Sie sind auf Seite 1von 62

BEEB2023 MAKROEKONOMI BAB 4 PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG

SEFB, COB

24/03/2014

A121

DEFINISI WANG
Sebelum wujudnya ekonomi kewangan, perdagangan dijalankan menggunakan sistem barter, iaitu pertukaran barang dengan barang. terdapat beberapa kelemahan dalam sistem ini, iaitu: 1)memerlukan penemuan kehendak bergu 2)tidak dapat menjalankan perniagaan dalam skala yang besar 3)perdagangan antarabangsa tidak dapat dilaksanakan 4)penentuan nilai barang sukar dilakukan 5)menyukarkan bayaran tertunda 6)sukar untuk menyimpan kekayaan 7)menghadkan pilihan pembeli Sistem ekonomi kewangan dicipta untuk melancarkan kegiatan pertukaran dan perdagangan. Ahli ekonomi mendefinisikan WANG sebagai apa sahaja barang yang dapat diterima umum dan dapat digunakan dengan tetap sebagai medium pertukaran untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan. Dalam konteks ekonomi moden, selain wang kertas dan wang syiling, cek juga diterima sebagai wang.
A121 2

24/03/2014

CIRI-CIRI WANG
Wang haruslah mempunyai ciri dan sifat berikut: 1) Mudah dibawa 2) Boleh dibahagi kepada unit yang lebih kecil 3) Nilainya adalah stabil/tidak mengalami perubahan dari masa ke semasa 4) Tahan lama 5) Sukar ditiru Pada masa lalu, wang adalah berbentuk komoditi, iaitu barangan yang digunakan sebagai wang mempunyai nilai intrinsik (nilai dalaman). Dengan kata lain, barang yang diterima sebagai wang mempunyai fungsinya yang lain. Contohnya: penggunaan emas, disamping menjadikan emas sebagai alat pertukaran barang dan perkhidmatan, emas juga boleh digunakan sebagai perhiasan. Tetapi, pada zaman moden ini, wang adalah berbentuk wang fiat, iaitu barangan yang digunakan sebagai wang tidak mempunyai nilai intrinsik, seperti wang kertas.
A121 3

24/03/2014

FUNGSI WANG
1) ALAT PERTUKARAN/PEMBAYARAN

-Wang dapat mengatasi kelemahan yang berlaku dalam sistem barter, iaitu penemuan kehendak bergu memandangkan ianya sukar dilaksanakan dalam ekonomi yang kompleks (banyak barang dan perkhidmatan). -Selain itu, penemuan kehendak bergu memerlukan kos masa dan kos transaksi yang tinggi. -Dengan penggunaan wang sebagai medium pertukaran, masyarakat bleh memperolehi apa sahaja yang diingini sekiranya wang mencukupi. -Urusan pertukaran/perdagangan dapat dijalankan dengan lebih lancar serta mampu mengurangkan kos masa dan transaksi

24/03/2014

A121

FUNGSI WANG
2) ALAT PENGUKUR NILAI/UNIT AKAUN -Harga barangan dan perkhidmatan dinyatakan dalam nilai wang, bukannya dalam nilai barang lain. -Contohnya, harga sebuah kereta VIVA ialah RM30,000 dan bukannya dalam sebutan sebuah kereta VIVA bersamaan dengan 10 set komputer atau 6 buah motosikal. -Ini memudahkan transaksi dalam ekonomi, di mana hanya satu ukuran piawaian standard yang digunakan, iaitu wang untuk mengukur barang dan perkhidmatan.

24/03/2014

A121

FUNGSI WANG
3) ALAT PENYIMPAN NILAI -Menyimpan nilai, terutamanya aset dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. -Merujuk kepada keupayaan barangan untuk mengekalkan nilainya menerusi masa. -Fungsi ini membolehkan orang ramai menggunakan wang yang diperolehinya pada masa kini pada suatu masa yang akan datang. -Dengan kata lain, orang ramai boleh menangguhkan penggunaan kuasa membelinya pada masa akan datang. -Cth hasil jualan penjual sayur disimpan dalam bentuk wang sehingga ke satu masa di mana ia mahu membelanjakan wang tersebut. -Walau bagaimanapun, kelemahan utama menggunakan wang sebagai alat penyimpan nilai ialah nilainya akan jatuh semasa inflasi.
24/03/2014 A121 6

FUNGSI WANG
3) ALAT BAYARAN TERTUNDA -Dalam ekonomi moden, kebanyakan urusniaga dilakukan secara kredit/hutang. -Dengan kata lain, masyarakat boleh memperolehi barang terlebih dahulu, dan membayarnya kemudian. -Urusniaga secara kredit memerlukan medium yang mempunyai kestabilan dalam jangka masa panjang. -Oleh itu, wang merupakan alat bayaran tertunda yang paling baik kerana barang lain yang bukan wang kebanyakannya mengalami kemerosotan nilai di masa akan datang.

