Sie sind auf Seite 1von 5

PERMAINAN TRADISIONAL TARIK TALI

HEMACHANDRAN A/L RATHNAKUMAR WISWANATHAN A/L THRAMMIYAH PRAKASH A/L THEVAR MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

Peraturan Permainan
Peserta tidak dibenarkan memakai kasut semasa pertandingan. Peserta-peserta yang berdaftar di dalam borang penyertaan sahaja dibenarkan bertanding dan setiap Pasukan akan disemak mengikut pendaftaran. Pilihan tempat akan dibuat secara undian. Semua tarikan adalah tarikan panjang long pull. Tiap-tiap tarikan akan diadili oleh tiga (3) orang Hakim dan keputusan Hakim adalah muktamad.

Tekong (anchor) tidak boleh melilit badannya dengan tali tetapi boleh melilit tali melalui bawah ketiak dan meletakkan di atas bahu dan hujung tali dilepaskan. Jumlah tarikan maksimum adalah tiga (3) kali. Pemenang dua (2) tarikan, akan dikira sebagai pemenang. Sekiranya dua (2) pasukan seri selepas dua (2) tarikan, rehat lima (5) minit akan diberi, tarikan ke tiga (3) akan dimulakan selepas Hakim menentukan tempat dan undian. Peserta-peserta yang jatuh hendaklah bangun dengan serta merta. Tidak boleh terus menarik tali sambil duduk di atas padang. Jika kedua-dua pasukan melepaskan tali sebelum tarikan selesai / tamat, ini tidak akan dikira.

Cara Bermain
Pertandingan melibatkan dua regu, dengan 5 atau lebih peserta. (minima 5 peserta). Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua peserta memegang erat seutas tali. Di tengah-tengah terdapat garisan. Masing-masing regu berupaya menarik tali sekuat mungkin agar regu yang berlawanan melepasi garis batasan. Regu yang melepasi garis batasan dikira kalah.

Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan tarik dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. Pada umumnya pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali, untuk menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan.

Das könnte Ihnen auch gefallen