Sie sind auf Seite 1von 13

JBEA 1103 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR ROHAIDAH BINTI HARON

TAJUK : KREDIBILITI PENGGUNAAN BAHASA DALAM SIARAN BERITA DI SALURAN TELEVISYEN SURIA (SINGAPURA)

HASIL TUGAS NO. MATRIK JEB 120701 NAMA MUHAMMAD AIDIL BIN ISHAK

TARIKH HANTAR : 15 Ogos 2013 Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur 2012/2013

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan ..................................................................................................................... 1 2.0 Sorotan Literatur ........................................................................................................... 2 3.0 Permasalahan Kajian ..................................................................................................... 3 5.0 Batasan Kajian ............................................................................................................... 5 6.0 Subjek Kajian ................................................................................................................. 5 7.0 Kepentingan Kajian........................................................................................................ 5 8.0 Teori ............................................................................................................................... 7 9.0 Metodologi Kajian ................................................................Error! Bookmark not defined. 10.0 Kajian Rintis ................................................................................................................. 7 11.0 Definisi Operasional...................................................................................................... 9 12.0 Penutup......................................................................................................................... 9 Bibliografi ............................................................................................................................. 1

1.0 Pengenalan Meskipun pada era teknologi ini, komunikasi telah berkembang dan bercambah dengan bantuan media teknologi telekomunikasi yang pelbagai, namun televisyen masih mengekalkan profilnya sebagai peneraju pemasyarakatan bahasa Melayu di Singapura. Saluran Suria merupakan satu-satunya saluran perdana dalam bahasa Melayu dan dianggap masyarakat sebagai wadah pemekaran dan pemasyarakatan bahasa ibunda. Namun, persoalannya ialah sejauh manakah kredibiliti bahasa yang digunakan oleh saluran itu sebagai pelopor penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Istilah kredibiliti yang dimaksudkan dalam kajian ini melampaui maksud boleh dipercayai dan boleh diharap (seakan maksud perkataan reliable dalam bahasa Inggeris). Kredibiliti yang dimaksudkan dalam kajian ini lebih cenderung kepada pemerian sesuatu yang diiktiraf cekap dan diyakini sebagai pegangan umum. Peranan Suria pernah ditegaskan oleh Encik Masagoes Zulkifli, Setiausaha Kanan Kementerian Pendidikan Singapura sebagai saluran Melayu tempatan Suria memainkan peranan yang penting dalam menyokong pembelajaran dan penggalakan penggunaan bahasa Melayu di Singapura. Ini selaras dengan dasar dwibahasa pemerintah

Harus juga diakur bahawa agak mustahil bagi saluran tersebut untuk menghasilkan dan menayangkan sejumlah rancangan yang benar-benar patuh kepada acuan pembakuan kosa kata dan istilah dalam bahasa Melayu. Dalam menepati kehendak audien, rancangan bersifat hiburan dan lakonan sememangnya menampilkan degradasi dan ketidakseragaman bahasa, atau lebih dikenali sebagai bahasa pidgin /bahasa rojak. Namun siaran berita dan beberapa dokumentari di saluran Suria merupakan antara rancangan yang cuba mengekalkan penggunaan bahasa baku secara konsisten. Berita Jam 8 di saluran Suria merupakan suatu inisiatif pembasmian kerancuan bahasa. yang sejak kebelakangan ini begitu ketara di dalam media cetak seperti akhbar Berita Harian (Singapura) , Berita Jam 8 di Saluran Suria merupakan satu-satunya indikasi bahasa yang berpotensi menepati fungsi,laras dan penggunaannya secara baku.

Penyampaian berita di televisyen yang bersifat audio visual

berserta sari kata (subtitle)

memberikan impak yang lebih mendalam kepada audien. Menurut Van Lommel, Laenen dan dYdewalle (2006), sarikata yang terdapat dalam program di kaca televisyen membantu penonton untuk menguasai kosa kata bahasa asing. Hal ini berlaku kerana program di televisyen mengandungi urutan gambar, kesan bunyi dan sari kata. Dalam kajian tersebut, didapati bahawa penonton meluangkan lebih banyak masa membaca sari kata meskipun sari kata itu ditulis di dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Ini menunjukkan betapa berkesannya penggunaan sari kata dalam meningkatkan penguasaan bahasa seseorang dan potensinya sebagai bahan pengajaran yang berkesan.Sehubungan itu, makanya segala penggunaan bahasa yang terdapat pada keseluruhan rancangan berita haruslah dipantau agar menepati fungsi pengajaran tersebut.

