Sie sind auf Seite 1von 29

Sedia Pantas Berintegriti

SKOP DAN PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

1.Difinisi
1.1 Pertolongan cemas ditakrif sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang kemalangan sebelum ketibaan bantuan perkhidmatan kecemasan atau doktor.

Sedia Pantas Berintegriti

2. Prinsip- Perinsip Pertolongan Cemas


2.1 Menyalamat nyawa. 2.2 Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera atau memerlukan rawatan perubatan. 2.3 Melindungi dan mengurangkan kecemasan mangsa apabila ada sesuatu bencana berlaku. 2.4 Menyediakan ubatan, alat-alat untuk melindungi orang-orang yang cedera. 2.5 menghadkan kesan-kesan kecederaan. 2.6 Menggalakan pemulihan. 2.7 Perhubungan/ tindakan apabila sesuatu kejadian.

Sedia Pantas Berintegriti

Pertolongan Cemas
3. Seorang Ahli Pertolongan Cemas Yang Baik dan Mahir 3.1 Tajam Pemerhatian nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan. 3.2 Pantas Ikthiar menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada sekelilingnya. 3.3 Tidak Kasar jangan menyakitkan orang yang tercedera 3.4 Berakhlak Budi tidak menambah kesakitan. 3.5 Bertimbang Rasa menghiburkan hati orang yang tercedera. 3.6 Sentiasa tersenyum muka yang tersenyum memberi keyakinan kepada pesakit.

Sedia Pantas Berintegriti

Pertolongan Cemas

4.Tanggunjawab Ahli Pertolongan Cemas


4.1 Sentiasa tenang dan dapat tanda dan gejala sesuatu kecederaan. 4.2 Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa 4.3 Panggil Doktor atau hantarkan ke hospital. 4.4 Berikan maklumat yang terang kepada Doktor.

Sedia Pantas Berintegriti

Pertolongan Cemas
5. Tugas Ahli Pertolongan Cemas Iatu memberi bantuan rawatan kecemasan kepada pesakit: 5.1 Menahan pendarahan. 5.2 Berikan perlindungan di tempat yang teduh dan selesa. 5.3 Berikan pemulihan pernafasan jika mangsa tidak bernafas. 5.4 Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa untuk bernafas. 5.5 Jika mukanya pucat, baringkan dan selimutkan mangsa itu 5.6 Berikan layanan tertentu yang dikehendaki. 5.7 Jangan memberi orang ramai berkerumun kerana pesakit perlukan udara yang bersih.

Sedia Pantas Berintegriti

Pertolongan Cemas

6. Jangan Memberi Apa-apa Minuman 6.1 6.2 Jika pesakit itu tidak sedar Jika pesakit itu tercedera di bahagian paru-paru atau perutnya.

MUSTAHAK: Dengan segera panggil Doktor atau hantar ke hospital. INGATAN: Seorang Ahli Pertolongan Cemas adalah bukan seorang Doktor.

Sedia Pantas Berintegriti

Pertolongan Cemas
Nadi Nadi merupakan gelombang tekanan yang mengalir di sepanjang arteri yang wujud akibat denyutan jantung. Lazimnya nadi dapat dirasai apabila terdapat arteri yang rapat pada permukaan badan. Bagi orang dewasa, kadar denyutan nadi biasanya antara 60 80 denyutan seminit. Kadar ini adalah lebih cepat pada kanak- kanak. Ia mungkin lebih perlahan bagi orang dewasa yang sihat. Kadar denyutan nadi mungkin meningkat ketika dalam keadaan takut, demam, letih, kehilangan darah dan sakit. Pengsan, fungsi jantung yang tidak teratur dan tekanan serebral mungkin memperlahankan denyutan nadi.

Sedia Pantas Berintegriti

Pertolongan Cemas

Dimanakah Nadi Dapat Dirasai


Denyutan nadi lazimnya direkodkan dari pergelangan tangan (nadi radial). Jika berlaku kecemasan, pemeriksaan denyutan nadi dilakukan dileher, iatu nadi karotid. Bagi bayi pula, pemeriksaan denyutan nadi dibuat pada bahagian atas lengan bayi, iatu nadi brakial. Nadi ini mudah untuk dirasai.

Sedia Pantas Berintegriti

Pertolongan Cemas

Gunakan hujung jari anda jangan gunakan ibu jari kerana ia mempunyai nadinya tersendiri Untuk mendapatkan denyutan nadi radial, letakan tiga jari pada bahagian lekuk pergelangan tangan, iatu pada pangkal atau dasar ibu jari tangan. Kemudian tekan perlahan-lahan. Periksa dan rekodkan: Kadar denyutan nadi Daya kekuatan (kuat atau lemah) Nada (tetap atau tidak tetap)

Sedia Pantas Berintegriti

LUKA

LUKA

1.
1.1

Difinisi
Sebarang kecederaan yang tidak normal pada kulit atau pada permukaan badan ia dinamakan sebagai luka. Kebanyakan luka adalah terkoyak dan terbuka yang menyebabkan darah serta cecair lain mengalir keluar daripada badan. Luka yang tertutup pula membenarkan darah terlepas dari sistem peredaran tetapi tidak mengalir keluar.

