Sie sind auf Seite 1von 6

ATURCARA MAJLIS PERHIMPUNAN

1. Mengumumkan ketibaan Ketua Jabatan HEP


2. Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Kami
Guru Malaysia dan Lagu IPG.
3. Bacaan doa.
4. Bacaan Ikrar Rukun Negara.
5. Slot Informasi.
6. Ucapan Pegawai Pengurusan dan Ketua-Ketua Unit.
7. Pengumuman.
8. Ucapan Ketua Jabatan HEP.
9. Bersurai.

ATURCARA MAJLIS PERHIMPUNAN

Mengumumkan ketibaan yang Berusaha Encik Othman Abd Aziz,


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Gaya. Hadirin di pohon untuk berdiri.
Bagi memulakan majlis perhimpunan kita pada pagi ini, marilah
kita bersama-sama menyanyikan empat buah lagu
I)

Lagu Negaraku

II)

Lagu Sabah Tanah Airku

III)

Lagu Kami Guru Malaysia

IV) Lagu IPG

Assalamualaikum wbt/ Selamat pagi, Salam sejahtera dan salam


1 Malaysia

Yang berusaha
Encik Othman Abd Aziz, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Yang dihormati,
En Yahya Yassin, Ketua Unit Disiplin, Tatatertib dan Rekod

Yang dihormati,
En Datu Asrah bin Datu Ambas, Ketua Unit Pengembangan dan
Latihan

Yang dihormati,
En Juslee dan Puan Kasmah Abdullah, Pegawai pengurusan HEP,
(pensyarah lain jika ada)

Yang dihormati Saudari Santiana binti Ramli, Yang Di-Pertua


Jawatankuasa Perwakilan pelajar Sesi 2013/2014 (Sekiranya tiada,
NYDP 1 / NYDP 2)

Barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014,


serta para pelatih guru yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT/ Tuhan kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya, kita dapat berkumpul dalam majlis perhimpunan
mingguan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar pada pagi yang
berbahagia ini.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan ________________________ dari opsyen
_________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Amin ya rabbal alamin. Terima Kasih diucapkan kepada saudara
_________________________.

Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan menjemput En Yahya


Yassin, Ketua Unit Disiplin, Rekod dan Tatatertib Institut
Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan ucapan
beliau. Majlis mempersilakan.

Hadirin sekalian,
Di sini terdapat beberapa pengumuman. (PENGUMUMAN)
1.
2.
3.

Hadirin sekalian, seterusnya, majlis dengan penuh takzim


menjemput En. Othman Abd Aziz, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
(HEP) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk

menyampaikan amanat beliau. Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada En. Othman Abd Aziz atas ucapan
sebentar tadi.
Dengan berakhirnya ucapan tersebut, maka berakhirlah sudah
perhimpunan kita pada pagi ini. Pihak HEP dan JPP ingin
memohon maaf atas sebarang kesulitan sepanjang perhimpunan
ini. Yang baik itu datangnya daripada Tuhan dan yang buruk
datang dari kelemahan saya sendiri. Sekian terima kasih dan
Salam Maju Jaya.
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)





Ya Karim , Ya
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan
kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat
yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada
kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini
ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan
potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini.
Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati
kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami
mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,

kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat.


Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.












.































IKRAR RUKUN NEGARA


Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar
akan menumpukan, seluruh tenaga, dan
usaha kami, untuk mencapai, cita-cita
tersebut berdasarkan atas, prinsipprinsip yang berikut,

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Das könnte Ihnen auch gefallen