Sie sind auf Seite 1von 15

DRAF PERTAMA

TAJUK: Ketinggian bidang terjemahan sebagai manifestasi bangsa yang berilmu.

Pengenalan Abdullah Hassan pernah mengatakan bahawa tiada peradaban yang membina tamadun tanpa kepustakaan.Pada waktu yang sama,tiada bangsa di dunia ini yang membina tamadun berilmu dalam bahasa peradaban bahasa yang lain. Setiap bangsa ,mula membina peradaban mereka atas kepustakaan mereka sendiri . Gambaran tersebut dapat membayangkan betapa besar sumbangan penterjemahan kepada kepustakaan ini akan lantas menjadi manifestasi bangsa yang berilmu.Tatkala dalam jana menghuraiakan bidang terjemahan dan peranannya sebagai pemangkin budaya ilmuan, haruslah kita pertama sekali meneliti beberapa teori yang mentakrifkan bidang tersebut .

Teori-teori penterjemahan Sebagai sebuah bidang yang mampu berdiri sebagai sebuah bidang ilmu alam tersendiri, terdapat tujuh teori penterjemahan yang diperakui

penerjemah profesional. Antaranya ialah teori penterjemahan mutlak yang menterjmah karya sumber kepada teks sasaran tanpa sebarang penambahan mahupun adaptasi ,baik dari segi mesej mahupun bentuk teks.

Kedua,merupakan penterjemahan abstrak, yakni teknik yang meringkaskan semua warta dan mesej dalam teks sumber untuk memudahkan pembaca sasaran mengetahui maklumat asal dengan pantas dan segera. Satu pendekatan alternatif yang bersifat radikal dalam penterjemahan karya sastera. Pendekatan ini dilakukan untuk menampung kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam teks sumber karya sastera tersebut., penterjemahan melibatkan pengalihan pesanan teks bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran.

Teknik-teknik tersebut merupakan pertimbangan yang mendalam yang dilakukan oleh para penterjemah ,meskipun kepada audien secara

umum,penterjemahan itu adalah proses pengalihan erti untuk membantu pembaca teks bahasa sasaran dalam memahami pesanan yang dimaksudkan oleh penulis asli teks bahasa sumber. Tugas pengalihan ini menempatkan penerjemah pada posisi yang sangat penting dalam menyebarluaskan ilmu pengetahuan. Apabila seseorang menerjemahkan suatu teks, dia tidak hanya mengalihkan pesanan tetapi juga budaya. Ilmu pengetahuan difahami sebagai induk daripada budaya ilmu, secara tidak langsung penerjemah turut serta dalam proses alih budaya.Proses pengalihan pesan teks bahasa sumber dipengaruhi oleh budaya penerjemah, yang tercermin daripada cara dia mendalami, memahami, memandang, dan mengungkapkan pesan itu melalui bahasa yang digunakan.Dorongan tersebut merupakan penentu kepada maksud sebernar atau motif yang ingin dicapai oleh penerjemah .

Namun, sejauh manakah peranan penterjemahan menambah nilai kepada pembangunan sesebuah bangsa yang berilmu. Apabila ilmu pengetahuan ditempatkan sealiran dengan kepentingan pemindahan budaya, secara tidak langsung penerjemah turut serta dalam proses alih budaya.Pemikiran seperti ini menempatkan penterjemahan sebagai suatu alat yang memajukan keintelektualan yang sangat berkuasa.Ia mampu mengubah pemerian ilmu sesuatu kaum atau bangsa,melalui penerapan karya ilmu budaya secara serentak.

Keunggulan Bidang Penterjemahan Seperti mana yang dipertkatakan oleh Abdullah Hassan,bahawa pembinaan ilmu bermula daripada asas ilmu yang masuk dan diterima oleh sesebuah tamadun melalui terjemahan. Para cendikiawan di awal tamadun melayu, belajar daripada meniru. Ini merupakan tahap yang paling genting dalam pemerolehan dan pembinaan ilmu kerana daripada meniru, mereka

mempelajari cara mencipta kitaran ilmu tersebut.Para ilmuan setempat memandang tinggi kepada kaya-karya ahli Ilmuan Islam yang sangat luas cakupan bidang keahliannya. Mereka meletakkan sarjana tersebut sebagai

keunggulan ilmu yang patut dicontohi .Kehebatan Ibnu Sina, sebagai contoh, sebagai falsafah dan ahli matematik. Para penterjemah awal di Tanah Melayu bukan sahaja ahli kepada hal yang mereka terjemahkan ,bahkan mereka mempunyai obsesi mencari ilmu daripada kitab yang mereka

terjemahkan.Setiap kali mereka menulis terjemahan karya ilmu,peradaban dibangunkan kerana tanpa ilmu bertulis ,tiadalah peradaban.Peradaban yang dibangunkan itu adalah peradaban baru yang berubah daripada kuno sebelumnya.