24/03/2014

A121

BEKALAN WANG
1) M1 -M1 ialah takrifan wang mengikut pendekatan urusniaga.Ia merupakan takrifan wang secara sempit. -M1 = Matawang dalam edaran + deposit semasa di mana Matawang dalam edaran = wang syiling dan wang kertas yang dipegang oleh orang ramai. Deposit semasa = jumlah deposit dalam akaun semasa yang dimiliki oleh individu, korporat atau institusi bukan bank. (Deposit semasa milik kerajaan dan institusi bank tidak diambil kira dalam M1)
24/03/2014 A121 8

BEKALAN WANG
2) M2 -M1 ialah takrifan wang dari sudut yang lebih luas, iaitu mengikut pendekatan kecairan. -M2 = M1 + deposit tetap dan deposit simpanan + sijil deposit boleh niaga + perjanjian beli balik + deposit matawang asing di bank perdagangan. di mana Deposit tetap = deposit yang dibayar faedah, mempunyai tarikh matang dan dikenakan denda jika dikeluarkan lebih awal. Deposit simpanan = sejenis deposit bermasa, di mana pengeluaran boleh dilakukan bila-bila masa kerana tiada tempoh matang.
24/03/2014 A121 9

BEKALAN WANG
Sijil deposit boleh niaga = sejenis deposit tetap yang boleh diniagakan dan nama pendeposit tidak dinyatakan di atas sijil. Pengeluar sijil akan membayar kepada sesiapa sahaja yang memilikinya pada tarikh matang. Perjanjian beli balik = perjanjian oleh institusi kewangan untuk menjual sekuriti jangka pendek kepada pelanggan dan digabungkan dengan perjanjian untuk membeli balik sekuriti tersebut pada harga yang lebih tinggi pada satu tarikh akan datang yang ditetapkan. Deposit matawang asing = deposit dalam matawang asing seperti dollar US dalam bank di Malaysia

24/03/2014

A121

10

BEKALAN WANG
-M1 dikatakan sebagai takrifan wang yang sempit kerana tidak mengambil kira aset kewangan yang kurang cair, iaitu wang kuasi/separuh wang. -Separuh wang ialah sifatnya hanya memenuhi sebahagian fungsi wang. Ianya tidak boleh diterima terus dalam urusniaga, perlu ditukar dalam bentuk wang terlebih dahulu. -Semakin tinggi sifat kecairan sesuatu aset, maka semakin hampir ianya bersifat wang. -Maka, separuh wang merupakan pengganti yang hampir kepada wang. -Deposit tetap dan simpanan mempunyai kecairan yang rendah berbanding dengan deposit semasa. -Ia mengambil masa yang lama dan mempunyai masalah kos melepas untuk ditunaikan. -Ia tidak dapat digunakan dengan serta merta dalam urus niaga.
24/03/2014 A121 11

BEKALAN WANG
3) M3 -Merupakan takrifan wang dalam konteks yang sangat luas. -M3 = M1 + M2 + deposit tetap dan deposit simpanan + sijil deposit boleh niaga + perjanjian beli balik di syarikat kewangan, bank saudagar, syarikat diskaun dan Bank Islam.

24/03/2014

A121

12

SISTEM BANK: BANK PERDAGANGAN DAN PROSES PENCIPTAAN KREDIT


-Bank perdagangan ialah semua institusi kewangan yang menerima deposit dalam bentuk deposit semasa yang mana dananya boleh diambil dengan menggunakan cek. -Fungsi bank perdagangan: 1) 2) 3) 4) Menerima deposit daripada pelanggan Memberi pinjaman kepada pelanggan Membiayai aktiviti dan projek kerajaan melalui pembelian bil perbendaharaan dan sekuriti kerajaan. Memberi perkhidmatan lain seperti pertukaran matawang asing, mengeluarkan bank draf, cek kembara dan sebagainya.

24/03/2014

A121

13

SISTEM BANK: BANK PERDAGANGAN DAN PROSES PENCIPTAAN KREDIT


-Proses penciptaan kredit menunjukkan peranan bank sebagai pencipta kredit dalam ekonomi memandangkan bank merupakan perantara bagi pendeposit dan penyimpan wang. -Untuk memahami proses penciptaan kredit oleh bank, kita perlu mengetahui tentang kunci kira-kira bank (akaun T). -Akaun T terbahagi kepada dua bahagian: 1) Aset: Terletak disebelah kiri, merupakan sesuatu yang bernilai yang dimiliki @ penggunaan terhadap liabiliti oleh bank seperti rizab bank. Liabiliti: Terletak di sebelah kanan, merupakan hutang/tanggungan bank @ sumber tabungan bank seperti deposit pelanggan.

