Sie sind auf Seite 1von 25

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t,

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami siapkan kerja kursus bagi subjek Pengajian Sosial 1 ini.Ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah subjek kami iaitu Encik Mohd Tahir Bin Ariffin kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada kami dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Kami percaya tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada beliau , kami tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakitangan Arkib Negara terutamanya Encik Usdi Bin Abdullah kerana memberikan kerjasama sepanjang kami menjalankan kajian di sana. Juga tidak dilupakan rakanrakan yang lain yang telah menyumbangkan idea untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa kami yang telah menyumbangkan dan mengorbankan banyak wang untuk proses penyediaan kerja-kerja kursus kami.

Sekian, terima kasih

PENGENALAN
Artifak adalah sumber utama dalam sumber sejarah di mana sumber utama ialah sumber asli atau bahan mentah yang belum digunakan dan bukan hasil kajian. Artifak merupakan barangan buatan manusia atau tinggalan sejarah terutamanya alat perkakasan, senjata , bangunan lama, duit dan sebagainya. Selain itu artifak ini juga merupakan objek-objek yang dibuat, diubahsuai, atau digunakan oleh manusia. Arkeologi ialah artifak iaitu bahan tinggalan sejarah seperti alat dari batu, besi, kayu dan sebagainya serta merupakan warisan yang bersejarah. Kami telah memilih untuk mengkaji mengenai Kesedaran Semangat Kebangsaan dalam Pembinaan Negara Bangsa, oleh itu kami telah memilih artifak berbentuk dokumen lama seperti akhbar, majalah, novel dan pengkisahan tokoh dalam usaha mereka untuk membebaskan negara dari sistem penjajahan.

PERJUMPAAN WARTAWAN-WARTAWAN AKHBAR MELAYU SEMALAYA YANG PERTAMA


2

Pada 12.05.1940, perjumpaan wartawan-wartawan Akhbar Melayu Semalaya yang pertama telah diadakan di Bukit Jagung, Singapura. Perjumpaan itu adalah inisiatif dari pengarang Akhbar Melayu Semalaya yang terkenal iaitu Syed Hussein bin Ali dari Warta Malaya, Abdul Rahim Kajai dari Utusan Melayu dan Syed Alwi bin Sheikh Al Hadi dari Akhbar Lembaga. Mereka bercita-cita untuk menyatu dan menyelarskan hasil-hasil tulisan wartawan-wartawan Melayu untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Perjumpaan yang telah berlangsung selama 2 hari itu dan telah dihadiri oleh lebih 100 orang wartawan, penulis dan pengarang Melayu dari seluruh Tanah Melayu. Turut hadir ialah wakil dari Syarikat Akhbar, Akhbar Sahabat, Pulau Pinang, Warta Kinta, Lembaga, Utusan Melayu serta juga penguruspengurus syarikat percetakan Melayu yang terlibat secara langsung di bidang penerbitan dan percetakan akhbar. Tujuan utama perjumpaan itu adalah untuk membincangkan penubuhan Kesatuan wartawan-wartawan Melayu Semalaya di samping mengeratkan hubungan muhibbah, kerjasama dan meningkatkan mutu kewartawanan. Perbincangan tersebut juga ditumpukan kepada matlamat penulisan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan melalui media dan dapat dan menyelaraskan teknik-teknik penulisan, percetakan dan penerbitan. Hasil dari

perbincangan selama 2 hari itu, satu keputusan telah ditetapkan untuk menubuhkan Kesatuan Wartawan-wartawan Melayu SeMalaya yang akan didirikan dengan berlandaskan dasar-dasar kebudayaan, persefahaman, kerjasama dan berpegang kepada matlamat untuk kepentingan bangsa Melayu. Sesungguhnya perjumpaan wartawan-wartawan Akhbar Melayu Semalaya pada hari ini dalam tahun 1940 telah berjaya mencapai matlamat-matlamatnya serta ia banyak memberi tumpuan kepada penyelarasan perkembangan Bahasa melayu supaya disesuaikan dengan zaman, tanpa mengabaikan keasliannya.

