Sie sind auf Seite 1von 1

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

SK Bandar Baru Beris Jaya, Ruj : IPDA/01/1/32/Jld7 (175)


Bandar Baru Beris Jaya, Tarikh : 03 Ogos 2009
08200 Sik,
Kedah Darul Aman

Tuan,

MAKLUMAN PERKHEMAHAN DAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa guru-guru pelatih Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
PK/PJ 1, Ambilan Januari 2008, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman, Jitra,
Kedah akan mengadakan perkhemahan dan Program Khidmat Masyarakat di Kg. Bandar Baru
Beris Jaya, 08200 Sik, Kedah seperti butiran berikut:

Tempat : Kg. Bandar Baru Beris Jaya


Tarikh : 09 hingga 11 Ogos 2009
Bilangan peserta : 20 orang guru pelatih
: 2 orang pensyarah pengiring

3. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program yang akan dilaksanakan sepanjang tarikh
berkenaan untuk rujukan pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


”MENDIDIK DAN MEMIMPIN”

Saya yang menurut perintah,

(SHAARI BIN OSMAN)


b.p Pengarah
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Darulaman
06000, Jitra
Kedah Darul Aman

s.k 1. HEP, IPGM Kampus Darulaman


2. Pensyarah Pengiring/Mentor

Das könnte Ihnen auch gefallen