Sie sind auf Seite 1von 14

DEVELOPMENT PROCESS OF GREEN TECHNOLOGY MODULE USING QR CODE Mohamad Sattar Rasula, Nurul Adilah Khalida Rose Amnah

Abd Raufb,
a

Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) b Faculty of Education Universiti Malaya (UM) Correspondence: Mohamad Sattar, Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi UKM 43600, Selangor, Malaysia. E-mail: drsattar@ukm.my Abstract Environment abuse is a serious problem and needs to be addressed at every level. It is essential to spread awareness and educate humankind in sustainable development and environmental problems in order to achieve a good quality of life on earth for all living beings. Green Technology Awareness education is a process of making people aware and sensitizing about the interdependence of life on earth. The educational process plays a major role to develop the appropriate knowledge, skills and values so that people can understand the problems and the ways in which human beings are altering the environment. The aim of this study is to develop a conceptual framework of Green Technology Module using QR Codes. Hence theories, models and research findings are primary to this study. A systematic review of documents which includes reference book, journals and proceedings, electronic database, thesis and reports has been used. The primary value of Quick Response (QR) codes is in accessing information quickly and easily. QR codes can be read anytime, anywhere with mobile devices. Materials in this module is aimed at building green technology awareness for sustaining the environment through giving massive and real information on what is happening to the world environment using. Abstrak Pencemaran alam sekitar merupakan suatu masalah yang serius dan perlu dititikberatkan di setiap peringkat. Ianya adalah perlu untuk menyebarkan kesedaran dan memberikan pendidikan kepada manusia sejagat dalam pembangunan mapan dan masalah alam sekitar dalam usaha untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik untuk semua hidupan di muka bumi ini. Pendidikan Kesedaran Teknologi Hijau merupakan suatu proses menjadikan manusia sedar dan peka akan keperluan saling bergantungan antara hidupan di bumi. Proses pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan pengetahuan yang sesuai, kemahiran dan nilai supaya manusia dapat memahami masalah yang dihadapi dan menyedari perbuatan mereka yang telah mengubah alam sekitar sedikit demi sedikit. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan kerangka konsep Modul Teknologi Hijau menggunakan QR Code. Oleh itu teori, model dan hasil penyelidikan adalah primer kepada kajian ini. Kajian semula dokumen yang merangkumi buku rujukan, jurnal-jurnal dan prosiding-prosiding, pengkalan data elektronik, tesis dan laporan-laporan telah digunakan. Nilai utama yang terdapat dalam QR Code ialah dapat mengakses maklumat dengan pantas dan mudah. QR Code boleh dibaca pada bila-bila masa, tidak mengira tempat dengan

menggunakan peranti mudah alih. Bahan-bahan yang digunakan dalam modul ini ialah bertujuan untuk membina kesedaran teknologi hijau dalam usaha mengekalkan alam sekitar melalui pemberian maklumat yang tepat secara meluas mengenai apa yang berlaku kepada alam sekitar yang digunakan di seluruh dunia.