Sedia Pantas Berintegriti

LUKA
2. Jenis-Jenis Luka 2.1 Luka Terhiris Luka yang lurus dan bersih akibat terkena benda tajam seperti pisau cukur atau pecahan kaca yang menyebabkan darah meleleh.

2.2

Luka Melecet Luka yang kesat dan kasar disebabkan oleh daya tekanan yang teruk tetapi luka ini tidak menyebabkan pengaliran darah seperti luka terhiris.

Sedia Pantas Berintegriti

LUKA

2.3 Luka Calar Balar


Luka pada permukaan yang menyebabkan lapisan atas pada kulit tergesel. Luka calar balar sering mengandungi partikel asing yang terbenam didalamnya dan akan menyebabkan infeksi.

2.4 Luka Lebam


Sebarang tamparan yang kasar boleh memecahkan kapilari dibawah lapisan kulit dan darah yang masuk kedalam tisu-tisu menyebabkan lebam.

Sedia Pantas Berintegriti

LUKA
2.5 Luka Tercucuk

Luka akibat daripada terpijak paku atau tercucuk atau tertikam benda tajam yang menghasilkan luka pada titik kemasukan yang kecil tetapi dalam dan menyebabkan kerosakan dalaman. Tembakan peluru atau lain-lain pelontar mungkin termasuk kedalam badan yang menyebabkan kecederaan dalam yang sirius. Luka pada titik kemasukan peluru mungkin kecil dan bersih tetapi luka didalam mungkin lebih sirius serta lebih besar.

2.6 Luka Tembakan

Sedia Pantas Berintegriti

PENDARAHAN
Sebagai seorang ahli pertolongan cemas anda akan bertemu dengan mangsa yang mengalami luka berdarah. Terdapat dua jenis pendarahan: a. b. Pendarahan Dalaman (Internal) Pendarahan Luaran (External)

Pendarahan dalaman tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Ia berlaku dalam badan apabila salur darah mengalami kecederaan.
Pendarahan luaran boleh dilihat dengan mata kasar kerana terdapat perpecahan pada kulit badan kita.

Sedia Pantas Berintegriti

Pendarahan
A. Pendarahan Dalaman
Akibat daripada pendarahan yang boleh menimbulkan masaalah hingga boleh meragut nyawa seseorang.

Sebagai orang pertama memberi bantuan, kita perlu memberi perhatian serius terhadap pendarahan kerana renjatan boleh berlaku.
Kehilangan darah yang banyak menjejaskan fungsi otak, jantung, pinggang dan lain-lain organ penting dan menyebabkan organ-organ tersebut berfungsi sama sekali. akan buah boleh gagal

Sedia Pantas Berintegriti

PENDARAHAN

Pendarahan Luaran a. Pendarahan Arteri


Arteri membawa darah dari jantung keseluruhan bahagian badan. Darah ini kaya dengan oksigen. Ia berwarna merah cerah. Ianya memancut keluar jika tidak dikawal dengan cepat, pesakit boleh kehilangan darah yang banyak dalam beberapa minit sahaja.

Sedia Pantas Berintegriti

PENDARAHAN
b. Pendarahan Kapilari kapilari merupakan salur darah yang kecil yang menghubungkan vena dengan arteri. Pendarahan dari kapalari selalunya meleleh sahaja dan tidak menyebabkan renjatan. Contohnya, pendarahan apabila terjatuh atau tercalar dawai. c. Pendarahan Vena Vena membawa darah dari bahagian badan yang lain terus kejantung untuk dicuci. Pendarahan dari vena selalunya keluar lebih perlahan dari arteri disebabkan tekanan yang lebih rendah. Darah berwarna merah gelap

Sedia Pantas Berintegriti

PENDARAHAN
Mengawal Pendarahan

Mengawal Pendarahan Dalaman


Pendarahan dalaman tidak dapat dikawal dengan mudah. Ia seringkali memerlukan pembedahan. Pesakit yang disyaki mempunyai luka dalaman haruslah dikejarkan kehospital dengan segera. Mengawal Pendarahan Luaran (Pastikan anda memakai sarung tangan getah sebelum memegang bahagian yang berdarah) basuh tangan selepas memegang pesakit. Sekiranya darah memancut dari bahagian-bahagian yang luka, gunakan goggles untuk melindungi mata.

Sedia Pantas Berintegriti

PENDARAHAN

Terdapat 4 cara mengawal pendarahan luaran.

1.

Direct Pressure-

memberi tekanan pada tempat luka


meninggikan tempat yang luka.