AKHBAR WARTA NEGARA

Pada tahun 1945, akhbar harian Warta Negara yang pertama telah diterbitkan di Pulau Pinang, setelah tamat Perang Dunia Kedua. Akhbar ini pada awalnya dimiliki oleh Encik Ahmad Jailani, bekas seorang kakitangan akhbar Penang Shimbon. Apabila perang tamat, beliau telah membeli alat-alat percetakan Jepun dan mula menerbitkan akhbar Warta Negara. Pada 1948, akhbar ini telah diusahakan secara perkongsian dan menjadi sebuah syarikat pada 1951. Pengarang pertama Warta Negara, Encik Ibrahim Mahmud adalah bekas seorang kakitangan akhbar Warta Malaya dan bekas penyunting Penang Shimbon. Beliau bertugas dengan Warta Negara sehingga tahun 1951. Kemudian pada 1953, akhbar ini mula menerbitkan Warta Mingguan pada setiap hari minggu dan diusahakan oleh Encik Abdul Wahab Zain. Akhbar Warta Negara ini diterbitkan bertujuan bagi memenuhi permintaan pembacapembaca dari kalangan masyarakat Melayu dan mengisi kekosongan bahan bacaan setelah akhbar-akhbar Melayu sebelum perang ditutup oleh pemerintah Jepun. Akhbar ini telah memuatkan berita-berita semasa dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan kepentingan orang-orang Melayu. Di samping itu ia juga menyiarkan berita-berita luar negeri yang diterjemahkan dari akhbar-akhbar Inggeris dan maklumat dari pegawai-pegawai Inggeris.
4

Semenjak Warta Negara diterbitkan sehingga ke tahun enam puluhan, akhbar ini kerap menyiarkan peristiwa-peristiwa perjuangan orang-orang Melayu khasnya UMNO seperti perjuangan orang-orang Melayu menentang Malayan Union, peristiwa-peristiwa darurat, perjuangan ke arah kemerdekaan, dasar bahasa dan pelajaran, rancangan-rancangan pembangunan kerajaan, ekonomi, pembentukan Malaysia dan perpaduan negara. Selain itu, akhbar ini kerap menggunakan cogankata-cogankata akhbar seperti 'Akhbar Dari Rakyat Untuk Rakyat', 'Melayu Bersatu', 'Melayu Merdeka', 'Bahasa Jiwa Bangsa' dan sebagainya. Akhbar Warta Negara ini juga menyediakan ruangan-ruangan bagi iklan-iklan, rancangan radio, fikiran pembaca, rencana pengarang, kritikan cerpen, sajak, forum, ulasan, agama dan ruangan sukan. Penerbitan Warta Negara bolehlah dianggap sebagai sebuah akhbar kebangsaan yang berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu pada masa itu.

AKHBAR THE STRAITS TIMES

Pada tahun 1961, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) telah ditubuhkan di bawah nama The Times Packaging Company Limited. NSTP adalah syarikat penerbitan suratkhabar yang terbesar di Malaysia. Tumpuan utama perniagaan kumpulan NSTP adalah dalam bidang penerbitkan dan pemasaran surat-surat khabar. NSTP menerbitkan empat jenis akhbar dalam bahasa Inggeris dan dua lagi akhbar dalam bahasa Malaysia. Di antara akhbar-akhbar bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh syarikat ini termasuklah New Straits Times, New Sunday Times, The Malay Mail dan The Sunday Mail. Berita Harian dan Berita Minggu pula merupakan dua akhbar dalam bahasa Malaysia. Pusat operasi NSTP ialah di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar Kuala Lumpur. Antara aktiviti lain yang dijalankan oleh kumpulan tersebut termasuklah perkhidmatan teleteks dan penerbitan, pemborong dan perniagaan runcit majalah, akhbar berkala, buku, alat permainan bercorak pendidikan dan alatulis. Sesungguhnya, NSTP telah memainkan peranan penting sebagai media untuk mendidik dan menyampaikan maklumat kepada rakyat dalam mencapai wawasan negara.

