Sie sind auf Seite 1von 9

Gangsterisme di Kalangan Remaja 07 November 2006 Oleh SMAHADZIR

Sedih rasanya apabila kita melihat anak kita berubah daripada seorang yang penyayang, tekun dan taat kepada seorang yang suka menyakiti, suka membuli, bising, biadap, agresif, kasar dan tidak mengambil berat tentang orang lain. Kita tidak dapat membayangkan ini berlaku. Biasanya, anak lelaki lebih mudah terpengaruh dengan gejala-gejala sosial. Secara teknikalnya, sesiapa sahaja, tidak kira jantina, mempunyai risiko untuk terpengaruh memasuki kumpulan gangster atau samseng. Sebaik sahaja anda sedar yang anak anda telah terpengaruh dengan kumpulan samseng, adalah sangat penting bagi anda menghentikannya dengan segera.

Ada satu kes di mana seorang bapa dari Seremban telah menelefon polis dan menyuruh mereka menangkap anaknya. Hanya itulah sahaja yang dia tahu lakukan. Walaupun mendapat bantahan daripada isterinya, dia tahu itu adalah cara terbaik untuk mengawal kelakuan anaknya. Dia tahu bahawa dia dan isterinya tidak lagi mampu mengawal anak kesayangan mereka itu. Kita hanya boleh membayangkan keperitannya dan diharap bahawa kita tidak akan berpeluang mengalami perkara yang sama.

Biasanya terdapat beberapa tanda penglibatan dalam kumpulan samseng. Sesetengah daripadanya adalah jelas dan ada di antaranya yang memerlukan anda menyoalsiasat dan menyiasat, sebagai seorang ibu bapa yang prihatin. Perkara yang terpenting ialah untuk membuat sesuatu mengenainya dan bukannya tidak menghiraukannya. Sesetengah ibu bapa memilih untuk tidak mengendahkannya kerana ia di luar kawalan mereka dan tidak tahu apa yang boleh mereka lakukan atau tidak lagi mahu terlibat dalam kehidupan anak mereka. Dalam erti kata lain, mereka telah berputus asa. Jangan Putus Asa

Amat penting bagi anda untuk tidak berputus asa terhadap anak anda. Hakikatnya, andalah satu-satunya harapan mereka. Dampingilah mereka, mereka memerlukan anda seperti ketika mereka masih bayi. Mereka memerlukan kasih sayang, perhatian dan didikan yang berbeza kali ini. Anak anda mungkin tidak akan memberikan kesemua tanda-tanda amaran di hadapan anda, tetapi perhatikan mereka dari jauh dan tangkaplah isyarat ini. Ada di antaranya memerlukan anda dalam kerja-kerja penyiasatan dan ini mungkin melanggar hak peribadi mereka. Bagaimanapun, anda tetap juga perlu lakukan.

TANDA-TANDA

Setiap kumpulan samseng mempunyai simbol dan ikonnya sendiri. Tidak kira sama ada mereka masih baru atau tidak penting dalam dunia gangsterisme ini, mereka mempunyai logo, tanda atau isyarat mereka sendiri. Jika anak anda mula melambai kepada kawannya dengan cara tertentu, berhati-hatilah. Tetapi jangan pula tersilap sangka kerana kadangkala ia hanyalah sesuatu yang ditiru dari video muzik, filem, dan sebagainya. Contohnya, jika anak anda mula membuat isyarat seperti dalam cerita Star Trek, ini tidak bermakna dia terlibat dalam kumpulan samseng. Anda tidak perlu tahu kesemua isyarat tangan yang digunakan dalam dunia mafia, tetapi apabila anda terlihat sesuatu, periksalah dengan kawan-kawan anda dan kemudian tunggu isyarat-isyarat seterusnya. Ponteng Sekolah

Ponteng sekolah mungkin bukanlah salah satu daripada tanda-tanda yang paling penting, tetapi jika anak anda ponteng sekolah tanpa pengetahuan anda, anda perlu mengambil tahu tentangnya. Minta anak anda memberikan penjelasan. Jika penjelasannya tidak memuaskan, carilah butir-butir terperinci dan tanda-tanda yang lain.