2)

-Dalam akaun T, beberapa perkara penting harus diambil kira: Kedua-dua aset dan liabiliti mestilah seimbang. Aset liabiliti = nilai bersih (modal) Jumlah rizab =kadar keperluan rizab x jumlah deposit di bank Lebihan rizab = rizab sebenar keperluan rizab Lebihan rizab dijadikan sebagai pinjaman oleh bank kepada pelanggannya.
24/03/2014 A121 14

SISTEM BANK: BANK PERDAGANGAN DAN PROSES PENCIPTAAN KREDIT


CONTOH: -Bank A menerima deposit sebanyak RM4000 = liabiliti -Memiliki nilai bersih sebanyak RM400 = liabiliti -Diwajibkan memegang rizab sebanyak 10%. Maka jumlah rizab = KKR x jumlah deposit = 10% x RM4000 = RM400 -Memberikan pinjaman sebanyak RM4000 [iaitu deposit (setelah tolak rizab) + nilai bersih] -Oleh itu, kunci kira-kira Bank A ialah: Aset Rizab 400 Pinjaman/ Lbhn rizab 4000 JUMLAH 4400
24/03/2014

Liabiliti Deposit N.bersih

4000 400

JUMLAH 4400
A121 15

SISTEM BANK: BANK PERDAGANGAN DAN PROSES PENCIPTAAN KREDIT


PENCIPTAAN KREDIT BAGI KES SATU BANK DALAM NEGARA i. -Andaikan tiada bank dalam dunia ini, bermakna matawang adalah satusatunya bentuk wang dalam ekonomi. Katakan jumlah wang dalam edaran ialah RM400, maka penawaran wang (Ms) = RM400. -Sekarang, andaikan sebuah bank telah dibuka, iaitu bank A yang bertujuan menyediakan tempat yang selamat untuk menyimpan wang atau menerima deposit tetapi tidak memberikan pinjaman. Jika semua wang dalam edaran (RM400) dimasukkan ke bank A dan ia dijadikan rizab bank tersebut, maka akaun T bank A ialah: Aset (RM) Rizab 400 Liabiliti (RM) Deposit 400

JUMLAH 400

JUMLAH 400

** Sebelum pembukaan bank A, Ms = RM400 = matawang dalam edaran ** Selepas pembukaan bank A, Ms = RM400 = deposit di bank
24/03/2014 A121 16

SISTEM BANK: BANK PERDAGANGAN DAN PROSES PENCIPTAAN KREDIT


PENCIPTAAN KREDIT BAGI KES SATU BANK DALAM NEGARA

ii.

Dalam keadaan sebenar, bank tidak akan memegang semua deposit dalam bentuk rizab. Untuk mendapatkan keuntungan, bank A akan memberi pinjaman. Andaikan kadar keperluan rizab ialah 10%. Maka akaun T bank A ialah:
Aset (RM) Rizab 40 Pinjaman/ Lbhn rizab 360 JUMLAH 400 Liabiliti (RM) Deposit 400

JUMLAH 400

-Ms dalam ekonomi adalah RM760 yang terdiri daripada deposit yang dimiliki oleh pelanggan sebanyak RM400 dan pinjaman yang dipegang oleh peminjam sebanyak RM360. -Ringkasnya, dengan deposit asal sebanyak RM400, bank telah mencipta kredit sebanyak RM360. 24/03/2014 A121 17

SISTEM BANK: BANK PERDAGANGAN DAN PROSES PENCIPTAAN KREDIT


PENCIPTAAN KREDIT BAGI KES BANYAK BANK i. Dalam keadaan sebenar, ekonomi terdiri daripada banyak bank. Andaikan En Ali meminnjam wang sebanyak RM360 daripada bank A untuk membeli barang daripada En Bakar. Katakan En Bakar mendepositkan wang yang diterimanya daripada En Ali ke dalam akaunnya di bank B. Maka kunci kira-kira bank B ialah:

Aset (RM) Rizab 36 Pinjaman/ Lbhn rizab 324 JUMLAH 360

Liabiliti (RM) Deposit 360

JUMLAH 360

24/03/2014

A121

18

SISTEM BANK: BANK PERDAGANGAN DAN PROSES PENCIPTAAN KREDIT


PENCIPTAAN KREDIT BAGI KES BANYAK BANK ii. Andaikan Charlie telah mendapat pinjaman daripada bank B sebanyak RM324. Beliau telah mendepositkan wang tersebut ke dalam akaunnya di bank C. Maka kunci kira-kira bank C ialah: Aset (RM) Rizab 32.40 Pinjaman/ Lbhn rizab 291.60 JUMLAH 324 Liabiliti (RM) Deposit 324

JUMLAH 324

-Proses ini akan berterusan sehinggalah tiada lagi lebihan rizab (lebihan rizab=0) -Setiap wang yang dideposit oleh pelanggan akan dijadikan sebagai pinjaman, maka lebih banyak wang yang dicipta.
24/03/2014 A121 19