Peranan penterjemahan dalam sejarah Perkembangan Ilmu di Tanah Melayu.

Penterjemahan merupakan suatu daripada instrumen yang penakatan sesebuah bangsa yang berilmu.Sejarah penterjemahan di Malaysia , Kassim Sejarah Penterjemahan di Malaysia Berdasarkan penulisan oleh Kassim (1991) dan Muhd. Mansor (1991), susur galur penterjemahan dapat dibincangkan berdasarkan tempoh-tempoh penting yang dapat dibahagikan kepada zaman-zaman tertentu. Tidak terkecuali zaman pramoden cerita yang memperkenalkan karya saduran dari India dan Semenanjung Arab serta terjemahan kitab agama merupakan ciri-ciri penting hasil terjemahan pada zaman ini. Secara ia bukanlah karya terjemahan secara menyeluruh ,namun ia memperagakan idea penterjemahan awal yang bersifat saduran. Antara hasil yang disadur daripada tamadun India ialah Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma dan Hikayat Si Miskin. Hikayat Dhul Karnain, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Bayan Budiman pula merupakan saduran daripada tamadun Arab

Zaman Kegemilangan Melaka Zaman Kegemilangan Melaka adalah titik tolak sejarah penterjemahan di

Tanah Melayu Sejarah penterjemahan kerana dikatakan pada zaman itulah bermula kedatangan kuasa asing ke alam Melayu.Bagi memenuhi keperluan kuasa asing ini di tanah Melayu, maka penterjemahan dilakukan.Kedatangan kuasa asing ini bukan sahaja membawa pengaruh bahasa, namun turut

membawa agama mereka. Oleh yang demikian,pada zaman kemasukan agama Hindu,Buddha dan Islam, mereka mereka telah menterjemahkan kitab-kitab Mahabratha dan Ramayana serta Al-Quran ke dalam bahasa Melayu walaupun hanya secara lisan. Penterjemahan pada zaman ini ditandakan oleh peristiwa Sultan Alauddin Riayat Shah yang menitahkan Bendaharanya Tun Seri Lanang pada kira-kira TM 1612 untuk membaiki kitab dari Goa. Walaupun aktiviti terjemahan berlaku, namun skalanya agak terbatas.

Dalam masa yang sama, pada awal abad ke-20 telah berlakunya pertembungan bahasa dan budaya. Pertembungan bahasa ini telah menyebabkan timbulnya masalah dalam berkomunikasi antara pendatang dan rakyat tempatan. Keadaan ini telah menyebabkan pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu mula menggunakan buku terbitan berbentuk terjemahan sebagai panduan bagi mereka menguasai bahasa Melayu demi kepentingan pentadbiran. Keperluan timbul terhadap penterjemahan bagi membolehkan penjajah berinteraksi dengan kepala desa, di samping dapat membantu penjajah menyemai dan menyebarluas ideologi mereka kepada penduduk tempatan. Pada zaman ini penterjemahan turut berperanan menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan dilakukan melalui penterjemahan buku cerita dan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran, perundangan dan peraturan sesebuah negara. Dengan memperkenalkan beberapa teknologi moden seperti alat mencetak, kapal api dan lain-lain telah menjadi sumber utama perkembangan bahasa Melayu moden kerana penyebaran secara meluas boleh dilakukan untuk mengembangkan bahasa Melayu itu sendiri. Natijahnya apabila kerja pencetakan dimulakan dalam arena kitab keagamaan tersebut, kaedah pencetakan karya mula berkembang kepada genre-genre yang lain di Tanah Melayu. Maka bahasa Melayu berupaya menghasilkan penambahan ilmiah.