Ganas

Jika anak anda mempamerkan minat yang mendadak terhadap cerita-cerita berunsur ganas dan dia bukan sahaja menontonnya, tetapi menontonnya berulang kali seperti dia sedang cuba menghafal setiap dialog dan setiap aksi, maka tentu ada sesuatu yang tidak kena. Jika dia menontonnya seperti biasa, lupakan saja. Gabungkan minatnya menonton filem itu berulang kali dengan kelakuan ganas yang mendadak yang tidak pernah dilakukannya, maka ada sesuatu yang perlu anda bimbangkan. Lebih penting lagi, jangan ragu-ragu untuk mengambil mana-mana senjata berbahaya yang anda jumpa tersorok di biliknya serta merta. Jika dia perlu melindungi dirinya, anda harus bercakap dengan dia mengenainya dan tidak hanya membiarkannya. Jangan elakkan konfrantasi, ia mungkin melibatkan nyawa! Berahsia

Ini agak sukar untuk dikesan jika anda dan anak anda tidak mempunyai perhubungan yang rapat sebelum ini, tetapi jika anda mula menyoal siasat dan dia mula membenci anda kerana itu, maka tentu ada sesuatu yang tidak kena.

KENAPA DAN MENGAPA

Kajian telah menunjukkan bahawa sebab utama anak-anak remaja memasuki kumpulan samseng pada hari ini adalah untuk mendapatkan wang dengan mudah, mendapatkan dadah dan juga untuk perlindungan. Sesetengah anak-anak remaja dibuli dan dipaksa masuk. Jika mereka penakut, pemalu dan mudah dibuli, rakan-rakannya yang lain mungkin mengugut mereka, Jika awak tidak masuk kumpulan kami, awak akan kena!

Tetapi jika anda bersama-sama kami, kami akan melindungi anda dan selain daripada itu kami akan menjadikan anda kaya dan ditakuti!

Sayangi Anak Anda

Hanya kerana dia tersilap langkah, jangan biarkan dia bersendirian atau membiarkan dia sesat jalan. Dia akan terlibat dengan lebih mendalam dengan gejala sosial ini. Pandulah dia, pimpin dan sayangilah dia kembali ke pangkal jalan. Jika anda mempunyai anak yang menghantar dadah untuk satu kumpulan, dan kemudian anda membandingkannya dengan anak kawan anda yang menjadi doktor; anda akan tertanya-tanya apakah silap anda. Jangan. Anda mengikut naluri anda dan anda tidak salah, kecuali jika anda sering mengabaikan anak anda. Keyakinan Diri

Lengkapkanlah anak anda dengan sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti seperti keyakinan diri, sejak mereka kecil lagi. Telah dibuktikan bahawa kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi kurang terdorong untuk terlibat dalam aktiviti samseng. Kasih Ibu Bapa

Kasih ibu bapa, daripada awal lagi, adalah sangat penting dalam membentuk masa hadapan anak anda. Jika mereka kurang kasih sayang daripada keluarga, dia akan cuba mencarinya di tempat lain. Begitu jugalah, jika mereka kurang mendapat wang, mereka akan mencarinya di tempat lain. Pastikan anda sentiasa prihatin dan mengawasi siapa kawan-kawan anak anda dan tahu di mana mereka berada setiap masa. Jika anak anda mempunyai telefon bimbit, periksalah jika dia menutup suisnya setiap masa (supaya anda tidak boleh menefonnya).

http://www.yadim.com.my/Remaja/RemajaFull.asp?Id=135

BULI DI SEKOLAH IBU BAPA DAN GURU PERLU MAINKAN PERANAN SATURDAY, 20 MARCH 2010 05:07 Sekolah merupakan sebuah institusi yang amat penting bagi sesebuah negara. Di sinilah generasi pemimpin dan peneraju negara pada masa hadapan, dididik dan dibentuk. Begitu juga, institusi sekolah merupakan tempat memupuk dan membentuk jati diri dan semangat patriotisme anak bangsa, di samping berfungsi sebagai tempat pendidikan akademik dan kemahiran.