Justeru , kertas ilmiah ini bertujuan untuk meneliti dan mengesan sejauh mana kredibiliti pengunaan bahasa yang terdapat dalam suntingan berita Jam 8 di Saluran Suria, dari segi tatabahasa dan larasnya, sejajar dengan iltizam sebagai pemerkasa penggunaan bahasa Melayu di Singapura. Adalah menjadi suatu harapan agar dengan maklumbalas yang terdapat dalam kajian ini, berita Bahasa Melayu di Saluran Suria dapat membimbing pengguna bahasa dengan wacana yang kredibel di Singapura dan serantau.

2.0 Sorotan Literatur Dalam jana mengekalkan kewibawaan dan keberkesanan dalam mencerminkan penggunaan bahasa yang baik , Berita Jam 8 Suria harus menepati unsur-unsur penting dalam bahasa seperti sebutan baku dan betul dalam penggunaan bahasa semasa

penyuntingan isi berita. Pitchay Abdul Ghani mengatakan bahawa: Masyarakat harus yakin akan keperluaan penggunaan bahasa(yang betul) dan sebutan baku di Singapura. Sebaliknya jika wadah ini dieksploitasi untuk menyampaikan mesej penggunaan bahasa Melayu Baku yang baik dan betul , ia pasti mendapat sambutan daripada para pengguna bahasa Melayu yang kini 2

lebih yakin bahawa usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah penggemblengan semua lapisan masyarakat (Pragmatik Bahasa Melayu Baku di Media Massa Singapura)

3.0 Permasalahan Kajian Para audien di Singapura didedahkan kepada penggunaan bahasa Melayu melalui media massa tempatan khususnya akhbar Berita Harian, saluran TV12 Mediacorp Suria, siaran radio Warna 94.2FM dan siaran radio RIA 89.7FM. Setiap daripada media massa tersebut menampilkan program-program dan rancangan yang memperlihatkan penggunaan bahasa secara bertulis ataupun lisan. Apabila diteliti sumber penggunaan bahasa Melayu dalam media-media massa tersebut, rancangan berbentuk dokumentari dan berita merupakan sumber bagi audien

mendapatkan contoh penggunaan bahasa yang baku dan betul. Pengaruh bahasa Melayu dalam ayat-ayat yang disunting dan disebut secara lisan dalam sesebuah rancangan berita bukan sahaja memperlihatkan laras bahasa berita tersebut, malah dapat menunjukkan kredibiliti penggunaan bahasa dalam rancangan tersebut. Berita Jam 8 di saluran Mediacorp Suria dijadikan sampel kajian kerana, ia dapat menampilkan berita yang tidak diringkaskan dan diberitakan secara penuh . Terdapat juga subtitle bagi berita yang disampaikan dan dapat digunakan sebagai transkrip bagi meneliti bahasa yang dapat digunakan.Permasalahan pertama yang ingin diterapkan oleh kajian ini tertumpu kepada analisis bahasa yang yang digunakan semasa berita itu disampaikan.Sebagai peneraju penggunaan bahasa yang baku dan betul, kajian berkenaan kredibiliti penggunaan bahasa dalam penyampaian berita ,dapat memberi indikasi sejauh mana penyuntingan berita tersebut mengikut nahu dan tatabahasa yang sewajarnya.

Permasalahan kedua yang seringkali bangkit daripada persekitaran pengguna bahasa di Singapura ialah kaedah direct translation atau terjemahan langsung yang disebabkan oleh interferensi atau gangguan yang hadir daripada penggunaan bahasa Inggeris. Terdapat penterjemahan istilah secara terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris yang dapat dihuraikan semasa kajian ini. 3

Para audien yang menonton berita di saluran didedahkan dengan pelbagai ragam bahasa Melayu. Berita Jam 8 Suria sewajarnya menyajikan penggunaan bahasa yang baik .Atas dasar tersebut, maka adalah sewajarnya analisis kredibiliti penggunaan bahasa dijadikan kayu ukur ketepatan dan kebolehpercayaan bahasa yang digunakan dalam rancangan berita tersebut. Anggapan dasar yang dapat dibuat terhadap kajian ini ialah kemungkinan terdapatnya kesalahan penggunaan bahasa dalam penyampaian berita di Saluran Suria. Kesalahan tersebut secara umumnya dijangka akan mempengaruhi kredibitili penggunaan bahasa dalam penyuntingan berita untuk siaran televisyen). Justeru, media penyiaran seperti Saluran Suria, perlu sentiasa memastikan penggunaan bahasa Melayu yang baku dalam siaran berita dan wajib terus memantau serta sentiasa membetulkan kesilapan bahasa sekiranya ada. Aspek pencemaran bahasa, penggunaan bahasa rojak, serta kesalahan tatabahasa dan sisipan bahasa asing dalam siaran berita haruslah diberi perhatian.

