Sie sind auf Seite 1von 31

Kertas cadangan kajian tindakan

i Creative
Oleh HANIS AQILAH BT JOHARI.

201 3

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Penulisan pengenalan dalam Kajian Tindakan. Peranan guru di dalam bilik darjah amat meluas dan tidak terhad kepada sesi pengajaran semata-mata. Hal ini kerana, guru juga perlu memainkan peranan sebagai fasilitator terutamanya bagi subjek Sains yang banyak melibatkan proses inkuiri penemuan. Selain itu, guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) dalam Abu Sufian, (2001) telah menyatakan bahawa; kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Dalam seminar bertemakan Education For All 1990 yang dianjurkan oleh Bank Dunia, UNICEF dan UNESCO (Siti Zuliana, 2005) dalam Yahaya ( 2011), kemahiran asas tidak lagi terbatas kepada 3M ; Membaca, Menulis, Mengira, tetapi ditambahkan dua kemahiran lagi iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran saintifik. Ini menunjukkan pendidikan sedunia semakin mementingkan peningkatan kemahiran berfikir secara kreatif bagi melahirkan individu yang kreatif di kalangan generasi masa kini.Justeru itu, menjadi tanggungjawab pendidik sebagai ejen dalam dunia pendidikan untuk menerapkan elemen kreativiti dalam amalan pengajaran mereka bagi menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih kreatif supaya dapat mengasah kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dalam kalangan murid. Berdasarkan kenyataan di atas,pengkaji telah membuat keputusan untuk mencipta kreativiti di dalam sesi pengajaran dengan menyediakan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang lebih kreatif dan tidak merujuk kepada buku teks semata-mata.Fokus penerapan elemen kreativiti ini adalah lebih kepada pengajaran Kemahiran Manipulatif Sains dan juga Kemahiran Proses Sains untuk Tahun 3.Rasional tajuk ini dipilih adalah kerana kemahiran ini merupakan

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

tunjang dalam pengajaran sains yang perlu dikuasai oleh murid-murid Tahun 3 sebelum mereka melangkah ke Tahap Dua nanti. Penyediaan aktiviti yang dipilih adalah berkaitan dengan Kemahiran Manipulatif dimana murid perlu melakukan aktiviti tersebut bagi menguasai kemahiran yang ingin diajar oleh guru. Fungsi utama aktiviti ini adalah untuk mengubah amalan guru yang kebiasaannya mengajar tajuk Kemahiran Manipulatif secara terus tanpa menyediakan aktiviti yang menarik untuk dilakukan oleh murid.Dengan menerapkan elemen kreativiti menerusi aktiviti Bubling Explosion ini, guru akan berupaya untuk menarik minat murid untuk belajar sekaligus mengasah kemahiran berfikir kerana mereka perlu menyatakan ramalan awal dan juga kesimpulan daripada aktiviti tersebut selain daripada perlu melakukan amali Kemahiran Manipulatif seperti menggunakan, membersihkan dan menyimpan alat radas. Selain itu, bagi kitaran kedua pula pengkaji akan menyelesaikan isu yang timbul bagi kitaran pertama dengan mengubah amalan guru melalui aspek penyediaan bahan bantu mengajar pula.Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Untuk menghasilkan BBM yang sesuai, ianya perlu menepati ciri-ciri seperti besar dan jelas, warna yang menarik, saiz yang tepat, tahan lama dan murah , ( Kamarul Azmi dan Abdul Halim , 2007) . Oleh itu , pengkaji telah merancang untuk menyediakan BBM Magnet Gergasi sebagai salah satu BBM dalam mengubah amalan guru dengan menggunakan elemen kreativiti dalam p&p.

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

1.2 Refleksi amalan Pengajaran dan Pembelajaran. Setelah menjalani sesi praktikum selama 3 bulan di Lubuk Kawah, saya mendapati terdapat beberapa amalan saya yang perlu diubah bagi mengajar subjek Sains ini. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor seperti: Saya kurang menyediakan aktiviti yang menarik di dalam sesi pengajaran sehingga murid kurang berminat dengan isi pengajaran guru. Saya tidak memberikan peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti secara hands on. Akibat daripada amalan yang sedemikian, terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang sesi pengajaran berlangsung seperti: Murid cenderung untuk melakukan tingkah laku distruptif disebabkan mereka bosan dengan pengajaran saya. Saya lebih terikat dengan pengajaran berbentuk tradisional seperti menggunakan buku teks sahaja sebagai sumber pengajaran Sesi pengajaran tidak meyeronokkan untuk dilalui oleh guru dan juga murid-murid kerana tiada unsur kreativiti diterapkan oleh guru. Murid tidak dapat menguasai sesuatu konsep sains dengan baik kerana saya kurang menyediakan aktiviti berpusatkan murid. Masalah ini dikukuhkan lagi dengan hasil pencapaian murid yang kurang memuaskan pada peperiksaan OTI dimana seramai 70 % murid mendapat B dan C dan juga kebanyakan murid gagal menerangkan kembali konsep yang diajar oleh saya setelah 3 minggu pengajaran dijalankan. Oleh itu, saya telah melakukan refleksi pengajaran dan mendapati bahawa amalan guru akan dapat ditambahbaik sekiranya elemen kreativiti diterapkan di dalam bilik darjah