Namun begitu laporan-laporan akhbar menunjukkan kes jenayah juvana dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi, yang sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk jati diri dan pendidikan generasi masa hadapan negara. Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Buli merupakan satu bentuk penyalahgunaan melalui perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan diri. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut atau mencubit. Manakala, buli mental lebih kepada ejek-mengejek, mengusik dan menghina. Secara umumnya perlakuan buli lebih cenderung berlaku dalam kalangan pelajar lelaki, sama ada secara individu atau berkumpulan. Namun begitu perlakuan buli dalam kalangan pelajar perempuan tidak harus diketepikan, malah ia semakin meningkat. Bermula dengan kes Sherman Mohd Jaafar, 14, yang mengalami kecederaan parah di tengkuk serta belakang badan selepas dibelasah oleh lima orang pelajar seniornya di asrama sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan. Baru-baru ini, kes buli di Kuching yang melibatkan lima pelajar perempuan sekolah menengah yang melakukan kekerasan terhadap mangsa secara beramai-ramai telah melahirkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya para ibu bapa. Keadaan ini menimbulkan suasana yang tidak aman dan selamat di sekolah.

Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau pelajar itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan samseng. Perbuatan membuli, sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam, tidak sewajarnya menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah.

Pelbagai faktor mempengaruhi seorang pelajar terlibat dalam gejala buli. Antaranya, latar belakang keluarga, rakan sebaya, kurang didikan agama, persekitaran dan budaya sekolah serta media massa. Maka, jelaslah bahawa latar belakang sesebuah keluarga dan persekitaran serta budaya sekolah amat mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Ibu bapa perlulah meluangkan masa dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Ibu bapa perlulah senantiasa peka terhadap pemilihan rakan sebaya oleh anak-anak mereka, mengambil tahu akan setiap aktiviti yang anak-anak mereka terlibat.

Selain itu, pelajar meluangkan lebih banyak masa di sekolah berbanding di rumah. Guru merupakan ibu dan bapa kepada pelajar di sekolah. Sebagai seorang guru dan ibu bapa kepada pelajar di sekolah, para guru haruslah arif dengan dapat mengesan sebarang tanda-tanda negatif atau perubahan dalam diri seseorang itu. Seumpamanya, melihat gelagat pelajar yang sentiasa periang di sekolah telah berubah identitinya dengan mendiamkan diri dan mengasingkan diri. Ia mungkin memaparkan tanda-tanda seseorang pelajar itu mungkin dibuli atau terlibat dalam sebarang masalah. Justeru, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang setanding dalam pembentukkan seseorang individu. Dengan ini, ia dapat membanteras anak-anak muda pada hari ini daripada terjebak dalam kancah gejala seperti ini.

Walaupun, semua faktor ini mempengaruhi emosi dan pembentukan seorang individu, namun individu itu sendiri seharusnya menyedari kesan yang akan wujud pada masa akan datang akibat daripada tindak-tanduknya pada hari ini. Mereka juga hendaklah menilai dengan rasional bahawa penglibatan dalam gejala-gejala sosial seperti ini

bukan sahaja meningkatkan kadar jenayah di Malaysia tetapi akan menghancurkan segala impian dan kerjaya seorang pelajar. Ini secara tidak langsung memalapkan masa depan pelajar itu sendiri dan mangsa buli.

Sharala Devi Thyakaran Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/isu-umum/167-buli-disekolah-ibu-bapa-dan-guru-perlu-mainkan-peranan

Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar Posted on 14 Mac, 2008 by admin Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi. Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu. Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani

melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar. Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin. Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini. Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata. http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/14/punca-punca-dan-cara-cara-mengatasimasalah-disiplin-pelajar/

Das könnte Ihnen auch gefallen