Sie sind auf Seite 1von 7

SK TAMAN MUHIBBAH, SALENG UPPM 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6 NAMA: ..

KELAS:

Arahan: Hitamkan jawapan pada kertas pilihan jawapan yang disediakan.

1. Siapakah yang dikategorikan dalam kumpulan kanak-kanak? A. Bersekolah rendah B. Berusia lebih daripada 18 tahun C. Masih di bawah jagaan ibubapa D. Berumur di bawah 18 tahun

2. Keperluan kanak-kanak dalam kehidupan ialah A. Mendapat kasih saying B. Mendapat pakaian yang mahal C. Mendapat makanan yang istimewa D. Mendapat tempat tinggal yang mewah

3. Agensi yang manakah bertanggungjawab menguruskan kes terhadap kanak-kanak? A. Jabatan kebajikan masyarakat B. Jabatan agama islam C. Balai bomba D. Balai polis

4. Mengapakah makanan yang seimbang dan berkhasiat penting untuk kanak-kanak? A. Supaya dapat menikmati kehidupan yang selesa

B. Supaya dapat mengelakkan penyakit C. Supaya tumbesaran yang sihat D. Supaya dapat melahirkan generasi yang bijak

5. Mengapakah kanak-kanak memerlukan pemeriksaan kesihatan? A. Mengurangkan kos perubatan pada masa akan dating B. Supaya kanak-kanak biasa tinggal di hospital C. Supaya kanak-kanak dapat membesar dengan sihat D. Memastikan kanank-kanak tidak akan menghidapi penyakit yang serius

6. Antara berikut perbuatan manakah yang harus dilakukan kepada kanak-kanak? I. Memberikan sepenuh kasih-sayang II. Memberikan pendidikan yang sempurna III. Memberikan kemewahan hidup IV. Memanjakan dan memenuhi segala kehendak mereka A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

7. Apakah tujuan kanak-kanak perlu mendapat pendidikan disekolah? I. Dapat mengurangkan masalah disiplin II. Dapat berbakti kepada keluarga dan masyarakat III. Dapat menjadi individu yang berwawasan IV. Dapat mengembangkan potensi diri A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

8. Antara yang berikut yang manakah bukan contoh penderaan fizikal? A. Mendera kanak-kanak dan memukul mereka B. Memberi tekanan kepada kanak-kanak C. Bersikap pilih kasih dalam memberikan kasih saying kepada anak-anak D. Menyekat serta mengongkong pergaulan kanak-kanak

9. Apakah akta yang digubal untuk melindungi kanak-kanak? A. Akta kanak=kanak 2000 B. Akta kanak=kanak 2001

C. Akta kanak=kanak 2010 D. Akta kanak=kanak 2011

10. Bagaimanakah sifat ibu bapa yang berpegang kepada tanggungjawab dan amanah menjaga anak-anak? A. Member semua harta kepada anak-anak B. Mendahulukan anakanak dalam semua perkara C. Memberikan penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak D. Sentiasa memuji anak-anak

11. Apakah cara yang sesuai dilakukan untuk membentuk sebuah keluarga harmoni bersesuaian dengan ajaran agama? A. Menyayangi keluarga dengan sepenuh jiwa B. Mengasihi dan menghormati anggota keluarga berpandukan batas-batas agama C. Mempunyai perasaan dengki kepada ahli keluarga D. Mengamalkan segala suruhan agama

12. Apakah maksud kepercayaan? A. Hal-hal yang berada di luar jangkaan pemikiran individu B. Pantang larang dalam budaya masyarakat C. Perkara-perkara yyang wajib dilakuka D. Perkara yang dipercayai oleh sesuatu kaum berunsurkan nilai murni

13. Mengapakah pantang larang diwujudkan? A. Mengawal kelakuan manusia B. Mengehadkan perbuatan manusia C. Menakutkan manusia D. Mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai moral

14. Penganut agama manakh yang bersembahyang pada hari Ahad? A. Kristian B. Islam C. Cina D. India 15. Keluarga harmoni ialah A. Keluarga yang saling membantu B. Keluarga yang dibentuk dengan kasih saying C. Keluarga yang hidup bahagia D. Keluarga yang mempunyai ramai anggota