1.1

PENGENALAN

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan populasi dunia akan meningkat dari 6.5 billion pada tahun 2006 kepada 8.2 billion pada tahun 2030 (Mohd Faizal Aziz, estidotmy, keluaran Ogos 2009). Sejajar dengan ini, keperluan tenaga akan meningkat dengan mendadak terutamanya di negara-negara yang rancak membangun seperti di China, India dan negara-negara di Timur Tengah. Menurut Laporan World Energy Outlook 2008 (Mohd Faizal Aziz, estidotmy, keluaran Ogos 2009, m/s14), Agensi Tenaga Antarabangsa menganggarkan keperluan tenaga dunia akan meningkat 1.6 peratus setiap tahun bermula dari 2006 sehingga 2030 dan dianggarkan berjumlah 45 peratus secara keseluruhan dalam tempoh tersebut. Keperluan minyak sebagai bahan api juga dianggarkan meningkat kepada 106 juta tong sehari sehingga tahun 2030 daripada 85 juta tong pada hari ini manakala arang batu dianggarkan akan terus meningkat penggunaannya di dalam sektor tenaga (Mohd Faizal Aziz, estidotmy, keluaran Ogos 2009). Minyak, arang batu dan gas asli merupakan sumber bahan api fosil yang tidak begitu mesra bumi walaupun terbukti sumber bahan api ini selama ini telah mengubah ketamadunan manusia moden, pada hakikatnya ia telah menghasilkan gas rumah hijau seperti karbon dioksida yang tinggi ke udara yang sekarang ini menyelimuti bumi serta menyebabkan suhu amosfera bumi mengalami peningkatan. Menurut United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCC), purata kenaikan suhu permukaan bumi ialah sebanyak 0.74oC sejak tahun 1880. Mereka juga menjangka peningkatan suhu ini akan berterusan sebanyak 1.8oC hingga 4oC sebelum penghujung abad ini. Kenaikan suhu yang mengakibatkan fenomena pemanasan global telah mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Perubahan suhu bumi agak ketara telah berlaku menyebabkan haiwan dan tumbuhan beransur-ansur pupus, paras laut meningkat akibat pencairan ais di kutub serta pelebaran kawasan gurun (Mohd Faizal Aziz, estidotmy, keluaran Ogos 2009, m/s14). Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif yakni masyarakat yang

mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi pada masa hadapan. Hal ini ditegaskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed yang telah membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Malaysia: Langkah Ke Hadapan (Ahmad Sarji, 1991) dan lebih dikenali sebagai Wawasan 2020. Dalam merealisasikan wawasan ini, terdapat sembilan cabaran utama yang perlu diatasi. Dua daripada cabaran tersebut ialah berkait rapat dengan perkembangan sains dan teknologi. Perkembangan yang dimaksudkan di sini ialah perkembangan dari segi inovasi yang memerlukan tenaga kerja berfikir semaksimum mungkin dalam mencipta produk-produk baru yang dapat membantu menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Akhbar Utusan Malaysia pada 20 Oktober lalu melaporkan kerajaan akan memudahkan pemberian pinjaman kepada pencipta produk inovasi termasuk membabitkan teknologi hijau dalam usaha melahirkan lebih ramai lagi generasi pencipta. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, kerajaan bertindak sedemikian kerana sehingga kini banyak syarikat yang mahu membuat pinjaman untuk menjayakan penciptaan sesuatu produk, namun tidak dapat berbuat demikian ekoran syarat ketat institusi kewangan. Selain itu, Berita Harian bertarikh 5 September 2011 melaporkan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta 2011) yang telah diadakan pada 13 hingga 15 September tahun lalu adalah antara usaha untuk menggalakkan mahasiswa membuat penyelidikan tentang produk-produk baru yang dapat dihasilkan bagi membantu menjaga alam sekitar. Jika dilihat dari segi pendidikan pula, antara faktor yang menggerakkan inovasi dalam kurikulum ialah keperluan masyarakat dan negara, perkembangan sains dan teknologi itu sendiri dan perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan (Delsberg, 1995) dalam ge2123.tripod.com, 30/10/2012, 12.02. Pendidikan yang dapat menerapkan aspek sains dan teknologi dalam diri setiap individu terutamanya para pelajar bakal mencorakkan masa depan Negara. Pendekatan terbaik pembelajaran dan pengajaran sains dan teknologi merupakan faktor penting dalam proses mendedahkan pelajar tentap keperluan sains dan teknologi dalam arus kemodenan yang kian rancak kini. Sehubungan dengan itu, antara alternatif yang dapat dilakukan oleh seorang guru dalam pembelajaran dan pengajaran sains dan teknologi adalah

dengan menyediakan sebaik mungkin pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.

