Sie sind auf Seite 1von 2

Semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap

dan berpada. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat menghuraikan makna yang sebenar berbanding semantik. (100) (36) Utama Semantik ialah kajian berkenaan dengan makna sesuatu ayat yang dikhususkan oleh nahu sahaja. Berdasarkan definisi yang berbagai pragmatik adalah kajian tentang hubungan antara bahasa dengan konteks ditatabahasakan atau yang dikodkan pada struktur bahasa. Ia juga adalah kajian tentang hubungan antara bahasa dengan konteks yang menjadi dasar untuk mengertikan bahasa itu. Seterusnya pragmatik adalah kajian tentang kemampuan pemakai bahasa untuk mengaitkan ujaran dengan konteks yang sesuai sehingga ujaran tersebut dapat dimaknai. Ciri-ciri pragmatik ialah pertama skop yang menyentuh bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai; kedua skop yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan konteks; ketiga skop yang menyentuh sesuatu yang ada kaitan dengan yang tidak ternyata dalam komunikasi; keempat skop yang menyentuh kejarakan hubungan bagi sesuatu ekspresi. Jawab 1 Menurut George Yule (1997) pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkan penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan menyampaikan maklumat sama ada memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu, menjelaskan, mengarahkan, memerintah, menyuruh, mengkehendaki, menanyakan, menyeru, mengulas, mengkritik, menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada pendengar. Manakala, pendengar ialah individu yang bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat berasaskan sesuatu perkara. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai. Perkara inilah yang menyebabkan pragmatik dapat menghuraikan makna yang sebenar berbanding semantik. Jawab 2 Pragmatik ialah kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan konteks. Kajian sebegini memerlukan seseorang itu melibatkan pentafsiran terhadap apa yang dimaksudkan mengikut konteksnya. Bagaimanapun, pentafsiran itu dapat difahami dengan sempurna jikalau penyampai itu mampu menyusun maklumatnya dengan baik atas kesedaran bahawa dengan siapa dia berurusan, dengan kanak-kanak, remaja, atau guru. Selain itu, penafsiran itu dapat difahami dengan jelas apabila dapat dikaitkan pula dengan suasana atau keadaan, masa, tempat, budaya, kepercayaan atau idealogi. Penjelasan tersebut mencerminkan bahawa bidang pengkajian pragmatik ialah yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan konteks. Dengan adanya konteks, segala penginterpretasian ujaran dapat dihasilkan sejajar dengan hajat sebenar si penutur. Perkara inilah yang menyebabkan pragmatik dapat menghuraikan makna yang sebenar berbanding semantik.

Jawab 3 Pragmatik ialah kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan yang tidak ternyata dalam komunikasi. Dimana ada kalanya penerima itu akan membuat pelbagai tafsiran bagi membolehkannya memahami maksud yang tersurat atau yang tersirat atas sesuatu yang didengarnya atau yang dibacanya. Kemampuan penerima membuat penginterpretasian terhadap apa yang tidak ternyata, iaitu yang tidak terucap atau tidak tertulis oleh penyampai atau penulis itu merupakan sebahagian daripada maklumat yang bermakna dalam komunikasi daripada penyampai kepada penerima. Di sini, penerima perlu menggunakan kebijaksanaan dan pengetahuan yang tersedia ada untuk menyelami isi dan maksud yang tidak ternyata itu. Bagi meneruskan penginterpretasian ujaran, kita memerlukan konteks. Konteks adalah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar. Perkara inilah yang menyebabkan pragmatik dapat menghuraikan makna yang sebenar berbanding semantik. Jawab 4

Pragmatik ialah kajian yang menyentuh kejarakan hubungan bagi sesuatu ekspresi. Dalam mendekati dan mentafsir sesuatu maksud antara yang ternyata dengan yang tidak ternyata, kadang-kadang kita dengan pelbagai kemusykilan untuk memilih dan menentukan maksud sebenar. Ada sesetengah daripada kita mungkin akan terus mempertimbangkan yang tersurat atau kita mungkin memihak dengan yang tersirat. Soalnya, kenapa pertimbangan yang kita pilih itu berbeza? Sehubungan dengan persoalan itu tidak dinafikan bahawa aspek persamaan memainkan peranan penting dalam pemutusan, iaitu persamaan kebudayaan dan persamaan cara hidup, pegangan agama yang serupa, pengalaman, pengetahuan dan keakraban hubungan antara penyampai dan penerima. Ringkasnya, ini bermakna Perkara inilah yang menyebabkan pragmatik dapat menghuraikan makna yang sebenar berbanding semantik.

Das könnte Ihnen auch gefallen