Sie sind auf Seite 1von 26

Bismillah Walhamdulillah,

Benar, Allah melihat ketaqwaan seseorang. Namun ianya umum dan mempunyai beberapa skop yang perlu diperincikan. Oleh kerana itu, permasalahan Kafa'ah (setara) dalam perkahwinan memang dititikberatkan oleh para ulamak zaman berzaman. Ia diambil pakai pada wanita terhadap lelaki, bukan sebaliknya. Contohnya wanita yang terlalu kaya tidak sesuai berkahwin dengan lelaki yang terlalu miskin, tetapi tidak mengapa sebaliknya, iaitu lelaki yang kaya berkahwin dengan wanita yang terlalu miskin.

Jumhur ulamak juga menetapkan bahawa kafa'ah adalah syarat perkahwinan melainkan jika kedua-dua pengantin perempuan dan wali bersetuju untuk mengenepikannya. Disyaratkan kafaah ini adalah bertujuan untuk memelihara keharmonian perkahwinan. `DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua'. Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru. Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok. Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat. Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari. Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujarat: 13) Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Dr. Amilah Awang Abd. Rahman dalam hal ini menjelaskan, apabila kita membicarakan soal sekufu atau `kafaah', kita tidak boleh melihat ia sebagai satu perkara yang terpisah daripada agama itu sendiri. Menjadi satu kepentingan, agar umat Islam melihatnya sebagai satu keadaan yang menyeluruh kerana Islam sentiasa memandang sesuatu perkara itu secara global. ``Dalam isu kafaah ini, sebenarnya Islam mengutamakan kepentingan pembinaan keluarga itu sendiri, atau ia memandang jauh kerana keluarga di dalam Islam itu amat penting. ``Bahkan ada yang mengatakan, keluarga merupakan buah pinggang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kalau keluarga itu baik, maka baiklah masyarakat. Begitu juga sekiranya keluarga itu pincang, maka pincanglah juga masyarakatnya,'' kata Dr. Amilah sewaktu ditemui di pejabatnya.

Hakikatnya terang Dr. Amilah lagi, keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara keduaduanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya. Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya. Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai `al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari. Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga,'' jelas Dr. Amilah. Tambah beliau, menurut ulama fikah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali. Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu. Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan. Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya. Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini. Jelas di sini, kata Dr. Amilah, bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan. Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya. Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu. Jelas di sini kata Dr. Amilah, sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi) Manakala di dalam kitab Fathul Qadir,

``Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu''. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai. Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. Menurut Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu. Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi) Menyedari kepentingan sekufu ini, saran Dr. Amilah kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi saja dengan bersikap terlalu rigid. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi. Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar. Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama. Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, ``Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah.'' Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali. Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orangorang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, ``Berita apa yang kau bawa?'' Ali menjawab, ``Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban.'' Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh dalam membina sebuah institusi keluarga yang bahagia dan harmoni. http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=75&topic=29998&start=100

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga. Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji. Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku. Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya. Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja. Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi. Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya.

Wallahualam. http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2293

KRISIS CINTA: SYARIAH ADA CARANYA Oleh: Helang Timur (EXTRO.Biz) Kisah putus cinta sering kali menjadi topik untuk lagu-lagu genre balada yang melankolik. Bahkan, kita sering kali tertanya-tanya adakah tidak ada lagi topik lain selain daripada topik putus cinta untuk dijadikan subjek dalam lagu. Mungkin kerana kesannya yang kuat terhadap jiwa, emosi dan psikologi manusia, sehingga ia menjadi satu topik yang sangat dominan. Apa yang lebih menyedihkan banyak kes pembunahan, pergaduhan, bahkan bunuh diri berlaku rentetan permasalahan ini. Ternyata, ia bukan lagi mainan lagu, tetapi sudah menjalar membentuk satu penyakit yang tersendiri dalam masyarakat. Justeru, ia wajar diberi perhatian oleh masyarakat Islam. Cinta antara pasangan kekasih sebenarnya diiktiraf oleh Islam, tetapi bukan dalam bentuk yang difahami oleh remaja sekarang. Sebelum perkahwinan, Islam telah mengiktiraf satu ikatan janji untuk berkahwin, yang dinamakan sebagai khitbah, atau pertunangan. Mengikut Syariah, pertunangan berlaku apabila dua insan lelaki dan wanita berjanji untuk mendirikan rumah tangga bersama-sama, yang direstui oleh walinya. Ini bererti ikatan janji yang direstui wali wanita yang diistilahkan sebagai cinta oleh remaja sekarang telah dikira pertunangan. Namun seperti yang dijelaskan, perasaan sebenar cinta itu tidak wujud kecuali setelah perkahwinan itu terbina, dan dilayari dengan bahtera iman dan takwa kepada Allah. Seperti yang dijelaskan tadi, mana-mana pasangan yang telah berjanji untuk berkahwin dan telah direstui oleh walinya telah dikira bertunang, walaupun secara adatnya, pasangan akan bertukar hadiah berupa cincin yang disarungkan. Pertunangan adalah satu proses perkenalan antara pasangan, yang mana mereka akan mengenali antara satu sama lain. Apabila pasangan itu telah bertunang, maka haram orang lain untuk meminang wanita itu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain. Para ulama fiqh telah bersepakat bahawa tujuan utama pengharaman ini ialah demi mengelakkan berlakunya permusuhan antara manusia, kerana ia melibatkan perasaan dan kekecewaan mana-mana pihak. Memutuskan Ikatan Setelah proses pertunangan berlangsung, maka pasangan akan lebih mengenali antara satu sama lain dalam batasbatas Syariah. Walau bagaimanapun, andainya ada sesuatu

