Sie sind auf Seite 1von 38

MODUL 2

PSIKOLOGI
Objektif Modul
 Mendefinisikan istilah psikologi
 Memahami konteks pengkajian dan aspek
tumpuan disiplin psikologi
 Membezakan pelbagai perspektif dalam
disiplin psikologi
 Mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi tingkahlaku manusia
PENGENALAN
 Berasal daripada perkataan Greek gabungan
‘psyche’ dan ‘logos’ (Shaver & Tarpy, 1993)
 ‘Psyche’ bermaksud roh atau jiwa manakala
‘Logos’ adalah kajian.
 Psikologi boleh didefinisikan sebagai satu
bidang kajian saintifik mengenai tingkah
laku manusia (Atkinson, Smith & Bem,
1993;Shaver & Tarpy, 1993; Baron 1996)
PENGENALAN
 Saintifik – penggunaan kaedah atau prosedur
penyelidikan sosial bersifat sistematik.
 Tingkah laku – Terbahagi kepada tingkah laku
zahir dan terpendam.
 Tingkah laku zahir seperti cara seseorang bertutur,
tersenyum, melahirkan pandangan
 Tingkah laku terpendam merujuk kepada proses
mental dan emosi yang berlaku dalam diri
seseorang individu; cara berfikir, proses
pengamatan, perasaan sedih atau gembira atau
beliau cuba mengingatkan kembali sesuatu fakta
yang dipelajarinya
PENGENALAN
 Pelbagai pendekatan dalam perspektif psikologi
yang cuba diutarakan oleh ahli psikologi seperti
psikodinamik, behaviorisme, kognitif, humanistik
dan biologi. Akan tetapi, pergantungan kepada satu
pendekatan sahaja tidak mencukupi.
 Oleh yang demikian, memerlukan pendekatan yang
lebih menyeluruh iaitu pendekatan eklektik.
 Ia merujuk kepada sudut pandangan atau haluan
yang menggabungkan penggunaan pelbagai
perspektif berbeza mengikut kesesuaian satu-satu
fenomena psikologi.
PERSOALAN PSIKOLOGI

 MENGAPA ? DAN BAGAIMANA? SESUATU


TINGKAH LAKU ITU TERJADI.
 CONTOH: BAGAIMANA SESEORANG
INDIVIDU ITU BERFIKIR,MENGAPA ANDA
SELALU BERFIKIRAN NEGATIF, ATAU
BAGAIMANA PERSONALITI SESEORANG
INDIVIDU TERBINA.
MATLAMAT PSIKOLOGI

 Menceritakan atau memerihalkan tingkah


laku manusia
 Menjelaskan tingkah laku manusia
 Membuat ramalan tentang tingkah laku
manusia
 Membuat kawalan ke atas tingkah laku
MENGAPA PERBEZAAN BERLAKU
DALAM PERSPEKTIF PSIKOLOGI?
 Aspek-aspek psikologi yang perlu diberikan
tumpuan
 Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah
laku
 Kaedah yang digunakan untuk mengkaji
aspek psikologi
 Tafsiran ke atas dapatan kajian
PERSPEKTIF PSIKOLOGI