4.0 Objektif Kajian Dalam kajian ini, objektif umum adalah untuk mengenalpasti krebiliti penggunaan bahasa Melayu dalam siaran berita. Sehubungan itu, objektif khusus adalah meneliti penggunaan bahasa yang betul berdasarkan aspek kesantunan,nahu.Penelitian tersebut juga mengesan dapatan yang merujuk kepada percampuran bahasa ,sebutan dan penggunaan bahasa bahasa (kolokialisme).

Menganalisis bentuk bahasa (morfologi dan sintaksis) yang dihasilkan dalam siaran berita selama sebulan.

Meneliti tahap penggunaan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam media penyiaran di stesen televisyen awam dan swasta daripada aspek kuantiti dan kualiti.

Mengemukakan bahasa Melayu

cadangan yang baik

penambahbaikan dan betul dalam

untuk media

pemantapan penyiaran berita

penggunaan di stesen

televisyen awam.

5.0 Batasan Kajian Kajian ini memfokus kepada penggunaan bahasa semasa penyampaian berita yang dinilai dalam dua ragam, iaitu lisan dan tulisan dalam rancangan di saluran televisyen Suria (Singapura), Ragam lisan merujuk kepada bahasa pengacaraan, penyampaian berita dan ulasan selari yang dinilai daripada lima aspek kebahasaan, iaitu sebutan,bahasa kolokial (bahasa basahan), percampuran bahasa,kesantunan,dan nahu. Ragam tulisan merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk sari kata yang ditayangkan semasa siaran berita tersebut.

Selanjutnya, data kajian ini dikumpulkan daripada transkripsi daripada penyampaian berita yang disiarkan di antara bulan Jun dan Ogos 2013. Data yang terkumpul dalam tempoh tersebut digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri laras bahasa media, tatabahasa dan analisis bahasa secara umum.

6.0 Subjek Kajian Subjek kajian merupakan siaran Berita Jam 8 yang dirakam sepanjang sebulan lamanya. Setiap rakaman berita adalah selama 20- 23 minit diselangi iklan dan berita cuaca. Premis penyeledikan ini tertumpu kepada data/sampel yang dikumpul daripada penyampaian berita dalam kadar masa yang telah ditetapkan. Data tersebut dipilih berdasarkan prinsip persampelan bertujuan untuk mengesan ciri-ciri tertentu yang terdapat sekumpulan subjek itu.

7.0 Kepentingan Kajian Setiap laporan berita pada hakikatnya dapat dibezakan dan digolongkan berdasarkan jenis atau ciri bahasa yang digunakan dalam penyampaian berita tersebut. Pendengar 5

berita tentunya melalui proses mengenal pasti kaedah atau cara penggunaan bahasa dalam penyampaian laporan berita tersebut. Penggunaan bahasa memberi kesan langsung terhadap isi kandungan laporan berita yang diperoleh di siaran berita tersebut.

Maka, analisis laporan berita merupakan suatu kajian yang mustahak seperti mana yang didakwa oleh Werner Konitzer (1999:79)

Media merupakan sistem yang berupaya mempengaruh cara kita melihat semantik. Memahami maksud yang terbit dari perilaku yang tercakup dalam media tersebut merupakan sebahagian daripada memahami bahasa (Werner Konitzer)

Meskipun dakwaan tersebut memperlihatkan kepentingan laras bahasa media secara khusus, namun hasil penelitian ini sememangnya berhubung kait dengan kajian-kajian dalam bidang yang sangat akrab dengan bidang pengajian bahasa.

Kajian ini dijalankan kerana kepentingan-kepentingan berikut:

1. Hasil penyelidikan ini dapat menjelaskan kredibiliti, yang merujuk kepada kekuatan dan kelemahan penggunaan bahasa dalam penyiaran berita di saluran Suria. Dengan demikian kajian ini dapat membantu pihak Mediacorp dan penyunting berita merancang piawai yang dapat memastikan bahasa yang disiarkan adalah baik dan betul.