yang tidak kena antara pasangan, mereka boleh memutuskan ikatan itu sekiranya kedua-dua pihak bersetuju. Syariah Islam hanya membenarkan ikatan pertunangan ini diputuskan sekiranya terdapat keaiban-keaiban fizikal pada mana-mana pihak yang tidak boleh diterima oleh pasangan itu, ataupun pasangan tersebut ternyata tidak sekufu dari aspek agama dan cara hidup. Para ulama berbeza pandangan tentang hukum hadiah yang diberikan oleh lelaki kepada wanita, apabila ikatan terputus. Ada yang berpandangan bahawa tidak perlu dikembalikan, ada yang berpandangan hadiah dikembalikan jika ikatan itu diputuskan oleh wanita sahaja, dan ada juga yang mengatakan perlu dikembalikan walau siapa pun yang memutuskan ikatan. Namun begitu, pada hemat saya, hal ini amat tertakluk kepada adat setempat sama ada perlu dikembalikan atau tidak, kerana pemberian hadiah itu sendiri tidak dinaskan oleh Syariah, tetapi oleh adat. Namun begitu, bolehkah pasangan itu, atau pasangan kekasih (yang direstui wali) pada istilah sekarang, boleh memutuskan ikatan mereka tanpa sebab? Para ulama bersepakat, memutuskan ikatan pertunangan tanpa sebabsebab yang dibenarkan Syarak atau juga tanpa kehendak kedua-dua pihak adalah haram, kerana ia melibatkan pemungkiran terhadap janji. Dalam Islam, menepati janji adalah salah satu sifat yang amat dituntut dan memungkiri janji adalah perbuatan amat tercela. Firman Allah di dalam al-Quran: Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya setiap perjanjian itu akan dipersoalkan (pada hari kiamat). Allah juga menyifatkan orang mukim dengan sifat menepati janji dalam firman-Nya: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan sebagai membuktikan sifat memungkiri janji itu benar-benar tercela, Rasulullah s.a.w pernah menyifatkan orang yang suka melanggari janji adalah bersifat munafiq seperti yang dilaporkan oleh Abdulah bin Amru lah.a.: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas Islam sebagai cara hidup yang mendaulatkan hubungan yang baik antara manusia tidak mahu wujudkan sebarang sengketa antara individu. Hadith larangan pinangan atas tunangan orang lain tadi juga membuktikan bahawa sebarang usaha memutuskan ikatan pertunangan adalah haram. Ikatan yang putus boleh menimbulkan kekecewaan ke dalam hati sebelah pihak, dan ini boleh menimbulkan unsur dendam, sengketa dan kemarahan. Lebih teruk lagi jika sengketa itu berlaku antara keluarga pihak terbabit, kerana pasangan kekasih yang telah mendapat restu ibu bapa biasanya akan melibatkan maruah keluarga. Walaupun begitu, seandainya timbul konflik antara

pasangan yang memberi kesan buruk yang diyakini lebih besar jika mereka berkahwin, berbanding dengan kesan putus tunang, maka ketika ini para ulama membolehkan ikatan ini diputuskan berasaskan prinsip kemudaratan yang lebih besar mesti lebih utama untuk dihapuskan walaupun wujud kemudaratan yang lebih kecil kerana penghapusan itu. Faktor Putusnya Ikatan Putusnya ikatan pertunangan bererti satu langkah ke belakang daripada gerbang perkahwinan yang amat dituntut oleh Islam. Satu berita gembira buat para syaitan yang sememangnya amat membenci sebuah perkahwinan kerana ia benteng besar kepada maksiat. Syaitan sentiasa memujuk hati manusia dan mencipta krisis dan konflik antara pasangan agar mereka sentiasa bersengketa walau berdepan dengan isu yang remeh temeh. Hati manusia yang semamangnya mudah berbolak-balik akan dipermainmainkan oleh syaitan demi memutuskan ikatan murni itu. Hati yang lemah didikan iman, akan melahirkan manusia yang tidak setia pada janji dan terlalu mengikut kata hati. Ditambah pula dengan sogokan filem-filem dan drama cinta luar daripada tamadun Islam yang menyogok bahawa cinta adalah faktor perkahwinan menyebabkan ikatan pasangan sering gagal sampai ke penghujungnya. Lantas ramailah remaja kita yang menolak pasangannya yang baik, dengan alasan tiada perasaan cinta, walhal cinta dalam Islam, hanya wujud selepas perkahwinan. Buktinya, Allah sendiri telah berjanji di dalam al-Quran melalui firman-Nya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keteranganketerangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Sudah sampai masanya skop baru terhadap konsep cinta remaja difahami berasaskan konsep Syariah Islam. Syariah Islam tidak mengiktiraf cinta monyet alam persekolahan. Namun Syariah mengiktiraf hubungan kekasih yang direstui keluarga sebagai jambatan ke arah perkahwinan, yang mesti dijaga batas-batasnya agar tidak terjebak ke lembah maksiat. Syariah Islam juga memelihara hubungan antara pasangan dan amat menuntut perkahwinan disegerakan, agar selepas itu dapat dinikmati kemanisan cinta sebenar, andainya disirami dengan siraman ketakwaan dan akhlak mahmudah antara suami dan isteri. Dan cinta yang bersiram iman itu, akan terus manis dan kekal hingga ke hujung nyawa.

----------------muamalat.NET

Profil
ibnu_musa .:::AHLI LEGENDA:::. Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451 Posting: 4951 Dari: Cheras, KL

Quote

Lapor Kepada Admin

Posting pada: 18-03-06 18:12 Adab dalam bertunang Monday 10.04.04 , Ini untuk mereka-mereka yang baru settle atau pun telah bertunang. Bertunang merupakan salah satu step penting ke arah perkahwinan yang diidam-idamkan. Sebelum pergi lebih jauh mengenai isu-isu berkaitan dengan hubungan di antara tunang, mari kita lihat dahulu apakah definasi pertunangan yang sebenarnya. Pertunangan adalah merupakan persetujuan seseorang lelaki atau perempuan untuk berkahwin pada masa akan datang. Ini adalah maksud pertunangan yang sebenarnya. Dalam masyarakat kita hari ini, istilah tunang ini hanya digunakan apabila telah ada persetujuan di antara keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengadakan akad nikah pada masa yang akan ditetapkan. Masyarakat kita menganggap bahawa bertunang mestilah melibatkan persetujuan keluarga. Sebenarnya, istilah bertunang yang sebenarnya adalah merujuk kepada persetujuan lelaki dan perempuan untuk berkahwin dan tidak semestinya melibatkan persetujuan keluarga. Tetapi perlu ditegaskan, definasi ini bukanlah untuk menafikan penglibatan keluarga kerana pada peringkat pertunangan sebenarnya tidaklah ada apa lagi hubungan yang boleh menghalalkan perkara yang diharamkan sebelum mereka diakadkan (hubungan jimak). Ini perlu dijelaskan kerana ada hadis yang membincangkan hal bahawa haram meminang tunangan orang lain. Hadis Ibnu Umar ra.: Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain (Riwayat Muslim : 2530)

