Sie sind auf Seite 1von 14

1.

PENDAHULUAN

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bagi mata pelajaran meletakkan matlamat Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui

pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Manakala Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani pula ialah untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan Jasmani yang merangkumi tiga aspek penting, iaitu yang pertamanya melibatkan murid secara aktif dan selamat. Keduanya ialah Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alat dan ketiganya pula ialah Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran. Bermula tahun 2011, semua sekolah menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini telah dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 pada tahun 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani dibentuk berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Standard kandungan ialah pernyataan yang jelas tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran pula merupakan penetapan kriteria atau pengukur pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani sendiri masih lagi mengandungi prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan turut menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan Untuk Murid Sekolah oleh International Council for Health, Physical Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan. Kandungan kurikulum baru ini masih mengekalkan tiga domain utama pendidikan iaitu psikomotor, kognitif dan afektif yang sangat penting dalam mendidik dan memimpin generasi akan datang. Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan utama untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum ini turut mampu menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas. Bukan hanya murid yang perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki dalam KSSR Pendidikan Jasmani, malahan guru yang mengajar Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas seperti yang terkandung di dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dan kondusif dengan menekankan aspek keselamatan.

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan

kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Jesse Feiring Williams (1999; dalam Freeman, 2001), Pendidikan Jasmani adalah sejumlah aktivitis jasmani manusiawi yang terpilih sehingga dilaksanakan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Pengertian ini didukung oleh adanya pemahaman bahwa: Manakala fikiran (mental) dan tubuh disebut sebagai dua unsur yang terpisah, pendidikan, pendidikan jasmani yang menekankan pendidikan fizikal... melalui pemahaman sisi kealamiahan fitrah manusia ketika sisi keutuhan individu adalah suatu fakta yang tidak dapat dinafikan, pendidikan jasmani diertikan sebagai pendidikan melalui fizikal. Pemahaman ini menunjukkan bahawa pendidikan jasmani juga berkaitan dengan respon emosional, hubungan personal, perilaku kelompok, pembelajaran mental, intelektual, emosional, dan estetika. Pendidikan melalui fizikal maksudnya adalah pendidikan melalui aktivitis fizikal (aktivitis jasmani), tujuannya meliputi semua aspek perkembangan kependidikan, termasuk pertumbuhan mental, sosial siswa. Manakala tubuh sedang ditingkatkan secara fizik, fikiran (mental) harus dibelajarkan dan dikembangkan, dan selain itu perlu pula berdampak pada perkembangan sosial, seperti belajar bekerjasama dengan siswa lain.

Syer & Connolly ( 1984 ) ; Clancy (2006) ; Begley (2007), pula menyebutkan hal senada bahawa " tubuh adalah tempat bersemayamnya fikiran. " Ada unsur kesatuan pemahaman antara tubuh dengan fikiran. Kesatuan Unsur Tubuh dan Minda Salah satu masalah besar , untuk selama bertahun -tahun lamanya seolah tidak akan pernah tuntas , adalah perdebatan antara intelektual dan jasmani. Kepercayaan banyak orang adalah bahawa tubuh terpisah dari fikiran, yang kemudian memunculkan pemahaman " dualisme " dan cenderung mengarah pada fikiran adalah sesuatu yang diutamakan, sementara tubuh adalah sesuatu yang inferior . Sebagai contoh , sering didapatkan pada rohaniawan yang mengutamakan pada

kesempurnaan fikiran , daripada kesejahteraan fizikalnya. Bahkan sampai pada keyakinan bahawa fikiran berada di atas unsur tubuh , dan mengendalikan semua sistem tubuh yang ada . Sebaliknya, ada juga falsafah yang menyebutkan bahawa tubuh dan fikiran bersatu, yang kemudian dikenal sebagai aliran pemahaman holism , suatu kesatuan antara tubuh dan fikiran. Keyakinan ini dapat dengan mudah dikenali, seperti yang sering didengar sebuah semboyan Orandum est ute sit men sana in corpore sano atau seperti: a sound mind in a sound body ( Krecthmar , 2005:51 ) . Moto seperti ini, sering dijadikan rujukan dalam setiap pelaksanaan pendidikan jasmani. Pendidikan jasmani memanfaatkan aktiviti jasmani untuk mengembangkan aspek tubuh dan fikiran, dan bahkan aspek spiritual . Hal ini pun menjadi fokus orientasi utama dalam pembangunan aktiviti jasmani sebagai usaha pembangunan utuh - manusia. Pertanyaan utama yang patut dimunculkan adalah apakah benar keyakinan terhadap kesatuan tubuh dan fikiran? Pada kenyataannya di masyarakat sering dijumpai keyakinan bahawa tubuh dan fikiran berada pada sifat dualism .

