Sie sind auf Seite 1von 2

MOHD HILMI BIN MOHD SALLEH (109710) Projek Sedetik bersamamu ini merupakan satu cabaran baru kepada

saya. Ini disebabkan saya perlu berhubung dengan masyarakat untuk meningkatkan sosialisasi saya dengan masyarakat. Walaupun pada awalnya, saya menjangkakan projek ini sesuatu yang mudah, namun sebebnarnya dalam menyelesaikan projek ini saya merasakan cabaran sebenar yang betul-betul menduga dan luar biasa. Kumpulan saya memberi nama kepada projek yang kami laksanakan sebagai Sedetik Bersamamu. Saya ditugaskan untuk menyediakan bahan grafik dari internet yang akan dijadikan bahan untuk slot pertandingan wewarna. Dari pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar yang sesuai untuk dijadikan bahan untuk pertandingan mewarna bagi kanakkanak berumur lima hingga 12 tahun. Saya juga ditugaskan untuk menjadi fasilitator untuk pertandingan mewarna. Pada perancangan awal pertandingan mewarna adalah untuk murid-murid Pusat Tuisyen Rohingya yang berumur 5-10 tahun. Namun, rancangan ini terpaksa diubah dimana semua murid lelaki sahaja yang akan menyertai pertandingan mewarna manakala murid perempuan menyertai kursus pendek origami. Hal ini kerana saya dan ahli kumpulan mendapati keadaan akan menjadi tidak terkawal sekiranya murid lelaki menyertai origami kerana mereka suka bermain. Alhamdulillah, akhirnya pertandingan mewarna dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Semasa projek dijalankan ada beberapa kengkangan yang saya dan ahli kumpulan antaranya kerenah kanak-kanak yang sukar untuk dikawal. Hal ini menyukarkan untuk saya dan ahli kumpulan melakukan aktiviti yang dirancang. Namun saya belajar sesuatu semasa projek sedetik bersamamu dijalankan iaitu bagaimana untuk mengawal dan mendisiplinkan murid-murid. Sebenarnya, projek ini telah membuka mata saya bahawa cabaran yang berada di luar tidak sama dengan apa yang saya fikirkan. Dengan selesainya projek ini, ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai tanggapan saya terhadap hubungan guru dengan masyarakat. Projek ini mejadikan saya seorang yang teliti dengan cabaran diuar dan mempunyai sikap memahami latar belakang masyarakat. Sikap prihatin dan penyayang juga dapat disemai dalam diri dimana saya tahu masih ramai lagi yang kurang bernasib baik di luar sana. Pengalaman ini akan memandu saya untuk menghadapi cabaran diluar bersama masyarakat dan akan dipraktikkan semasa menjadi guru kelak.

Das könnte Ihnen auch gefallen