Justeru itu sebenarnya di dalam Islam, sememangnya wujud hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin yang dipanggil tunang. Jadi apa bezanya hubungan "teman lelaki dan teman wanita?" Apakah perbezaan kedua-dua istilah tadi dengan tunang? Kita memahami istilah teman lelaki dan teman perempuan kerana terpengaruh dengan budaya Barat yang terlalu obses di dalam menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Kerana itulah, istilahnya ada perkataan "teman" kerana hubungan tersebut hanyalah bersifat kawan bukannya bersungguh-sungguh untuk mengahwini lelaki dan perempuan yang menjadi teman istimewanya itu. Dari sudut hukum, walau apa pun istilah yang diguna pakai untuk mendefinasikan hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin, hukumnya hampir sama. Seterusnya marilah kita lihat apakah panduan Islam dalam isu ini. "Nabi saw memerintahkan pasangan yang akan bertunang itu supaya saling melihat, sabda baginda saw kepada seorang lelaki yang ingin meminang seseorang perempuan Ansar: pergilah lihat, kerana sesungguhnya pada muka kaum Ansar itu mungkin ada sesuatu yang kurang." (Hadith Muslim dan al-Nasa'iy dari Abi Hurairah ra.) Hadis di atas jelas menunjukan Islam membenarkan tunang tadi melihat di antara satu sama lain supaya perkahwinan nanti tidak menjadikan mereka menyesal seumur hidup kerana tersalah memilih pasangan yang tidak sesuai. Bagaimana pula dengan syarat-syarat pertemuan tersebut? Pertemuan dengan tunang diharuskan sama ada ditemankan muhrim wanita, jika tanpa muhrim pun diharuskann tapi hendaklah di tempat terbuka yang tidak mendatangkan fitnah, dengan mematuhi etika pakaian dan adab berbual yang syara'iy. Ada orang yang akan bertanya: "Jadi tidak apalah kalau pasangan tunang tadi ingin makan bersama di cafe, di kedai makan, pergi membeli belah bersama kerana ia merupakan

tempat terbuka?" Perlu diingat kaedah bertemu di tempat terbuka hanya dibenarkan bila tidak mendatangkan fitnah. Pada ana fitnah akan terjadi bila pertemuan di tempattempat tadi terlalu kerap sehingga menyebabkan pasangan tadi semakin hilang rasa malu dan lupa bahawa mereka belum lagi pasangan yang sudah berkahwin. Malahan kelakuan mereka kadang-kadang melebihi aksi-aksi mereka yang telah berkahwin! Adakah sedar melihat sahaja? Mana puas? Bila dah bertemu, mestilah ada soalan-soalannya dan ingin bertanya khabar dan sebagainya. Dan bolehkah berbual melalui telefon? Persoalan boleh atau tidak berbual melalui telefon atau bercakap dengan wanita berkait rapat dengan soal aurat. Adakah suara wanita itu aurat? Jumhurul Ulama' lebih kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai al-Din Yusr (agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita berkomunikasi. Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu. "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Al-Ahzab:32) Imam Al-Qurthubi (tafsir al-Qurthubi) dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi. Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al-Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat). Masyarakat kita juga jelas dalam hal ini (Sila rujuk perbahasan saya mengenai isu "Nasyid wanita"). Dengan hujah di atas maka disimpulkan bahawa Suara wanita tidak aurat dan boleh

berbual dengan wanita melalui telefon. Denga syarat dipelihara nada suara dan adab/etika menundukkan jiwa supaya tidak naik syahwat. (Fatawa Mu'asirat). W'salam. sumber: Azmin's Hikmah

----------------|============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|

Profil Admin
emoy Ahli 1 Bintang Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23067 Posting: 22

Quote

Lapor Kepada

Posting pada: 18-03-06 18:21 huh...

Profil Admin

Quote

Lapor Kepada

ibnu_musa .:::AHLI LEGENDA:::. Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451 Posting: 4951 Dari: Cheras, KL

Posting pada: 18-03-06 18:30 artikel2 di atas banyak merungkai persoalan yang melibatkan pertunangan ini... ustaz dan ustazah saya dulu pun pernah cakap macam ni juga, pertunangan sudah cukup dengan ikatan janji antara kedua2 pasangan yang terlibat... saya lebih setuju dengan artikel yang dikirimkan oleh saudara iDeologi yang mengatakan bahawa: Mengikut Syariah, pertunangan berlaku apabila dua insan lelaki dan wanita berjanji untuk mendirikan rumah tangga bersama-sama, yang direstui oleh walinya. Ini bererti ikatan janji yang direstui wali wanita yang diistilahkan sebagai cinta

oleh remaja sekarang telah dikira pertunangan. Namun seperti yang dijelaskan, perasaan sebenar cinta itu tidak wujud kecuali setelah perkahwinan itu terbina, dan dilayari dengan bahtera iman dan takwa kepada Allah. pertunangan perlukan persetujuan daripada kedua2 pasangan dan juga keluarga perempuan (wali), barulah mereka boleh dianggap tunang. ini adalah kerana istilah tunang hendaklah sesuai dengan istilah dalam bahasa Arabnya: al-khitbah yang juga bermaksud pinangan, tidak boleh tidak sesuatu pinangan itu hendaklah melibatkan keluarga si perempuan, at least... kalau keluarga pun tak tahu, nampak sangatlah kedua2 pasangan itu tidak serius...

lagi satu, bak kata in-team: sebelum diijabkabulkan, syariat tetap membataskan... so, bagi yang sedang bertunang tu, hendaklah hati-hati...

----------------|============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|

Profil Admin
NurArisha Ahli 4 Bintang Menyertai: 09.03.2005 Ahli No: 15005 Posting: 222 Dari: UPM

Quote

Lapor Kepada

Posting pada: 18-03-06 23:55 Terima kasih atas info... Baru tahu.. Teima kasih banyak terutama artikel2 tu... K.ws

Profil Kepada Admin


Norhaslina Ahli 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20221 Posting: 378

Quote

Lapor

Posting pada: 20-03-06 01:52

Dari: Bandar Baru Bangi

Susunan Wali.. bapa datuk sebelah bapa keatas saudara lelaki seibu sebapa saudara lelaki sebapa anak saudara lelaki seibu sebapa hingga kebawah anak saudara lelaki sehingga kebawah bapa saudara seibu sebapa sehingga keatas bapa saudara sebapa sehingga keatasanak lelaki bapa saudara (sepupu) seibu sebapa hingga kebawah anak lelaki bapa saudara (sepupu) sebapa hingga kebawah tuan kepada hamba yang telah dimerdekakan hakim atau sultan termasuk orang yang dilantik oleh sultan seperti qadi wali mujbir mrupakan orang yang berhak mengahwinkan perempuan yang masih gadis tanpa perlu meminta keizinannya.wali mujbir terdiri daripada bapa dan datuk. Apabila isu ini diutarakan kita akan teringat kepada cerita tradisi orang Pakistan. Tradisi jumud mereka ialah si bapa boleh menentukan siapa jodoh untuk anaknya. Mereka ini mungkin salah memahami konsep Wali Mujbir didalam Islam. Lantas pihak-pihak yang membenci Islam akan mengambil peluang ini untuk mengutuk dengan mengatakan tidak ada keadilan didalam Islam. Didalam mazhab Syafiee ada mengenai wali Mujbir. Ia ada. Tetapi ia adalah untuk bapa yang soleh yang bimbangkan anak perempuannya (mungkin teruk dari segi akhlak), dan bapa ini tidak mempunyai apa-apa kepentingan pun dalam perkahwinan anaknya itu. Maka bapa itu boleh menjadi Wali Mujbir kerana dia ingin menyelamatkan anak perempuannya itu. Fenomena yang tidak sihat yang berlaku ialah si bapa mengatakan bahwa dia telah berjanji untuk menikahkan anak perempuannya itu dengan si folan bin si folan. Persoalannya disini ialah apa kuasa si bapa untuk membuat janji itu? Tidak ada! Islam tidak meraikan fenomena ini. Ia jelas tidak adil. Redha perempuan adalah dengan diam Mafhum hadis. Indahnya syariat. Ia begitu menjaga keadilan. Sehingga para fuqaha membuat perbincangan jika si perempuan itu menangis apabila diajukan tentang persoalan menerima pinangan. Diikutkan didalam mazhab Syafiee sehingga dikatakan jika air mata itu sejuk, itu tanda setuju. Jika panas adalah sebaliknya. Kesimpulannya, agama meraikan fitrah. Salah satu fitrah itu adalah hubungan lelaki dan perempuan. Maka diturunkan syariat perkahwinan.