Zaman 1920an dan 1930an Perkembangan terjemahan pada zaman tersebut ditingkatkan lagi dengan

tertubuhnya Pakatan Belajar Pengetahuan Bahasa di Johor, sekitar tahun 1888 .Pengasas pertubuhan tersebut ialah Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan juga Dato Ibrahim Munsyi. Kegiatan terjemahan pada tahun-tahun tersebut ,tertumpu kepada karya dan buku ilmu pengetahuan khusus untuk kegunaan pentadbiran dan kegunaan umum dalam Bahasa Melayu melalui terjemahan kepada Bahasa Indonesia dan Bahasa Arab.Penubuhan Sultan Idris Training College,Malay Womens Training College di Melaka dan Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris College pada akhir 1920an menyambut kepesatan bidang penterjemahan dalam

menambah nilai kepada kepustakaan pada waktu itu.Antara karya sastera yang berjaya diterjemahkan ialah buku-buku pengembaraan seperti Lions of Uganda, Coral Island, Treasure Island, Robin Hood, cerita-cerita Sherlock Holms serta beberapa padanan prosa drama Shakespeare oleh Pendita Zaba. Tahun-tahun 1930an juga turut memperlihatkan sumbangan oleh Sheikh Idris al-Marbawi dalam bidang terjemahan. Kerajaan Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu mula menghantar pelajar mereka ke Mesir, Arab Saudi dan Lubnan untuk belajar. Pelajar-pelajar ini telah mengusahakan majalah AlIslam dan seruan Al-Azhar dan semakin banyak terjemahan tentang pengetahuan am dan novel daripada bahasa Arab dilakukan. Cerita-cerita Rokambul turut disiarkan secara bersiri oleh akhbar Saudara pada awal 1930an. Dalam tempoh ini juga dilihat Allahyarham Dato Onn Jaafar memimpin Lembaga Melayu di Singapura dan telah menghasilkan terjemahan cerita 1001 daripada naskhah Inggeris. Zaman Penjajahan Jepun Zaman peperangan yang tidak menentu itu menyebabkan kegenjotan kepada kegiatan memperkaya karya terjemahan. Pemerintahan Jepun yang kurang senang dengan apa sahaja yang berbau Inggeris menyebabkan aktiviti terjemahan pada zaman ini tidak begitu penting. Walaupun begitu terdapat juga penerbitan Jepun yang menggunakan Bahasa Indonesia. Tahun 1960an

Tahun-tahun berikut selepas perang yang

memperlihatkan Oxford

University Press mula menterjemahkan siri Sastera Timur dan Barat yang merangkumi novel-novel yang terkenal oleh pengarang- pengarang Eropah dan Asia. Asraf Hj. Wahab merupakan orang yang bertanggungjawab mengelolakan terjemahan ini.Permulaan tahun 1960an juga merupakan era di mana Dewan Bahasa dan Pustaka menempatkan peranannya sebagai badan menterjemah .Matlamat DBP sebagaimana yang dinyatakan dalam Ordinan DBP 1959 adalah untuk Memaju dan Memperkaya Bahasa Kebangsaan termasuklah peristilahan. Untuk melaksanakan dasar dan matlamat Penyata Pelajaran 1956 dan 1960, DBP perlu membina dan memperkembang BM sehingga menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menengah dan peringkat awal pengajian tinggi. Menghasilkan dan menerbitkan buku-buku teks sekolah dan institusi pengajian tinggi turut menjadi tanggungjawab DBP. Sokongan yang diberikan oleh DBP ini memperhebat usaha menterjemah karya bahasa-bahasa asing ke dalam bahasa Melayu. Jadual 1.1 yang berikut menunjukkan hasil pelaksanaan aktiviti terjemahan yang telah dijalankan oleh DBP mengikut bidang, bagi memenuhi keperluan bacaan yang tertentu, khususnya keperluan untuk institusi pengajian tinggi dari tahun 1980 sehingga 1985.

Membina pelabagai ilmu Agama Bidang penterjemahan di Alam Melayu mengisi keperluan agama pada zaman tersebut apabila kerajaan pada masa itu mengerti akan peluang pemindahan ilmu yang muncul dari kedatangan para ulama,pedagang Arab dan Parsi. Atas dasar itu, kegiatan penterjemahan dirancakan agar karya ilmu tersebut dapat dimanfaatkan istana . Hal ini dirakam dalam sejarah dengan munculnya kerajaan Samudera Pasai yang menjadi pusat sumber gerakan perterjemahan . Antara kitab yang telah diterjemahkan ialah Hikayat Amir Hamzah,yang merupakan kitab berunsur motivasi dalam petempuran dan Hikayat Hanafiah. Kedua kitab ini merupakan saduran karya Parsi yang aslinya ditulis oleh seorang penulis Parsi dengan judul, Qissai Emir Hamza.

Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada waktu itu telah mengirim kitab Al-Dur Al Manzum ke Samudera Pasai untuk diterjemahkan. Dengan adanya Kerajaan Pasai sebagai pusat penterjemahan karya sastera agama, ia menjadi tempat rujukan kepada kerajaan Islam yang lain. Tamadun Melayu menikmati pemindahan ilmu daripada Tamadun Arab kerana penterjemahan memberi ruang bagi pelbagai ilmu baharu memasuki Alam Melayu.

Penterjemahan menjadi pemangkin Tamadun yang berilmu dan perkara ini boleh dilihat daripada tertubuhnya lima pusat keunggulan ilmu dalam masa lima abad. Kejayaan tamadun yang berilmu ini terbuktinya dengan keunggulan Kerajaan Samudera Pasai (1280-1400M), Melaka (1400-1650M), Acheh (1511-1650M), Pattani (1564-1782M), to Johor-Riau (1650-1800M) (Syed Muhammad & Halim, 229: 2008). Sarjana dari pusat-pusat tersebut telah menabur sumbangan ilmuan yang besar melalui usaha penulisan , adaptasi dan penterjemahan . Proses penukaran ilmu antara tamadun merupakan satu elemen saling menguntungkan yang terkandung di dalam bidang penterjemahan . Dewasa ini telah terbit juga keterlibatan pertubuhan perterjemahan yang merupakan agen-agen yang memastikan perbezaan bahasa tidak lagi menjadi penghalang penyaduran ilmu pengetahuan dari bahasa asing. Dalam pada itu ,terdapat juga gerakan untuk menambah bilangan karya dalam kepustakaan melayu dengan menggalakan lagi bidang penterjemahan karya asing.Kitab agama seperti Kidayatul Salikin, Balughul Muran, Minhajul Abidin dan Matlaul Bardrain yang diusahakan pada zaman ini merupakan hasil usaha beberapa penulis seperti Hamzah Fansuri,

Shamsudin al-Raniri, Sheikh Daud al-Fatani, Sheikh Abdul Samad alPalembangi dan Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari. Sesetengah kitab tersebut masih digunakan sehingga hari ini di Malaysia.

Syeikh Abdul Rauf Fansur Al-Singkel juga telah menulis banyak kitab agama seperti Miratutuh Thullab dan sembilan kitab yang lain. Penterjemahan AlQuran yang dikerjakan oleh beliau terjemahan tafsir Al-Quran yang terawal dilakukan di Tanah Melayu.Terjemahan tersebut berjudul Tafsir Anwarut

Tanzil Wal Asrarut Takwil karangan Abdullah ibn Umar ib Syirazi al Baidllawy.

Karya terjemahan di dalam bahasa melayu itu dikenali sebagai Turjumanul Mustafid.

Pendidikan

Di Malaysia,kegiatan penterjemahan dalam bidang ilmu pendidikan bukanlah satu perkara yang baru. Jika dihalusi sejarah, kita mendapati bahawa penterjemahan untuk tujuan pendidikan di Malaysia telah bermula sejak penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922 lagi. Antara tokoh penterjemah yang mempelopori bidang penterjemahan dalam pendidikan ialah O.T. Dussek, Zaba dan Kapten Yazid Ahmad. Faktor utama yang menjadi agen terpenting dalam penterjemahan adalah kerana adanya Pejabat Karang-Mengarang yang sebelumnya dikenali sebagai Biro

Penterjemahan. Pada tahun 1924, Pejabat Penterjemahan ditubuhkan di bawah pengawasan O.T.Dussek dan Zaba, yang ditugaskan untuk menterjemah dokumen penting kerajaan dan buku sekolah. Kemudiannya, ia disusun semula oleh R.O. Winstedt dan tertubuhlah Pejabat KarangMengarang pada tahun 1925. Jika dilihat dari perspektif dunia sekarang, penterjemahan mempunyai peranan yang sangat penting pada zaman Sains dan Teknologi yang semakin moden dan serba canggih. Dalam ucapan Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ada menekankan penguasaan dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat adalah dalam bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, dengan penguasaan bahasa Inggeris ,bangsa melayu telah dapat memindahkan teknologi daripada bahasa asing kepada bahasa Melayu. Kita juga boleh menyelongkar dan mendalami bidang-bidang seperti bioteknologi, biosains, astronomi, perubatan dan kepakaran yang lain dengan menterjemah maklumat yang terdapat dalam bahasa seperti Perancis, Jepun, Jerman, Rusia dan Korea ke dalam bahasa Melayu. Menyedari hakikat ini, penterjemahan juga dijalankan di sekolah-sekolah, maktab-maktab, universiti-

