi menarik perhatian dan mengekalkannya, gum menggunakan suara dengan intonasi yang sesuai, gerak-geri atau gerak isyarat terutamanya tangan dan kepala serta kontak mata. Keadaan akan jadi lebih menarik dengan penggunaan alat audio-visual dan pembahan corak interaksi dengan pelajar. b. Sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. Pendekatan, aktiviti, bahan dan idea yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat umur, kebolehan dan pengalaman pelajar, misalnya pelajar Tahun 1 dengan Tahun 6 dan Tingkatan 4. c. Berkait dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Kandungan induksi set perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar, misalnya dengan memjuk kepada peristiwa-peristiwa semasa dan di sekeliling mereka dan isi pelajaran lepas. Pendekatan yang digunakan ialah daripada diketahui kepada belum diketahui. d. Berkait rapat dengan objektifpelajaran dan isi pelajaran. Aktiviti dan isi kandungan yang disampaikan dan bahan yang digunakan perlu berkait rapat dengan objektif pelajaran yang ditetapkan dan isi pelajaran yang akan dibuat kemudian. e. Jangka masa yang terhad. Pelaksanaan aktiviti induksi set periu terancang dan berkesan dalam tempoh masa antara 3-5 minit sahaja. Komponen-komponen Induksi Set

Terdapat empat komponen utama induksi set iaitu: a. Menarik perhatian Gum boleh menggunakan intonasi suara, gerak isyarat temtamanya tangan dan kepala serta kontak mata yang sesuai bagi menarik dan mengekalkan minat pelajar. Supaya menjadi lebih menarik, guru boleh menggunakan alat audio-visual dan mengubah corak interaksi dengan pelajar. b. Motivasi Guru boleh merangsang atau memotivasikan pelajar supaya belajar melalui teknik dan aktiviti pengajaran yang dipilih seperti soal jawab, bercerita, ada unsur-unsur suspens dan menggunakan bahan yang menarik. Gurujuga perlu menunjukkan kemesraan dan dibuat secara bersahaja dengan penuh semangat. c. Membuat perkaitan Guru boleh membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas. Tujuannya supaya pelajar bersedia menerima isi pelnjaran baru. d. Menstrukturkan Guru menggunakan induksi set untuk membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran berkesan. Misalnya, " Hari ini kita akan belajar berkenaan cara kejadian gerhana bulan. Cikgu akan menerangkan cara kejadian gerhana bulan dan kemudian membuat tunjuk cara atau eksperimen. Kemudian kamu akan diminta menerangkan cara kejadian kepada kelas." Objektif mengadakan Induksi Set Terdapat beberapa objektif menjalankan induksi set, antaranya ialah: a. Menarik perhatian pelajar kepada pelajaran baru yang akan disampaikan. b. Menarik minat dan merangsang perasaan ingin tahu di kalangan pelajar. c. Mengubah dan membina aliran dan tumpuan fikiran pelajar daripada pelajaran sebelumnya kepada pelajaran baru. d. Mencadangkan cara melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang akan dilaksanakan. e. Mengaitkan isi pelajaran baru dengan isi pelajaran lepas dan pengetahuan sedia ada pelajar. 7.Dalam kemahiran Menyoal terdapat soalan jenis tertutup dan soalan jenis terbuka. Terangkan maksudnya dan kepentingannya.

Soalan tertutup ialah soalan yang meminta pengesahan, bukannya penjelasan. Biasanya, jawapan kepada soalan tertutup ialah samada Ya ataupun Tidak sahaja. Contohnya, soalan-soalan di bawah adalah soalan-soalan tertutup: Adakah anda berpuas hati dengan prestasi akademik anda? Benarkah Tok Janggut telah dibunuh dengan kejamnya oleh penjajah British? Adakah gas terdiri daripada zarah yang bergerak secara rawak dan berlanggar sesama sendiri? Bukankah anda telah membaca Bab 1 sebelum ini? Apakah jawapan kepada soalan-soalan di atas? Saya pasti, jawapan yang diberikan adalah samada Ya, ataupun Tidak, bukankah begitu? (Ya / Tidak). Soalan tertutup mempunyai peranan yang tersendiri, namun, dalam konteks untuk mengawal dan membentuk operasi minda, kita perlukan lebih daripada itu. Anda perlukan soalan-soalan terbuka. Soalan terbuka pula berlawanan kepada soalan tertutup. Soalan terbuka memerlukan penjelasan dan penerangan. Biasanya, selain daripada Adakah, kata tanya yang lain akan membawa kepada soalan terbuka. Contohnya: Kenapa Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu? Bilakah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan? Siapakah tokoh-tokoh yang mencetuskan semangat nasionalisme di Tanah Melayu? Bagaimana proses fotosintesis berlaku? Apakah jenis-jenis hormon yang utama dalam sistem endokrin manusia? 8.Pentingnga Kemahiran Lisan kepada murid-murid dalam pengajaran bahasa Melayu. Objektif teknik pengajaran lisan adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran lisan dengan mudah dan berkesan. Kemahiran ini penting kerana: 1.Dengan bercerita, mereka akan bercerita secara lisan sama ada tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca, dan sebagainya. 2.Dengan teknik perbualan mereka akan dilatih berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon. 3.Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. 4.Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak-kanak.. Teknik ini dapat melatih sebutan, intonasi, dan kelancaran pertuturan kanak-kanak disamping melatih menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata,ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah. 5.Teknik Boneka sangat digemari, ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi. 6.Teknik berbahas ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid kemahiran bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini murid diminta berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat berkesan untuk membentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan

murid sekolah. 7.kanak-kanak yang mengalami masalah gagap juga sangat memerlukan aktiviti lisan untuk membantu mengurangkan masalah tersebut. 8.usaha menghafaz atau mengingat sesuatu. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang dipelajari itu kekal dalam ingatan, malahan dapat digunakan dalam situasi-situasi lain. 9.Latih tubi lisan amat perlu digunakan untuk kanak-kanak masalah pembelajaran. Selain mereka mengalami masalah pertuturan terutamanya dalam sebutan, mereka juga sangat lemah dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Latih tubi akan dapat membantu mereka mengingat kemahiran lisan yang dipelajari. 10.Latih tubi jenis ini khusus digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi bentuk ini iaitu latih tubi pasangan minimal dan latih tubi pemintal lidah. 11.Latih tubi struktur digunakan untuk memahirkan murid dengan bentuk-bentuk ayat tertentu dan membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat. Dalam konteks pengajaran kemahiran lisan, latih tubi ini dapat membantu murid menyebut ayat yang lengkap dengan lancar..

Das könnte Ihnen auch gefallen