Sie sind auf Seite 1von 8

Amali 1 EKOSISTEM TANAH BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

Tujuan

: Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang berbeza.

Pengenalan : Dalam sesuatu ekosistem tanah, faktor abiotik dan faktor biotik mempengaruhi dan saling beriteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi yang seimbang dan stabil. Ekosistem merupakan satu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan saling bergantung antara hidupan dengan persekitarannya. Ekosistem juga merupakan satu interaksi yang utuh antara benda samada hidupan atau bukan hidupan yang mempengaruhi antara satu dan yang lain. Dalam sesebuah ekosistem terdapat beberapa komponen yang terlibat. Pertama, Komponen biotik yang melibatkan komponen hidupan yang terdiri daripada pengeluar, pengguna (konsumer) dan pengurai. Kedua, komponen abiotik yang melibatkan komponen bukan hidupan yang terdiri daripada cahaya, suhu, udara, kelembapan, air dan nilai pH.

Sebuah ekosistem dibentuk daripada tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang saling berperanan dalam menyimpan, mengumpul dan menghasilkan tenaga. Contohnya tumbuhan (pengeluar)

mengumpul tenaga hasil dari proses fotosintesis dan menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat. Haiwan herbivor (pengguna primer) pula memperoleh tenaganya dari memakan tumbuhan dan

menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan karnivor (pengguna tertier) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat tenaga dengan memakan pengguna primer. Keadaan ini menyebabkan aras

pertukaran tenaga semakin berkurang apabila menaiki tangga rantaian makanan.

Keputusan :

Jenis Lokasi Ciri-ciri Lokasi Jenis tumbuhan Warna tanah Kekeringan/Kelembapan Kepadatan tanah Tekstur tanah Lokasi 1 Bunga Raya Lokasi 2 Akar rumput

Hitam/ Hitam kemerahan Coklat kehitaman Lembab Peroi Halus Lembab berpasir Berketul kecil Kasar

Jadual 1

Makrofauna yang diperhatikan di Lokasi 1 dan Lokasi 2 Kumpulan Makrofauna Besar Belalang Kumbang Cacing Makrofauna Kecil Semut kecil Kutu tanah 1 3 5 3 1 1 1 Bilangan @ lokasi 1 Bilangan @ lokasi 2

Jadual 2

Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanah Kumpulan Makrofauna Semut kecil Kutu tanah Bilangan 6 6

Jadual 3

Kriteria makrofauna Makrofauna Bilangan kumpulan per liter tanah Belalang Kumbang Cacing Semut kecil Kutu tanah Lokasi 1 5 5 15 Lokasi 2 5 5 25 15

Jadual 4

Contoh pengiraan bilangan semut per liter tanah bagi lokasi 2. 1liter = 1000g 5 200g X 1000g = 25

Soalan Perbincangan : 1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Cadangkan mengapa adanya perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah yang boleh diguna untuk menjelaskan perbezaan tersebut.

Hasil keputusan yang diperolehi, sampel tanah dari Lokasi 2 mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah Lokasi 1. Tanah Lokasi 2 diambil dari kawasan bawah akar rumput yang sedikit lembap dan berpasir manakala tanah Lokasi 1 diambil di bawah pohon bunga raya. Kepelbagaian dalam situasi ini adalah bilangan kumpulan dan individu yang berbeza dimana Lokasi 2 mempunyai bilangan kumpulan dan individu lebih tinggi berbanding Lokasi 1. Perbezaan ini berlaku kerana dalam ekosistem Lokasi 2, lantai tanah ditutupi dengan dedaun rumput, pokok-pokok mati dan ranting-ranting kecil yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut dan subur. Pokok-pokok di sini hidup dengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini yang memperolehi banyak makanan di atas tanah. Populasi

biodiversiti, bahan organik, suhu dan kelembapan yang digunakan sebagai parameter tanah.

2. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah.

Makrofauna menguraikan tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan mempercepatkan proses penguraian bahan organik kepada cebisan-cebisan kecil supaya mudah untuk diuraikan. Kedua, makrofauna berperanan dalam meningkatkan struktur tanah. Ketiga makrofauna juga terlibat dalam kitaran nutrien.

3. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh : kulat,nematode), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga mengalir; dimana ia bermula dan berakhir (contoh ; di bahagian atas rantai makanan). Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organism di bahagian atas mati?
Matahari

Arthropod Nematod Tumbuhan Fungi Nematod

Arthropod

Binatang pemangsa

Sisa bahan Bakteria

Protozoa

Nematod

Binatang pemangsa

Berdasarkan rajah jaringan makanan di atas, tumbuhan merupakan pengeluar pertama. Tumbuhan memerangkap tenaga daripada cahaya matahari dan menggunakannya untuk proses fotosintesis. Hanya 1% hingga 5% tenaga solar ditukarkan kepada biomas dalam proses penghasilan bagi tujuan tersebut.. Konsumer merupakan organisma yang bergantung kepada pengeluar dalam memperoleh tenaga. Ia termasuklah haiwan, pengurai dan detritivores. Dalam rajah rantaian makanan di atas, ianya merupakan kombinasi daripada jaringan makanan parasitik dan jaringan makanan pemangsa. Pada peringkat pertama, tenaga dialirkan daripada tumbuhan kepada pengurai. Tumbuhan merupakan bahan organik dimana akar tumbuhan akan dimakan oleh nematod seperti cacing tanah. Bahan organik yang terhasil dari tumbuhan dan haiwan yang telah mati pula dihuraikan oleh fungi dan bakteria. Pada peringkat kedua tenaga dipindahkan dari pengurai kepada arthropod dan arthropod pemangsa. Pada peringkat terakhir tenaga, dipindahkan dari arthropods kepada binatang pemangsa seperti burung dan tikus.
5

