Sie sind auf Seite 1von 11

DISEDIAKAN OLEH : HIDAYATUL ISMA BINTI SUMADIN (WAJ3104 LITERASI BAHASA)

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa muridmurid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan

kemas dan betul. Latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi menguasai kemahiran membentuk lambanglambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitiktolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas.

Latihan-latihan pramenulis
Melakukan latihan-latihan pergerakan

tangan Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

a) Latihan bagi tangan


Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah

dilakukan beberapa kali. Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul. Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah. Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula. Membuka tali kasut dan mengikat semula.

b)

Latihan bagi mata

Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka

mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.

c) Latihan bagi kordinasi mata dan tangan


Menyusun benda mengikut golongan bagi

benda yang sama bentuk, warna atau ukuran. Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan. Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnyajigsaw puzzle. Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan,

Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru. Mencantum titik atau sempang untuk

membentuk huruf atau gambar. Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa. Memilih gambar yang berlainan dalam satu set. Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal. Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan. Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya

Contoh aktiviti pramenulis


I.

Latihan menulis dari kiri ke kanan

ii. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri

iii. Latihan membentuk bulatan di udara. Di at as meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

iv. Latihan membentuk garis lurus

v. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

vi. Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/46655673/Aktiviti

-Pratulisan-Dan-Tulisan-Mekanis http://teachinginmalaysia.blogspot.com/2011 /02/aktiviti-pratulisan.html

Das könnte Ihnen auch gefallen