Sesungguhnya, pendidikan jasmani cuba membuktikan dan meyakinkan setiap orang bahawa tubuh dan fikiran berpadu menjadi satu kesatuan dalam konsep holism , walaupun fikiran berada di atas kedudukan tubuh. Inilah bukti bahawa perdebatan itu akan senantiasa muncul sebagai akibat adanya dinamika dalam pemikiran . Pendapat yang bijak dapat dimunculkan ketika cuba meletakkan diri pada pemikiran neutral, bijak dalam meletakkan masing- masing pendapat , fikiran mengendalikan tubuh, tetapi tubuh pun dapat memberikan maklumat dan mempengaruhi fikiran. Justifikasi akan dapat diterima apabila apa yang terjadi sesuai dengan landasan teoritisnya . Tetapi , teori boleh diterima apabila selaras dengan apa yang terjadi. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi

pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal.(Pettifor, 2005) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1992) pula menerangkan bahawa Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan bertujuan menjadikan pelajar sihat, cergas dan

produktif dengan pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

1.1

Pengenalan : Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani

Objektif Pendidikan Jasmani ialah untuk murid boleh mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor, menguasai

kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah dan disiplin diri dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu yang pertamanya ialah Kecergasan dimana konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Kedua ialah Kemahiran iaitu konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi dan ketiganya ialah Kesukanan iaitu konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

Pendidikan melalui jasmani di mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani yang melibatkan otot-otot dan sendi. Ia merupakan program kegiatan fizikal yang berpusatkan sekolah di mana kemahiran dalam sukan, tarian dan latihan lazimnya diajar dan dilatih. Ada pula definisi yang mengatakan pendidikan jasmani meliputi aktiviti-aktiviti tersebut yang bukan berpusatkan sekolah, misalnya yang diadakan oleh pusat komuniti, persatuan belia dan sebagainya. Komponen utamanya adalah aktiviti-aktiviti tertentu yang direka untuk pembelajaran. Namun secara menyeluruh Pendidikan Jasmani adalah proses pendidikan yang memanfaatkan aktiviti jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan meningkatkan individu secara organik, neuromuskuler, perseptual, kognitif, dan emosional, dalam kerangka sistem pendidikan kebangsaan. Pada dasarnya pendidikan jasmani merupakan bahagian integral dari sistem pendidikan secara keseluruhan. Bertujuan untuk mengembangkan kesihatan, kesegaran jasmani, penampilan berfikir secara kreatif dan kritis, stabiliti emosi, keterampilan dalam bersosial, tindakan dan tingkah laku moral melalui aktiviti jasmani. Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanakkanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan dan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan dalam menjadi aktif dan mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal.

Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata yang diperoleh daripada kegiatan di padang sekolah sahaja. Tetapi boleh dikatakan bahawa kegiatan yang tersusun dan melibatkan usaha jasmani dan mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam bidang Pendidikan Jasmani. Fokus Pendidikan Jasmani tidak hanya tertumpu pada aktiviti fizikal tanpa melibatkan sebarang penglibatan emosi dan sosial. Dalam memenuhi perkembangan naluri kanak-kanak yang suka dengan keseronokan maka pendekatan permainan yang dikembangkan oleh Bunker and Thorpe (1982) meletakkan murid berada dalam situasi permainan yang sebenar yang mana taktik, membuat keputusan, penyelesaian masalah dan kemahiran turut dikembangkan dalam masa yang sama. Banyak kajian yang berkaitan turut dikembangkan antaranya ialah Game Sense (den Duyn, 1997), Games for Understanding (Bunker & Thorpe, 1982), Play Practice (Launder, 2001) dan Games Concept Approach (Wright, Fry, McNeil, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light 2003). Oleh itu, Pendidikan Jasmani seharusnya membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara menyeluruh (whole child) yang mengambil kira pembangunan aspek-aspek psikomotor, kognitif dan afektif. Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal.(Pettifor, 2005)

1.2

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu :

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tahun ini di SK Taman Bukit Kempas, Johor Bahru, saya telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi kelas Tahun 4 Arif. Saya telah mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini sejak 5 tahun yang lalu. Saya juga dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid KSSR iaitu tahun 1 dan 3. Sebelum itu saya telah diberi Kursus KSSR terlebih dahulu bagi melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. .Kemahiran dalam permainan hoki terdapat dalam silibus mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4. Kemahiran-kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu mereka kuasai ialah kemahiran asas menolak, memukul, menahan, membawa bola dan menggelecek bola. Saya memilih kemahiran asas menolak untuk dibuat kajian ini kerana kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang paling penting dalam permainan hoki ini selain kemahiran asas yang lain yang telah disebutkan tadi. Sekiranya kemahiran ini tidak diajar dengan menggunakan teknik yang betul, pelajar akan melakukan kemahiran dengan perlakuan yang salah dan akan mengakibatkan permainan ini tidak seronok dan membosankan. Menurut Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Rendah bagi Sukan Hoki mukasurat 42, kemahiran asas menolak ini boleh digunakan untuk membuat hantaran kepada rakan sepasukan, tolakan ke dalam semasa tolakan sudut pendek atau untuk menjaring. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah kedudukan bahu dan kaki serta daya tolakan dari kedua belah tangan untuk mendapat ketepatan dan kederasan bola.