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

terutama sewaktu pengajaran subjek Sains sekaligus akan memberi impak kepada muridmurid untuk terlibat sepenuhnya dalam proses pengajaran.Hal ini disokong oleh Atan Long (1978) dalam Zainuddin ( 2011) yang menyatakan bahawa untuk menghasilkan pengajaran yang baik keupayaan guru penting untuk merangsangkan murid supaya menimbulkan minat mereka melibatkan diri di dalam proses pembelajaran.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kreativiti bermaksud kebolehan mencipta dan secara umumnya, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru.( BPG, 2012).Kreativiti merupakan nilai yang dipegang oleh pengkaji kerana tanpa kreativiti, seseorang guru tidak akan mampu melahirkan murid-murid yang memiliki minda kelas pertama. ( Yahaya, 2011). Elemen ini juga merupakan pegangan yang dizahirkan oleh kerajaan menerusi tema Hari Guru pada tahun 1993 dan 1994 iaitu Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan. Manakala tema Hari Guru 2003 pula Guru Berkualiti Aspirasi Negara (Utusan Malaysia, 2003). Ini menunjukkan betapa kerajaan menggalakkan guru-guru untuk menjadi seorang yang kreatif dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Hal ini disokong oleh Pelan Induk Pendidikan (PIPP) 2010 yang memberikan penekanan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan Negara abad ke-21.Pelaksanaan aspek kreativiti ini amat penting dalam bidang pendidikan terutamanya kepada guru kerana guru merupakan ejen untuk menentukan pencapaian muridmurid terutamanya di sekolah rendah. Menurut Mohamad Shatar Sabran ( 2006), sifat kreatif akan membawa kepada penerokaan baru melalui pemikiran yang lebih luas.Daya kreatif yang tinggi merujuk kepada sifat mencari sesuatu kelainan dalam menjalankan tugas dan peranan sebagai pendidik.Ini bertepatan dengan objektif kajian yang telah digariskan oleh pengkaji iaitu untuk mencari kelainan dalam proses pengajaran dengan menerapkan kaedah i-Creative dalam penyediaan aktiviti dan bahan bantu mengajar. Menyedari akan pentingnya aspek kreativiti ini dalam menambahbaik amalan guru, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menerapkan elemen ini di dalam pengajaran yang akan

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

dilakukan pada fasa internship sekaligus ingin mengkaji apakah isu-isu yang akan timbul apabila aspek kreativiti ini diterapkan nanti. Merujuk kepada tafsiran kreativiti iaitu menggunakan penghasilan idea baru (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010) , pengkaji telah memikirkan aspek kreativiti yang ingin diterapkan adalah melalui kepelbagaian idea dalam menjalankan aktiviti pembelajaran yang tidak pernah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini. Kepelbagaian aktiviti ini dikatakan memiliki elemen kreativiti kerana ianya berbeza daripada corak pengajaran yang biasa dilaksanakan oleh pengkaji kerana sebelum ini, pengkaji telah melaksanakan pengajaran hanya berpandukan buku teks dan buku rujukan semata-mata tanpa cuba mencipta aktiviti lain yang lebih menyeronokkan.Pengkaji percaya bahawa,dengan menggunakan idea baru di dalam penyediaan aktiviti pembelajaran, proses pengajaran guru yang berbentuk tradisional dan membosankan akan dapat ditambahbaik sekaligus membantu murid untuk lebih memahami konsep sains yang dipelajari. Walaupun terdapat jurang yang besar diantara pegangan yang dipegang oleh pengkaji dengan amalan pengajaran yang telah dijalankan sebelum ini, pengkaji berharap agar pada kajian yang akan dijalankan pada fasa terakhir ini, amalan guru dapat ditambahbaik dengan nilai kreativiti yang dipegang oleh pengkaji selama ini seperti yang dinyatakan oleh Brophy dan Good dalam Shahril (2001), keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada kepelbagaian cara memperkenalkan sesuatu isi pelajaran. Di samping itu ianya harus meliputi penyampaian guru, perbincangan dan soal jawab.Oleh itu, pengkaji akan menekankan kepada keberkesanan pengajaran itu sendiri melalui kepelbagaian cara dan aktiviti hasil daripada penerapan elemen kreativiti tersebut.

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

2.0 FOKUS KAJIAN. Berdasarkan pengalaman mengajar subjek Sains di 3 buah sekolah sebelum ini, pengkaji mendapati kebanyakan guru lebih cenderung untuk merujuk kepada buku teks semata-mata dan tidak terkecuali diri saya sendiri.Oleh itu, bagi fasa kajian ini, pengkaji ingin memberi fokus kepada penyediaan aktiviti-aktiviti baru yang menjana kreativiti guru agar pengajaran tidak membosankan serta dapat mengubah amalan guru yang lebih berpusatkan pengajaran tradisional selama ini. Antara sebab utama pengkaji memilih elemen kreativiti ini adalah kerana elemen ini bersifat universal dan tidak perlu berfokus kepada mana-mana topik asalkan guru tersebut menyediakan sesuatu aktiviti baru yang berbeza daripada kebiasaan, ianya telah disebut sebagai kreativiti di dalam pengajaran. Selain itu, elemen kreativiti ini juga merupakan nilai yang ingin diterapkan oleh pengkaji kerana elemen ini menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dan menghasilkan tugasan sekaligus akan menggalakkan percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan murid. Hal ini disokong oleh penyataan yang dikeluarkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam majlis Perhimpunan Khas Guru Malaysia pada 3 November lepas bahawa; "Guru perlu meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang.Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini tugas guru semakin mencabar." ( Utusan Melayu, 2012).