SISTEM BANK: BANK PERDAGANGAN DAN PROSES PENCIPTAAN KREDIT


PENCIPTAAN KREDIT BAGI KES BANYAK BANK -Persoalannya, berapa banyakkah jumlah wang yang dapat dicipta dalam ekonomi daripada deposit asal sebanyak RM400? -Sekiranya kita mencampurkan: Deposit asal= RM400 Bank A= RM360 (0.9 x 400) Bank B= RM324 (0.9 x 360) Bank C= RM291.60 (0.9 x 324) JUMLAH RM4000 -Jumlah Ms dalam ekonomi boleh dikira menggunakan rumus: Ms = Deposit asal (1/KKR)
24/03/2014 A121 20

SISTEM BANK: BANK PERDAGANGAN DAN PROSES PENCIPTAAN KREDIT


PENCIPTAAN KREDIT BAGI KES BANYAK BANK -Berdasarkan contoh tadi: Ms = RM400 (1/0.1) Ms = RM400 (10) Ms = RM4000 -Oleh itu, Ms yang dicipta adalah 10 kali ganda (1/KKR) daripada jumlah deposit asal. -Ms juga bergantung kepada KKR. -Jika KKR dinaikkan, maka Ms akan jatuh. Katakan Ms naik kepada 20%, maka: Ms = RM400 (1/0.2) Ms = RM400 (5) Ms = RM2000 -Jika KKR diturunkan, maka Ms akan naik. Katakan Ms jatuh kepada 5%, maka: Ms = RM400 (1/0.05) Ms = RM400 (20) Ms = RM8000 -Semakin kecil KKR, semakin banyak jumlah wang yang dicipta dan sebaliknya.
24/03/2014 A121 21

SISTEM BANK: BANK PERDAGANGAN DAN PROSES PENCIPTAAN KREDIT


PENGGANDA WANG

-Berdasarkan contoh tadi, terakhir dalam deposit asal dipengaruhi oleh rizab yang dipegang. -Perhubungan ini dipanggil pengganda. -Pengganda wang 1/KKR -Saiz pengganda wang bergantung kepada KKR. Semakin kecil KKR, semakin besar saiz pengganda wang dan sebaliknya.

24/03/2014

A121

22

SISTEM BANK: BANK PUSAT


-Merupakan badan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan. -Merupakan sebuah institusi yang akan menentukan jumlah bekalan wang/penawaran wang dalam ekonomi. -BP turut mengawasi aktiviti institusi perbankan dan kewangan agar selaras dengan dasar ekonomi negara. OBJEKTIF BP: 1) Mengeluarkan/mencetak wang dan menyimpan rizab 2) Jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan. 3) Memastikan kestabilan kewangan dalam negara 4) Mempengaruhi kedudukan hutang negara

24/03/2014

A121

23

SISTEM BANK: BANK PUSAT


FUNGSI BP: 1) Mencetak/mengeluarkan wang: - Kuasa kerajaan mencetak wang diwakili oleh bank pusat. -BP menentukan jumlah wang yang diperlukan oleh sesuatu masa dan yang perlu ditingkatkan dari masa ke semasa supaya kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar.
2) Jurubank kepada kerajaan: -Menguruskan semua akaun kerajaan seperti menerima semua hasil kerajaan dan mengeluarkan pembayaran bagi pihak kerajaan, menyediakan kemudahan cek, serta menjalankan perniagaan pertukaran asing kerajaan. -Mentadbir hutang negara seperti mengurus hutang awam dan bertanggungjawab mendapatkan pinjaman bagi kerajaan sama ada dari dalam atau luar negeri. -Menasihatkan kerajaan mengenai rancangan pinjaman, termasuk syarat dan masa yang sesuai bagi pinjaman dan mengeluarkan surat jaminan atau bil perbendaharaan kerajaan. -Sumber kewangan kepada kerajaan. Seperti bertanggungjawab memberi 24/03/2014 A121 24 pendahuluan kepada kerajaan ketika kerajaan mengalami defisit (G>T).

SISTEM BANK: BANK PUSAT


FUNGSI BP: 3) Mengawasi bank perdagangan: -BP sebagai penjaga rizab dan penyelesai hutang antara bank. -Bank perdagangan mesti membuka 2 akaun di BP: i) Akaun cadangan: -Perlu menyimpan beberapa peratus daripada liabiliti di BP dan ini dikenali sebagai nisbah cadangan. -Tiada faedah dikenakan ke atas rizab ini. Rizab berubah mengikut keadaan dan ia mempengaruhi penciptaan kredit. ii) Akaun penjelasan: -Bank perdagangan memegang sebahagian dari wang tunai mereka dalam bentuk baki di BP.
-BP juga sebagai sumber pinjaman terakhir bank perdagangan. -BP akan awasi aktiviti bank perdagangan supaya tidak hanya mengejar keuntungan semata-mata, tetapi mengutamakan kebajikan ekonomi negara, 24/03/2014 A121 25

SISTEM BANK: BANK PUSAT


FUNGSI BP: 4) Melaksanakan dasar kewangan (DK): -Merupakan fungsi terakhir BP. -Tujuan melaksanakan DK ialah untuk mempengaruhi penawaran wang (Ms) dan kadar bunga (r). -Dasar kewangan terbahagi kepada 2: i) Dasar kewangan kuantitatif -Bertujuan mempengaruhi Ms dalam ekonomi. ii) Dasar kewangan kualitatif -Bertujuan mengawal bentuk dan corak pinjaman dan pelaburan.