Kemahiran menolak bola hoki terbahagi kepada dua cara iaitu menolak biasa dan menolak tarik (drag push) yang hanya boleh dilakukan di atas permukaan padang rumput tiruan. Tolakan biasa boleh dilakukan di kedua-dua jenis padang iaitu padang rumput betul dan padang rumput tiruan. Selalunya digunakan semasa membuat hantaran pendek kepada rakan sepasukan. Kemahiran menolak tarik (drag push) pula selalunya digunakan untuk hantaran jauh dan lebih tepat ke sasaran. Selalunya digunakan oleh penolak (pusher) semasa pukulan sudut pendek atau penalty corner atau short corner kepada pemukul untuk menjaringkan gol. Melalui pemerhatian, masalah yang lebih menjadi perhatian pengkaji ialah kelemahan dalam melakukan tolakan dengan teknik yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan. Didapati sebanyak 90% pelajar daripada 38 orang keseluruhan ini tidak boleh melakukan tolakan bola hoki dengan teknik yang betul. Hampir 100% pelajar perempuan tidak boleh menolak bola hoki dengan teknik yang betul manakala 84% pelajar lelaki tidak boleh menolak bola dengan teknik yang betul walaupun jarak antara pelajar hanyalah 5 meter sahaja. Hal ini terjadi kerana pelajar belum diajar dan belum didedahkan dengan cara yang betul untuk melakukan kemahiran tolakan bola dengan teknik yang betul. Saya dapati murid memegang kayu hoki dengan cara yang salah. 80% murid memegang kayu hoki dengan cara yang salah di mana jarak tangan kanan dan kiri tidak betul samaada terlalu rapat atau terlalu jauh. Apabila kedudukan tangan tidak berada di kedudukan yang betul, bola hoki tidak boleh ditolak dengan kuat melepasi garisan yang ditentukan iaitu 5 meter.

Rajah 1 Teknik pegangan kayu hoki yang betul untuk kemahiran menolak bola hoki ialah mula-mula hendaklah memegang kayu hoki dengan cara yang betul iaitu tangan kiri di bahagian hujung kayu manakala tangan kanan memegang kayu di bahagian tengah kayu. Pegangan hendaklah kemas supaya kayu tidak terlepas dari pegangan dan bola yang ditolak melepasi garisan yang ditentukan. Kedudukan hujung kaki hadapan iaitu kaki sebelah kiri hendaklah mengarah ke sasaran. Badan pula hendaklah direndahkan atau dibongkokkan sedikit supaya kayu yang diletakkan tepat mengenai belakang bola hoki. Sekiranya badan tidak dibongkokkan agak sukar untuk kedudukan kayu tepat pada belakang bola hoki. Berat badan berada di kaki sebelah kanan. Langkah yang seterusnya ialah kedudukan bahu sebelah kiri mestilah mengarah ke sasaran supaya bola yang ditolak tepat ke arah yang dikehendaki. Sekiranya bahu tidak ke arah sasaran, bola yang ditolak sudah tentu tidak akan ke sasaran. Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit semasa melakukan tolakan. Alihkan berat badan ke kaki kiri. Mata mestilah memandang tepat ke arah bola dan pastikan kayu hoki tepat berada dibelakang bola hoki dan akhirnya bola ditolak dengan meluruskan tangan kanan. Gunakan kekuatan tangan dengan melejang bola ke hadapan. Pindahkan berat badan ke kaki kiri dan ikut lajak. Seramai 3 orang pelajar perempuan iaitu 15.78% khususnya memegang kayu hoki dengan pegangan terbalik iaitu tangan kanan di hujung kayu manakala tangan kiri berada di tengah bahagian kayu. Bukan itu sahaja, malahan 15 orang murid