Dalam syariat perkahwinan itu ada syariat talak. Talak tidak berfungsi sebagai pemusnah institusi perkahwinan itu tetapi talak adalah salah satu solusi yang disediakan. Suami disuruh samaada menggauli isterinya dengan baik ataupun menceraikannnya dengan baik. Islam menjaga institusi perkahwinan. Lantaran itu ia telah menggariskan beberapa panduan sebelum perkahwinan yakni pemilihan calon. Kriteria yang pertama adalah agama. Yang kedua ialah kecantikan pada mata masingmasing, disini terserlah keindahan islam dalam meraikan fitrah manusia yang sukakan kepada sesuatu yang cantik. Ketiga, mendapat redha dari orang-orang tua. Perlu diingatkan, perkahwninan itu mencantumkan dua buah keluarga maka redha orangorang tua adalah perlu! Manakala yang keempat dan yang terakhir ialah persetujuan daripada wanita itu. Disini pula terserlah keadilan didalam Islam. Antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT. " Apa yang ditulis pada keluaran lalu, benar-benar berlaku sekarang ini. Sebagai seorang Muslim dan bapa kepada beberapa orang anak remaja yang akan berkahwin suatu masa nanti, eloklah penulis menyentuh hal ini supaya masyarakat Islam dapat bersamasama membanteras gaya hidup baru yang tidak Islamik ini. Kebetulan kelas pengajian kuliah Subuh yang penulis ikuti di masjid sekarang ini membiacara soal nikah. Ustaz terbabit tidak terlepas daripada memberitahu jemaah bahawa perkahwinan dengan hantaran wang sebegitu banyak bukan daripada ajaran Islam. Beliau memberitahu dua sebab mengapa amalan berkenaan mesti ditentang selain daripada membazir dan menunjuk-nunjuk. Pertamanya ia dikhuatiri akan menjadi contoh kepada masyarakat dan yang kedua perkahwinan gah begini akan mengecilkan hati orang miskin dan tidak mampu. Jika orang berada dan berpangkat berbangga dan menghebahkan seluruh negara akan hantaran dan pemberian hadiah yang sebegitu besar, dikhuatiri ia akan menjadi panduan masyarakat. Tidak menghairankan jika bakal keluarga pengantin perempuan akan menuntut wang hantaran sekurang-kurangnya RM10,000, RM15,000 dan RM20,000. Ada akan jadi dengan masyarakat jika keadaan ini berlaku? Mampukah anak-anak muda yang baru bekerja atau keluar dari universiti menyediakan jumlah wang sebegini besar sedangkan keinginan mereka untuk kahwin sudah memuncak. Seorang anak muda lulusan universiti (untuk ijazah pertama) ketika mula bekerja sudah berusia 23 tahun. Gaji permulaannya mungkin RM1,300 sebulan. Ditolak dengan bayaran pinjaman pendidikan, pinjaman kereta, sewa bilik, pemberian kepada keluarga dan pelbagai perbelanjaan lain, mungkin dia dapat menyimpan RM200 sebulan.

Jika dihitung setahun, dia baru mampu mengumpul RM2,400. Kalau 10 tahun menghimpun, dia baru mengumpulkan RM24,000. Ketika itu pun umurnya sudah terlajak ke 33 tahun. Bagi kebanyakan anak muda, pada usia 25-30 tahun, mereka sudah 'gatal' untuk kahwin. Tapi wang tiada. Disebabkan oleh 'segolongan manusia' yang gila glamour dan sebagainya, ibu bapa 'buah hati' mereka akan tetapkan wang hantaran melampau seperti RM10,000, RM20,000 atau RM30,000. Cuba bayangkan bagaimana anak muda kita hendak 'cekau' duit sebegitu banyak bagi membolehkan mereka kahwin? Bukankah ini akan menimbulkan masalah besar dalam masyarakat. Bukankah akan berlaku fitnah paling hebat dalam masyarakat? Anak-anak muda yang kemaruk untuk kahwin tetapi tidak dapat kahwin akan menerbitkan rangkaian masalah yang bukan saja menjejaskan masyarakat tetapi juga negara, bangsa dan agama. Ustaz itu bertanya betapa banyak bakal pengantin dan keluarga pengantin cuba mendalami pengajian agama. Katanya, tidak ramai sebab kebanyakan manusia hari ini mengejar dunia dan segala perhiasannya. Jika mereka tahu ilmu agama tidaklah mereka berbuat seperti hari ini. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sebesarbesar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya." Apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada masyarakat kita? Nampaknya, masyarakat sedang menuju ke arah fitnah terbesar sedangkan sebahagian besar anggotanya tidak menyedarinya. Mereka yang mengaku beragama Islam tidak lagi hidup berpandukan ajaran Rasul tetapi mengikut hawa nafsu yang berdasarkan logik akal masing-masing. Dalam bab perkahwinan ini pun, orang Islam tidak mengikut contoh yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w. tetapi membiarkan diri mereka terjerumus ke dalam lembah yang ditunjuki oleh orang Yahudi dan Nasara. Misalnya, dalam bab berpakaian, orang Islam yang berkahwin pun mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara. Sedangkan sudah jelas dinyatakan salah satu perkara yang membezakan antara orang Islam dengan orang Islam ialah dari segi berpakaian. Jika pengantin wanita Islam memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka, apakah yang membezakan antara diri mereka dengan orang bukan Islam? Jika mereka memakai gaun menunjukkan sebahagian buah dada atau telanjang belakang (bare back), apa bezanya mereka dengan orang bukan Islam. Jika Allah SWT mengancam menghumbankan si kufur ke lembah azabnya, apakah jaminan untuk orang Islam yang hidup mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara tidak sama dicampakkan ke sana. Alangkah peliknya sesetengah anggota masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita hidup bagai 'sumpah-sumpah' yang boleh bertukar 'color' (warna). Jika nikah di masjid, boleh pakai tudung litup, majlis bersanding boleh pakai gaun dedah sana dedah sini. Jika khatam Quran, begitu manis bersopan bertudung litup tetapi pada majlis jamuan, tudung ke mana, pakaian seksi juga jadi kebanggaan.

