Sie sind auf Seite 1von 3

8.

RUMUSAN Kajian Tindakan yang telah dijalankan ini telah berjaya mempertingkatkan sedikit

peratusan penguasaan pelajar dalam kemahiran menolak bola hoki. Walaupun rawatan yang dijalankan hanya dalam jangka waktu yang singkat, namun prestasi responden masih dapat dipertingkatkan. Faktor peningkatan disebabkan oleh beberapa orang pelajar merupakan pemain pasukan hoki sekolah telah berjaya memujuk dan mempengaruhi minat responden untuk berusaha memperbaiki dan mempelajari teknik kemahiran dengan lebih gigih lagi.

8.1

Apakah kelebihan pembelajaran koperatif ?

Walaupun pembelajaran koperatif menimbulkan keresahan kepada ibubapa yang khuatirkan kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di dalam kumpulan yang kurang cerdas, tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran kooperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memahiri sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini , pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi,yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memperbaiki kemahiran sosial pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial mereka. Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan

difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.

Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran koperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti berikut :

a) b) Membaiki hubungan sosial c) d) Meningkatkan pencapaian e) Meningkatkan kemahiran kepimpinan f) Meningkatkan kemahiran sosial g) Meningkatkan kemahiran aras tinggi h) Meningkatkan kemahiran teknologi i) Meningkatkan keyakinan diri

8.2

Apakah Kelemahan Kaedah Koperatif ? Semua kaedah yang digunakan ialah untuk mewujudkan keberkesanan terhadap

pengajaran dan pembelajaran, tetapi setiap kaedah yang digunakan ada kelemahannya yang tertentu. Ini adalah disebabkan cara penggunaan kaedah yang dipilih seseorang pengkaji. Sekiranya betul caranya, maka baiklah hasilnya. Tetapi sekiranya gagal diuruskan dengan baik dengan tidak mengikut kesesuaian keadaan, maka akan gagallah kaedah yang dipilih itu. Sebenarnya bukan kaedah yang dipilih itu yang salah, tetapi pengkaji yang memilih dan melaksanakan kaedah itulah yang lemah.

Diantara kelemahan kaedah pembelajaran koperatif ini ialah pengkaji perlu mengelakkan memberi tugasan yang boleh diselesaikan tanpa perlu pembabitan setiap ahli kumpulan. Ini boleh menyebabkan ada ahli kumpulan yang 'lepas tangan' ataupun dipinggirkan oleh orang lain, dan bagi pelajar ini, pengalaman pembelajaran sepenuhnya

tidak dapat dicapai. Oleh yang demikian pengkaji perlu memastikan semua pelajar-pelajar dalam setiap kumpulan berperanan untuk mempertingkatkan keupayaan diri masing-masing demi kemenangan kumpulannya. Setiap ahli kumpulan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakan-rakan yang lemah dalam kumpulannya. Semangat inilah yang cuba diterapkan pengkaji kepada para pelajar. Pengkaji akan meletakkan yang terbaik dan yang terburuk pencapaiannya di dalam satu kumpulan supaya mereka saling bekerjasama dan tidak mustahil, akhirnya nanti mereka semua menjadi rapat hubungan sosialnya.

Das könnte Ihnen auch gefallen