Sie sind auf Seite 1von 3

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN GOLF MSSD KINTA SELATAN 2013

TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN

: : : :

17 JANUARI 2013 2.30 - 4.30 PETANG SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD BATU GAJAH. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. En. Abdul Aziz Bin Abdullah- PK Koku SMK TIWA En. Ayob Bin Haron Penyelia Sukan PPD KS En. Roslan Bin Rohani PTPS Golf KS Pn. Rozina Bt. Mohd Noordin Penolong PTPS Golf KS En. Noor Mohd Taib B. Nasirruddin SYS Us. Hamdan Bin Yahya SK Seri Jaya En. Mohd Syahmi Rizal Bin Abd Latif SK Sultan Yusuff Pn.Lai Pui Yoon SJK(C) Yuk Kwan Us. Zulkifli Bin Rahmat SBP Integrasi Gopeng Tn. Syed Khairul Anuar B. Sharif Tn. Syed Mohd Saufi Bin Syed Bakri SMK TIWA Pn. Nor Kaspawati Bt. Kassim SMK TIWA En. Faizal Azmi B. Mohd Yusof SMK TIWA Cik Nurul Akmar Bt. Ahmad Majuri SMK TIWA

AGENDA MESYUARAT. 1. UCAPAN PENGERUSI . 1.1 En. Abdul Aziz Bin Abdullah ( Penolong Kanan Ko Kurukulum SMK TIWA ) mewakili Tuan Pengetua mengucapkan selamat datang kepada semua ahli mesyuarat dan pengurus-pengurus pasukan. Beliau menyatakan jika boleh untuk tahun hadapan tuan rumah kejohanan golf MSSD Kinta Selatan diberi kepada sekolah lain.

1.2

2. TAKLIMAT PTPS GOLF DAERAH KINTA SELATAN. 2.1 PTPS Golf Kinta Selatan Encik Roslan Bin Rohani ( SK Tualang Sekah ) mengalu-alukan kehadiran semua peserta mesyuarat. Beliau mengucapkan tahniah kepada SMK TIWA yang sudi menerima tanggungjawab sebagai tuan rumah Kejohanan Golf MSSD Kinta Selatan pada tahun 2013 ini. Kejohanan Golf MSSD Kinta selatan akan diadakan pada 5 dan 6 Februari 2013 di Kelab Golf Kinta, Batu Gajah. 5 Februari merupakan penyesuaian padang. T- off terakhir pada pukul 9.00 pagi.

2.2 2.3

2.4

Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan juga diberi amanah sebagai tuan rumah Kejohanan Golf MSSPK pada 19 hingga 21 Februari 2013 di Clearwater Sanctuary Golf Club. TINDAKAN : Semua Pengurus Pasukan

3. TAKLIMAT PERATURAN PERTANDINGAN. 3.1 3.2 Taklimat disampaikan oleh PTPS Golf Kinta Selatan En. Roslan Bin Rohani. Pendaftaran peserta menggunakan Borang R01 ( sek. Rendah ) dan M01 ( Sek. Men) dan diserahkan kepada urusetia pada jam 7.30 pagi pada hari kejohanan 6 Februari 2013. Para pengurus diingatkan untuk mengisi Borang Kebenaran Ibubapa untuk setiap peserta. Pengurus pasukan juga dikehendaki menghantar nama pemain dengan SMS atau email sebelum atau pada 30 Januari 2013.Ini adalah untuk memudahkan pengelola membuat susunan flight. No. SMS - 012-5309022 Email - roslanrohani64@gmail.com 3.5 Pihak penganjur akan memilih 3 pemain setiap kategori untuk mewakili Kinta Selatan dalam Kejohanan MSSPK 2013. Namun begitu bilangan penyertaan pemain ini akan diputuskan selepas menyuarat PTPS Golf Daerah. Pertandingan adalah mengikut ` stroke play`. 18 lubang untuk Bawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun lelaki dan perempuan tanpa menggunakan buggy. 9 lubang 2nd Nine untuk Bawah 12 tahun lelaki dan perempuan. Bawah 12 tahun lelaki dan perempuan boleh menggunakan buggy yang dipandu oleh marker masing-masing. Mereka perlu menghabiskan 9 lubang permainan. Bagi peserta Bawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun lelaki dan perempuan, sekiranya marsyall bertugas mendapati skor peserta pada lima (5) lubang awal adalah `amat lemah` mereka boleh mencadangkan agar peserta tersebut `ditarik keluar`. Ini bertujuan untuk kawalan masa kejohanan. Mesyuarat bersetuju dengan bayaran penyertaan Kejohanan Golf MSSD Kinta selatan sebanyak RM40.00 bagi setiap peserta. Bayaran perlu dijelaskan pada pagi pendaftaran 6 Februari 2013. Bayaran cek adalah atas nama PIBG SMK Toh Indera Wangsa Ahmad , Batu Gajah. TINDAKAN 3.10 : Semua Pengurus Pasukan

3.3 3.4

3.6

3.7 3.8

3.9

Sarapan pagi dan makan tengahari pada 6 Februari 2013 untuk peserta akan disediakan oleh pihak penganjur. TINDAKAN : Urusetia Makanan Dan Minuman

4. KEWANGAN. 4.1 4.2 4.3 4.4 Kewangan di bentangkan oleh En. Syed Mohd Fauzi Bin Syed Bakri SMK TIWA. Beliau membentangkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan kejohanan golf MSSD Kinta selatan. Pendapatan adalah daripada kutipan yuran penyertaan peserta iaitu RM40.00. Perbelanjaan terdiri daripada:i. Makan dan minum peserta ii. Bayaran green-fees, buggy dan insuran pemain. iii. Goodies pemain iv. Cenderahati VIP v. Tag nama urusetia

5.

HAL-HAL LAIN 5.1 En. Noor Mohd Taib menerangkan tentang Program Golf MSN / Melayu Perak untuk pelajar-pelajar sekolah. Latihan setiap minggu pada hari Rabu dan Ahad ( 5.00 petang di Clearwater dan Driving range Bemban). 5.2 Beliau memohon sekolah-sekolah yang berminat untuk mendaftar dalam program tersebut. 5.3 En. Ayob Bin Harun ( Penyelia Sukan PPD KS ) menggalakkan Pengerusi pengelola kejohanan untuk mencari sponsor bagi menampung perbelanjaan kejohanan. 5.4 Ustaz Hamdan Bin Yahya ( Pengurus SK Seri Jaya ) memohon agar bayaran penyertaan RM40.00 dinyatakan dengan jelas dalam minit mesyuarat untuk tujuan bayaran bagi pihak sekolah. 6. PENANGGUHAN MESYUARAT. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.. ( ROZINA BT MOHD NOORDIN ) SETIAUSAHA KEJOHANAN GOLF MSSD KINTA SELATAN.

. ( PN. HJH. AZIZAH BINTI ABD. RASHID ) PENGERUSI KEJOHANAN GOLF MSSD KINTA SELATAN

Das könnte Ihnen auch gefallen