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

Berdasarkan fokus kajian yang telah diterangkan , terdapat 5 aspek yang perlu dipertimbangkan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian tindakan ini.Antaranya ialah, aspek kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevenan kepada pihak sekolah.Penerangan tentang aspek-aspek tersebut adalah seperti berikut :

2.1 Kebolehtadbiran. Kebolehtadbiran ini merujuk kepada bagaimana pengkaji dapat mengawal pengajaran yang dikendalikan semasa intervensi sedang dijalankan dan instrumen yang digunakan dapat ditadbir dengan baik sewaktu pengkaji ingin mendapatkan data.Oleh kerana elemen yang ingin diterapkan adalah agak umum, pengkaji perlu peka dengan silibus sains dan konsep yang ingin diajar bagi sesuatu tajuk sebelum mengajar supaya aktiviti yang disediakan masih mencakupi silibus sains sekolah rendah. Bagi mentadbir instrumen yang akan digunakan pula, pengkaji akan menyediakan soal selidik yang dapat difahami oleh kumpulan sasaran serta data yang dikutip dapat dianalisis dengan tepat.Soal selidik yang digunakan adalah mengenai pendapat mereka tentang aktiviti yang telah saya jalankan dan juga nilai kreativiti yang saya terapkan di dalam bilik darjah sewaktu sesi pengajaran berlangsung. 2.2 Kepentingan Walaupun nilai kreativiti ini agak dipandang remeh oleh segelintir pihak, ianya merupakan salah satu elemen yang mula ditekankan oleh pihak kementerian pelajaran dan bermula pada tahun 2010, kurikulum KSSR diperkenalkan yang merangkumi nilai kreativiti dan inovasi merentas kurikulum sebagai salah satu modul utama KSSR. Antara kepentingan nilai kreativiti ini di dalam pengajaran adalah, dapat menyediakan suasana yang menyeronokkan di dalam pengajaran sains dan nilai ini juga tidak terhad kepada subjek Sains semata-mata kerana menerusi implementasi KSSR di sekolah, semua subjek telah diterapkan dengan elemen kreativiti ini.

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

Kepentingan yang seterusnya ialah, dengan menyediakan aktiviti ataupun abm yang bersifat kreativiti ini, pengkaji akan dapat meransang murid untuk lebih berfikir secara kritis dan kreatif sera menggalakkan mereka untuk lebih cepat memahami konsep sains yang diajar oleh pengkaji.

2.3 Kebolehgunaan. Oleh kerana kaedah i-Creative yang ingin diterapkan oleh pengkaji adalah aspek nilai kreativiti yang merentas semua jenis kurikulum, kebolehgunaan kaedah ini tidak perlu diragui lagi kerana semua subjek di sekolah boleh menggunakan elemen kreativiti ini di dalam proses pembelajaran.Kebolehgunaan aspek ini adalah bergantung kepada diri guru itu sendiri kerana apabila guru bersedia untuk mencipta kelainan di dalam proses pengajaran mereka, secara automatik mereka akan menyediakan aktiviti yang menarik dan berbentuk kreativiti kepada murid-murid. 2.4 Kawalan. Kaedah i-Creative yang digunakan akan dapat dikawal sepanjang proses pengajaran berlangsung kerana pengkaji akan membahagikan murid ke dalam kumpulan kecil bagi setiap aktiviti yang disediakan dan pengkaji juga akan memastikan murid-murid memahami arahan yang diberikan agar mereka tidak menimbulkan sebarang masalah sewaltu proses pengajaran berlangsung.Selain itu, pengkaji juga akan bertindak sebagai fasilitator sepanjang aktiviti dijalankan agar elemen kreativiti ini dapat diaplikasikan juga kepada murid-murid kerana mereka akan meneroka setiap tugasan yang diberikan secara berkumpulan dan berfikir secara kreatif dan kritis. 2.5 Kolaborasi Kaedah ini tidak memerlukan kolaborasi daripada guru-guru lain kerana pengkaji akan menyediakan aktiviti ini secara bersendirian bagi menerapkan elemen kreativiti di dalam setiap aktiviti yang disediakan.Selain itu, dengan menggunakan kaedah i-Creative ini,

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

pengkaji akan menyediakan abm dan aktiviti yang mudah dikendalikan serta sesuai dengan tahap kognitif murid agar pengkaji tidak perlu meminta bantuan guru-guru lain untuk samasama menjayakan proses pengajaran.

2.6 Kerelevanan kepada pihak sekolah. Proses pengkaji menjalankan kajian ini adalah selama 1 bulan dan berfokus kepada subjek Sains sahaja.Berdasarkan aspek kerelevanan kepada pihak sekolah, pengkaji tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan subjek dan agihan masa yang diberikan oleh pihak sekolah kerana pada fasa internship nanti, pengkaji tidak perlu mengajar pelbagai kelas dan hanya perlu berfokus kepada kajian ini sahaja..Selain itu, kajian ini juga akan dapat digunakan oleh pihak sekolah secara umum dan guru-guru Sains secara khususnya kerana elemen kreativiti yang ingin diterapkan oleh pengkaji menerusi kaedah i-Creative adalah merentas kurikulum Memang tidak dinafikan elemen kreativiti ini agak sukar diaplikasikan oleh guru-guru kerana mereka beranggapan untuk menyediakan sesuatu aktiviti yang menarik dan kreatif, ianya memakan masa dan tenaga namun perkara tersebut dapat diatasi sekiranya guru-guru bersedia untuk berfikir di luar kotak kerana aktiviti yang kreatif ini sebenarnya lebih mudah dan menyeronokkan berbanding hanya belajar dengan menggunakan buku teks semata-mata. Fokus kajian yang ingin diterokai oleh pengkaji pada kali ini adalah menambahbaik pengajaran guru yang sedia ada dengan mengaplikasikan kaedah i-Creative dan mengenalpasti isu-isu yang timbul menerusi pelaksanaan kaedah ini. Oleh kerana elemen kreativiti ini ditekankan menerusi kurikulum KSSR, pengkaji telah memilih untuk melakukan kajian penambahbaikan pengajaran untuk Tahun 3 menerusi beberapa tajuk pengajaran yang akan diajar kelak.Selain itu, fokus elemen kreativiti yang ingin diterapkan oleh pengkaji pada