Apabila organisma yang berada pada bahagian atas mati seperti burung dan tikus, nutrien dan tenaga tidak akan hilang begitu sahaja tetapi ia akan kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien tanah. Dalam keadaan ini, ulat-ulat memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi. Organisma seperti ulat memainkan peranan sebagai pengurai semulajadi mereka dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang telah mati tadi. Sepanjang proses pemindahan tenaga dari satu tahap ke tahap yang lain 90% daripadanya terbebas ke persekitaran dalam bentuk haba.

4. Apakah kumpulan organism yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan organism yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan ini?

Kumpulan organisma yang membentuk mesofauna terdiri daripada haiwan kecil yang berukuran diantara 0.1mm dan 2mm. Contoh haiwan dalam kumpulan ini adalah seperti cacing tanah, arthropods dan nematode yang besar. Ia boleh didapati di pelbagai jenis tanah di serata tempat. Walaupun saiznya kecil dan ada yang sukar dilihat, namun ia masih dapat dilihat oleh mata kasar ataupun dengan bantuan kanta pembesar. Kumpulan organisma yang membentuk mikrofauna pula terdiri daripada haiwan halus dan organisma uniselular yang berukuran kurang daripada 0.1mm. Kita dapat melihat organisma unicelular ini dengan menggunakan bantuan mikroskop. Kebanyakkan organisma dalam kumpulan ini juga dipanggil cryptozoa. Fungsi utama kedua-dua kumpulan ini adalah pengurai. Ia dapat

menguraikan daun-daun serta ranting-ranting reput dan juga bahan organik yang dihasilkan melalui penghadaman bahan oleh tumbuhan. Organisma dalam kumpulan ini juga memakan najis organisma lain dan mereka sendiri untuk membentuk nutrien dan bahan lain untuk penerusan hidup mereka.

5. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi, dan juga kesihatan tanah. Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat mengekalkan kesihatan tanah.

Beberapa cara pengurusan tanah yang dapat mengekalkan kesihatan tanah. Antaranya, pertama dengan menggunakan kawalan biologi (organisma lain) untuk mengurangkan bilangan organisma perosak dalam ladang secara semulajadi. Kedua, menggunakan bahan-bahan organik seperti baja untuk menambah dan mengekalkan kesuburan tanah. Ketiga, menitikberatkan aspek kimia, biologi dan fizikal tanah untuk meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah. Dan yang keempat, membina sistem peparitan yang sesuai dengan keperluan tanah.

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbangkan kepada fungsi tanah di dalam ekosistem. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan?

Biota tanah adalah sekumpulan hidupan yang menjadikan tanah sebagai lingkungan ekologi tempat untuknya hidup. Biota tanah mengekalkan prosesproses penting seperti penyimpanan karbon, kitaran nutrient dan diversiti spesis tumbuhan. Biota tanah juga memainkan peranan dalam menambah kesuburan tanah, pemulihan tanah dan penyerapan nutrien oleh tumbuhan dan proses biodegrasi, pengurangan sisa merbahaya dan juga sebagai pengawal haiwan perosak melalui kaedah kawalan biologi secara semula jadi. Selain itu, biota tanah juga meningkatkan produktiviti dan penghasilan tanaman melalui proses kitar semula nutrient asas yang diperlukan oleh keseluruhan ekosistem. Biota tanah juga meningkatkan ketirisan tanah dan mengalakkan penyusupan air yang seterusnya akan mengurangkan pengaliran air di permukaan serta

mengurangkan hakisan. Kawalan ekosistem yang dapat dilakukan supaya tidak berlaku kehilangan biota tanah ialah dengan mengharamkan penggunaan bahan kimia dalam bidang pertanian. Kedua, menggunakan pemangsa semulajadi seperti burung hantu untuk mengawal haiwan perosak. Ketiga, Menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui supaya tidak berlaku pencemaran alam sekitar.

Kesimpulan : Makrofauna lebih banyak terdapat dalam tanah di Lokasi 2 yang terdedah

kepada cahaya matahari berbanding di Lokasi 1 yang terlindung daripada cahaya matahari kerana terdapat banyak bahan organik di Lokasi 2.
7

BIBLIOGRAFI

BUKU

G.W.Yeat. (2007). Biology SPM. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd

Mang, C.N. et al. (1997). Kuasai Peperiksaan: Biologi STPM Jilid II. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

INTERNET

Pengertian-Definisi Blogspot (2012). Definisi dan Pengertian Tanah, Diakses pada 19 Ogos 2013 daripada http://pengertian-definisi.blogspot.com/2011/11/ definisi-dan-pengertian-tanah.html

Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2013). Ekosistem, Diakses pada 19 Ogos 2013 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Ekosistem

Yatnanta Padma Devia.(2010) Ekosistem Tanah, Diakses pada 19 Ogos 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/50704668/4-Ekosistem-Tanah

Das könnte Ihnen auch gefallen