1.2 TAHAP KESEDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR Peningkatan kesedaran alam sekitar merupakan salah satu elemen penting dalam pembinaan kapasiti negara menuju pembangunan lestari. Hasil kajian beberapa pihak menunjukkan bahawa tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat Malaysia belum lagi mencapai tahap yang memuaskan (Jamilah Ahmad, 2011). Antaranya ialah kadar kitar semula di Malaysia ialah hanya pada kadar 5%

(http://www.ppsppa.gov.my/index.php/3r/pengenalan, 17/3/2013, 3.29). Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Jerman (74%), Belgium (71%), Austria (67%) dan Belanda (66%). Hal ini jelas menunjukkan kesedaran menjaga alam sekitar dalam diri rakyat Malaysia masih lagi di tahap yang rendah. Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22% menjelang tahun 2020 (Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 1997 dalam Jamilah Ahmad, 2011). Kadar tersebut sukar untuk dicapai jika kesedaran menjaga alam sekitar dalam diri individu masih tidak berubah ke tahap yang lebih tinggi (Jamilah Ahmad, 2011). Secara amnya, rata-rata individu melenting apabila dirujuk masyarakat kelas ketiga tetapi hakikatnya masih ramai lagi yang mengamalkan sikap acuh tidak acuh dalam banyak hal terutamanya hal menjaga kebersihan (Kosmo Harian, 4 mac 2013, Bebaskan daripada mentaliti kelas ketiga). Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika melancarkan Rancangan Malaysia ke-9 pada 2006, merumuskan bahawa rakyat Malaysia secara amnya sebagai satu kumpulan yang dilengkapi dengan infrastruktur kelas pertama, tetapi masih berada di takuk yang lama dengan daya fikir atau mentaliti kelas ketiga. Menurut kajian yang dilakukan oleh Kosmo Harian bertarikh 4 Mac 2013, terdapat pelbagai tabiat buruk rakyat Malaysia yang membuktikan tiada kesedaran dalam diri mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Untuk meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar kepada masyarakat, pihak yang terlibat seharusnya memainkan peranan. Sebagai contoh, pihak NGO seperti World Wide Fund for Nature (WWF) dan Persatuan Pencinta Alam seharusnya menjadi penyumbang dana

bagi menganjurkan aktiviti kesedaran alam sekitar kepada masyarakat. Kini terdapat banyak program kesedaran alam sekitar terutamanya menerusi media elektronik dan media cetak tetapi mesejnya tidak sampai kepada sebahagian besar masyarakat. Oleh itu, ruangan kesedaran alam sekitar di media utama perlu diperluaskan dengan penyampaian yang lebih menarik dan disesuaikan dengan setiap kelopok masyarakat (Zulkifli Yusof, 2007). Selain daripada itu, sasaran utama program kesedaran alam sekitar ini adalah kepada pelajar dan generasi muda yang akan menjadi pelapis dan penggerak pembangunan di masa hadapan kelak. Di peringkat sekolah, pendidikan alam sekitar sebenarnya telah lama diterapkan dalam beberapa mata pelajaran melalui pendekatan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Namun, dengan beban mengajar dan pentadbiran yang berat, ada kalanya guru terpaksa menumpukan kepada tanggungjawab yang lebih mendesak dan meminggirkan program kesedaran alam sekitar. Justeru program ini perlu dipantau dari semasa ke semasa (Zulkifli Yusof, 2007). Kajian oleh Geok, Kim dan Chuan (1998) dalam Jamilah Ahmad (2011) mendapati para pelajar memperolehi maklumat dan pengetahuan tentang alam sekitar menerusi majalah, surat khabar dan media elektronik selain daripada pendidikan alam sekitar di sekolah. Oleh hal yang demikian, pihak tertentu bertanggungjawab dalam mencipta lebih banyak jalan untuk para pelajar mendapatkan maklumat mengenai alam sekitar. Punca terjadinya pemusnahan muka bumi antaranya ialah kurangnya kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara sumber alam sekitar. Di Malaysia sendiri masih ramai yang tidak mengamalkan konsep 3R iaitu Recycle, Reduce & Reuse. Ternyata usaha membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah (http://tatiuc.edu.my/syahrul/isu_alam_sekitar.htm, 20/11/2012, 2.49). Hasil kajian terbaru Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) mendapati bahawa peratusan rakyat di negara ini mempunyai kesedaran untuk melakukan kitar semula surat khabar masih lagi pada tahap yang tidak memberangsangkan iaitu hanya sebanyak 40 hingga 45 peratus sahaja. Melihat kepada peratusan yang minimum ini, ia secara jelas menggambarkan bahawa tahap kesedaran berkaitan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat di negara ini masih lagi jauh daripada matlamat asal program ini diperkenalkan (kosmo harian, kesedaran kitar semula masih
rendah, 22/1/2011, m/s18).