24/03/2014

A121

26

SISTEM BANK: BANK PUSAT


FUNGSI BP: i) Dasar kewangan kuantitatif -3 alat dasar yang berbentuk kuantitatif: a) Kadar/nisbah keperluan rizab -Sebahagian daripada jumlah deposit pelanggan yang perlu disimpan oleh bank perdagangan (dalam peratusan tertentu). -Semasa ekonomi meleset, KKR akan diturunkan, pinjaman meningkat, proses penciptaan kredit meningkat, Ms meningkat. -Semasa inflasi, KKR akan dinaikkan, pinjaman berkurangan, proses penciptaan kredit berkurangan, Ms jatuh.

24/03/2014

A121

27

SISTEM BANK: BANK PUSAT


FUNGSI BP: b) Kadar diskaun -Kadar bunga yang dikenakan oleh bank pusat ke atas pinjaman bank perdagangan. -Semasa ekonomi meleset, KD akan diturunkan, pinjaman meningkat, proses penciptaan kredit meningkat, Ms meningkat. -Semasa inflasi, KD akan dinaikkan, pinjaman berkurangan, proses penciptaan kredit berkurangan, Ms jatuh.

24/03/2014

A121

28

SISTEM BANK: BANK PUSAT


FUNGSI BP: c) Operasi pasaran terbuka (OPT) -Dalam operasi pasaran terbuka, BP akan menjual atau membeli bil-bil perbendaharaan, nota-nota dan bon kerajaan serta instrumen kewangan yang lain. Operasi pasaran terbuka terbahagi kepada 2 bahagian: Pembelian di pasaran terbuka: -Pembelian di OPT merujuk kepada pembelian sekuriti/ bon/bil/nota/perbendaharaan kerajaan oleh BP daripada bank , firma swasta atau individu. -Andaikan BP membeli sekuriti kerajaan yang bernilai RM5 j daripada bank A, BP akan membayar RM5j kepada bank A. -Ini menyebabkan rizab bank A iaitu depositnya di BP sebanyak RM5j. -Oleh itu Ms akan bertambah jika transaksi pembelian oleh BP dibuat dalam OPT. -Biasanya dilaksanakan semasa ekonomi deflasi.
24/03/2014 A121 29

SISTEM BANK: BANK PUSAT


FUNGSI BP: Penjualan di pasaran terbuka: -Penjualan di OPT merujuk kepada penjualan BP terhadap bon/nota sekuriti/bil perbendaharaannya kepada bank atau firma swasta atau individu. -Andaikan BP menjual sekuriti kerajaan yng bernilai RM5 j kepada bank B. -BP akan menyerahkan sekuriti tersebut kepada bank B dan deposit bank B di BP akan berkurangan RM5j dan Ms akan berkurangan. -Biasanya dilaksanakan semasa ekonomi inflasi.

24/03/2014

A121

30

SISTEM BANK: BANK PUSAT


FUNGSI BP:

i) Dasar kewangan kualitatif -3 alat dasar yang berbentuk kualitatif: a) Kawalan kredit terpilih -Iaitu menentukan jenis dan jumlah pinjaman yang harus ditingkatkan atau dikurangkan. -Alat-alat kawalan kredit terpilih ialah: Syarat margin --Bank Negara menetapkan syarat margin tertentu untuk mengawal aktiviti spekulasi, khususnya pinjaman bertujuan untuk jual beli saham di pasaran saham. -Contohnya BNM menetapkan syarat margin sebanyak 70%. In bermakna pembeli mesti membayar 70% daripada harga saham dengan menggunakan wang sendiri dan hanya 30% boleh dipinjam daripada institusi kewangan. -Oleh itu, semakin tinggi syarat margin, semakin banyak wang sendiri yang perlu digunakan untuk membeli saham dan semakin kurang kemampuan orang ramai untuk membeli saham. -Semasa inflasi, biasanya Bank Negara akan meninggikan syarat margin dan sebaliknya semasa deflasi Bank Negara akan mengurangkan syarat margin .
24/03/2014 A121 31

SISTEM BANK: BANK PUSAT


FUNGSI BP: Kawalan ke atas gadai janji -Permintaan terhadap pinjaman bergantung kepada bayaran pendahuluan dan tempoh masa bayaran balik. -Untuk mendapatkan pinjaman, orang ramai juga akan menggadai janji aset tertentu, seperti rumah dan tanah. -Semasa ekonomi meleset, BP akan menggalakkan pinjaman dengan mengenakan pendahuluan yang rendah, tempoh bayaran balik yang panjang dan melonggarkan proses gadai janji. -Semasa ekonomi inflasi, BP akan mengurangkanpinjaman dengan mengenakan pendahuluan yang tinggi, tempoh bayaran balik yang singkat dan mengetatkan proses gadai janji.