universiti dan juga di pusat-pusat pengajian tinggi yang lain. Hal ini bertujuan untuk memudahkan para guru menterjemah ilmu pengetahuan daripada buku-buku rujukan bahasa lain, terutamanya bahasa Inggeris dan Melayu. Sastera Karya sastera yang diterjemah dikatakan duta-duta yang akan

mempermudahkan bangsa lain mengenali dan memahami budaya bangsa kita secara diakronik dan sinkronik,kemudian secara komparatif pula dengan budaya mereka.Terdapat juga karya sastera bahasa asing diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai satu cara pemindahan ilmu atau falsafah bangsa asing yang boleh diguna pakai oleh Masyarakat Melayu dalam mewujudkan bangsa yang berilmu.

Penterjemahan dibuat kerana kekurangan bahan rujukan untuk tujuan pendidikan di sekolah-sekolah pada ketika itu, di samping menyebarkan Bahasa Melayu. Pada masa itu, terdapat dua siri penerbitan buku, iaitu The Malay School Series untuk sekolah Melayu dan The Malay Home Library Series untuk bacaan umum. Antara karya-karya yang telah diterjemahkan ialah Cerita Duka dan Suka Shakespeare (empat cerita tragedi dan empat cerita komedi daripada Lambs Tales ), Cerita Robin Hood, Panglima Hercules, Robinson Crusoe, Cerita Aladin dengan Lampu Ajaib, Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun , buku lakonan seperti Topeng Hitam, Macbeth, Julius Ceaser, Faust dan sebagainya. Penterjemahan membawa banyak manfaat dalam pemindahan ilmu dari sebuah tamadun ke sebuah tamadun yang lain.Karya satera yang diterjemah dikatakan duta-duta yang akan mempermudahkan bangsa lain mengenali dan memahami budaya bangsa kita secara diakronik dan sinkronik,kemudian secara komparatif pula dengan budaya mereka.Terdapat juga karya sastera bahasa asing diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai satu cara pemindahan ilmu atau falsafah bangsa asing yang boleh diguna pakai oleh Masyarakat Melayu dalam mewujudkan bangsa yang berilmu.

Sebagai contoh,karya Sofies Verden karangan Jostein Gaarder dalam Bahasa Norway telah diterjemahakan ke dalam Bahasa Melayu oleh Dato Dr. Hassan Ahmad dan telah diterbitkan oleh ITNM dada tahun 2006.Dalam versi Bahasa Melayu,karya ini berjudul Dunia Sophie. Karya ini merupakan karya falsafah atau sejarah falsafah barat.Karya ini menyebut Bangsa Arab sepanjang Zaman Pertengahan telah menguasai ilmu sains seperti matematik,kimia,astronomi dan perubatan.Bangsa Arab telah menghidupkan pemikiran Aristotle dan mulai ahkhir abad kedua belas,para sarjana Arab mulai tiba di Utara Itali atas undangan para

penbesar.Bermulanya di situlah karya-karya Aristotle mula diketahui dan diterjemahkan daripada Bahasa Yunani dan Bahasa Arab ke dalam Bahasa Latin.Buku ini turut menceritakan secara umum pandangan dunia barat terhadap hakikat dirinya sendiri dan diri manusia sejagat terhadap kewujudan alam yang penuh dengan rahsia yang masih misterius. Terjemahan Sasteramembuka minda bangsa terhadap falsafah dan juga world view sejagat agar dapat menilai spektrum ilmu yang berbeza. Perkembangan bidang perterjemahan masa kini.

