Sie sind auf Seite 1von 21

DISEDIAKAN OLEH: Nor Amaliena Mohd Faudzi Hidayatul Isma Sumadin

PERJANJIAN AFTA
Negara-negara ASEAN bersetuju untuk menghapuskan segala duti import barangan menjelang 1 Januari 2010 bagi ASEAN 6 (Brunei, Indonesia, Filipina, Singapore, Thailand dan Malaysia) dan 1 Januari 2015 bagi CLMV (Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam).

Pada tahun 2008, secara keseluruhannya ASEAN telah menghapuskan duti import ke atas 63.45 peratus daripada jumlah produk bagi perdagangan bebas intra-ASEAN, selaras dengan komitmen yang telah ditetapkan di bawah Skim Tarif Keutamaan Sama Rata (Common Effective Preferential Tariff CEPT) di bawah AFTA Walau bagaimanapun, bagi enam anggota asal ASEAN (ASEAN-6), termasuk Malaysia, penghapusan duti import telah mencapai paras 84.94 peratus .

Malaysia telah menghapuskan duti import ke atas 82.65 peratus daripada jumlah produk Malaysia. Duti import akan dihapuskan sepenuhnya ke atas produk-produk lain menjelang tahun 2010, kecuali bagi beberapa produk (1.6 peratus dari jumlah produk) yang diklasifikasikan sebagai sensitif seperti beras, buah-buahan tropika, tembakau, gula, minuman keras dan senjata api.

Satu perjanjian baru yang akan memantapkan lagi Perjanjian CEPT-AFTA 1992 telah digubal dan akan ditandatangani semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 yang diadakan pada 15-18 Disember 2008. semua perjanjian dan protokol berkaitan liberalisasi perdagangan barangan dalam satu perjanjian komprehensif adalah bagi memudahkan rujukan dibuat dalam usaha pelaksanaan komitmen. mewujudkan disiplin di kalangan Negara-negara Anggota ASEAN supaya matlamat pencapaian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN menjelang tahun 2015 dilaksanakan dengan lancar.

ASEAN juga sedang mengguna pakai sistem kad pemarkahan (scorecard) sebagai mekanisme pemantauan ke atas komitmen yang dipersetujui , termasuk bagi penghapusan duti import. Scorecard ini akan memastikan Negara-negara Anggota melaksanakan langkah-langkah yang dikenalpasti di bawah Pelan Tindakan bagi Penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community-AEC) pada tahun 2015.

APA ITU AFTA/ PENGENALAN


Dicadangkan penubuhannya pada 24 Jun 1991 oleh Perdana Menteri Thailand semasa lawatan ke Singapura. AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat. Memiliki enam buah negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999.

AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai ASEAN. Kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban pengurangan tarif AFTA.

PERLAKSANAAN AFTA
Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama mulai 1 Januari 1993 dengan tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang bertaraf kabinet juga ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau perlaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA.

Pada 31 Januari 2003, perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang berkaitan dengan penghapusan duti-duti import. Duti import produk dalam Senarai-senarai termasuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, dan Thailand akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2010. Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, dan Vietnam akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. penghapusan duti import bagi produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat daripada 1 Januari 2018.

TUJUAN AFTA
Mengurangkan kadar takrif ke atas barangan industri melalui sistem CEPT. ( Takrif keutamaan sama rata ) dapat dipraktikkan. Mewujudkan sebuah kawasan perdagangan bebas ASEAN dalam tempoh 10 tahun bermula tahun 1993 dan dilaksanakan pada 2003.

Mengelakkan negara-negara anggota ASEAN daripada menyertai zon perdagangan bebas yang lain. Semua negara anggota AFTA dapat menikmati duti CEPT berdasarkan syarat-syarat tertentu di mana kadar duti tidak melebihi 5 %. Membenarkan ahli-ahli dalam negara anggota ASEAN menguji tahap sesuatu keluaran dalam sistem pasaran terbuka.

OBJEKTIF
meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN. mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN

Menjadikan ASEAN sebagai satu destinasi pelaburan yang efisyen dan kompetitif bagi pelabur-pelabur asing. Meningkat hubungan perdagangan intra-ASEAN dan kerjasama perindustrian serantau. pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar.

SUMBANGAN AFTA
Membangunkan ekonomi bersepadu yang mempunyai kemampuan untuk bersaing dengan negara- negara anggota ASEAN. Memberikan sumbangan yang amat besar kepada industri kecil dan sederhana ( IKS ) spt sektor makanan, minuman dan tekstil. Sistem pengeluaran yang cekap dan produktif dalam pasaran ASEAN dapat ditonjolkan sebagai pertumbuhan yang menguntungkan serta menarik minat para pelabur sebagai destinasi utama

KEPENTINGAN AFTA
Perluasan pasaran - 513 juta penduduk ASEAN

Mengembangkan pengeluaran untuk pasaran ASEAN dan menikmati ekonomi bersekala besar
Sumber bahan mentah dengan harga yang lebih kompetitif. Mengurangkan kos perniagaan pengurangan/penghapusan tarif hasil dari

Kerjasama di bidang perindustrian (AIA, AICO) - pertukaran parts/komponen (otomotif) - perkongsian teknologi Pelaburan sesama negara ASEAN - pertanian - ternakan

Penempatan semula industri yang tidak kompetitif


Pengguna: banyak pilihan dengan harga yang lebih murah

PERLINDUNGAN INDUSTRI TEMPATAN


Artikel 6 Perjanjian CEPT

- penggantungan konsesi tarif ke atas barangbarang yang akibat penurunan tarif telah menjejaskan industri tempatan - penggantungan berbentuk sementara dan mesti mendapat kelulusan Majlis AFTA. Dalam kes lambakan, tindakan boleh diambil di bawah Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993

KESAN POSITIF AFTA TERHADAP EKONOMI


Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan produk keluaran tempatan bermutu tinggi setanding dengan produk asing. Penyumbang utama perkembangan ekonomi Malaysia dan juga negara- negara ASEAN yang lain. Takrif atau piawaian yang termaktub dalam AFTA menyebabkan ramai pelabur asing datang ke Malaysia untuk melabur.

KESAN NEGATIF AFTA TERHADAP EKONOMI


Pendominasian syarikat-syarikat asing di mana kemasukan syarikat-syarikat asing ke dalam ekonomi tempatan akan menjejaskan peluang syarikat tempatan dalam ekonomi. Penutupan bank- bank perdagangan di Malaysia berlaku.

KESIMPULAN
Mempercepatkan kadar pengurangan takrif ke atas barangan industri melalui CEPT dan mengukuhkan lagi hubungan serantau dan ekonomi semasa negara yang menganggotai AFTA.

Das könnte Ihnen auch gefallen