AKHBAR LEMBAGA MALAYA


6

Pada tahun 1934, Majalah Lembaga Malaya telah diterbitkan di Singapura. Majalah Mingguan yang diterbitkan dalam tulisan jawi itu berukuran 9.6 inci lebar dan 14 inci panjang. Ia mengandungi kira-kira 40 halaman dan diterbitkan setiap hari Isnin, sebelum diubah pada setiap hari Jumaat kemudiannya. Majalah tersebut diterbitkan di dua tempat iaitu di Singapura dari tahun 1934 hingga 1938 dan kemudian di Johor Bahru dari tahun 1938 sehinggalah diberhentikan penerbitannya pada tahun 1941. Pada awal penerbitannya iaitu dari tahun1934 hingga 1938, majalah Lembaga Malaya tersebut adalah di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar. Kemudiannya Syed Alwi bin Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi mengambil alih tugas tersebut dari tahun 1936 sehingga 1941. Seorang lagi tokoh iaitu Syed Jaafar Albar juga tidak kurang pentingnya Lembaga dalam Malaya penerbitan tersebut Lembaga telah Malaya. Beliau menjadi Penolong pertubuhan Pengarang majalah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941. Kelahiran Majalah merancakkan suasana persuratkhabaran dan majalah Melayu pada tahun 1930. Sesungguhnya, penerbitan majalah tersebut telah berjaya menjadi wadah penting bagi mewujudkan kesedaran di kalangan orang-orang Melayu.

AKHBAR UTUSAN MELAYU

Sejarah kewartawanan Melayu di Malaysia telah bermula sejak pertengahan abad ke-19 dan kebanyakan akhbar yang diterbitkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 dicetak dengan menggunakan tulisan jawi. Syarikat Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Melayu (UM) pada tahun 1939 merupakan akhbar Melayu yang bertahan dan masih hidup sehingga sekarang. Ia tetap dengan identitinya yang menjalankan dasar untuk berkhidmat kepada bangsa, agama dan negara. UM (berita-berita yang terjemah daripada akhbar Inggeris) yang diterbitkan pada 1907-21 di Singapura tidak mempunyai hubungan UM (1939) yang dimodali sepenuhnya oleh orang Melayu (Abdul Latiff Abu Bakar, Peranan Media Dalam Pilihan Raya Persekutuan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1998) UM yang ditubuhkan pada tahun 1939 telah memainkan peranan penting membela nasib orang Melayu dan mengkritik dasar-dasar British yang merugikan kepentingan orang Melayu. Ia juga telah menyokong usaha-usaha Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menuntut kemerdekaan pada tahun 1949 dan UMNO pada tahun 1952-57. Penjajah Inggeris tidak senang dengan UM kerana mereka menyedari bahawa kepentingan politik, ekonomi dan keselamatan dirantau ini akan terancam sekiranya UM dibiarkan dengan dasar dan perjuangan yang serupa itu. Setelah pemerintahan Persekutuan (Federation of Malaya) pada tahun 1948 British telah mula menggenakan tekanan-tekanan ke atas Pengarah Urusan dan Ketua Pengarang UM dengan berbagai-bagai cara termasuk ugutan melarang penerbitan dan penyebaran UM dan penangkapan di bawah kuatkuasa undang-undang darurat dan sebagainya (Said Zahari, Mogok Utusan Kenapa dan Untuk Apa?, Di sebalik
8

JendelaUtusan,1989). Dalam tahun 1950-an, UM memyokong kuat dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang dipelopori oleh UMNO. Sejak tahun 1946, UM telah memainkan peranan penting menyemarakkan sentiment dan perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Memandangkan UMNO di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar (1946-51) berslogankan Hidup Melayu tanpa memperjuangkan kemerdekaan, UM memberi akhbar terkenal ialah Saudara, Warta Malaya, Majlis, Lembaga dan Utusan Melayu. Setelah berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1958, UM telah menjadi rebutan dan perhatian pemimpin-pemimpin luar, terutama daripada UMNO. Ini memandangkan UM adalah sebuah akhbar Melayu yang berpengaruh bagi pembentukan fikiran dan pendapat rakyat (A. Samad Ismail, Suara Keramat Membawa tradisi Baru, Di sebalik Jendela Utusan, 1989).

Sebagai sebuah akhbar kebangsaan yang masyhur, UM telah menepati keperluan menyampaikan maklumat, hiburan, pendidikan dan sumber ilmu pengetahuan. Di samping itu, UM telah mempunyai nilai sentimental di kalangan orang Melayu kerana sejak ia diwujudkan pada tahun 1939. UM telah menjadi sura keramat bagi membela nasib orang Melayu dan menjadi medan utama mengkritik penjajah Inggeris serta orang asing di Tanah Melayu. UM menjadi penggerak utama dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dengan tidak mengira ideologi parti yang wujud pada ketika itu.