Walaupun bidang penterjemahan seolah-olah tidak mendapat perhatian masyarakat umum pada hari ini, namun bidang inii sebenarnya telah menyumbangkan banyak jasa dalam pemindahan ilmu pengetahuan.Para pelajar khususnya,tidak sedar bahawa mereka sebenarnya banayak

menikmati hasil terjemahan seperti penggunaan kamus sama ada secara manual atau elektronik.Penterjemahan daripada satu bahasa ke bahasa yang lain dalam sesebuah kamus telah membantu pelajar memahami sesuatu ayat.Golongan yang kelainan upaya seperti pekak dan buta juga tidak ketinggalan dalam menikmati hasil bidang penterjemahan kerana telah wujud system penterjemahan seperti bahasa isyarat dan tulisan brail.Bagi masyarakat umum pula,mereka lebih terdedah kepada terjemahan yang berbentuk audiovisual dan secara tidak formal contohnya dalam penghasilan sari kata dalam sesebuah rancangan berbahasa asing di televisyen.Pendek kata,bidang penterjemahan ini menumbang banyak jasa kepada semua

golongan dan lapisan masyarakat melalui media cetak dan elektronik sekaligus menampakkan perkembangan bidang ini dalam konteks hari ini.

RUANG MENAMPAL RUJUKAN RUMUSAN Natijah daripada dapatan keseluruhannya: OLeary (1966) dan Nakosteen (1964) menyenaraikan sumbangan penterjemahdalam segala bidang ilmu ini. Senarainya panjang dan mengagumkan. Inilah yang membolehkan kita memahami bagaimana sarjana Islam menjadi begitumaju setelah banyak ilmu diterjemahkan ke dalam bahasaArab. Ia menjadi asas pembinaan ilmu sarjana Islam itu sendiri. Beberapa ciri penting dalam perkembangan ilmu Islam ini dapat kita lihat. 1. Pertama, ia berkembang daripada asas ilmu yang dibawa masuk melalui terjemahan. Daripada meniru ilmuwan Islam belajar mencipta. Ini adalah satu tahap penting dalam pembinaan ilmu. 2. Kedua, ahli ilmuwan Islam itu sangat luas cakupan bidang keahliannya. Mereka tidak menjurus kepada satu bidang saja. Ibnu Sina juga adalah seorang falsafah dan ahli matematik. Bahkan, Ibnu Sina juga seorang pemuzik dan menulis risalah tentang muzik. Ilmu yang dibina oleh sarjana Islam itu heterogen atau pelbagai sifatnya, bukan homogen atau semacam saja. 3. Ketiga, mereka mempunyai obsesi mencari ilmu. Obsesi ini penting, tanpa obsesi sesuatu usaha tidak akan tamat. 4. Keempat, mereka menuliskan ilmu mereka. T anpa ilmu yang tertulis, tidakada peradaban. Peradaban yang dibangunkan itu adalah peradaban baru yang berubah daripada kuno sebelumnya

Hindu Sastera Hikayat Berunsur Hindu Definisi :

Penterjemahan hasil kesusasteraan Arab,Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ai Hanfiah. LAMPIRAN RUJUKAN PERIBADI:

Hikayat Nabi bercukut dan bulan Terbelah

SDR Tradisi PENTERJEMAHAN WACANA KETAMADUNN OLEH PROFESSORE MADYA DR SYED MUHAMMAD DAWILAH AL EDRUS DAN HALIMI BINTI MOHD KHALID UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,PERSIDANGAN PENTERJEMAHAN ANTARA BANGSA YANG KE -11 Dalam konteks budaya penterjemahan di Alam Meayu ianya mempunya Ihubungan yang sangat rapat dengan peranan dan pengaruh para ulama tradisional dan budaya keintelektualan ummat Melayu itu sendiri. rekod kegemilangan ummat dan tamadun melayu dapat dibuktikan diantaranya dengan kelahiran lima pusat kecemerlangan keintelekualan(quote the five center of excellence kebanyakan kitab adaptasi dan penterjemahan agama Bahasa Arab kewibaan dan keilmuan itu mereka kaitkan dengan pusat/bandar/daerah /lokasi. penterjemahan dalam bentuk manuskrip: antaranya Bidaya al -Hidaya (tafsiran dan terjemahan pertama bahasa Melayu: 1. 2. Bidayah Al Hidaya (tafsiran dan terjemahan Umm Barahin) oleh Muhammad Zayn b al-Fqih Jalal al-Din al-Ashi ,Pulau Pinang 1757M/1170H Siraj alHuda 1308H/1890M

Tokoh Sheikh Daud al-Fatani (1153-1265/1740-1847) Menuntut pelbagai ilmu keagamaan ,ketinggian ilmu pengetahuan ,dan dapat penigikhtirafan pemerintah Kota Mekah dan Madinah .Penyelia kpd percetakan Melayu di Mekah yang bertanggungjawab mengeluarkan buku-buku agama di dalam Bahasa Arab dan Melayu tulisan Jawi.