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Secara amnya, tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat di Malaysia masih lagi di tahap yang membimbangkan (Jamilah Ahmad, 2011). Ramai berpendapat bahawa masalah menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kerajaan. Namun demikian terdapat segelintir yang sanggup mengorbankan keselesaan hidup demi menjaga alam sekitar. Hal ini membuktikan masyarakat di Malaysia masih sayangkan alam sekitar mereka namun mereka tidak diberi pendedahan yang cukup tentang cara menjaga alam sekitar yang sepatutnya.

Azila Mat Yamin (2011) dalam kajiannya Hijrah Lestari Alam Sekitar mendapati disebabkan oleh kegagalan membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat telah mengakibatkan masalah pencemaran sampah sarap semakin berleluasa dan sukar untuk dibendung. Kurangnya tahap kesedaran berkaitan amalan kitar semula telah mengakibatkan jumlah sampah yang masuk ke tapak pelupusan sampah juga sukar untuk dikurangkan Azila Mat Yamin (2011).

Kaplowitz dan Levine (2005) dalam Jamilah Ahmad (2011) dalam kajian mereka untuk melihat tahap pengetahuan tentang isu-isu alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti dengan orang awam di Amerika Syarikat mendapati terdapat kolerasi yang positif antara tahap pendidikan, bidang pengajian dan tahap pengetahuan alam sekitar. Tinjauan mereka juga mendapati pelajar di peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang pengajian yang berkaitan dengan sains seperti perubatan, sains dan agrikultur mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar di peringkat ijazah sarjana muda dan bidang pengajian yang tidak berkaitan dengan sains seperti kemanusiaan.

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dalam sains dan teknologi mempunyai perkaitan dengan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih rajin dan bersemangat dan membantu mengaitkan penggunaan teknologi tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Pemahaman pelajar akan menjadi lebih baik jika dapat mempraktikkan ilmu sains dan teknologi kehidupan seharian mereka (Atan Long, 1982) dalam ge2123.tripod.com, 30/10/2012, 12.02. Penggunaan pendekatan pembelajaran yang mampu memberi alternatif dan opsyen dalam pembelajaran seprti menggunakan peralatan pintar smartphone kini sangat meluas digunakan dan telah mendapat tempat dalam kalangan remaja dan pelajar.

Alatan ini semakin digemari dan penting kerana ianya mempunyai pelbagai aplikasi yang dapat diguna pakai. Aplikasi alatan ini juga sebagai Mobile Learning untuk menjana proses pembelajaran dan pengajaran dikenali. Seiring dengan itu kajian ini juga adalah untuk melihat betapa peranan alatan ICT yang berasaskan Quick Response (QR)-Code ini dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran terhadap teknologi hijau seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar. Oleh hal yang demikian, pembinaan Modul Teknologi Hijau Berasaskan QR-Code ini akan dapat membantu pelajar mendapatkan informasi untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar sekaligus memberi pengetahuan tentang inovasi atau ciptaan bagi membantu menjaga alam sekitar.