Yang dibimbangi, golongan ini akan menjadi ikutan, 'set trend' dalam masyarakat. Akan timbullah kata-kata seperti, 'si dia tu boleh buat begitu, Kenapa kita tidak boleh?' 'Si dia tu, boleh bikin pelamin dalam masjid, Kenapa kita tidak boleh?' 'Anak dia dapat hantaran RM22,222.22, Kenapa anak kita tidak boleh dapat RM33,333.33 kerana anak dia lulus SPM saja sedangkan anak kita lulusan universiti luar negara?' Ustaz kuliah Subuh itu cukup bimbang, perkembangan hal ehwal kahwin di negara kita sedang menuju apa yang berlaku di sesetengah negara Arab. Katanya, di negara berkenaan, adalah sukar seorang bujang berkahwin kerana tuntutan keluarga pengantin perempuan terlalu banyak dan tinggi. Misalnya, menyediakan rumah, kereta dan pembantu rumah. Mampukah si bujang menyediakan kemewahan ini sedangkan mereka 'baru nak kenal hidup'. Ramailah anak bujang Arab, jadi bujang terlajak. Ramai yang kahwin warga asing dan tak kurang juga yang hanyut di kota-kota maksiat seperti Bangkok, London dan Paris. Jadi kepada mereka yang prihatin kepada kesucian Islam, marilah sama-sama membanteras amalan kurang sihat yang mula menular dalam masyarakat kini. Tidak kiralah sama ada anda ustaz, jurutera, tukang masak, pekedai, atau orang kaya raya atau berpangkat, marilah bersama-sama kita melawan golongan yang hidup tidak berpandukan agama ini. Antara langkahnya boleh dimulai dengan keluarga sendiri. Janganlah kita mengadangada meletakkan hantaran anak-anak kita RM1/2 juta, RM222,222.22, RM77,777.77 atau RM22,222.22. Ingatlah pernikahan paling diberkati adalah yang paling sedikit mas kahwinnya seperti disabdakan oleh junjungan besar kita. http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=26470&forum=2 berterusan tidak seharusnya dijadikan alat atau piling bagi melaksanakan usaha menghadkan kelahiran anak. Niat yang tidak jujur seperti ini akan menimbulkan akibat buruk dan kesan yang tidak sihat kepada masyarakat. Kewajipan Dan Tanggungjawab Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bertnakna bertambahnya tanggungjawab tediadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga. Kewajipan Suami 1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ketua, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awalawal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama. 3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. lah bertanggungjawab di hadapan Allah S.buat. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya. 4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik. 5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan. Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak pula hendak menumpukan seluruh hidupnya kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib. Kewajipan Isteri Apabila suami sebagai ketua di dalam rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah: 1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik. 2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry). 3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya.

Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin. 4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AIDualy berkata kepada isterinya: "Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah. Aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. " 5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa. 6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri. Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.buat. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam. Masyarakat Islam Untuk mengakhiri perbincangan kita ini elok juga ditinjau sikap umat Islam hari ini terhadap perkahwinan. Sejak kejatuhan umat Islam dari memegang teraju kepimpinan manusia, dengan kemunculan tamadun barat, ajaran Islam diusahakan supaya lenyap sedikit demi sedikit daripada kehidupan kaum muslimin. Paling tidak ia dikelirukan sehingga masyarakat Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara kesamaran. Kejahilan umat Islam teihadap agamanya, bukan kerana serangan daripada barat sahaja. Keruntuhan personaliti juga turut terlibat sehingga kecintaan kepada ilmu dan kegigihan mempelajarinya menjadi bertambah malap. Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia beransur-ansur menjadi layu dengan kemaraan nilai-nilai songsang. lah mudah sahaja memenuhi kekosongan dan menguasai kelemahan yang sudah merata di kalangan masyarakat. Keadaan yang disebutkan di atas mempengaruhi sikap masyarakat Islam dalam segenap kehidupan iaitu politik, ekonomi dan sosial, khususnya dalam kehidupan keluarga yang menjadi tajuk pembicaraan kita. Dengan lain perkataan, suasana pembentukan keluaiga hari ini dan kelemahan-kelemahan yang teidapat di dalamnya, bukanlah semata-mata hasil daripada serangan nilai-nilai songsang tetapi juga kerana kelemahan yang sedia wujud dalam masyarakat Islam setelah berlakunya krisis personaliti Islam dan kerenggangan nilai-nilai Islam daripada kehidupan. Walaupun pada umumnya masyarakat kita masih menganggap perkahwinan itu suatu ikatan suci, tetapi minat untuk mempertahankan kesucian itu makin berkurangan dengan berkembangnya maksiat dan lumrahnya perzinaan. Lebih-lebih lagi perzinaan yang berlaku di kalangan ora dengan yang sudah beristeri atau bersuami. Kerana itulah maka

tujuan perkahwinan untuk menjaga kesucian (Iffah) tidak sangat diperhitungkan oleh banyak kalangan masyarakat kita. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan penyakit ini berjangkit kepada semua lapisan masyarakat kita. Masih banyak lagi di kalangan kita yang tetap memeliharaiffah ini dan mempertahankannya. Masyarakat kita belumlah sampai kepada peringkat kerosakan seperti masyarakat barat. Tetapi jika sekiranya tidak diawasi dan langkah-langkah berkesan tidak diambil, tidak mustahil perkembangan yang meruntuhkan itu akan turut menyerang dan melanda masyarakat kita. Bersekedudukan adalah akibat pembahan sikap terhadap perkahwinan. Perkembangan ini jika dibiarkan akan menggugat kesucian ikatan perkahwinan dan meletakkan institusi keluarga dalam keadaan yang tidak dikawal oleh peraturan dan nilai-nilai akhlak. Perkembangan ini sebenarnya mempakan masalah yang sangat serius yang tidak boleh dihadapi oleh mahkamah semata-mata., tetapi selunih masyarakat adalah terlibat di dalam usaha mencegahnya dan kekuatan masyarakat dalam menolak perkembangan ini adalah lebih berkesan daripada hukuman mahkamah. Untuk mempertahankan kesucian perkahwinan dan keutuhan institusi keluarga yang mempunyai peraturan yang membawa kepada kesejahteraan, nilai-nilai Islam hendaklah diperkukuhkan dalam masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini masyarakat Islam perlu membina kembali personaliti Islam supaya bertambah kukuh. Pengetahuan mengenai Islam hendaklah disebarkan dengan seluas-luasnya dan gerakan dakwah hendaklah diperhebatkan. Masyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat perkahwinan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu masyarakat berpunca daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap terhadap perkahwinan. Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab memelihara dan mengawal rakyat terserah kepada pemerintah. Sedangkan bagaiinana cekap sesebuah kerajaanpun ia tidak berupaya menjalankan tugas-tugas keluarga seperti memelihara, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempuma dan biinbingan yang wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang. Kesimpulan 1 . Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi kesejahteraan ummat. 2. Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan pembaha hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah diberikan di samping tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan. Dalam hal ini keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenangwenangnya. Keharusan berpoligami bertujuan membela orang-orang yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada mengabaikan tugas terhadap anak-anak dan isteri adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan. 3. Perancangan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak dapat diterima oleh Islam. Tetapi perancangan keluarga dalam pengertian memberi layanan lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan dan keselesaan hidup serta