BAHAN 2 RUJUKAN FACEBOOK

BAHAN SESUAI UTK PERKEMBANGAN SEMASA Terjemahan sebagai penulisan tidak akan lenyap dari dunia terjemahan. Tetapi sebahagian besar daripada perubahan globalisasi melibatkan keperluan untuk para profesional yang terlibat dalam pendidikan penterjemah untuk menyedari dan menerima peranannya yang semakin berkurangan dalam zaman ini. Penterjemah pada zaman dahulu dapat menghasilkan terjemahan yang berkualiti tinggi dengan cepat kerana istilah, simpulan bahasa, dan struktur ayat telah menjadi dihayati dan dihafal dengan sepenuh hati dan fikiran. Pada dahulu kala, penterjemah menterjemah sesuatu untuk mempelajarinya, bukan hanya sebagai salah satu bidang tugas.

Pada zaman baru ini, terjemahan hanya mengambil masa yang sedikit untuk menterjemahkan sesuatu, kerana pada zaman ini banyak alat penterjemahan boleh digunakan sebagai sumber untuk menterjemah. Sebagai contoh Google Translator. Kualiti yang terhasil pada zaman ini boleh menjadi lebih rendah daripada terjemahan yang mungkin telah dihasilkan oleh kerja penterjemah yang berpengalaman pada zaman dahulu berbanding penterjemah pada zaman ini. Seacar realitinya, penterjemahan pada zaman dahulu digunakan sebagai salah satu alat untuk memepelajarai suatu ilmu baru dengan mendalam, manakala pada zaman ini penterjemahan hanya digunakan sebagai salah satu punca pendapatan seperti penterjemahan novel dan buku- buku cerita yang dijual di kedai buku.

BAHAN RUJUKAN BAHAGIAN TEKNIK Ketinggian bidang terjemahan sebagai satu manifestasi bangsa berilmu.(bidang kesusasteraan) Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing.Penterjemahan mencakupi beberapa bidang iaitu kesusasteraan,pendidikan perubatan dan agama.Dalam bidang sastera terdapat penulisan naratif (ada jalan cerita)dan bukan naratif (tiada jalan cerita). Terdapat pelbagai teknik penterjemahan yang digunakan.Antaranya ialah, > Penterjemahan mutlak. * Semua teks sumber diterjemahkan kepada teks sasaran tanpa sebarang penambahan dan adaptasi baik dari segi mesej mahupun bentuk teks. > Penterjemahan abstrak. * Penterjemah meringkaskan semua warta dan mesej dalam teks sumber untuk memudahkan pembaca sasaran mengetahui maklumat asal dengan pantas dan segera. > Penterjemahan kasar. * Satu pendekatan alternatif yang bersifat radikal dalam penterjemahan karya sastera.Pendekatan ini dilakukan untuk menampung kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam teks sumber karya sastera tersebut. Contoh terjemahan yang berkesan ialah Hikayat Faridah Hanum yang diterjemah oleh Syed Sheikh Al-Hadi pada tahun 1925.Novel ini diterjemahkan dari bahasa asing ke dalam bahasa melayu.Terdapat dua jilid terbitan novel ini iaitu jilid pertama diterbitkan pada tahun 1925 manakala,jilid yang ke dua pada tahun 1926.Novel ini menceritakan tentang pergelutan manusia yang berlatar belakang golongan bangsawan Arab(Mesir). Hikayat Faridah Hanum,juga merupakan sebuah karya yang mengisahkan tema emansipasi wanita, suatu gagasan yang sudah tentu telah menggegarkan lumrah pemikiran masyarakat Melayu 1920-an. Kejayaan karya Hikayat Faridah Hanum Merupakan titik permulaan penulisan novel di tanah Melayu pada masa itu.Selepas kemunculan Hikayat Faridah Hanum,para penulis di tanah melayu mula berjinak dalam penulisan novel,sehinggalah penulisan novel menjadi begitu terkenal dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam golongan remaja.Terdapat pelbagai genre yang dihasilkan seperti kisah percintaan dan kisah seram.