24/03/2014

A121

32

SISTEM BANK: BANK PUSAT


FUNGSI BP: Kredit ansuran -BP berkuasa menentukan bayaran pendahuluan dan tempoh bayaran balik untuk semua pembelian secara ansuran. --Semasa ekonomi meleset, BP akan menggalakkan pinjaman dengan mengenakan pendahuluan yang rendah dan tempoh bayaran balik yang panjang -Semasa ekonomi inflasi, BP akan mengurangkan pinjaman dengan mengenakan pendahuluan yang tinggi dan tempoh bayaran balik yang singkat. Arahan khas -BP mengeluarkan arahan untuk mempengaruhi aktiviti pinjaman dan pelaburan. -Contohnya arahan memberi pinjaman kepada sektor pertanian.

24/03/2014

A121

33

SISTEM BANK: BANK PUSAT


FUNGSI BP: b) Dasar kadar bunga: -Bertujuan menggalakkan persaingan antara bank perdagangan. -BP mengenakan had maksima kadar bunga yang boleh ditawarkan oleh bank perdagangan ke atas deposit simpanan. c) Pujukan moral: -BP mengadakan pertemuan langsung dengan bank perdagangan dan institusi kewangan. -Tujuannya untuk menerangkan langkah kerajaan untuk kepentingan ekonomi dan mereka dipujuk untuk mengambil langkah yang sejajar dengan tindakan kerajaan.

24/03/2014

A121

34

PENAWARAN WANG
Ms= Wang dalam edaran + deposit semasa (M1) KELUK Ms -Keluk Ms merupakan garis lurus yang menegak yang bersifat tidak anjal sempurna, menunjukkan tiada hubungan antara Ms dengan kadar bunga (r). Kadar bunga (r) Ms r1 r2 0 M0 Kuantiti wang (M)

24/03/2014

A121

35

PENAWARAN WANG
FAKTOR YANG MENENTUKAN PENAWARAN WANG (Ms) 1) Dasar kewangan yang dilaksanakan oleh BP (mempengaruhi wang dalam edaran)
i. Dasar kewangan mengembang: a. KKR diturunkan = Ms meningkat b. KD diturunkan = Ms meningkat c. Beli bon di OPT = Ms meningkat **Peningkatan Ms ditunjukkan oleh keluk Ms yang beralih ke kanan: Kadar bunga (r) Ms0 Ms1

0
24/03/2014

M0

M1 Kuantiti wang (M)


A121 36

PENAWARAN WANG
FAKTOR YANG MENENTUKAN PENAWARAN WANG (Ms) ii. Dasar kewangan menguncup: a. KKR dinaikkan = Ms jatuh b. KD dinaikkan = Ms jatuh c. Jual bon di OPT = Ms jatuh **Penurunan Kadar bunga (r) Ms ditunjukkan oleh keluk Ms yang beralih ke kiri: Ms1 Ms0

M1

M0

Kuantiti wang (M)

24/03/2014

A121

37

PENAWARAN WANG
FAKTOR YANG MENENTUKAN PENAWARAN WANG (Ms)

2.

Keupayaan penciptaan kredit oleh bank perdagangan (mempengaruhi deposit semasa) a. KKR diturunkan, penciptaan kredit meningkat = Ms meningkat b. KKR dinaikkan, penciptaan kredit berkurangan = Ms jatuh

24/03/2014

A121

38

PERMINTAAN WANG
Menurut Keynes, 3 motif orang ramai memegang wang ialah:
n Md untuk tujuan urus niaga (Mdt): -Untuk membeli barangan dan perkhidmatan -Wang berfungsi sebagai alat pertukaran. -Semakin tinggi tingkat pendapatan (Yd) semakin tinggi Mdt dan sebaliknya. - Md bagi tujuan urusniaga tidak mempunyai hubungan dengan kadar bunga (r meningkat, Md tetap)
Mdt Mdt r1 r2 0 M0 Kuantiti wang (M )
A121

Kadar bunga (r)

Mdt

24/03/2014

39

PERMINTAAN WANG
2. Md untuk tujuan awasan (Mda): -Untuk kegunaan masa hadapan atau kecemasan. -Wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai. -Semakin tinggi tingkat pendapatan (Yd) semakin tinggi Mda dan sebaliknya. - Md bagi tujuan urusniaga tidak mempunyai hubungan dengan kadar bunga (r meningkat, Md tetap) -Tidak penting dalam analisis ekonomi kerana sukar menjelaskan gelagatnya.
Mda Mda r1 r2 0
24/03/2014

Kadar bunga (r)