meningkatkan penglibatan teihadap amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di dalam Islam. Siapa Anda Dalam Kehidupan Berkeluarga Kita telah menjelaskan bahawa untuk memastikan suatu masyarakat itu berada dalam keadaan sihat dan harmoni, setiap keluarga yang lahir daripada masyarakat itu perlu dibina dengan kukuh kerana ia sebagai asas tertubuhnya sesebuah masyarakat. Kita akan membicarakan siapakah yang tergolong dalam keluarga atau apakah ia definisi keluarga yang wujud dalam sistem kehidupan Islam. Adakah keluarga itu terdiri daripada suami, isteri, ibu, ayah, anak atau lebih jauh daripada itu? Definisi keluarga dalam Islam adalah berbeza dengan definasi keluarga agama-agama lain. Di dalam Islam orang-orang yang ten-nasuk dalam takrif keluarga adalah seperti yang terdapat dalam sistem Faraid. Cuma di sana ada keluarga yang hampir dan ada keluarga yang jauh. Oleh itu orang yang termasuk dalam keluarga ialah: - Suami isteri - Datuk, nenek dan seterusnya - Ayah, datuk dan seterusnya - Anak, cucu dan seterusnya - Adik beradik dan zuriatnya - Ayah saudara, ibu saudara dan zuriatnya - Lain-lain Setiap individu dalam keluarga mempunyai hak, peranan dan tanggungjawab. Hak seorang tidak harus diketepikan dan setiap orang boleh menuntut haknya dengan sempuma. Misalnya, hak anak mendapat pusaka daripada ayah dan ibunya, hak isteri mendapat perlindungan daripada suami, hak wanita menentukan calon suami dan sebagainya. Setiap individu dalam keluarga mempunyai hubung kait antara satu sama lain. lah tidak boleh hidup bersendirian tanpa mengambil kira orang lain. Hubungkait ini adalah termasuk dalam berbagai aspek-aspek kehidupan seperti di dalam melakukan kebaikan atau kejahatan, usaha untuk memperolehi kesenangan, menjaga nama baik keluarga dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu mencipta rekod cemerlang dalarn hidupnya seperti menjadi seorang pemimpin yang dihormati, masyarakat akan menyebut si pulan itu adalah keluarga si pulan itu. Begitu juga jika rekod yang dicipta itu tidak baik, masyarakat akan mengaitkan juga nama keluarganya. Contoh yang lain, apabila seseorang itu berjaya dalam hidupnya menjadi seorang yang kaya atau hartawan. Orang ini hendaklah ineinbantu keluarganya yang miskin. Bagi memastikan kehidupan keluarga berjalan dengan teratur dan harmoni, Islam menggariskan dengan terperinci peranan dan tanggungjawab seseorang sebagai ahli keluarga. Di dalam Islam keluarga bermula dengan suami dan isteri. Dari sinilah keluarga itu mula berkembang. Selepas itu lahirlah anak. Di sana ada ibu dan ayah mertua, ipar duai, keluarga sebelah suami, sebelah isteri dan sebagainya. Peranan ahli keluarga Bagaimana seseorang itu berperanan dalam hidup berkeluarga. Islam telah mengaturnya dengan lengkap dan terperinci. Seseorang itu perlu memahami dan melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab. Suami, isteri, ibu dan ayah, masingmasing mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Pembahagian tanggungjawab ini diatur sedemikian rupa supaya wujud suatu disiplin hidup dalam keluarga itu. Dengan itu tidak ada perebutan tugas atau tolak menolak dalam menjalankan tugas masing-masing. Oleh sebab itu keluarga muslim yang benar-benar mematuhi disiplinnya akan hidup aman, tenteram, tenang, gembira dan harmoni. Di dalam Islam, suami atau

bapa diberi peranan sebagai ketua keluarga. Dia wajib memimpin keluarganya ke jalan yang diredai Allah. Isteri dan anak-anak dikehendaki taat sepenuhnya kepada suami atau bapa. Menyediakan sara hidup juga adalah tanggungjawab ketua keluarga. Peranan yang diberikan kepada ketua keluarga ini tidak boleh disalahgunakan. Dia hendaklah bertindak sebagai penyelamat, bukan bertindak sewenang-wenangnya. Seorang suami atau bapa hendaklah berilmu, jujur, ikhlas, berakhlak mulia, berrnoral, bijak, cekap dan tegas dengan kebenaran. Dia hendaklah berusaha menjadikan suasana damai sentiasa wujud dalam keluarganya. Peningkatan nilai murni di dalam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti suami atau bapa. Isteri pula mempunyai peranan dan tugas yang berlainan iailu melayan dan membelai suami, mengatur rumahtangga, taat kepada suami dan mengasuh serta mendidik anak-anak menjadi insan bertaqwa. Anak wajib taat sepenuhnya kepada ibu dan ayah dalam batasan yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah, menghormati yang lebih tua, menjaga nama baik keluarga, tidak mengecilkan hati orang tua, memberi tumpuan kepada pelajaran, menjauhkan diri daripada pergaulan yang merosakkan dan seumpamanya. Ibu mertua pula hendaklah sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana dan hubung baik dengan menantu dan keluarganya. Hubungan antara mertua dan menantu biasanya sangat sensitif. lah perlu kepada perhatian khusus dan sifat berhati-hati. Jika perasaan salah seorang tersinggung, boleh menyebabkan kerenggangan di dalam keluarga. Beberapa peranan yang dihuraikan di atas sudah cukup sebagai penjelasan bahawa setiap individu dalam keluarga mempunyai peranan yang berlainan. Antara satu sama lain ada hubung kait yang rapat di mana setiap orang tidak boleh melepaskan diri daripada yang lain. Misalnya seorang anak apabila bertindak di luar batasan, dia akan menyusahkan dan merisaukan orang tua. Bahkan lebih jauh dari itu dia akan menjejaskan nama baik keluarga. Demikian juga perlakuan di luar batasan ini, walaupun ia dilakukan oteh keluarga yang jauh, tetap mernberi kesan kepada nama baik keluarga tersebut kerana definisi keluarga bagi okang Islam amat luas. Kenal Pasti Diri Dan Tingkatkan Usaha Seseorang itu perlu mengenali dirinya, siapakah dia dalam keluarga, sebagai bapa? isteri? ibu? anak? sepupu? datuk? mertua dan sebagainya. Dari semasa ke semasa perlu menyoal diri, sudahkah berfungsi sewajarnya? Sudahkah menjalankan tanggungjawab? Adakah beraksi sebagai penyumbang atau beban kepada keluarga? Sebanyak mana sumbangan dan pengorbanan telah dilakukan demi kepentingan keluarga. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu dipersoalkan. Kunci penting, bagi hubungan yang kukuh sentiasa wujud di kalangan anggota keluarga, ialah rasa tangguizgjawab dan kasih sayang. Kalau tanggungjawab semata-mata ia akan menjadi kering dan tandus. Kalau sematamata kasih sayang, ia boleh berubah. Maka dari itu perlu hubungan itu diwujudkan dengan rasa tanggungjawab dan penuh rasa kasih sayang. Dengan campuran ini semoga kehidupan keluarga menjadi taman indah yang didiami oleh insan-insan yang berupaya menilai dan menjaga keindahan dan keharmonian taman. Hubungan yang baik hanya akan wujud jika sekiranya satu konsep pegangan atau aqidah yang kuat terhadap Allah terbukti dengan mengambil berat segala perintah-Nya.