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

kajian kali ini adalah menerusi penyediaan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang kreatif oleh pengkaji bagi menambahbaik pengajaran yang sedia ada. Bagi membuktikan masalah pengajaran guru ini benar-benar wujud sebelum ini, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap respons yang diberikan oleh murid-murid sewaktu sesi pengajaran sedang berlangsung dan melakukan refleksi kendiri setelah bagi mengenalpasti kaedah pengajaran terbaik untuk menambahbaik pengajaran yang sedia ada. Pengkaji mendapati amalan guru ini dapat diperbaiki sekiranya aktiviti yang disediakan dapat menarik minat murid sekaligus dapat memotivasikan guru untuk mengajar dengan baik di dalam kelas.

2.7 Tinjauan Literatur. Bahagian ini membincangkan tentang dapatan daripada sumber-sumber tertentu yang telah dikupas dengan mendalam bagi topik berkaitan untuk menyokong kajian yang telah dijalankan. KREATIVITI. Penyelidikan tentang elemen kreativiti telah lama dilakukan oleh para penyelidik.Menurut Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa; kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Selain itu, Dalam seminar bertemakan Education For All 1990 yang dianjurkan oleh Bank Dunia, UNICEF dan UNESCO (Siti Zuliana, 2005) dalam Yahaya ( 2011), kemahiran asas tidak lagi terbatas kepada 3M ; Membaca, Menulis, Mengira, tetapi ditambahkan dua kemahiran lagi iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran saintifik. Yahaya (2011) dalam kajian beliau tentang Faktor-faktor Yang Mendorong Kreativiti dalam pelajar ijazah pendidikan juga menyatakan bahawa beliau memegang nilai Kreativiti

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

dalam pendidikan kerana tanpa kreativiti, seseorang guru tidak akan mampu melahirkan murid-murid yang memiliki minda kelas pertama. Muhamad Shatar pula menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk Tip Pendidik Cemerlang pada halaman 24 , pendidik yang kreatif suka mencuba pendekatan baru dan menarik dalam menyampaikan ilmu dan elemen kreativiti ini bergantung kepada dirinya sendiri kerana apabila individu tersebut yakin dirinya kreatif, ia akan benar-benar menjadi seorang yang kreatif, Abdullah Hasssn dan Ainon ( 2005).

PENGAJARAN BERKESAN. Menurut Ee Ah Meng (1997) , pengajaran ialah proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai. Proses atau aktiviti yang dilakukan bagi membolehkan muridmurid menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk diri mereka dan menghargai apa yang mereka lakukan (Kamarudin, 1990). Pengajaran merupakan suatu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-palajar dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka.Oleh itu, guru-guru perlulah merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa kepada perubahan-perubahan yang diingini. Manakala,pengajaran berkesan pula meliputi kepelbagaian kaedah yang digunakan dalam p&p seperti yang dinyatakan oleh Brophy dan Good dalam Shahril (2001), keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada kepelbagaian cara memperkenalkan sesuatu isi pelajaran. KEPENTINGAN AKTIVITI & BBM .

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

Mok Soon Sang (1996, m.s 58), mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar.Hal ini disokong oleh Abu Sufian ( 2001) yang menyatakan bahawa, seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih ABM yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Ini kerana penggunaan ABM amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN. 3.1 Objektif umum a) Untuk melakukan penambahbaikan di dalam amalan pengajaran guru menerusi penerapan elemen kreativiti di dalam bilik darjah.

3.1.1 Objektif khusus.

a) Untuk mengubah pengajaran guru melalui kaedah i-Creative di dalam bilik darjah. b) Mengenalpasti isu yang timbul daripada penggunaan kaedah i-Creative di dalam bilik darjah.

Kertas cadangan kajian tindakan


3.2 Persoalan kajian :

201 3

a) Apakah tindakan yang dapat guru laksanakan untuk menambahbaik pengajaran yang sedia ada? b) Adakah terdapat isu yang timbul daripada pengajaran guru berbentuk kreativiti?

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Kumpulan sasaran yang akan dipilih oleh pengkaji adalah merangkumi murid-murid tahun 3 Bestari di sekolah SK Lubuk Kawah yang berjumlah 37 orang. Murid-murid ini terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan 19 orang murid perempuan dan mereka memiliki pencapaian yang sederhana di dalam subjek Sains.Rasional saya memilih mereka untuk menjadi responden pada kali ini ialah mereka lebih terdedah dengan aspek pembelajaran kreativiti menerusi kurikulum KSSR dan saya dapat menyediakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kognitif mereka.Selain itu, rasional yang kedua adalah kerana saya ingin menyediakan proses pembelajaran yang menarik supaya mereka akan lebih gembira untuk belajar subjek Sains di Tahap Dua nanti.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN. 5.1 Perancangan tindakan.