MAJALAH
9

Majalah memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang tempatan. Walau bagaimanapun, majalah lebih menfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana dan puisi yang disiarkan. Sehingga tahun 1940-an, terdapat sebanyak 120 buah majalah yang mempunyai kepelbagaian corak yang diterbitkan. Majalah-majalah ini banyak menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera, politik anti penjajahan dan orang asing. Antara majalah yang terkenal ialah Majalah Guru (1924), Pengasuh (1918) dan Bulan Melayu (1930). Majalah Guru telah dikarang oleh beberapa orang pengarang iaitu Muhamad Dato Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd. Sidin Rashid. Antara isu-isu yang diutarakan dalam majalah ini ialah pendidikan dalam kalangan anak-anak Melayu. Selain itu, majalah ini juga memberi penumpuan terhadap perpaduan dalam orang Melayu, membaiki taraf hidup orang Melayu serta memajukan bahasa dan sastera Melayu. Di samping itu, majalah ini turut memberi penumpuan terhadap pemupukan semangat cinta akan Negara serta menentang penjajah. Majalah ini juga menggalakkan perpaduan dalam kalangan guru sebagai pemimpin bahasa. Hal ini dapat dilihat melalui artikel am yang dikeluarkan oleh majalah ini pada Jun 1932, muka surat103-104 yang berbunyi iaitu Majalah guru ini dari dahulu hingga sekarang tujuannya bukan hendak berniaga mencari untung tetapi hanyalah untuk menjadi tanda persatuan guru-guru Melayu dalam Semenanjung. Untuk tempat melepas dan mencanai fikiran guru. Untuk tempat guru-guru yang lebih pandai menunjuk dan mengeluarkan fikirannya kepada guru yang kurang pandai dan untuk menjadi
10

bacaan-bacaan yang pendek sebulan sekali yang berfaedah bagi guru-guru muridmuridnya pun sama juga. Majalah Pengasuh yang telah dikarang oleh Dato Nik Mohamad

membincangkan isu mengenai soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah. Dalam majalah ini, beliau juga mengalakkan pendidikan dalam kalangan orang Melayu. Beliau juga memperluaskan ilmu dalam semua bidang, memberi pentafsiran kepada persoalan orang Islam serta menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat-sifat buruk dan mengamalkan nilai-nilai yang baik. Majalah Bulan Melayu yang telah dihasilkan oleh Zainon Sulaiman membincangkan tentang peranan wanita pada masa itu secara keseluruhannya. Antaranya ialah perpaduan dalam kalangan guru perempuan Melayu Johor dan juga menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri. Majalah ini juga memberi dorongan dan sokongan kepada wanita supaya menjaga adab sopan dengan nilai-nilai Islam serta budaya Timur. Ia juga menggalakkan wanita supaya menjadi obor untuk memajukan bangsa.

NOVEL

11

Akhbar, majalah dan novel telah memainkan peranan penting dalam melahirkan semangat kebangsaan. Novel telah menyumbang kepada perkembangan semangat nasionalisme Tanah Melayu. Penulisan novel mula berlaku pada awal abad ke-20, tetapi menjadi rancak pada tahun 1930-an dengan membawa mesej-mesej yang jelas tentang semangat kebangsaan yang patut dimiliki oleh generasi muda Melayu pada masa itu. Sikap menentang penjajah dalam apa bentuk sekalipun adalah dituntut untuk membela maruah bangsa. Wanita juga digalakkan mempunyai sikap positif untuk memajukan diri bagi membentuk dan membangunkan bangsa. Mesejmesej ini jelas dalam novel seperti Keris Melaka, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila, dan Melor Kuala Lumpur. Novel dan Tema Semangat Kebangsaan yang Dibangkitkan Novel Keris Melaka Pengarang: Ahmad Bakhtiar Tema semangat kebangsaan Semangat perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis. Menghargai sumbangan tokohtokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah. Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda. Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.

Anak Mat Lela Gila


12

Pengarang: Ishak Haji Muhammad

Putera Gunung Tahan Pengarang: Ishak Haji Muhammad

Melor Kuala Lumpur Pengarang: Harun Aminurrashid

Menghargai warisan bangsa sendiri. Mencintai tanah air. Menolak kesenangan demi maruah bangsa. Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa. Mencintai tanah air. Berasa bangga dengan kebolehan sendiri. Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa. Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya. Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya. Membuang pandangan negatif yang boleh menghalag kemajuan bangsa.