1.5

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif bagi kajian ini adalah untuk: 1) Mengenal pasti aspek pendidikan Teknologi Hijau. 2) Membangunkan kerangka konsep proses pembangunan modul Teknologi Hijau berasaskan QR-Code

ASPEK PENDIDIKAN TEKNOLOGI HIJAU Teknologi Hijau Teknologi Hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia (Laman Web Rasmi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KETTHA). 1. Tenaga Hijau Menurut Steve Leone (2011) menerusi artikelnya yang bertajuk Renewables Can End Poverty mendefinasikan tenaga hijau sebagai tenaga yang boleh diperbaharui dan berasal daripada sumber semula jadi seperti cahaya matahari, angin, hujan, air pasang, ombak dan haba geoterma. Ia boleh diperbaharui kerana tenaga tersebut terhasil secara semula jadi pada kadar yang berterusan dan tidak akan habis (Steve Leone,

Houseware.greenenergy.com).

2. Bangunan Hijau Setiausaha Rasmi Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menerusi laman web rasmi mereka mendefinasikan bangunan hijau sebagai amalan mewujudkan struktur bangunan dan menggunakan proses yang mengambil berat tentang alam sekitar dan sumber. Ianya merangkumi kitaran hayat bangunan tersebut daripada tapak untuk reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pengubahsuaian

(Architecture.greenconcept.com). 3. Pemuliharaan Air Pemuliharaan air merujuk kepada mengurangkan penggunaan air dan kitar semula sisa air untuk tujuan lain seperti mencuci, aktiviti pembuatan dan pengairan agrikultur (Handa S. Abidin, 2011). Ia merangkumi semua langkah mengurangkan kehilangan air, penggunaan atau pembaziran air serta memaksimakan kegunaan air bersih untuk aktiviti yang penting sahaja (Handa S. Abidin, penelitihukum.org). 4. Pengawalan Pencemaran Menurut Aina Ibrahim (2011), pengawalan pencemaran bermaksud kawalan pelepasan dan efluen ke dalam udara, air atau tanah. Tanpa kawalan pencemaran, produk sisa dari penggunaan, pemanasan, pertanian, perlombongan, pembuatan, pengangkutan dan aktivitiaktiviti lain manusia akan mencemarkan alam sekitar. Dalam hierarki kawalan, pencegahan pencemaran dan pengurangan sisa adalah lebih baik daripada kawalan pencemaran (Aina Ibrahim, bmg36.blogspot.com).

Modul Pembelajaran berasaskan Quick Response Code ( QR-Code) Modul pembelajaran ialah satu set pengalaman-pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk membantu mencapai objektif pembelajaran (Kae Tek Heng, 2001 dalam Adam Rahayu, 2004). Ia merupakan satu komponen yang tersendiri dalam satu sistem pengajaranpembelajaran serta direka bentuk untuk pelajar belajar secara sendiri. Modul pembelajaran boleh dibina menggunakan pelbagai media. Menurut Marc Lyne (2009), Quick Response Code ialah satu sistem yang menggunakan kod dua dimensi untuk memberi tindak balas yang cepat apabila dibaca oleh

smartphone. Ia digunakan dengan mengambil maklumat dari media sementara dan dipindahkan ke telefon bimbit pengguna. Kelebihan QR-Code berbanding bar code yang sering digunakan ialah ia dapat menyimpan lebih banyak data termasuk pautan web, koordinat geografi dan juga teks ( Marc Lyne, searchengine.com)

KERANGKA KONSEP PROSES PEMBANGUNAN MODUL TEKNOLOGI HIJAU

Rekabentuk Modul Pembelajaran Teknologi Hijau Penilaian


Ciri-ciri Modul

Analisis Keperluan
Aspek Pendidikan Teknologi Hijau i) ii) iii) iv) Tenaga Hijau Bangunan Hijau Pemuliharaan Air Pengawalan Pencemaran

Keberkesanan Modul - Blended Learning with QRCode o Self Regulated Learning Self explanation Self regulated strategies in attainment of cognitive skills i) Tahap kesedaran a. Kognitif Ujian pra & pos Kebolehgunaan Modul i) ii) iii) iv) v) Aspek isi kandungan Aspek arahan kendiri Aspek susun atur modul Aspek mesra pengguna Aspek interaktif

Implementasi
Kaedah Eksperimental i) 3 kumpulan 1 kumpulan kawalan o Tanpa modul 2 kumpulan rawatan o Diberi modul tanpa QR-Code o Diberi Modul dengan QR-Code