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

Kajian tindakan yang akan dijalankan ini adalah bersifat kualitatif iaitu, pengkaji memilih fokus kajian berkaitan dengan nilai kreativiti yang akan diterapkan untuk mengubah amalan pengajaran guru sebelum ini.Bagi merancang kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih Model Penyelidikan Stephen Kemmis kerana model ini mempunyai 2 gelungan tindakan dan terdiri daripada empat langkah iaitu : Perancangan. Tindakan Pemerhatian Refleksi Semak semula perancangan.

Selain itu, pengkaji juga memilih model ini kerana ia menggalakkan guru membuat kajian refleksi terhadap pengajaran dan ianya bersesuaian dengan konsep kajian yang ingin dijalankan iaitu berfokuskan perubahan amalan guru dalam proses pengajaran.

Model ini juga lebih khusus dalam membentuk perancangan kajian tindakan kerana ianya mempunyai langkah dan juga gelungan dimana apabila gelungan 1 telah selesai, pengkaji boleh terus memasuki gelungan kedua berdasarkan refleksi pada gelung yang pertama.Oleh yang demikian, isu yang timbul pada gelung ataupun kitar 1 akan dapat diselesaikan pada kitar kedua.Jika masalah ataupun isu lain masih timbul pada kitar kedua, kajian ini dapat diteruskan lagi dengan pengkaji memberikan cadangan penambahbaikan jika kajian lanjutan ingin diadakan.

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

Model Stephen Kemmis.

GELUNG 1. Proses kajian tindakan ini bermula dengan guru membuat refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendakditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Kertas cadangan kajian tindakan


Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan

201 3
dalam proses

pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dihasilkan.

GELUNG 2.

Kitaran 2 ini adalah berlanjutan daripada kitaran gelung 1 dimana apabila masalah pada gelung 1 tidak dapat diselesaikan, pengkaji akan meneruskan tindakan kepada gelung kedua dengan mereflek kembali masalah yang timbul dari gelung 1.

Pengkaji akan merancang semula tindakan untuk mengatasi masalah tersebut dan menjalankan tindakan serta memerhati respons yang diberikan.

Setelah itu, refleksi akhir dijalankan untuk mengetahui isu yang timbul dan ianya menjadi bahan inkuiri yang berterusan.

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

Berdasarkan model yang telah dikemukakan oleh Stephen Kemmis, saya telah merangka perancangan tindakan saya yang meliputi dua kitaran seperti di bawah.

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

GELUNG 1
3)PEMERHATIAN -Saya akan

4)REFLEKSI. - Refleksi akan dijalankan dengan menemubual murid-murid setelah pengajaran

melibatkan diri dengan melakukan pemerhatian kepada respon yang diberikan oleh murid-murid dengan menggunakan

1)PERANCANGAN. -Saya tidak berpuas hati dengan kaedah pengajaran yang biasa digunakan di dalam proses pengajaran dan merancang untuk menyediakan aktiviti yang lebih kreatif dalam proses pengajaran.

2)TINDAKAN -Tindakan yang akan saya jalankan adalah menyediakan aktiviti Bubling Explosion untuk pengajaran Kemahiran

GELUNGAN KEDUA.

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

Sambungan dari gelung 1.

GELUNG 2.

4)REFLEKSI -Guru akan membuat refleksi dan mengenalpasti masalah pengajaran yang

1)PERANCANGAN SEMULA. -Guru akan merancang semula aktiviti berdasarkan masalah yang didapati pada kitaran pertama. - Cadangan kaedah untuk kitaran kedua adalah dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai didalam tajuk kemahiran

3) PEMERHATIAN. -Pemerhatian ini akan dijalankan semasa proses pengajaran sedang berlangsung.

2) TINDAKAN. - Guru akan menjalankan tindakan kedua iaitu dengan mencipta Magnet Gergasi bagi mengajar tajuk

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

5.1.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN UNTUK KAJIAN TINDAKAN. Pengkaji telah menyediakan dua rancangan pengajaran harian untuk menjalankan kajian pada gelung 1 dan juga pada gelung kedua. RPH pada kitaran 1 adalah mengenai tajuk Kemahiran Manipulatif Tahun 3 dan tajuk bagi kajian kitaran kedua adalah Kemahiran Proses Sains Tahun 3. Rasional pemilihan tajuk ini adalah bertepatan dengan elemen kreativiti yang ingin dikaji oleh pengkaji iaitu samada guru dapat mengubah amalan pengajaran sedia ada dengan menyediakan aktiviti yang lebih kreatif di dalam pengajaran bagi mengajar Kemahiran Manipulatif dan juga Kemahiran Proses Sains. Bagi mendapatkan data sepanjang proses pengajaran berlangsung, pengkaji akan menggunakan beberapa instrument seperti senarai semak, pemerhatian dan juga soal selidik.Pengkaji juga akan mendapatkan bantuan daripada rakan bagi merakam tingkah laku murid dengan menggunakan perakam video. Rancangan pengajaran harian yang akan digunakan oleh pengkaji adalah seperti di LAMPIRAN A.