TOKOH-TOKOH PENGGERAK NASIONALISME MELAYU

13

Penulisan mempunyai tempat yang tersendiri dalam sejarah kesedaran dan perjuangan nasionalisme di Malaysia. Bermula dengan Al Imam yang diterbitkan pada 1906, suratkhabar Melayu telah menjadi wadah utama dalam pembentukan dan perjuangan nasionalisme Melayu. Penulisan dalam bentuk novel, cerpen, puisi turut memainkan peranannya yang tersendiri dalam menyemarakkan lagi semangat nasionalisme Melayu. Mereka yang memainkan peranan dalam membina kesedaran di kalangan orang Melayu terdiri dari pelbagai latarbelakang. Pada peringkat awal, golongan berpendidikan agama dari timur tengah telah menjadi pendokong utama penyebaran kesedaran di kalangan orang Melayu melalui penulisan. Antara tokohtokoh yang dimaksudkan adalah seperti Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syeikh Muhammad Abduh, syeikh Syeikh Al- Hadi dan banyak lagi. Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, menerima pengaruh daripada pemikiran Sayid Jamaluddin Al afghani dan Syeikh Muhammad Abduh, tokoh gerakan islah dan reformasi islam yang berjuang untuk membersihkan islam daripada fahaman yang bercampur baur adat resam kuno dan mengembalikan islam ke landasan Al-Quran dan hadis yang suci. Syeikh Muhammad Abduh merupakan seorang yang berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan tulisan yang bernas sehingga dapat mempengaruhi pemikiran umat islam pada ketika itu. Bermula dengan kesedaran untuk kemajuan bangsa dalam hal-hal sosial, benih semangat nasionalisme Melayu telah disemai di Malaya, perubahan pemikiran mengenai peranan agama dalam kemajuan bangsa ini mula mempersoalkan secara terbuka sikap serta pemikiran orang Melayu dalam dunia semasa dan cabarannya. Penekanan tentang kepentingan pendidikan dalam memastikan kesinambungan serta kelangsungan sesebuah bangsa mula mencari intipati sebuah perjuangan oleh satu bangsa yang bersatu. Islam sememangnaya memainkan peranan penting dalam membina benih kesedaran sosial di kalangan orang Melayu. Agama dilihat seharusnya menjadi sebuah pentas utama dalam memajukan bangsa sementara pendidikan pula dilihat

14

sebgai senjata utama dalam mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan bangsa dan negara. Seruan pembaharuan agama dalam membina kesedaran sosial di Tanah Melayu mempunyai hubungan yang rapat tentang perubahan yang turut berlaku dikalangan umat islam di dunia ketika itu. Yang jelas, walaupun laungan perubahan dan kesedran sosial itu, mempunyai seruan politik yang terhad namun seruan tersebut telah menggerakkan semangat nasionalisme orang Melayu. Persoalan tentang nasib anak bangsa di negara sendiri serta kemampuan Orang Melayu untuk bersaing dengan orang lain yang menjadi asas kepada semangat nasionalisme yang muncul kemudiannya. Kesedaran sosial pada peringkat awal, telah menjadi pemangkin semangat nasionalisme yang seterusnya. Golongan berpendidikan venarkular Melayu dan yang mendapat pendidikan dalam institusi perguruan juga memainkan peranan dalam menjadikan penulisan sebagai wadah utama membina kesedaran. Mereka bukan sahaja menulis sebagai wartawan tetapi juga sebagai penulis novel, puisi, dan cerita-cerita pendek. Golongan para guru ini mendapat pendidikan awal di Sultan Idris Training College (SITC). SITC telah memberi pentas kepada penuntutnya dalam kesedaran tentang perjuangan bangsa. Guru-guru Melayu yang mendapat didikan di SITC telah memainkan peranan penting dalam membina kesedaran dan penyebaran semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu. Mereka telah menyebarkan idea dan semangat nasionalisme Melayu yang dipupuk di SITC ke kawasan kampungkampung tempat tugasan mereka selepas tamat pengajian. Kumpulan utama yang kemudiannya memberi kesedaran nasionalisme Melayu ke tahap yang paling tinggi melalui penulisan ialah golongan wartawan. Mereka sentiasa secara langsung ataupun sinis mula mengecam penjajah dan penjajahan. Suara-suara tentang pemerintahan sendiri dan kepentingan kemerdekaan mula menjadi persoalan pertama dalam penulisan akhbar melayu pada tahun 1930-an

15

REFLEKSI DIRI ( NOR SYAFIQAH BT ARIS )