 Terdapat lima (5) perspektif dalam ilmu


psikologi iaitu:-
1. Psikodinamik
2. Behaviorisme
3. Kognitif
4. Humanistik
5. Biologi
PERSPEKTIF
PSIKODINAMIK
 Tokoh utama adalah Sigmund Freud dalam Teori
Psikoanalisis.
 Menurut beliau, tingkah laku manusia terhasil
daripada konflik-konflik yang berlaku di antara
desakan atau kuasa dalaman (id, ego, superego)
yang berada di bawah tahap sedar.
 Manusia tidak mempunyai keupayaan untuk
mengawal kuasa atau desakan-desakan dalaman
tersebut.
Konsep Asas Psikodinamik
 Manusia secara semulajadi dilahirkan
dengan sifat heuristik-naluri bertujuan untuk
mendapatkan kepuasan diri atau seks
sebagai dorongan tingkah laku manusia.
 Kadangkala berlaku pertentangan yang
dikenali sebagai konflik desakan dalaman.
 Tiga bentuk naluri adalah id, ego dan super
ego.
Konsep Asas Psikodinamik
 Id merujuk kepada komponen nafsu yang suka kepada
makan, minum, tidur dan seks dan ia tidak menyukai
perkara-perkara yang mendatangkan kesakitan atau
kepayahan.
 Ego adalah komponen akal atau fikiran yang cuba
untuk memenuhi keperluan id dan superego untuk
mengurangkan konflik dalaman.
 Superego adalah komponen yang telah terdidik dengan
kedua-dua nilai positif dan negatif atau betul atau salah.
 Menurut Freud, komponen superego adalah komponen
yang sentiasa berkonflik dengan komponen id, manakala
komponen ego sebagai pendamai antara keduanya
dengan cuba untuk memuaskan kehendak keduanya.
Aplikasi dalam
Psikodinamik
1. Mekanisme Bela Diri
- mekanisme yang bertindak di tahap
bawah sedar.
-cuba mewujudkan tingkah laku yang dapat
mengurangkan kerisauan akibat konflik
dalaman yang berlaku dalam diri manusia
- Contoh senario di Bulan Ramdhan
Mekanisme Bela Sifat Semulajadi Contoh
Diri
Melupakan-menolak Seorang perempuan
Repression pemikiran atau dorongan melupakan tarikan yang
yang tidak diingini dari dirasainya terhadap
tahap sedar ke tahap tidak menantunya yang kacak
sedar
Mewujudkan alasan yang Seorang gadis menyatakan
Rationalization boleh diterima untuk yang dia menghabiskan kek
perbuatan atau pemikiran kerana takut kek itu rosak
yang dibuat berasaskan
motif yang tidak boleh
diterima
Mengarahkan respon emosi Kemarahan kepada ketua di
Displacement dari satu objek yang pejabat dipindahkan kepada
merbahaya objek selamat anak di rumah
Memindahkan motif atau Seorang lelaki tertarik
Projectioni dorongan yang tidak dapat secara seks mewujudkan
diterima kepada orang pemikiran bahawa jirannya
tertarik kepadanya
Aplikasi dalam
Psikodinamik
2. Tafsiran Mimpi
- Mimpi, khayalan dan latah adalah di antara
manifestasi konflik dalaman yang terkeluar
dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar.
- Mimpi, khayalan dan latah kemudiannya
akan ditafsirkan supaya dapat difahami
dengan lebih lanjut lagi.
Penilaian Psikodinamik
 Mengutarakan pandangan yang bersifat
negatif terhadap fitrah manusia dengan
mengatakan bahawa naluri seks dan
keganasan adalah pendorong utama tingkah
laku manusia. Manusia juga dikatakan ingin
memenuhi kehendak asas sahaja.
 Tingkah laku manusia adalah ditentukan di
mana konflik dalaman adalah kuasa utama
dalam menentukan tingkah laku manusia dan
tiada pilihan.
PERSPEKTIF
BEHAVIORISM
 Tokoh behaviorism mengatakan bahawa
tingkah laku manusia terhasil daripada
rangsangan persekitaran yang datang
kepadanya.
 Perspektif ini mengutarakan elemen
rangsangan (stimulus) yang lahir daripada
persekitaran dan elemen tindak balas
(response).
Tokoh dan konsep asas
dalam Perspektif
Behaviorism
1. Ivan Pavlov: Pelaziman Klasik
2. B.F Skinner: Pelaziman Operan (Konsep
ganjaran dan hukuman)
3. Albert Bandura: Pembelajaran Sosial
(Pembelajaran melalui pemerhatian)
Aplikasi dalam
Behaviorism
 Proses pelaziman klasik contohnya melalui
iklan di kaca tv seperti makanan yang sedap,
perempuan yang cantik, produk-produk
menarik.
 Proses pembelajaran sosial berlaku apabila
iklan tersebut menzahirkan paparan seorang
individu hidup dengan kemewahan apabila
memakai jenama tertentu.
Penilaian Behaviorism

 Masih berbentuk deterministik iaitu ada


faktor-faktor tertentu yang menghasilkan
tingkah laku.
 Andaian dalam perspektif ini tidak dapat
memberi penjelasan terhadap tingkah laku
manusia yang lebih kompleks seperti cinta,
perjuangan tentera jepun, kamikaze.
PERSPEKTIF KOGNITIF
 Andaian perspektif ini masih lagi mengandaikan
faktor luaran sebagai penentu tingkah laku manusia.
 Ia mengkritik perspektif Behaviorisme kerana
dikatakan terlalu sempit dan tidak dapat
menerangkan sesuatu tingkah laku yang kompleks.
 Masih mengekalkan elemen rangsangan dan tindak
balas yang menyumbang kepada tingkah laku
manusia.
 Elemen Organisma dimasukkan di antara kedua
elemen rangsangan dan tindakbalas.
PERSPEKTIF KOGNITIF
 Elemen organisma merujuk kepada proses mental atau kognitif
yang berlaku pada diri manusia.
 Proses kognitif adalah seperti berikut:-
1. Sensasi- bagaimana tubuh badan manusia merasai perkara
seperti suhu panas, sejuk dan sebagainya.
2. Persepsi- proses otak merakamkan apa yang dirasai oleh
tubuh badan
3. Kesedaran- Berjaga, tidur, mengantuk, khayal
4. Ingatan – Proses manusia mengingati dan melupa sesuatu
perkara
5. Kognisi – Proses berfikir secara logik serta kreativiti dalam
menyelesaikan masalah
Tokoh dan Konsep Asas