16. Bagaimanakah cara-cara untuk menghormati keluarga? I. Tidak mencelah semasa orang sedang bercakap II. Sentiasa patuh dan mengikut peraturan keluarga III. Menghormati orang yang lebih tua sahaja IV. Sentiasa mendengar nasihat orang tua A. I. II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan Iv D. II. III dan IV

17. Mengapakah sesebuah keluarga itu tidak harmoni? I. Masalah persekitaran II. Masalah kemiskinan III. Tidak hormat menghormati IV. Tiada perasaan kasih saying A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

18. Apakah cara untuk membalas jasa ibubapa? A. Belajar bersungguh-sungguh B. Memberikan duit belanja kepada ibubapa C. Memberikan mereka hadiah setiap hari D. Beriadah bersama mereka

19. Mengapakah kita perlu menghormati ibubapa kita? A. Mereka telah membesarkan kita B. Mereka lebih tua daripada kita C. Mereka suka member nasihat kepada kita D. Mereka telah menuruti segala kehendak kita

20. Antara yang berikut yang manakah merupakan ciri-ciri keluarga yang harmoni? A. Anggota keluarga yang saling berjauhan B. Anggota keluarga yang melakukan hal masing-masing C. Anggota keluarga yang saling menyayangi dan menghormati D. Anggota keluarga yangbertengkar antara satu sama lain.

21. Apakah yang dimaksudkan harta benda sekolah? A. Harta benda yang terdapat di kawasan yang digunakan oleh orang awam B. Harta benda yang disediakan oleh pihak sekolah untuk kemudahan murid-murid C. Barang yang dibeli dengan menggunakan perkongsian harta antara guru dan murid D. Barang atau peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah yang bertujuan member kemudahan kepada semua murid

22. Antara berikut yang manakah bukan tanggungjawab yang boleh dilakukan terhadap harta benda sekolah? A. menyusun dan mengemas perpustakaan B. menyimpan peralatan sukan C. menjaga kebersihan tandas D. membiarkan komputer terpasang

23. Apakah tujuan kemudahan awam disediakan? A. Menjaga imej Negara B. Menarik perhatian pelancong C. Menunjukkan kekayaan Negara D. Memberikan keselesaan dan kemudahan kepada rakyat

24. Apakah yang patut dilakukan kepada mereka yang suka merosakkan kemudahan awam? A. Dikenakan denda B. Dibiarkan begitu sahaja C. Dikenakan tindakan undang-undang D. Dilarang menggunakan kemudahan awam

25. Nyatakan kesan jika kemudahan awam disalahgunakan A. Orang ramai mudah menggunakannya B. Kerajaan terpaksa menanggung kerugian C. Masyarakat dapat menggunakannya dengan selesa D. Pelancong luar memuji sikap penduduk Negara ini.

26. Apakah factor yang menyebabkan penyalahgunaan kemudahan awam? A. Ingin mencuba sesuatu B. Kurang kesedaran sivik C. Adanya perasaan dengki D. Adanya perasaan sakit hati

27. Di manakh kita boleh mengadu sekiranya terdapat kerosakan pada kemudahan awam? A. Pemaju perumahan B. Majlis tempatan C. Pejabat agama D. Balai polis

28. Mengapakah kebanyakan kemudahan awam terdapat tempat yang dikhaskan untuk orang cacat? A. Simpati terhadap golongan ini B. Mengamalkan prinsip satu Malaysia C. Bilangan orang kurang upaya tidak banyak D. Member kemudahan kepada golongan ini.

29. Antara berikut, bilakah waktu yang sesuai untuk memupuk sikap menjaga kebersihan? A. Sejak kecil lagi B. Apabila meningkat umur 12 tahun C. Apabila menjangkau usia remaja D. Sebelum umur meningkat 40 tahun.

30. Jika melihat kipas di dalam kelas tidak ditutup, apakah yang akan kamu lakukan? A. Menutup suis kipas tersebut B. Melaporkan kepada pengawal keselamatan C. Memarahi murid kelas tersebut kerana tidak bertanggungjawab D. Membiarkan sahaja kerana mungkin nanti ada kawan lain yang akan menutupnya.

Disediakan oleh, (PN ZALIHA BT MOKHTAR) Guru PSK Tahun 5

Disemak oleh, (PN KARTINAH BT ISMAIL) Ketua Panitia PSK, SK Tmn Muhibbah

Das könnte Ihnen auch gefallen