Tugasan mencari gambar artifak yang diberikan oleh En Tahir Arifin merupakan tugasan berkumpulan yang amat menarik. Semasa mendapat tugasan ini, saya berasa gembira berikutan gambar artifak yang dikehendaki telah berada dalam simpanan saya kerana sebelum ini keluarga telah mengajak saya mengunjungi Muzium Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Tanpa membuang masa, saya terus mencadangkan supaya kumpulan kami menggunakan gambar simpanan peribadi saya dan mengaitkannya dengan tajuk pembinaan negara bangsa. Maka satu tajuk yang sesuai telah dilahirkan iaitu Akhbar, Majalah, Novel dan Tokoh : Penggerak Kesedaran Kebagsaaan untuk menterjemahkan imej gambar mesin taip lama, meja kecil dan buku-buku yang dikeluarkan pada tahun 1930-an. Saya memilih tajuk diatas kerana saya ingin mengaitkan dengan subjek Pembinaan Negara Bangsa yang dipelajari. Sebelum tajuk ini dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan, saya mengumpul koleksi gambar peribadi saya dan mengkategorikannya
16

kepada beberapa jenis sama ada dalam kategori senjata, buku, duit syiling replika dan pakaian.kemudian saya membuat kertas cadangan untuk diberikan kepada Encik Tahir dan rakan-rakan dalam kumpulan Tujuan saya berbuat demikian supaya semasa dalam perbincangan ahli kumpulan, kami mudah untuk membuat keputusan bagi memilih gambar artifak yang sesuai untuk dikaji dan diterangkan. Semasa perbincangan dalam kumpulan, keputusan mudah untuk dibuat berikutan adanya kertas cadangan serta ahli kumpulan dapat memberi pendapat berikutan mendapat gambaran dari kertas kerja yang dibuat. Semua ahli kumpulan bersetuju untuk menunjukkan kertas cadangan tersebut kepada encik tahir. Keesokkan harinya, salah seorang ahli kumpulan iaitu Maznie bt A bakar telah menunjukkan kertas cadangan itu kepada En Tahir B Arifin selaku pensyarah Pengajian Sosial Satu. Tujuan pemberian kertas cadangan tersebut adalah untuk menunjukkan draf awal tugasan dan persetujuan tajuk yang telah dipersetujui oleh ahli kumpulan. Segala-galanya berjalan lancar dan pensayarah telah bersetuju dengan tajuk tersebut. Maka pada hari yang sama, kami telah mengagihkan tugasan kepada ahli kumpulan supaya kerja dapat disiapkan dengan cepat dan berkualiti. Berikut ialah nama ahli kumpulan berserta tugasan yang diberikan :1. Nursyafiqah Binti Aris menulis tentang tokoh 2. Maznie bt A Bakar- menulis tentang majalah 3. Nasiha bt...- menulis tentang akhbar 4. Ilyana Bt Kamaruddin menulis tentang novel Setelah mendapat tugasan berkumpulan , tanpa berlengah masa saya mengambil inisiatif mencari maklumat menerusi internet dan buku-buku yang berkaitan dengan tokoh penulis, pejuang di Perpustakaan IPBA dan Perpustakaan Negara Malaysia. Salah satu perkara menarik yang berlaku semasa menyiapkan kerja kursus ini ialah kami sempat berkunjung ke arkib negara. Banyak perkara yang kami belajar terutamanya beberapa prosedur yang perlu diikuti. Sebelum ke arkib negara, kami telah menulis surat untuk meminta kebenaran daripada pihak IPBA. Kami juga telah membuat temu janji dengan pihak arkib supaya urusan kami untuk membuat kajian
17

di sana berjalan dengan lancar. Semasa berada di sana kami sempat melihat dokumen-dokumen asal yang digunakan pada masa dahulu

REFLEKSI DIRI ( ILYANA BINTI KAMARUDDIN)


Bagi saya kerja kursus berasaskan ilmu subjek Pengajian Sosial 1 kali ini amat menarik kerana saya berpeluang untuk belajar banyak perkara baru terutamanya ketika lawatan kumpulan saya ke Arkib Negara Malaysia. Walaupun pada mulanya saya berasa keliru dengan apa yang dikehendaki oleh soalan, namun setelah banyak berbincang dan bertanya pensyarah subjek iaitu Encik Mohd Tahir bin Ariffin, saya mula memahami kehendak soalan dan berasa teruja untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya diberikan kumpulan dengan Nur Syafiqah bt Aris, Mazni bt A. Bakar dan Wan Nasiha bt Che Nor. Kesemua ahli dalam kumpulan saya juga begitu teruja untuk menyiapkan kerja kursus ini kerana kami semua merasakan tajuk yang diberikan agak menarik. Kami berempat mula mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai tajuk-tajuk yang berkaitan, pergi ke perpustakaan untuk mencari bukubuku berkaitan serta membuat rujukan melalui internet. Selepas itu kami membuat draf pertama dan menunjukkan draf itu kepada pensyarah subjek. Setelah beliau berpuas hati, kami mula mengumpul maklumat untuk memulakan kerja kurusus. Semasa saya melayari internet untuk mencari maklumat, saya telah terbuka laman web Arkib Negara dan terus mencadangkan kepada Syafiqah untuk pergi ke sana.
18