perempuan iaitu 78.94% memegang kayu dengan pegangan yang longgar dan tidak kuat. Seorang pelajar lelaki memegang kayu terbalik iaitu 5.2% dan seramai 10 orang pelajar lelaki memegang longgar kayu hoki iaitu 52.63%. Keadaan ini menyebabkan bola hoki tidak boleh ditolak dengan betul. Dari pemerhatian pengkaji juga mendapati 10 orang murid lelaki iaitu 26.31% dan 17 orang murid perempuan iaitu 44.73% melakukan tolakan bola tanpa lajakan kayu dimana keadaan ini akan menyebabkan bola yang ditolak tidak jauh. Kedudukan badan murid juga tidak dibongkokkan semasa melakukan tolakan juga menyebabkan bola bergerak perlahan. Apabila badan tidak dibongkokkan, kedudukan kaki dengan bola hoki menjadi terlalu rapat seperti yang telah dinyatakan tadi. Keadaan ini menyusahkan murid untuk menolak bola. Terdapat 9 orang murid iaitu 23.68% yang merapatkan kedua-kedua kakinya terutamanya murid perempuan. Murid malu hendak membuka kaki seluas bahu. Dirian yang tegak sebegitu menyebabkan tiada kekuatan pada tolakan bola. Murid juga kadang-kadang berdiri terlalu jauh dari bola menyebabkan murid terpaksa membongkok secara berlebihan pula. Peranan saya sebagai pendidik ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakaran melalui pelbagai pendekatan mengajar untuk murid menimba

pembelajaran secara berkesan. Hasil daripada proses pembelajaran yang berkesan, murid dapat meningkatkan kefahaman melalui proses kognisi, membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan psikomotor dan menerapkan nilai-nilai afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002). Di dalam jadual 2.9 Peringkat Perkembangan dari Aspek Fizikal, Kognitif, Bahasa dan Sosio-Emosi. (Sumber rujukan : Laura E. Berk, Infants, Children and

Adolescents, Peking University Press, 2004) di dalam buku Psikologi Pendidikan karangan Mak Soon Sang muka surat 50 menyatakan kanak-kanak pada usia 9 hingga 11 tahun dari segi kemahiran motornya seperti berlari, menangkap, melontar dan sebagainya sangat aktif, mudah dan cepat menerima apa yang diajar kerana koordinasi mereka sudah semakin baik. Masa tindak balas juga bertambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor kanak-kanak. Justeru itu saya perlu mencari idea untuk memilih kaedah dan pendekatan yang terbaik supaya objektif tercapai dan pelajar menerima pengajaran saya dengan kefahaman yang mendalam. Oleh yang demikian, saya telah mengambil inisiatif untuk melakukan kajian terhadap pelajar tahun 4 Arif ini dengan memperkenalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain agar dapat membantu mereka melakukan teknik yang betul dalam melakukan kemahiran menolak bola hoki.

1.3

Refleksi Nilai Pendidikan Menurut John Elliott (1995) di dalam artikelnya yang bertajuk What is good

action research? yang telah diolah semula oleh Lim Chong Hin (2001) menyatakan bahawa kajian tindakan yang baik adalah berfokus kepada mengubah amalan atau pengajaran pengkaji agar ianya lebih konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan. Selain itu, sesebuah kajian tindakan itu juga haruslah mengumpul maklumat, bukti dan data mengenai sejauh manakah amalan atau pengajaran konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan. Disamping itu, kajian tersebut perlu mengenalpasti dan menerangkan kewujudan ketidakkonsistenan antara amalan atau pengajaran dengan nilai-nilai yang diaspirasikan. pendidikan

Elliot (1995) telah menegaskan bahawa antara ciri-ciri utama Penyelidikan Tindakan ialah mempunyai matlamat pedagogi yang merangkumi nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan dalam amalan seseorang guru atau di dalam pengajarannya. Antara contoh nilai-nilai tersebut ialah memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua murid, nilai menggalakkan dan menghargai pandangan murid, nilai memupuk budaya belajar di kalangan murid, nilai menggalakkan murid menjadi critikal thinkers, nilai membina keyakinan dan imej kendiri yang positif di kalangan murid, nilai menjadikan murid thoughful learners dan nilai menjadikan mata pelajaran yang diajar relevan kepada kehidupan seharian murid Saya melihat terdapat nilai-nilai yang baik semasa saya menjalankan pemerhatian dimana pelajar-pelajar saya tidak kenal erti berputus asa semasa melakukan kemahiran menolak bola hoki ini. Walaupun mereka tidak boleh dan tidak pandai melakukannya dengan baik tetapi mereka tetap melakukan tolakan demi tolakan sehingga mereka selesa melakukannya. Kesabaran yang tinggi dan semangat kental yang mereka miliki ini membakar semangat saya untuk terus mengajar pelajar-pelajar saya menguasai kemahiran menolak ini sehingga berjaya. Saya yakin saya boleh mengubah pelajar-pelajar saya daripada tidak menguasai kepada menguasai kemahiran menolak bola hoki ini dengan rawatan yang dijalankan. Saya juga bersyukur kerana apa yang saya rancangkan ini telah berjaya menjadi kenyataan. Saya sedar untuk mencapai sasaran yang saya tetapkan ini bukanlah semudah seperti yang sangka. Saya perlu kuat semangat dan kekal fokus terhadap matlamat saya.

Das könnte Ihnen auch gefallen