Blended learning BL is a form of technology-mediated learning and improves the learning outcome through an alternation of actual courses and Internet courses (Lai, Lee, Yeh, & With regard to the eects of BL in previous research, Yushau (2006) shows the positive eect of blended e-learning on students attitude towards computer and mathematics. In Castelijn and Janssens (2006) study, their statistical results also indicate that BL students have higher exam scores in a nancial management course. As for the eects of BL on student success rates in learning to program, Boyle, Bradley, Chalk, Jones, and Pickards (2003) research results indicate a generally positive evaluation of the main elements of the blend, and widespread use of the new online features. Moreover, students in the BL group attained signicantly higher average scores than those in the traditional teaching group. The BL group had a signicantly higher percentage pass rate than traditional teaching group. It is concluded that BL was more eective than traditional teaching (Pereira et al., 2007). Therefore, BL is applied in this study to help students learn and develop their skills in using application software. Self-regulated learning Zimmerman and Schunk (1989) dene SRL in terms of self-generated thoughts, feelings and actions, which are systematically oriented towards attainment of students own goals. Characteristics attributed to self-regulated persons coincide with those attributed to high-performance, high-capacity students, as opposed to those with low performance, who show a decit in these variables (Reyero & Touron, 2003; Roces & Gonzalez Torres, 1998; Zimmerman, 1998). In an SRL environment, students take charge of their own learning by choosing and setting goals, using individual strategies in order to monitor, regulate and control the dierent aspects inuencing the learning process and evaluating their actions. Eventually, they become less dependent on others and on the contextual features in a learning situation (Jarvela,Naykki, Laru, & Luokkanen, 2007). Bielaczyc, Pirolli, and Brown (1995) incorporated self-explanation and self-regulation strategies in the attainment of the cognitive skill of computer programming. They found that their treatment group, which incorporated self-regulation strategies, outperformed a control group that did not have the benet of instruction in these strategies. Previous studies have established that self-regulation skills can help foster learning from any instructional method (see Ertmer, Newby, & MacDougall, 1996; Weinstein, 1989; Zimmerman, 1990). With regard to the eects of SRL in the online learning environment, it is indicated that successful students in an online course generally used SRL strategies and the eect of self-regulation on students success was statistically signicant (Yukselturk & Bulut, 2007). Therefore, we included SRL in this study to enhance students computing skills and further, earn related certication. Combination of BL and SRL

The networked technology applied to education holds signicant potential in advancing the interactivity between learners and teachers (Psaromiligkos & Retalis, 2003). However, Marino (2000) discovered that some students experienced diculty in adjusting to the structure of online courses, managing their time in such environments, and maintaining self-motivation. Students may feel frustrations in fully online courses, particularly those who are dependent learners, are less self-regulated, and need frequent direction and reinforcement from a visible instructor. These frustrations could be eased when the online course is combined with periodic opportunities for face-to-face interactions (Rovai & Jordan, 2004). It is also found that many students studying in undergraduate programs and part-time postgraduate programs indicated their preferences in retaining some form of face-to-face teaching while at the same time taking advantage of e-learning (Lee & Chan, 2007). That is, BL may help students lessen feelings of isolation and adapt to the online learning environment. One of the major challenges for educational technologies is to move beyond information access and provide tools and scaolding for learning tasks that generate metacognition and the use of SRL strategies (McLoughlin & Hollingworth, 2001). In Lynch and Dembos (2004) study that investigates the relationship between selfregulation and online learning in a BL context, it is indicated that verbal ability and self-ecacy related signicantly to performance, together explaining 12% of the variance in course grades. However, there are very few studies investigating the eects of BL and SRL simultaneously, particularly on the development of computing skills for vocational students. Therefore, in the present study the authors explored the eects of BL with SRL on enhancing students skills of using DBMS.