Mda

M0

Kuantiti wang (M )
A121

Y
40

PERMINTAAN WANG
3. Md untuk tujuan spekulasi (Mds): -Wang digunakan bagi tujuan pelaburan (pembelian bon dan sekuriti) dengan tujuan memperolehi untung. -Wujud disebabkan masyarakat membuat pilihan untuk melabur dalam harta yang boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding memegang kekayaan dalam bentuk wang tunai yang tidak memberi sebarang kadar bunga. -Dalam hubungan ini, kadar bunga (r) dianggap sebagai pulangan terhadap pegangan bon. -Ini bererti, apabila r tinggi, kadar pulangan terhadap pegangan bon juga tinggi. Ini boleh diterangkan seperti berikut: Harta cair = tunai + bon r tinggi = pegangan tunai menurun + pegangan bon meningkat -Oleh itu, r berhubung secara negatif dengan wang tunai. Semasa kadar bunga rendah, orang ramai menjangkakan kerugian modal bagi pembelian bon>perolehan bunga dari simpanan/pelaburan. -Maka lebih baik mereka memegang kekayaan dalam bentuk wang tunai, Mds akan meningkat. - Mds bergantung kepada kadar bunga, semasa kadar bunga rendah Mds meningkat dan sebaliknya.
24/03/2014 A121 41

PERMINTAAN WANG
Kadar bunga (r)

r1 r2

Mds

M0

M1

Permintaan wang (Md )

24/03/2014

A121

42

PERMINTAAN WANG
Oleh itu, jumlah Md dalam ekonomi adalah bersamaan dengan: Md = Mdt + Mda + Mds r r Mdt Mda + + Mds = Md

24/03/2014

A121

43

PERMINTAAN WANG
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI Md:

1) Tingkat pendapatan
-Apabila Y meningkat, Mdt akan meningkat, seterusnya peningkatan Md dan sebaliknya. 2) Tingkat harga -Peningkatan harga menyebabkan jumlah wang yang diperlukan untuk membeli barang dan perkhidmatan akan meningkat, Mdt meningkat dan seterusnya menyebabkan Md meningkat dan sebaliknya. 3) Tabungan menyebabkan

-Peningkatan tabungan menyebabkan penggunaan isi rumah (C) berkurangan, Mdt berkurangan, Md meningkat dan sebaliknya.

24/03/2014

A121

44

PERMINTAAN WANG
PERALIHAN KELUK Md

-Apabila Md meningkat, keluk Md akan beralih ke kanan. r

Md1

Md0
M

-Apabila Md jatuh, keluk Md akan beralih ke kiri.


r

Md0
24/03/2014

Md1

A121

45

KESEIMBANGAN PASARAN WANG


PENENTUAN KADAR BUNGA KESEIMBANGAN

-Kadar bunga keseimbangan (r*) tercapai apabila Md=Ms. -Merujuk kepada rajah di bawah, keseimbangan tercapai apabila Md=Ms pada titik E0. r r1 r* r2 MS0
Lebihan Wang (Ms > Md)

M1 M*

{
E0
Kekurangan Wang (Md > Ms)

Md0 M

M2

24/03/2014

A121

46

KESEIMBANGAN PASARAN WANG


PELARASAN KE ARAH KADAR BUNGA KESEIMBANGAN

-Sekiranya r ditetapkan pada r1 (r1 > r*), ini bermakna Ms > Md dan menyebabkan lebihan wang sebanyak M1M*. -Lebihan wang ini akan digunakan oleh orang ramai untuk membeli aset kewangan seperti bon. -Permintaan bon akan meningkat, seterusnya harga bon akan meningkat, lama kelamaan kadar bunga akan jatuh sehingga mencapai r*. -Sebaliknya jika r ditetapkan pada r0 (r0 < r*), ini bermakna Md > Ms dan menyebabkan masalah klekurangan wang sebanyak M*M2. -Untuk mengatasi masalah ini, orang ramai akan menjual aset kewangan seperti bon untuk mendapatkan lebih banyak wang tunai. -Tindakan ini menyebabkan permintaan bon akan jatuh, seterusnya harga bon akan jatuh. Lama kelamaan kadar bunga akan meningkat sehingga mencapai r*.

24/03/2014

A121

47

KESEIMBANGAN PASARAN WANG


PERUBAHAN KESEIMBANGN PASARAN WANG Keseimbangan pasaran wang akan berubah jika: 1) Berlaku perubahan dalam faktor yang mempengaruhi Ms

2) Berlaku perubahan dalam faktor yang mempengaruhi Md

Kadar bunga (r)


Ms2 Ms0 Ms1

Kadar bunga (r)


Ms0 r1 r0 Md1

r2 r0 r1

Md
r2

Md0
Md2 M0

0
24/03/2014

M2

M0

M1 Kuantiti wang (M)


A121

Kuantiti wang (M)


48

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


-Berdasarkan topik yang lalu:

Md= Mdt + Mds


Di mana Mdt = f (y) Mds= f (r)

Maka Md = f (y, r)

24/03/2014

A121

49

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


-Dalam bentuk algebra:

Mdt = C1Y Mds= C0 C2r


-Oleh itu, permintaan wang adalah: Md = Mdt + Mds Md = C1Y + C0 C2r @ Md = C0 + C1Y C2r Di mana