2. Kajian ini dapat menolong pihak-pihak tertentu di kalangan pengamat bahasa, aktivis bahasa, terutama pihak yang terlibat dengan penyusunan bahan berita dalam kajian dan laporan yang bakal mereka lakukan kelak. 6

3. Kajian ini dapat bertindak sebagai laporan penjaminan kualiti penyampaian berita agar berita jam 8 terus menjadi nadi pelestarian dan pemerkasaan bahasa di Singapura.

8.0 Teori dan Metodologi Kajian Kerangka kerja teoretis bagi tujuan kajian ini cuba mengelak daripada terjebak dalam sesuatu analisis yang tidak menyakinkan, terutama sekali apabila analisis bahasa tersebut dilakukan dengan kaedah kajian yang tidak sesuai atau lemah. Hakikatnya, sesuatu analisa terhadap bahasa dalam media sering menimbulkan kekeliruan atau bersifat stereotaip.Ini merupakan fenomena kajian yang amat sukar untuk dielakkan.Namun bagi menghasilkan suatu dapatan yang bermanfaat ,adalah wajar pendekatanan statistik diterapkan dalam proses perbandingan terhadap perbezaan hasil atau keputusan daripada analisis data yang diperolehi .

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis teks atau analisis kandungan. Transkripsi siaran berita dikumpul dan didaftarkan sebagai data kajian. Teknik analisis kandungan digunakan untuk meneliti kuantiti dan kualiti tahap penggunaan bahasa Melayu dalam siaran berita di saluran televisyen yang terpilih. Tempoh penelitian dibuat dalam tiga fasa bermula dari Jun 2013 sehingga Ogos 2013. Fasa pertama melibatkan perancangan dan penyediaan alat/sampel, fasa kedua pula melibatkan kerja-kerja pengumpulan data manakala fasa terakhir melibatkan kerja-kerja penganalisisan dan penyediaan laporan.

Analisis

dijalankan menggunakan kaedah pengumpulan dan analisis data melalui korpus.

Menurut Hartman dan James (1998:30) , korpus merujuk kepada koleksi sistematik yang mendokumenkan ciri-ciri penggunaan sesuatu bahasa atau variasi bahasa. Kennedy (1998 :1) pula mengatakan bahawa korpus merupakan satu badan teks bertulis atau ucapan bertranskripsi yang boleh berfungsi sebagai asas untuk analisis dan deskripsi linguistik. Kajian ini akan menggunakan teks-teks berita daripada media dalam 1.6 sebagai korpus. 7

Peringkat-peringkat kajian yang dijalankan ialah seperti berikut 1. Kajian Kepustakaan 2. Pengumpulan dan pemilihan data yang terkumpul 3. Klasifikasi data yang telah dipilih 4. Analisis tatabahasa 5. Rumusan hasil kajian

Sampel Kajian Sampel dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan dan pensampelan gugusan. Ini berdasarkan kepada pendapat Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive Sampling) merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih berdasarkan objektif kajian. Sehubungan itu , pensampelan gugusan (Cluster Sampling) pula merujuk kepada prosedur kajian yang tertumpu kepada analisis kelompok.

Pengumpulan Data Rakaman 30 minit sehari dijalankan untuk tempoh 30 hari. Data kuantitatif diambil daripada penelitian kepada transkripsi berita yang disampaikan.

10.0 Kajian Rintis Satu penilaian kualitatif rintis dijalankan untuk mengumpul datan dan mengesan aras kepatuhan generik transkripsi penyampaian berita terhadap tatabahasa. Kajian rintis ini melibatkan sampel rawak yang diambil daripada siaran berita. Indeks ketepatan digunakan sebagai senarai semak dalam menentukan aras kepatuhan generik. Apabila dianalisa transkripsi berita tersebut, hasil dapatan menunjukkan aras kepatuhan kepada nahu dan tatabahasa yang agak tinggi.Melalui kajian rintis ini , pengkaji dapat mengesan aras kepatuhan tatabahasa yang ada pada siaran berita di saluran Suria.

Meskipun

secara

zahirnya,

soal

selidik

telah

memperlihatkan

dapatan

yang

memperlihatkan ketepatan penggunaan bahasa, namun kebolehpercayaan instrumen yang digunakan untuk analisa telah diubah agar dapat menguji keobjektifan dan memberi keputusan yang tekal dan tepat. Perkara ini dapat dilihat pada acuan analisis yang diterapkan dan dipaparkan dalam bahagian definisi operasional.