1.9.1 Teknologi Hijau Merujuk kepada laman web rasmi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Teknologi Hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia (Laman Web Rasmi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KETTHA). 1.9.2 Tenaga Hijau Menurut Steve Leone (2011) menerusi artikelnya yang bertajuk Renewables Can End Poverty mendefinasikan tenaga hijau sebagai tenaga yang boleh diperbaharui dan berasal daripada sumber semula jadi seperti cahaya matahari, angin, hujan, air pasang, ombak dan haba geoterma. Ia boleh diperbaharui kerana tenaga tersebut terhasil secara semula jadi pada kadar yang berterusan dan tidak akan habis (Steve Leone, Houseware.greenenergy.com).

1.9.3 Bangunan Hijau Setiausaha Rasmi Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menerusi laman web rasmi mereka mendefinasikan bangunan hijau sebagai amalan mewujudkan struktur bangunan dan menggunakan proses yang mengambil berat tentang alam sekitar dan sumber. Ianya merangkumi kitaran hayat bangunan tersebut daripada tapak untuk reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pengubahsuaian

(Architecture.greenconcept.com).

1.9.4 Pemuliharaan Air Pemuliharaan air merujuk kepada mengurangkan penggunaan air dan kitar semula sisa air untuk tujuan lain seperti mencuci, aktiviti pembuatan dan pengairan agrikultur (Handa S. Abidin, 2011). Ia merangkumi semua langkah mengurangkan kehilangan air, penggunaan atau pembaziran air serta memaksimakan kegunaan air bersih untuk aktiviti yang penting sahaja (Handa S. Abidin, penelitihukum.org).

1.9.5 Pengawalan Pencemaran Menurut Aina Ibrahim (2011), pengawalan pencemaran bermaksud kawalan pelepasan dan efluen ke dalam udara, air atau tanah. Tanpa kawalan pencemaran, produk sisa dari penggunaan, pemanasan, pertanian, perlombongan, pembuatan, pengangkutan dan aktivitiaktiviti lain manusia akan mencemarkan alam sekitar. Dalam hierarki kawalan, pencegahan pencemaran dan pengurangan sisa adalah lebih baik daripada kawalan pencemaran (Aina Ibrahim, bmg36.blogspot.com).

1.9.6 Modul Pembelajaran Modul pembelajaran ialah satu set pengalaman-pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk membantu mencapai objektif pembelajaran (Kae Tek Heng, 2001 dalam Adam Rahayu, 2004). Ia merupakan satu komponen yang tersendiri dalam satu sistem pengajaranpembelajaran serta direka bentuk untuk pelajar belajar secara sendiri. Modul pembelajaran boleh dibina menggunakan pelbagai media.

1.9.7 Quick Response Code ( QR-Code) Menurut Marc Lyne (2009), Quick Response Code ialah satu sistem yang menggunakan kod dua dimensi untuk memberi tindak balas yang cepat apabila dibaca oleh smartphone. Ia digunakan dengan mengambil maklumat dari media sementara dan dipindahkan ke telefon bimbit pengguna. Kelebihan QR-Code berbanding bar code yang sering digunakan ialah ia dapat menyimpan lebih banyak data termasuk pautan web, koordinat geografi dan juga teks ( Marc Lyne, searchengine.com)

1.10

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat masih di tahap yang rendah. Hambatan perkembangan yang semakin pesat dan drastik bakal mencetuskan implikasi negatif kepada manusia dan alam sekitarnya. Kemusnahan ekologi

pastinya tidak dapat dielakkan demi memenuhi tuntutan pembangunan dan kemajuan ciptaan manusia. Untuk memastikan supaya apa jua perancangan, perkembangan dan pelaksanaan terhadap sesuatu pembangunan berjalan seiring dengan keperluan penjagaan alam sekitar, maka kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan. Pendedahan penjagaan alam sekitar dari segi pendidikan merupakan antara aspek terbesar yang mampu memberi perubahan kepada keadaan alam sekitar di hari esok. Pendukung pendidikan seperti guru haruslah memastikan bahawa perkara ini dititikberatkan agar individu yang celik alam sekitar akan dapat dibentuk.

Das könnte Ihnen auch gefallen