Sie sind auf Seite 1von 3

MUHAMMAD AFIQ AFHAM BIN AWANG Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, banyak yang telah saya pelajari,

bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dalam kehidupan seharian saya. Proses-proses dalam menyiapkan kerja kursus ini telah mengajar saya erti berusaha dan bersabar. Hal ini demikian kerana, saya bukanlah orang yang rajin dan cepat dalam melakukan sesuatu hal, jadi secara tidak langsung, dalam menyiapkan kerja kursus ini, perasaan malas itu semakin pudar kerana jika kita sudah komited dalam melakukan sesuatu kerja, nescaya kita akan berasa seronok ketika melakukannya. Disebabkan kami perlu bersiap sedia untuk Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKSM 2014, jadi kami telah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan untuk menyiapkan tugasan ini. Perbincangan antara kami bertiga dilakukan sebelum proses membuat kertas kerja. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang percanggahan yang mungkin berlaku. Hasil usaha kami, suatu persefahaman telah tercapai dan agihan kerja kelihatan lebih jelas. Dari segi akademik pula, saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang cara-cara menghasilkan kertas kerja secara menyeluruh. Selain itu, saya juga dapat memahami dengan lebih mendalam tentang acara-acara yang dipertandingkan dalam kejohanan olahraga seperti yang dipelajari dalam kursus semester ini. Jadi, secara tidak langsung saya telah dapat serba sedikit ilmu yang sangat berguna bagi saya apabila menjejakkan kaki ke dalam profesion ini beberapa tahun akan datang. Melalui tugasan ini, saya telah sedar betapa perlunya kesedaran yang tinggi dalam diri setiap individu mengenai penghasilan kertas kerja yang bermutu. Hal ini demikian kerana, melalui perkara ini, setiap perkara yang hendak dijelaskan akan senang untuk difahami dan dilihat oleh orang lain. Akhir sekali, apa yang saya dapat melalui tugasan ini adalah mengenai pemerolehan ilmu iaitu dengan mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber supaya pemahaman yang diperoleh tersebut koheren dengan apa yang dipelajari sebelum itu.

Di sini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En. Abdullah Bin Mohamad kerana telah membimbing kami sekumpulan dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan sekumpulan dan rakan sekelas yang telah memberikan komitmen yang sebaiknya dalam menyiapkan tugasan kali ini. Akhir sekali, dalam menyiapkan kerja kursus ini, sedikit sebanyak telah mengajar saya supaya pandai berbincang dan bertoleransi dengan rakan sekumpulan saya demi menghasilkan satu kerja yang bermutu serta berkualiti.

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Unit Tarikh

: : MUHAMMAD AFIQ AFHAM BIN AWANG : 5 PISMP TESL 2 : 18 MAC 2014

Das könnte Ihnen auch gefallen