1.Jean Piaget: Peringkat Perkembangan


Kognitif
2. Kohlberg: Peringkat Pembangunan Moral
Aplikasi dalam Kognitif

1. Nemonik: Meningkatkan daya ingatan


i. Mengolah dalam bentuk cerita
ii. Sistem Kata Kunci
iii. Sistem peg-word
5. Ujian IQ
6. Ilusi Persepsi
PERSPEKTIF HUMANISTIK
 Lebih bersifat fenomenologi. Mementingkan
pengalaman subjektif manusia dan elemen unik
manusia.
 Manusia digambarkan berupaya melakukan
pemilihan berkenaan dirinya sendiri iaitu
bertentangan dengan perspektif psikodinamik dan
behaviorisme.
 Meluaskan lagi skop psikologi supaya merangkumi
pengalaman manusia seperti konsep cinta,
kebencian, harapan, jenaka, kebahagiaan dan
tanggungjawab.
Tokoh dan Konsep Asas
Dalam Perspektif Humanistik
1. Abraham Maslow: Teori Hierarki Keperluan

2. Carl Rogers: Fitrah manusia yang baik


dan kecenderungan ke arah aspek
kehidupan yang positif dan usaha untuk
mencapai potensi sepenuhnya
Aplikasi Perspektif
Humanistik
1. Kaunseling Bercorak Humanistik
- Manusia mempunyai aspek-aspek
semulajadi yang positif dan sentiasa akan
mengarahkan kehidupannya kepada aspek
positif juga.
Penilaian Humanistik

 Tidak menggunakan metodologi saintifik


 Gambaran baik terhadap manusia
PERSPEKTIF BIOLOGI
 Menumpukan perhatian kepada proses-proses
biologi yang berlaku dalam badan manusia yang
mempunyai sumbangan besar kepada tingkahlaku.
 Semua perkara yang dialami oleh manusia dan
haiwan mempunyai asas biologinya tersendiri. Ini
merujuk kepada tingkah laku, proses pemikiran,
perasaan dan kederiaan yang dialami oleh manusia.
 Penekanan diberikan kepada analisis ke atas otot,
saraf, dan deria.
Aplikasi Perspektif Biologi

1. Kajian Ethologi

3. Psikofarmakologi

5. Biofeedback
CABANG PSIKOLOGI

• Psikologi Klinikal (Clinical Psychology)


• Psikologi Kaunseling (Counselling Psychology)
• Psikologi Sekolah (School Psychology)
• Psikologi Industri Organisasi (Industrial
Organizational Psychology)
• Psikologi Eksperimen (Experimental Psychology)
• Psikologi Perkembangan (Developmental
Psychology)
FOKUS PSIKOLOGI

 Terdapat berbagai bidang utama dalam


psikologi seperti proses deria, pengamatan,
dan kesedaran; pembelajaran dan ingatan;
bahasa dan pemikiran; motivasi dan emosi;
personaliti; kecerdasan; fenomena tingkah
laku bilazim; dan sebagainya.
 Tumpuan perbincangan adalah kepada
bidang personaliti dan kecerdasan.
PERSONALITI

 Merujuk kepada corak tingkah laku manusia


yang konsisten atau tekal yang boleh
membezakan beliau dengan individu lain.
 Cara individu berinteraksi dengan
persekitarannya (berfikir, beremosi dan
berpersepsi).
Tujuan utama Personaliti

 Rangka untuk menghuraikan personaliti


dengan lebih lanjut lagi
 Panduan penyelidikan lanjut
 Prinsip-prinsip yang digunakan untuk
memberi rawatan kepada individu yang
mengalami masalah psikologi
Teori Personaliti Pelbagai
Perspektif
 Freud dalam teori psikoseksualnya
memperkatakan tentang tingkah laku
manusia digerakkan oleh naluri seksual.
 Perspektif Behaviorisme mengenengahkan
faktor luaran atau persekitaran sebagai
pendorong tingkah laku.
 Perspektif humanistik mendapati tingkah laku
manusia dipengaruhi oleh motif yang lebih
tinggi.
Kaedah Pengujian
Personaliti
 Kaedah inventori personaliti
 Teknik Projektif – TAT (Thematic
Apperception Test) dan Roschah Ink Blot
Test
KECERDASAN
(INTELLIGENCE)
 Merujuk kepada keupayaan seseorang itu
memperolehi dan menggunakan ilmu
pengetahuan.
 Kebolehan untuk berfikir secara abstrak dan
belajar melalui pengalaman.
 Penting kerana ia boleh meramalkan
sebahagian besar aspek tingkah laku
manusia.
 Melibatkan proses kognitif seperti
pengamatan, ingatan, taakulan, penyelesaian
masalah dan kreativiti.
KECERDASAN
(INTELLIGENCE)
 Kaedah pengujian adalah ujian IQ
(Intelligence Quotient)
 Tidak boleh diuji secara langsung
memandangkan konsep yang begitu abstrak
 Isu dalam ujian kecerdasan adalah seperti
kesahihan dan kebolehpercayaan dan
pengaruh budaya

Das könnte Ihnen auch gefallen