Dalam rumahtangga tidak ada pengawal peribadi yang mengawal seseorang sebagaimana kawalan di jalan raya. Kepatuhan kepada Allah sahaja yang dapat mengawal tindak tanduk manusia. Di sini jelas kepada kita agama memainkan peranan penting dalam kehidupan insan. Tanpa agama manusia akan sengsara walaupun mereka hidup dalam mahligai emas dan perak. Ia adalah perkara utama yang mesti diberi perhatian dalam membangun kehidupan sesebuah keluarga. Ciri-ciri penting Beberapa ciri penting adalah mustahak untuk menjadi pegangan setiap individu di dalam kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa: 1. Sedari diri bahawa anda salah seorang ahli keluarga yang ada peranan, kewajipan dan tidak boleh melepaskan diri daripadanya. 2. Sentiasa baharui azam untuk meningkatkan pengetahuan agama, syaksiah, ilmu pengetahuan ke arah melahirkan insan berkualiti. 3. Suburkan sifat-sifat mahmudah dan kurangkan sifat-sifat mazmumah dalam amalan hidup sehari-hari. 4. Hidupkan sembahyang berjemaah, banyakkan membaca al-Quran dan hidupkan salam di kalangan keluarga.

PENUTUP Peranan anda atau setiap individu dalam keluarga adalah sangat penting. Anda dan keluarga tentunya ingin bahagia dunia dan akhirat. Mereka yang berbahagia ialah mereka yang beriman, sentiasa beramal salih dan sentiasa menjadi manusia penyumbang. Bahagia sebenarnya ada dalam hati dan perasaan manusia. Oleh itu sucikanlah hati, tingkatkan iman dan jadilah insan yang bertaqwa. Hak Muslim: 12 alasan isteri boleh bubar perkahwinan SAYA berkahwin dengan sepupu atas perancangan keluarga. Saya tidak mampu menolak kerana menjadi kebiasaan dalam keluarga untuk menentukan jodoh bagi anak perempuan. Masalah yang saya hadapi ialah suami seorang penagih dadah tegar yang selalu keluar masuk pusat serenti. Saya pernah meminta agar diceraikan kerana berasa sudah tiada kebahagiaan dalam perkahwinan. Tetapi, suami enggan berbuat demikian. Setiap kali suami dimasukkan ke pusat serenti selama dua tahun, segala keperluan saya akan ditanggung oleh ayah kerana saya tidak bekerja. Apakah yang boleh saya lakukan bagi menamatkan penderitaan ini kerana sudah tidak sanggup lagi hidup bersama seorang penagih tegar. Hidayah Tanjung Karang, Selangor. Perkahwinan adalah perkongsian bagi mengecapi kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Jika perkahwinan tidak dapat menjanjikan kebahagiaan, malah mengundang

penderitaan, maka jalan penyelesaian ialah perceraian walaupun ia tidak digalakkan oleh agama. Dalam kes ini, puan sudah meminta agar diceraikan, tetapi suami enggan berbuat demikian. Apa yang boleh puan lakukan ialah memohon cerai fasakh. Fasakh bermaksud pembubaran perkahwinan melalui perintah mahkamah. Puan juga boleh memohon perceraian secara tebus talak atau khulu . Sebelum mengambil keputusan untuk berpisah lebih baik puan memikirkan semasakmasaknya dan mengambil kira kebaikan dan keburukan yang akan timbul di sebalik perceraian itu. Undang-Undang Islam sentiasa memastikan keadilan tanpa mengira jantina walaupun lelaki diberi hak untuk melafazkan talak. Dalam kes ini, sekiranya keputusan untuk bercerai sudah dibuat, ada peruntukan bagi memenuhi hasrat itu walaupun suami enggan melepaskan puan. Puan boleh memohon cerai secara khulu' atau tebus talak berdasarkan Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUKIS) atau perceraian secara fasakh berdasarkan Seksyen 53 EUKIS. Perceraian mengikut Seksyen 49 hanya boleh berlaku apabila puan menawarkan sejumlah bayaran kepada suami sebagai penebusan. Dan apabila suami puan bersetuju, maka mahkamah akan mengarahkan agar suami puan melafazkan perceraian dengan cara penebusan. Perceraian itu adalah bain sughra atau perceraian yang tidak boleh dirujuk. Sekiranya suami puan tidak bersetuju dengan bayaran yang ditawarkan, maka mahkamah boleh menaksirkan satu jumlah yang munasabah dengan mengambil kira taraf dan sumber kewangan kedua-dua pihak. Perlu diingat bahawa perceraian melalui Seksyen 49 hanya akan berlaku apabila wujud persetujuan suami dan kehadiran suami di mahkamah. Sekiranya suami puan enggan melepaskan puan secara tebus talak atau enggan hadir ke mahkamah, puan mempunyai satu lagi pilihan iaitu perceraian mengikut Seksyen 53 EUKIS iaitu secara fasakh. Mengikut peruntukan Seksyen 53 EUKIS, ada alasan yang dibenarkan oleh undangundang bagi lelaki atau perempuan untuk mendapat suatu perintah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh. Antaranya: 1. Tempat beradanya suami atau isteri tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun. 2. Suami cuai atau tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan. 3. Suami atau isteri dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih. 4. Suami atau isteri tanpa sebab yang munasabah tidak menunaikan kewajipan nafkah batin selama tempoh satu tahun.

5. Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati pucuk. 6. Suami atau isteri gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit. 7. Si isteri dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh dan dia menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya. 8. Suami atau isteri menganiaya pasangannya seperti berikut : a) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya. b) Berkawan dengan perempuan jahat atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak. c) Cuba memaksa isteri hidup secara lucah. di) Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu. e) Menghalang isteri atau suami daripada menunaikan kewajipan agamanya. f) Jika suami berpoligami, dia tidak melayan isteri yang berkenaan secara adil mengikut hukum syarak. 9. Suami sengaja tidak menyetubuhi isterinya selama empat bulan dan lebih. 10. Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau keizinan yang diberikan tidak sah kerana paksaan, kesilapan, tidak sempurna akal atau sebab lain yang diakui oleh syarak.. 11. Keizinan daripada isteri yang sakit otak seperti yang dimaksudkan oleh Ordinan Sakit Otak 1952 (Ord.31/52). 12. Dan alasan lain yang diiktiraf oleh syarak bagi membubarkan perkahwinan. Ketidakupayaan untuk melakukan persetubuhan juga boleh menjadi alasan bagi pasangannya mendapat hak membubarkan perkahwinan. Bagi tujuan pembubaran perkahwinan atas alasan dipenjara selama tiga tahun, permohonan hanya boleh dibuat selepas pasangannya itu menjalani hukuman selama setahun. Berdasarkan kepada kes puan, saya dapati puan mempunyai asas untuk memohon perceraian secara fasakh atas alasan suami puan tidak mengadakan peruntukan nafkah selama tempoh tiga bulan dan lebih.

Untuk pengetahuan puan, perbezaan antara perceraian mengikut Seksyen 49 iaitu tebus talak dan Seksyen 53 fasakh ialah beban pembuktian. Sekiranya puan memohon perceraian secara tebus talak, puan tidak perlu membuktikan apa-apa. Apa yang diperlukan ialah persetujuan daripada pihak suami. Jika puan memilih bercerai fasakh, adalah menjadi tanggungjawab puan untuk membuktikan segala dakwaan terhadap alasan yang kemukakan sebagai asas tuntutan. Perkara ini disebut mengikut Seksyen 72 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Dengan penjelasan ini akan dapat memberi puan untuk membuat pertimbangan bagi menyelesaikan kes dan masalah puan. Allahu Ta'ala a'lam... [ Telah diedit oleh: SaLaFiaN pada 10-11-05 20:42 ]

Sememangnya nikah lebih baik dari zina betul juga pendapat rakan-rakan ibu bapa kena faham dan tentunya mahukan yang terbaik untuk anak-anak baik atau buruk kawin lari ni boleh dikatakan bergantung pada keadaan juga. Setiap sesuatu ada sebab dan punca. Perlu ada persefahaman yang baik antara anak dan mak ayah sentiasa suburkan kasih sayang antara ahli keluarga jangan sampai perkahwinan yang sepatutnya direstui jadi yang sebaliknya anak-anak sentiasa perlukan doa dari ibu bapanya dan anak-anak juga perlu sentiasa mendoakan dan memberikan yang terbaik untuk ibu bapanya.

Apa yang berlaku hingga sekarang ini, berkahwin di selatan Thailand merupakan satu jalan keluar untuk mengatasi perkahwinan yang sukar dilakukan di Malaysia kerana terikat dengan Enakmen Pentadbiran Negeri di Malaysia. Fenomena ini terus-menerus berlaku seolah-olah tidak ada jalan penyelesaian yang jelas, dibiarkan seumpama diredai secara tidak langsung. Atau mungkin keadaan yang berlaku sekarang dianggap sebagai satu amalan yang terbaik. Perkahwinan di Malaysia perlu dilakukan dengan syarat-syarat tertentu. Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu mahu berkahwin dengan mudah, mereka berkahwin di selatan Thailand. Perkahwinan di selatan Thailand, atau di mana-mana tempat di luar Malaysia sah hukumnya sekiranya semua syarat yang termaktub dalam undang-undang syarak dilaksanakan. Walaupun demikian perkahwinan tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, iaitu menurut enakmen pentadbiran negeri sekiranya perkahwinan itu tidak didaftarkan. Maka mereka yang terlibat, biasanya melibatkan pihak isteri tidak boleh menuntut kepentingannya menurut mahkamah syariah. Keadaan demikian adalah merujuk kepada mereka yang benar-benar bernikah dengan badan yang diiktiraf oleh jabatan agama yang mengendalikan hal ehwal orang Islam di selatan Thailand. Sekiranya pernikahan itu dilakukan oleh sindiket atau kumpulankumpulan tertentu yang tidak diiktiraf oleh kerajaan iaitu jabatan agama atau sindiket tertentu, yang mencari makan dengan jalan demikian, menjerat mangsa yang telah tersepit, maka pernikahan demikian tidak sah.

Kewujudan sindiket seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa atau nadir. Malah di Malaysia ini sendiri pun, sindiket seperti ini wujud dan banyak orang yang terjebak seperti yang tersiar dalam akhbar-akhbar baru-baru ini. Terlalu malang bagi mereka yang terlibat. Apabila pernikahan tersebut tidak sah menurut syarak, maka hubungan jenis pasangan berkenaan adalah seumpama berzina. Anak yang dilahirkan juga lahir daripada pernikahan yang tidak sah. Apabila ini berlaku, banyak masalah akan timbul yang menyusulinya. Fenomena seumpama ini sebenarnya terus-menerus berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia, yang sukar hendak dikesan diketahui bilangan mereka yang terlibat dan sebagainya. Malah kerajaan negeri di Malaysia ini, hingga sekarang tidak mempunyai persefahaman untuk menyelaraskan perkahwinan seumpama ini dengan jabatan agama di selatan Thailand demi untuk memastikan kesahihan pernikahan di selatan Thailand. Sesungguhnya, Allah s.w.t. tidak mengubah nasib satu-satu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasibnya sendiri. Memang benar, Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui. Dia yang menentukan qadak dan qadar. Namun demikian ketentuan Allah tetap melibatkan perilaku manusia. Di hadapan kita ada nasi. Tidak dapat diterima logik akal sekiranya nasi itu masuk ke dalam mulut dengan sendiri kalau tidak disuap oleh tangan ke dalam mulut biarpun tidak mustahil boleh berlaku dengan kehendak Allah. Sememangnya nikah lebih baik dari zina betul juga pendapat rakan-rakan ibu bapa kena faham dan tentunya mahukan yang terbaik untuk anak-anak baik atau buruk kawin lari ni boleh dikatakan bergantung pada keadaan juga. Setiap sesuatu ada sebab dan punca. Perlu ada persefahaman yang baik antara anak dan mak ayah sentiasa suburkan kasih sayang antara ahli keluarga jangan sampai perkahwinan yang sepatutnya direstui jadi yang sebaliknya anak-anak sentiasa perlukan doa dari ibu bapanya dan anak-anak juga perlu sentiasa mendoakan dan memberikan yang terbaik untuk ibu bapanya. Wassalam..

Das könnte Ihnen auch gefallen