Hasil kajiin ini juga mendedakan persepsi audien juga terhadap kepentingan kajian. Tinjauan telah dilakukan kepada hampir 100 responden dalam survey yang dijalankan menerusi internet. Tinjauan tersebut mendedahkan bahawa sebahagian besar responden ingin bahasa yang digunakan dalam siaran berita dianalisa dan diselidik menerusi sebuah kajian khusus. Pada waktu yang sama, responded melihat kajian seperti ini menjadi mekanisme penambahbaikan bahasa dalam media televisyen.

11.0 Definisi Operasional Secara khususnya, analisa kajian ini bertolak menggunakan teori asas analisis laras yang bersifat sosiolinguistik saranan yang diperkenalkan oleh Ure dan Ellis (1977,1982) . Acuan analisis tersebut telah diubahsuai untuk tujuan kajian ini agar ia memperlihatkan ketepatan konsep-konsep bahasa yang digunakan dalam penyuntingan berita untuk siaran Suria. Pada waktu yang sama , acuan tersebut digabungkan dengan acuan analisa ketepatan tatabahasa, demi menghasilkan sebuah dapatan yang konkrit.

Linguistik

Situasi

Kosa kata Struktur Ayat

Makna

Situasi luaran

Persekitaran

Meskipun kajian ini menjurus kepada tatabahasa dan nahu, aspek laras penting kerana berhubung rapat dengan berita yang menyampaikan perihal dimensi masa dan sosial. Oleh demikian ,kajian ini mendedahkan maksud perkataan yang digunakan dalam siaran berita berserta situasi penggunaan perkataan tersebut, sama ada ia sesuai ataupun sebaliknya.

12.0 Penutup Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang penyiaran di Singapura menekankan peri pentingnya bidang penyiaran Bahasa Melayu sebagai salah satu sektor yang memberikan sumbangan besar dalam pengukuhan jati diri dan citra Bahasa Melayu. Secara khusus, penyampaian Berita di saluran Suria tampak yakin penggunaan sebutan Baku . Berdasarkan analisis terhadap struktur bahasa yang digunakan dalam transkripsi berita,kajian mendapati bahawa berita di televisyen Suria dapat dianggap sebagai model-model system bahasa. Demi pembaikan jangka

panjang,saranan kajian ini ialah perlu adanya sebuah jawatankuasa pemantau bagi memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat di dalam penyiaran secara konsisten.Apatah lagi dalam bidang kewartawanan dan penyampaian berita,yang meletakkan bahasa sebagai infrastruktur paling penting. Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) seharusnya mengambil iktibar daripada Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah melancarkan Buku Garis Pandu Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Media Mass. Dedikasi dan pencernaan pemikiran dalam penggunaan bahasa yang tepat akan memastikan bahasa dapat dilestarikan dan digunakan sebaik mungkindi Singapura

10

Bibliografi Kothari, Brij (2000). Same Language Subtitling on Indian Television. Rowman & Littlefileld Publishing Group. Lomham, Maryland. Van Lommel,S., Laenan, A dan dydewalle, G. (2006). Foreigngrammar acquisition while wathcing subtitled television programmes in British Journal of Educational Psychology, Britain Mohd Rajib Ab Ghani dan Faridah Ibrahim.Objektiviti bahasa dalam kewartawanan Universiti Kebangsaan Malaysia

Gaya Dewan Edisi Ketiga, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haslina Hj. Hassan & Ann Wan Seng, 1995. Wanita dan Perkahwinan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Pijin Dan Bahasa Kasar dalam Acara TV Indonesia oleh I Wayan Pastika (2008) dlm Jurnal e-Utama ,Jurnal Elektronik ,Jabatan Bahasa Dan Kebudayaan Melayu, Institut Pendidikan Nasional Singapura. Halliday, M.A.K., McIntosh, M., & Strevens, P. (1964). The Linguistic Sciences and Language Teaching. London:Longman. Kennedy, G (1998). An Introduction to Corpus Linguistics. Harlow: Addison Wesley Longman Limited. Mohamed Pitchay Ghani,Evolusi Bahasa Melayu 2000 Tahun Dari Zaman Purba ke Budaya Elektronik, Universiti Pendidikan Sultan Idris Chua Yan Piau, Asas Statistik Penyelidikan ,Pekanbuku, Kuala Lumpur

Das könnte Ihnen auch gefallen