Sie sind auf Seite 1von 7

KEGAGALAN KOMUNIKASI ANTARA GURU DAN PELAJAR TEORI PEMUSATAN INSAN

Komunikasi didefinisikan sebagaikan penyampaian maklumat,informasi atau ideologi dari seorang individu ke individu yang lain. Memandangkan guru bertanggungjawab sebagai penyampai ilmu, kegagalan berkomunikasi mampu menggugat potensi pelajarnya. Masalah komunikasi boleh berpunca daripada keadaan emosi, tahap pengetahuan serta keadaan persekitaran guru terbabit

Teori Pemusatan Insan diasaskan oleh Dr. Carl Rogers. Teori ini menekankan bahawa semua manusia mempunyai keinginan atau abiliti untuk mencapai gaya hidup yang lebih stabil atau kongruen. Oleh itu, kaunselor tidak akan memberi sebarang bentuk nasihat atau arahan kepada klien tetapi menanyakan beberapa bentuk soalan agar klien mampu berfikir sendiri cara penyelesaian masalahnya.

Walaubagaimanapun,teori ini tidak dapat dibuktikan kebersanannya kerana tiada kayu ukur yang jelas untuk kejayaan klien. Teori ini dipraktikkan di serata dunia dengan nama PersonCentred Councelling.
DR CARL ROGERS

Masalah komunikasi selalu terbentuk apabila guru tidak berusaha memahami muridnya. Pelajar yang bermasalah akan dihukum dan dipandang serong, tanpa guru itu berfikir bahawa pelajar itu masih mempunyai keinginan untuk berubah menjadi lebih kongruen(berdasarkan teori pemusatan insan). Guru juga bertindak memberi arahan dan nasihat tanpa mendalami dahulu masalah pelajar itu, menjadikan arahan terbabit sukar diterima dan memburukkan lagi komunikasi dua hala antara guru dan pelajar terbabit.

Bagi membolehkan seseorang pelajar itu berkembang dengan positif,guru hendaklah mempraktikkan teknik-teknik ini: @Penerimaan tanpa syarat @Empati @Ketulenan

Das könnte Ihnen auch gefallen