2.

Elevation-

3. 4.

Pressure pointTourniquet

memberi tekanan pada tempat yang tertentu

Sedia Pantas Berintegriti

PENDARAHAN
Direct Pressure

Cara-caranya:
Jangan buang masa dapatkan kain yang bersih. Lekapkan tangan anda (pastikan anda mamakai sarung tangan) pada tempat luka dan berikan tekanan pada tempat luka tersebut.

Pastikan tekanan yang diberikan itu cukup kuat untuk menghentikan pendarahan.
Apabila pertolongan tiba, dapatkan gauze atau kain yang bersih dan teruskan memberi tekanan sehingga darah berhenti.

Apaila darah telah berhenti, balutkan luka itu dengan bandage

Sedia Pantas Berintegriti

PENDARAHAN

Elevation Disamping memberitekanan berterusan, pendarahan juga boleh dikurangkan dengan meninggikan bahagian yang luka supaya lebih tinggi dari kedudukan jantung. Pressure Point Untuk menggunakan cara ini, kita mesti tahu kedudukan salur-salur darah arteri. Menekan bahagian-bahagian tertentu (dimana terletak dibawah kulit) kadangkala ia boleh memberhentikan pendarahan. Posisi terbaik pesakit adalah berbaring atau duduk.

Sedia Pantas Berintegriti

Membalut Luka

Fungsi Bandage a. Melekapkan dressing yang dibuat kepada luka. b. Memberikan tekanan terhadap pendarahan c. Memberikan sokongan/ imobilisasi seperti kain anduh.

Sedia Pantas Berintegriti

Membalut Luka

Prinsip-prinsip Merawat dan Membalut. 1. Untuk mengawal pendarahan, betulkan posisi pesakit, gunakan kaedah memberi tekanan dan meninggikan tempat luka (direct pressure and elevation) jika boleh. Dedahkan luka dengan memotong kain yang menutupi bahagian yang luka. Jangan mengeluarkan sebarang objek tajam yang tertanam pada luka. Lindungi luka dengan gauze yang steril untuk mengurangkan risiko infeksi.

2. 3. 4.

Sedia Pantas Berintegriti

Membalut Luka

Prinsip-prinsip Merawat dan Membalut. 5.


6. 7. 8.

Balut seluruh luka dengan bandage yang secukupnya, Pastikan tekanan bandage mencukupi, tetapi tidak terlampau ketat sehingga boleh menghalang pengaliran darah. Pastikan tidak ada bahagian kain yang terlepas atau pun longgar kerana ini boleh tersangkut atau terburai. Jangan simpul kain pada permukaan kulit, kerana ia boleh menybabkan iritasi.

Sedia Pantas Berintegriti

Membalut Luka Prinsip-prinsip Merawat dan Membalut. 9. Jangan tutup hujung jari tangan dan hujung jari kaki supaya dapat memeriksa pengaliran darah dan fungsi saraf-saraf.

10. Bandingkan pengaliran darah, warna dan suhu diatas dan di bawah kawasan yang berbalut.
11. Jika pembalut menjadi basah dengan darah, tambahkan dressing dan ketatkan dengan bandage lain.

12. Jika objek tajam terlekat pada luka, jangan cabut. Gunakan dreassing yang tebal supaya ia tidak bergerak.

Sedia Pantas Berintegriti

Membalut Luka

13. Longgarkan bandage dengan segera sekiranya: Kulit di sekeliling pembalut menjadi pucat atau kebiru-biruan. Pesakit mengadu kesakitannya bertambah selepas lukanya dibalut. Kulit di sekeliling menjadi sejuk Pesakit mengadu rasa kebas dan mencucuk-cucuk di bawah bandage.

Sedia Pantas Berintegriti

Menahan Pendarahan

Memberi Tekanan Pada Pressure Piont 1. 2. Tekanan pada arteri femoral Tekanan pada arteri brakial

Tourniquet penggunaan tournique tidak digalakan. Ini adalah kerana ia boleh menyebabakan tissue ischeamia dimana tisu-tisu kekurangan oksigen.

Jika boleh gunakan cara lain untuk mengawal pendarahan.

Sedia Pantas Berintegriti

Menahan Pendarahan
Penggunaan DRESSING DAN BANDAGE Apabila darah tidak lagi mengalir dengan banyak, anda boleh merawat dan menbalutnya dengan menggunakan bandage. Fungsi Rawatan Luka

a. b. c. d.

Melindungi luka dari pendarahan. Melindungi luka dari jangkitan Menstabilkan objek yang tajam. Melindungi luka-luka yang terbelah besar. Pastikan dressing itu tebal, lembut dan steril (bebas dari kuman), pastikan saiznya lebih besar dari luka dan cukup padat untuk luka tersebut.

Sedia Pantas Berintegriti

Das könnte Ihnen auch gefallen