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

6.0 PERANCANGAN PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA.

Untuk mengumpul data, pelbagai kaedah dapat digunakan namun ianya bergantung kepada kesesuaian alat yang digunakan agar data yang diperolehi adalah berkualiti dan tidak dapat dipertikai lagi.Selain itu, dalam usaha untuk hendaklah tidak mengabaikan bahan-bahan yang sedia ada seperti rekod prestasi murid, hasil kerja, kertas jawapan, peperiksaan, pekeliling dan dokumen lain yang berkaitan di samping memperolehi data-data yang baru. Antara teknik pengumpulan data yang dapat digunakan adalah seperti pemerhatian, menggunakan alat perakam, mengambil gambar, senarai semak, rekod anekdot dan juga soal selidik.Hasil kerja murid seperti lembaran kerja dan projek juga perlulah disimpan sebagai dokumen yang perlu dianalisis bagi mendapatkan data tentang kajian yang dijalankan.Analisis hasil kerja murid ini juga penting untuk mendapatkan maklum balas secara tidak langsung tentang hasil kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji. 6.1 KAEDAH MENGUMPUL DATA. 6.1.1 PEMERHATIAN. Pemerhatian merupakan suatu aktiviti lumrah dalam proses pengajaran pembelajaran. Seorang guru sentiasa memerhati reaksi muridnya untuk memastikan komunikasi berlaku antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid. Pemerhatian juga membantu guru menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap pengajarannya. Melalui pemerhatian yang terancang dan sistematik, banyak data yang pelbagai dan berguna dapat diperolahi untuk membantu penyelidikan tindakan dalam pendidikan . Kaedah pemerhatian ini biasanya digunakan dengan meluas di dalam kajian kualitatif kerana kaedah ini hanya memerlukan pengkaji untuk memerhatikan respons yang diberikan oleh murid-murid dan mencatat hasil pemerhatian tersebut dengan menggunakan pen dan kertas.Walaupun begitu,kaedah ini juga agak mencabar kerana pengkaji perlu peka dengan tingkah laku yang ditunjukkan serta perlu adil dalam merekod pemerhatian tersebut.

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

6.1.2 MENGGUNAKAN ALAT PERAKAM VIDEO Untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam melakukan pemerhatian dalam kajian yang dijalankan, pengkaji boleh menggunakan alat perakam seperti video kamera bagi merakam segala respons yang ditunjukkan oleh responden sepanjang kajian dijalankan.Kelebihan menggunakan alat perakam video ini juga adalah, pengkaji dapat melihat kembali keseluruhan proses yang berlaku sepanjang kajian berjalan sekaligus dapat memperolehi data-data penting secara tepat kerana proses tersebut dapat dilihat berulang kali. 6.1.3 PENGGUNAAN FOTO SEBAGAI ALAT PENGUMPULAN DATA. Gambar foto merupakan suatu media yang amat berkesan untuk merekodkan perlakuan atau keadaan fizikal secara holistik. Foto juga dapat menonjolkan body language terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh pemerhati kerana pada ketika itu dianggap sebagai tidak signifikan. Foto juga dapat dijadikan bukti konkrit sewaktu penulisan kajian kerana ianya dapat dilampirkan bersama hasil dapatan kajian berbanding data secara audio mahupun video. Walaupun foto dapat dijadikan bukti yang konkrit, pengkaji perlu bijak memiih gambar yang bersesuaian agar bukti yang dilampirkan adalah menjawab persoalan kajian serta tidak memerlukan banyak penerangan daripada pengkaji. 6.1.4 TEMUBUAL. Temubual atau temu ramah adalah suatu teknik yang amat berkesan untuk meninjau persepsi seseorang, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya. Melalui temubual, pengkaji dapat memahami mengapa seseorang yang diperhati menunjukkan perlakuan tertentu.Kaedah temubual ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu temubual berstruktur, tidak berstruktur dan separa berstruktur seperti dibawah : Berstruktur

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

Soalan-soalan yang ditujukan telah dirancang secara rapi dan teratur supaya respons yang spesifik diperolehi. Tidak berstruktur Memulakan dengan suatu ransangan umum, sasaran dikaji digalakkan memberi respons secara bebas, soalan-soalan lanjutan dirangka mengikut keperluan semasa. Separuh struktur Temubual jenis ini mengabungkan dua jenis yang awal. Proses temubual ini boleh melibatkan responden secara individu mahupun berkumpulan namun pengkaji perlu menitikberatkan etika dan juga situasi semasa temubual dijalankan agar jawapan yang ikhlas dan benar dapat diperolehi. 6.1.5 SOAL SELIDIK Soal selidik merupakan sejenis temubual berstruktur yang dijalankan secara bertulis. Soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Responden hanya perlu memberi jawapan yang ringkas ataupun memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan. Ia mudah dikendalikan dan sesuai untuk bilangan sasaran yang besar dan sekiranya penilaian kuantitatif diperlukan untuk refleksi kemudian. Untuk merangka soal selidik, bahasa yang digunakan hendaklah mengambil kira tahap kebolehan dan taraf sosio-budaya sasaran yang dikaji. Perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah disemak agar tidak mengelirukan responden.Semasa mengendalikan soal selidik, kerahsiaan responden hendakalah dijamin untuk data yang boleh dipercayai seperti tidak meminta nama responden sewaktu soal selidik dijalankan. 6.1.6 SENARAI SEMAK. Melalui senarai semak, penyelidik dapat meninjau kewujudan perlakuanperlakuan tertentu berdasarkan senarai perlakuan yang ditetapkan mengikut kriteria

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

fokus penyelidikan. Di samping itu, ia dapat mengukur kekerapan sesuatu perlakuan ditunjukkan oleh kumpulan sasaran yang dikaji. Selain itu, penggunaan senarai semak juga akan membantu pengkaji untuk menyenaraikan keperluan kajian dengan tepat kerana senarai semak perlu disediakan berdasarkan persoalan kajian yang ingin dikaji agar data yang dikumpulkan mencakupi aspek yang ingin dikaji.

