Sie sind auf Seite 1von 2

NASIR HAMZAH B.

MALIK,
37, Psrn Wira Jaya Barat 60,
Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak.
________________________________________________________________________
En. Karunagaran A/L Krishnan,
SMK St. Michael,
30000 Ipoh, Perak.
22 Mei 2013
Tel : 019-5788573
Puan,
Peperiksaan Penggal 2 STPM 2013
Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan Skrip Jawapan
Kertas : 900/2 Pengajian Am 2
___________________________________________
Merujuk perkara di atas, satu mesyuarat antara Ketua Kumpulan dengan Pemeriksa bagi
kertas Pengajian Am 2 (900/2) akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh
:
29 dan 30 Mei 2013
Masa
:
8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat
:
SMK Doktor Megat Khas,
30100 Ipoh, Perak.
2.
Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki menghadiri mesyuarat tersebut yang akan
dipengerusikan oleh Ketua Kumpulan.
3.
Oleh sebab jadual mesyuarat ini ketat dan memerlukan penumpuan tuan/puan
sepenuhnya, maka tuan/puan dinasihati supaya tidak membawa ahli keluarga sepanjang
mesyuarat ini.
4.
Skrip jawapan, skema pemarkahan dan bahan-bahan lain akan diserahkan pada hari
tersebut. Semua bahan-bahan tersebut adalah SULIT dan tuan/puan dikehendaki menentukan
keselamatan bahan-bahan tersebut.
5.
Bersama-sama ini, disertakan surat jawapan untuk tuan/puan. Surat jawapan tersebut
hendaklah diisi dengan lengkap dan diemelkan dengan segera.
Sekian. Didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang menurut perintah,
..

(Tn. Hj. Nasir Hamzah B. Malik)

Das könnte Ihnen auch gefallen