Penulisan novel diterima oleh masyarakat kerana ia mempunyai nilai-nilai murni dan pengajaran yang tersendiri berdasarkan jalan cerita yang dihasilkan.Hal ini menyebabkan lahirnya novelis-novelis muda yang menghasilkan novel yang mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Sebagai contohnya,novel Bicara Hati karya Damya Hana merupakan novel yang terlaris pada era ini.Beliau merupakan salah satu novelis yang terkenal dengan hasil karya yang mempunyai keunikan tersendiri.selain itu,penghasilan novel ini telah mencerna pemikiran dan menyedarkan bangsa Melayu kepada isu ekonomi dan perjuangan anak watan. Kesimpulannya,penterjemahan dalam bidang kesusasteraan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan sesebuah karya.Hal ini menyebabkan masyarakat dapat menerima sesebuah karya yang dihasilkan dengan mudah dan seterusnya melahirkan sebuah bangsa yang berilmu. Rujukan Buku ilmiah Glasari Pengajian Ilmu Penterjemahan dan Interpretasi. Muhammad Fauzi Jumingan. Teori dan Teknik Penterjemahan.(2008) Ainon Mohd. Abdullah Hassan Internet Sasteramaya.tripod.com/ALHADI.htm Ketinggian bidang terjemahan sebagai satu manifestasi bangsa berilmu.(bidang kesusasteraan) Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing.Penterjemahan mencakupi beberapa bidang iaitu kesusasteraan,pendidikan perubatan dan agama.Dalam bidang sastera terdapat penulisan naratif (ada jalan cerita)dan bukan naratif (tiada jalan cerita). Terdapat pelbagai teknik penterjemahan yang digunakan.Antaranya ialah, > Penterjemahan mutlak. * Semua teks sumber diterjemahkan kepada teks sasaran tanpa sebarang penambahan dan adaptasi baik dari segi mesej mahupun bentuk teks. > Penterjemahan abstrak. * Penterjemah meringkaskan semua warta dan mesej dalam teks sumber untuk memudahkan pembaca sasaran mengetahui maklumat asal dengan pantas dan segera. > Penterjemahan kasar. * Satu pendekatan alternatif yang bersifat radikal dalam penterjemahan karya sastera.Pendekatan ini dilakukan untuk menampung kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam teks sumber karya sastera tersebut. Contoh terjemahan yang berkesan ialah Hikayat Faridah Hanum yang diterjemah oleh Syed Sheikh Al-Hadi pada tahun 1925.Novel ini diterjemahkan dari bahasa asing ke dalam bahasa melayu.Terdapat dua jilid terbitan novel ini iaitu jilid pertama diterbitkan pada tahun 1925 manakala,jilid yang ke dua pada tahun 1926.Novel ini menceritakan tentang pergelutan manusia yang berlatar belakang golongan bangsawan Arab(Mesir). Hikayat Faridah Hanum,juga merupakan sebuah karya yang mengisahkan tema emansipasi wanita, suatu gagasan yang sudah tentu telah menggegarkan lumrah pemikiran masyarakat Melayu 1920-an.

Kejayaan karya Hikayat Faridah Hanum Merupakan titik permulaan penulisan novel di tanah Melayu pada masa itu.Selepas kemunculan Hikayat Faridah

Hanum,para penulis di tanah melayu mula berjinak dalam penulisan novel,sehinggalah penulisan novel menjadi begitu terkenal dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam golongan remaja.Terdapat pelbagai genre yang dihasilkan seperti kisah percintaan dan kisah seram. Penulisan novel diterima oleh masyarakat kerana ia mempunyai nilai-nilai murni dan pengajaran yang tersendiri berdasarkan jalan cerita yang dihasilkan.Hal ini menyebabkan lahirnya novelis-novelis muda yang menghasilkan novel yang mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Sebagai contohnya,novel Bicara Hati karya Damya Hana merupakan novel yang terlaris pada era ini.Beliau merupakan salah satu novelis yang terkenal dengan hasil karya yang mempunyai keunikan tersendiri.selain itu,penghasilan novel ini telah mencerna pemikiran dan menyedarkan bangsa Melayu kepada isu ekonomi dan perjuangan anak watan.

Kesimpulannya,penterjemahan dalam bidang kesusasteraan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan sesebuah karya.Hal ini menyebabkan masyarakat dapat menerima sesebuah karya yang dihasilkan dengan mudah dan seterusnya melahirkan sebuah bangsa yang berilmu. Rujukan Buku ilmiah Glasari Pengajian Ilmu Penterjemahan dan Interpretasi. Muhammad Fauzi Jumingan. Teori dan Teknik Penterjemahan.(2008) Ainon Mohd. Abdullah Hassan Internet

Sasteramaya.tripod.com/ALH

ADI.htm

Das könnte Ihnen auch gefallen