6.1.7 JADUAL PENGUMPULAN DATA. Terdapat pelbagai alat yang digunakan oleh pengkaji dalam mengumpul data. Antaranya ialah seperti Jadual 1.0 dibawah : PERANCANGAN SENARAI SEMAK PENGUMPULAN DATA. BIL BUKTI/DATA YANG DIKUMPUL 1 Pemerhatian luaran / Pemerhatian luaran akan dilakukan sewaktu proses pengajaran kerana kajian berfokus kepada amalan yang ingin diubah oleh guru di dalam kelas.Pemerhatian ini dibantu dengan senarai semak dan juga alat perakam video. 2 Analisis dokumen / Analisis dokumen akan melibatkan analisis lembaran kerja dan juga projek yang dihasilkan oleh murid.Lembaran kerja dan projek ini adalah untuk menilai kefahaman murid terhadap proses pengajaran guru setelah aktiviti dijalankan. 3 Senarai semak / Senarai semak digunakan oleh pengkaji sewaktu murid menjalankan aktiviti yang diminta oleh guru.Hasil dapatan daripada senarai semak dianalisis supaya pengkaji dapat mengesan adalah : a) murid menunjukkan tingkah laku yang baik sewaktu kelemahan bagi setiap item yang telah ditetapkan.Antara item yang dinilai di dalam senarai semak (/) BAGAIMANA DAN BILA

Kertas cadangan kajian tindakan


aktiviti dijalankan.

201 3

b) Murid dapat bekerjasama dalam kumpulan. d) Menilai aspek kemahiran Manipulatif Sains dalam kalangan murid. (Rujuk LAMPIRAN B)

Soal selidik

Soal selidik diberikan oleh guru setelah kajian dijalankan kepada murid-murid untuk mengkaji isu yang timbul.Antara aspek yang dinilai sewaktu soal selidik dijalankan adalah : Perasaan murid terhadap aktiviti yang dijalankan Isu yang timbul sewaktu pengkaji menjalankan kajian. (Rujuk LAMPIRAN C)

5.

Rakaman foto.

video

dan

Rakaman

video

diambil

semasa

proses

pengajaran

dijalankan manakala foto pula akan dijadikan bukti untuk dilampirkan di dalam penulisan kajian.Rakaman video ini akan diambil oleh pihak lain yang diminta oleh pengkaji bagi membantu pemerhatian sewaktu kajian dijalankan. Jadual 1.0 Perancangan cara pengumpulan data.

Perancangan cara pengumpulan data yang dinyatakan adalah sesuai dengan objektif kajian yang ingin dikaji kerana ianya melibatkan proses pengajaran di dalam bilik darjah dan mudah diselia oleh guru. Antara aspek yang perlu diperhatikan oleh pengkaji sewaktu mengumpul data adalah, pengkaji perlu peka dengan instrument yang digunakan dari segi kesesuaian soalan yang dikemukakan dan juga bilangan soalan tidak melebihi 10 item agar persoalan kajian yang digariskan pada peringkat awal kajian dapat dijawab dengan tepat.

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

Pengumpulan data juga penting kerana data yang diperolehi akan menjadi bukti kajian yang dijalankan.Data yang diperlukan oleh pengkaji boleh diperolehi daripada dua sumber seperti data yang dijana oleh penyelidik dan juga data yang diperolehi daripada orang lain tetapi dikumpulkan oleh penyelidik seperti soal selidik dan dokumen.

6.2 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA. Setelah semua data dikumpulkan , pengkaji perlu menganalisis data tersebut samada dengan menggunakan analisis kuantitatif dan juga analisis kualitatif.Analisis data kuantitatif merujuk kepada data yang diperoleh dalam bentuk numerical ( Cresswell, 2009) dan biasanya ia menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, peratus ,min dan sisihan piawai mengikut bilangan item, jenis skala atau skor markah. Manakala, data kualitatif pula merujuk kepada data yang diperoleh dalam bentuk teks.Langkah-langkah menganalisis data kualitatif yang perlu dilakukan menurut Altricther & Gstentttner, ( 1993) adalah seperti dibawah: Membaca data pengkaji meneliti data yang dikumpulkan untuk menilai semula peristiwa dan juga respon yang diberikan oleh murid-murid dalam kajian tersebut. Memilih data- pengkaji perlu memilih data yang penting dan menyusun hasil dapatan kajian. Mempersembahkan data- data mentah yang diperolehi oleh pengkaji akan di analisis dan dirumuskan ke dalam bentik graf dan juga carta pai. Membuat kesimpulan berdasarkan data yang diperolehi, fakta baru dirumuskan untuk membentuk satu kesimpulan. Persembahan data. akan

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

Prosedur persembahan data perlulah sesuai dengan data yang ingin dianalisis oleh pengkaji.Antara persembahan data yang sesuai adalah seperti menggunakan peratus, kekerapan, min dan juga sisihan piawai bagi data kuantiatif manakala bagi data kualiatitif pula, ianya perlu dipersembahkan dalam bentuk ayat yang pendek, ringkas tetapi padat dengan isi yang diperlukan dalam menjelaskan dapatan kajian.

