Sie sind auf Seite 1von 1

FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

SARJANA KESELAMATAN SIBER SYARAT KEMASUKAN Ijazah Sarjanamuda dalam komputeran dengan PNGK minimum 2.75 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat setara dengan Ijazah Sarjanamuda dengan pengalaman kerja dalam komputeran yang mencukupi; ATAU Ijazah Sarjanamuda dengan kepujian yang baik dalam pelbagai bidang dari UKM atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh Senat UKM dengan pengalaman kerja dalam komputeran yang mencukupi; Syarat tambahan: Keperluan Bahasa Melayu Calon dari luar negara dikehendaki mengikuti dua kursus Bahasa Melayu bernilai 4 unit yang ditetapkan oleh universiti. Pengecualian boleh diberi kepada calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu yang setara anjuran badan lain yang diiktiraf oleh universiti. Keperluan Bahasa Inggeris - Calon dari luar negara yang bercadang untuk mengikuti program pengajian siswazah sama ada dalam bentuk kerja kursus atau tesis dalam pengajian yang berkenaan mestilah lulus TOEFL (minimum 550) atau IELTS (minimum band 5) atau lulus modul kecekapan Bahasa Inggeris (minimum band 4) di UKM. PENDEKATAN PEMBELAJARAN Setiap kursus melibatkan pertemuan secara bersemuka di dalam kelas selama 5 hari berturut-turut meliputi pembelajaran, aktiviti makmal, perbincangan dan kajian kes. Pelajar juga akan diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh 3 minggu bagi pelajar sepenuh masa atau 6 minggu bagi pelajar separuh masa. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.ftsm.ukm.my/cybermcs.php Mod Pengajian Jenis Pengajian Pusat Kuliah Tempoh Pengajian : : : : Sepenuh Masa/Separuh Masa Kerja kursus UKM Bangi 3 Semester (Sepenuh Masa) / 4 Semester (Separuh Masa)

Das könnte Ihnen auch gefallen