C1 & C2 > 0

= jumlah Md autonomi = Md bagi setiap unit Y = Md bagi setiap unit r


A121 50

24/03/2014

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


PENENTUAN KADAR BUNGA KESEIMBANGAN MENGGUNAKAN ANALISIS ALGEBRA -Keseimbangan pasaran wang tercapai apabila: Ms/P = Md/P -Andaikan P (harga) adalah tetap, maka keseimbangan pasaran wang tercapai apabila: Ms = Md @ Ms = C0 + C1Y C2r

24/03/2014

A121

51

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


CONTOH: Diberi maklumat berikut: Mdt = 0.15Y Mds = 625 1250 Y = 375 r = 7.5% P = tetap Berdasarkan maklumat di atas, berikan fungsi Md dan lakarkan keluk Md. Md = Mds + Mdt Md = 625 1250r + 0.15Y Md = 625 + 0.15Y 1250r
24/03/2014 A121 52

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


-Untuk lakarkan keluk, perlu dapatkan nilai pintasan di paksi X dan Y. -Untuk memperolehi nilai pintasan di paksi X, andaikan r = 0. Maka: Md = 625 + 0.15Y 1250r Md = 625 + 0.15Y 1250 (0) Md = 625 + 0.15 (375) Md = 681.25 -Untuk memperolehi nilai pintasan di paksi Y, andaikan Md = 0. Maka: Md = 625 + 0.15Y 1250r = 0 = 625 + 0.15 (375) 1250r = 0 = 625 + 56.25 1250r = 0 = 681.25 1250r = 0 = 681.25 = 1250r = 681.25/1250 = r = 0.545 = r 24/03/2014 A121 r = 0.545 @ 54.5%

53

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


r
-Keluk Md =
54.5%

Md M
681.25

24/03/2014

A121

54

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


-Berdasarkan jawapan tersebut, ,dapatkan jumlah Ms dalam ekonomi dan lakarkan rajah keseimbangan pasaran wang. Ms = Md Ms = Mdt + Mds Ms = 625 + 0.15Y 1250r Ms = 625 + 0.15 (375) 1250 (0.075) Ms = 625 + 56.25 93.75 Ms = 587.5

24/03/2014

A121

55

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


-Maka, r keseimbangan pasaran wang ialah:

Ms

54.5%

7.5%

e0 Md M
587.5 681.25

24/03/2014

A121

56

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN WANG -Keseimbangan pasaran wang boleh berubah sekiranya Y berubah (yang menyebabkan Md berubah) atau Ms berubah. CONTOH Y BERUBAH: -Andaikan Y meningkat kepada 1000, cari tingkat kadar bunga yang baru dan Tunjukkan perubahan tersebut dalam rajah yang sesuai. Ms = Md 587.5 = 625 + 0.15Y 1250r 587.5 = 625 + 0.15 (1000) 1250r 587.5 = 775 1250r 1250r = 775 587.5 1250r = 187.5 r = 187.5/1250 24/03/2014 A121 r1 = 0.15 @ 15%

57

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN WANG

-Nilai pintasan di paksi X, andaikan r = 0. Maka: Md = 625 + 0.15Y 1250r Md = 625 + 0.15Y 1250 (0) Md = 625 + 0.15 (1000) Md = 775
-Nilai pintasan di paksi Y, andaikan Md = 0. Maka: Md = Mdt + Mds 625 + 0.15 (1000) 1250r = 0 1250r = 775 r = 775/1250 r = 0.62 @ 62%
24/03/2014 A121 58

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN WANG -Rajah perubahan keseimbangan pasaran wang akibat perubahan Y=

r
62% 54.5%

Ms0

15% 7.5%

e1 e0

Md0 Md1
587.5 681.25 775

24/03/2014

A121

59

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


CONTOH Ms BERUBAH: -Andaikan Ms meningkat sebanyak 80, cari tingkat kadar bunga yang baru dan tunjukkan perubahan tersebut dalam rajah yang sesuai. Ms = Md 587.5 + 80 = 625 + 0.15Y 1250r 667.5 = 625 + 0.15 (375) 1250r 667.5 = 681.25 1250r 1250r = 681.25 667.5 1250r = 13.75 r = 13.75/1250 r1 = 0.011 @ 1.1%

24/03/2014

A121

60

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN WANG

-Rajah perubahan keseimbangan pasaran wang akibat perubahan Ms=

Ms0 Ms1

54.5%

7.5%

e0

1.1%

e1

Md0
(681.25)
A121

587.5 667.5
24/03/2014

61

PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG: ANALISIS ALGEBRA


LATIHAN -Diberi Md = 300 + 0.6Y 600r -Hitung r* apabila : 1) Ms = 470; Y = 500 2) Ms = 470; Y = 550 3) Ms = 500; Y = 550

24/03/2014

A121

62

Das könnte Ihnen auch gefallen