Antara cara analisis data yang telah dirancang ialah seperti jadual 2.0 dibawah: BIL 1 INSTRUMENT Soal selidik CARA MENGANALISIS DATA. Soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan akan dipersembahkan dalam bentuk Carta Pai ataupun Graf Bar. 2 Senarai semak Senarai semak yang disediakan oleh guru akan dianalisis dengan menggunakan tahap jadual kekerapan murid untuk dalam mengenalpasti penguasaan

menjalankan aktiviti yang disediakan oleh guru pada kitaran 1 dan kitaran 2. 3 Pemerhatian luaran Pemerhatian ini dianalisis dengan pengkaji mencatat tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. 4 Video dan foto Video dan foto dianalisis sebagai bukti kajian yang akan dijalankan. 5 Analisis dokumen Pengkaji akan menyediakan jadual interpretasi untuk menunjukkan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh murid dalam melakukan aktiviti yang disediakan oleh guru berkaitan Kemahiran Manipulatif dan Kemahiran Proses Sains. Jadual 2.0 Jadual Analisis Data

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN. Perancangan pelaksanaan yang telah dirancang oleh pengkaji adalah dengan menggunakan Jadual pelaksanaan dan Carta Gantt seperti dibawah : 7.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN.

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

AKTIVITI Mengenalpasti masalah dan tajuk kajian. Perbincangan tajuk dan kaedah kajian bersama pensyarah penyelia. Mencari bahan rujukan dan tesis berkaitan untuk sokongan kajian tindakan Menyiapkan proposal kajian tindakan Menghantar proposal kepada pensyarah penyelia untuk disemak Melakukan penambahbaikan terhadap proposal yang disediakan. Menghantar proposal akhir kepada pensyarah penyelia. Menjalankan Kitaran 1 kajian kepada murid-murid. Membincangkan masalah yang timbul di dalam Kitaran 1 bersama pensyarah penyelia Menjalankan intervensi kepada murid-murid. Membincangkan masalah ketika intervensi dijalankan

TARIKH PELAKSANAAN. 2 Januari 2013 6 Januari 2013 20 Januari 2013 20 Februari 2013 13 Mac 2013. 17 Mac 20 April 2013. 25 April 2013 2 Julai 2013 8 Julai 2013 10 Julai 2013 11 Julai 2013

Kertas cadangan kajian tindakan


bersama guru pembimbing. 12 13 14 15 Menjalankan kitaran 2 kajian kepada murid-murid Refleksi kajian Menulis dapatan kajian Membentangkan hasil dapatan kajian kepada pensyarah penyelia. Jadual 3.0 Pelaksanaan kajian tindakan. 7.2 CARTA GANTT

201 3
17 Julai 2013 18 Julai 2013 22 Julai 2013 28 Julai 2013.

TAHUN BULAN MINGGU


1 JANUARI 2 3 4 1 FEBRUARI 2 3 4 1 MAC 2 3 4 1 APRIL 2 3

2013
MEI 4 1 2 3 4 1 JUN 2 3 4 1 JULAI SEPT 4 1 2 3 4

Kertas cadangan kajian tindakan

4 5 6

9 1 0

1 1

1 2

1 3 1 4

PERKARA MENGENALP ASTI MASALAH & TAJUK KAJIAN PERBINCANG AN TAJUK KAJIAN BERSAMA PENYELIA PENYERAHA N TAJUK KAJIAN, OBJEKTIF & PERSOALAN KAJIAN MENYEDIAK AN KERTAS CADANGAN TINDAKAN BIMBINGAN PENYELIAAN KALI KEDUA BIMBINGAN PENYELIAAN KALI KETIGA BIMBINGAN PENYELIAAN KALI KEEMPAT MENYERAHK AN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN KEPADA PENYELIA PEMURNIAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN BIMBINGAN PENYELIAAN KALI KELIMA MENJALANK AN INTERVENSI PUSINGAN PERTAMA MENGANALI SIS ISU YANG TIMBUL BAGI PUSINGAN PERTAMA INTERVENSI MENJALANK AN PUSINGAN KEDUA INTERVENSI MENGUMPUL KAN DATA KAJIAN PENYELIAAN

201 3
2 3

Kertas cadangan kajian tindakan

201 3

7.3 ANGGARAN KOS KAJIAN. Kos kajian yang dijalankan adalah melibatkan penyediaan aktiviti dan juga bahan bantu mengajar sepanjang kajian dijalankan. Penyediaan aktiviti adalah merujuk kepada aktiviti Bubling Explosion pada Gelungan 1 dan bahan bantu mengajar pula adalah merujuk kepada Magnet Gergasi pada Gelungan 2. Angggaran kos kajian adalah seperti jadual 4.0 di bawah.

BIL 1 2 3 4 5.

ITEM Cuka Soda bikarbonat Polisterene Kertas warna Kertas A4

HARGA SEUNIT Rm3.00 X 1 Rm 2.00 X 1 Rm 6.00 X 1 RM 2.00 X 1 RM 8.00 X 1

JUMLAH HARGA Rm 3.00 Rm 2.00 Rm 5.00 RM 2.00 RM 8.00 RM 20.00

Jadual 4.0 Anggaran kos kajian.

Das könnte Ihnen auch gefallen