Setelah kami bertiga berbincang, akhirnya kami bertiga mengambil keputusan untuk pergi ke sana. Kami pergi ke HEP dan meminta bantuan kerani HEP untuk membuat surat kepada pihak Arkib Negara. Setelah itu saya dan Syafiqah berjumpa Tuan Pengarah IPBA untuk mendapatkan tanda tangan beliau. Kami pergi ke Arkib Negara dengan teksi. Semasa pertama kali menjejakkan kaki ke sana, saya berasa agak gementar kerana kawalan keselamatan Arkib Negara agak ketat. Kami diminta meninggalkan kad pengenalan masing-masing dan diberikan Pas Pelawat. Kami juga tidak dibenarkan mengambil gambar dokumen-dokumen lama tersebut. Namun atas budi bicara Pegawai Arkib iaitu Encik Usdi Bin Abdullah akhirnya beliau membenarkan kami semua mengambil gambar tetapi hanya di bilik khas yang dibenarkan. Saya sungguh bangga kerana berpeluang membuat kajian di Arkib Negara dan berpeluang memegang dan membaca dokumen-dokumen lama seperti akhbar-akhbar lama, novel-novel, majalah-majalah dans sebagainya. Walaupun agak kepenatan sepanjang berada di sana, namun saya berasa amat gembira.

REFLEKSI DIRI ( MAZNIE BT. A BAKAR)


Sewaktu kami mula mendapat tugasan ini iaitu Pembinaan Negara Bangsa, kami merasakan bahawa tajuk ini sememangnya mencabar dan menarik. Selepas mendapat tugasan ini, kami pun berbincang untuk memilih tajuk yang sesuai serta menarik untuk dibuat kajian. Setelah semua ahli bersetuju dan menemui kata sepakat maka kami pun memilih tajuk mengenai kajian artifak-artifak lama iaitu dokumen persuratan lama. Dalam sesi perbincangan, kami membahagikan tugasan mengikut subtopik-subtopik tertentu seperti majalah, surat khabar, novel dan tokoh penulis. Setelah kata sepakat dicapai, kami pun membahagikan tugasan ini kepada setiap ahli kumpulan. Seterusnya, kami pun menjalankan tugasan masing-masing berdasarkan tajuk yang dipilih. Sebelum melaksanakan tugasan, kami membuat draf untuk memudahkan proses-proses berikutnya. Pada pendapat kami, draf merupakan sesuatu yang penting kerana ia adalah sebagai garis panduan sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan. Jadi, kami akan berasa mudah membuat tugasan dengan adanya draf. Dalam menyiapkan tugasan ini, kami telah melalui proses yang panjang untuk memilih dan mengolah bahan-bahan mengikut kesesuaian arahan yang telah diberikan oleh pensyarah bimbingan kami iaitu Encik Tahir Bin Ariffin
19

pada pendapat kami, proses mengolah bahan jauh lebih mencabar daripada proses mencari bahan. Proses tersebut memerlukan kita berfikir bagaimana untuk mengolah sesuatu bahan supaya menjadi tepat, ringkas dan padat dengan menggunakan ayat sendiri dan ia juga sebenarnya memerlukan kreativiti kita sendiri untuk melakukan dengan sebaik mungkin. Langkah berikutnya, kami pun mengumpul dan menyatupadukan maklumat-maklumat yang diolah serta ditaip untuk disemak. Sememangnya, tugasan menyemak paling menjemukan tetapi kami memaksa diri untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Setelah semuanya telah selesai, kami pun mencetakkannya untuk dijadikan sebuah folio. Kemudian, kami pun membuat satu persembahan multimedia mengenai tugasan ini.

20

21

22

23

24

25

Das könnte Ihnen auch gefallen