Sie sind auf Seite 1von 8

Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara.

Inilah cogan kata yang sering diungkapkan serta selalu meniti di bibir-bibir segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan pemimpin tertinggi negara. Golongan pemuda dan pemudi pada zaman dunia tanpa semadan ini merupakan oengerak kepada peningkatan dan pembangunan negara. Mereka ialah golongan yang akan memacu negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang. Oleh yang demikian, sebagai seorang remaja, saya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk membangunkan negara yang kita cintai.

Demi membangunkan negara yang kita cintai ini, sebagai seorang remaja, saya berperanan dan mempunyai tanggungjawab untuk belajar bersunggu-sungguh bagi memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar dapat memberi sumbangan kepada negara pada masa akan datang. Pada masa kini remaja seperti saya hendaklah berlumba-lumba menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agar dapat memajukan dan memodenkan negara. Pemuda dan pemudi yang berpelajaran dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran yang bernas dengan berfikiran kritis dan kreatif. Jika dilihat dari sudut sejarah, Revolusi Thailand yang berlaku pada tahun 1932 adalah dipeloposri golongan muda yang terpelajar. Kebanyakan mereka terdiri daripada pemuda yang berpendidikan Barat serta terpengaruh dengan kemajuan yang dicapai oleh Barat. Oleh yang demikian, apabila mereka pulang ke tanah air sendiri, golongan pemuda inilah yang menjadi penggerak kepada pembangunan negara mereka dari segi ekonomi, politik dan sosial. Hal ini jelas menunjukkan kehebatan dan kuasa ilmu mereka itu sendiri. Golongan remaja hendaklah menjadikan perkara ini sebagai pengajaran serta tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung. Mereka hendaklah membuka minda kepada pengaruh luar yang baik serta wajar dicontohi dan mengaplikasikan perkara tersebut untuk pembangunan negara.

Selain itu, saya juga berperanan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial yang boleh meruntuhkan kerajaan demi menyokong pembangunan negara. Remaja masa kini hendaklah mengatakan tidak dan

benci kepada pengaruh-pengaruh negatif dan liar seperti gejala bohsia, menghisap dadah, melepak dan berpeleseran dan sebagainya. Budaya-budaya kuning dari Barat hendaklah disingkirkan daripada minda pemuda dan pemudi negara ini kerana budaya sebegini boleh bertindak seperti barah yang akan mengancam keharmonian negara. Kerajaan pada masa kini terpaksa

membelanjakan berjuta-jutaan ringgit bagi melaksanakan program pemulihan penagih dadah. Bukankah elok jika wang yang banyak ini dibelanjakan untuk pembangunan dan kemajuan negara? Golongan penagih dadah ini merupakan duri dalam daging dan perosak negara. Oleh itu, remaja kuhsusnya hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dalam najis dadah ini serta gejala sosial yang lain demi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan.

Bukan itu sahaja, sebagai pemuda harapan bangsa, remaja seperti saya juga hendaklah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan utuh bagi mempertahankan kedaulatan negara. Remaja perlu menyemai semangat cinta akan negara dan sanggup berjuang demi mempertahankan negara daripada terjajah. Sejarah telah menunjukkan bahawa pada tahun 1930-an, pemuda merupakan golongan yang begitu lantang dalam perjuangan menentang penjajah yang menindas rakyat pribumi negara ini. Sebagai contoh, Gerakan Islah di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu dipelopori oleh golongan pemuda seperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi. Mereka menjadikan karya-karya penulisan dalam akhbar, majalah dan novel sebagai wadah unutk menyalurkan penentangan mereka terhadap penjajah. Hal ini berikutan semangat patriotisme yang begitu tinggi dimiliki oleh golongan pemuda ini. Oleh itu, saya akan menjadikan golongan pemuda terdahulu sebagai model ikutan agar pembangunan negara yang dilaksanakan dapat ditingkatkan.

Selain itu, saya juga berperanan untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa selaku golongan remaja dan pemuda harapan bangsa. Pemuda dan pemudi negara ini hendaklah berusaha melakukan perkara-perkara yang dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sebagai

contoh, jika dilihat pada masa kini, kebanyakan atlet yang mewakili negara dalam aresa sukan antarabangsa terdiri daripada golongan muda dan remaja. Contohnya, Hafiz Hashim yang merupakan pemuda yang mewakili negara dalam acara badminton perseorangan. Terbaru, beliau telah menjuarai Terbuka Denmark dengan mengalahkan Bao Chun Lai dari China. Selain itu, beliau juga pernah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Badmintoh All England pada suatu ketika dahulu. Hal ini dapar menaikkan martabat negara dalamarena sukan antarabangsa seterusnya dapat mengharumakan nma negara seantero dunia. Tugas seperti hendaklah dipikul oleh golongan muda seperti saya.

Sebagai seoang remaja yang berwawasan, saya juga berperanan unutk menyokong usaha-usaha dan kempen yang dijalankan kerajaan unutk membangunkan negara pada masa hadapan. Sebagai contoh, remaja hendaklah memberi sokongan kepada usaha-usaha kerajaan memerangi dadah yang menjadi virus pemusnah generasi muda di negara ini. Antara usaha tesebut ialah kempen alam sekitar, kempen kitar semula, kempen Budi Bahasa, kempen Bulan Keluarga Kebangsaan, kempen mencegah penagihan dadah dan sebagainya. Golongan muda khususnya remaja seperti saya akan memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan dalam usaha-usaha tersebut demi meningkatkan pembangunan kerohanian rakyat. Hal ini disebabkan kempenkempen yang dilaksanakan oleh kerajaan ini menjadi batu loncatan untuk melahirkan masyarakat yang dinamik danprogresif serta dapat memberi sumbangan kepada negara. Peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik remaja bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

Sesungguhnya, golongan remaja mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan egara. Remaja hendaklah sedar akan perkara ini serta mengorak langkah untuk mencapai aspirasi negara agar matlamat

pembangunan negara dapat direalisasikan. Bagi diri saya, saya akan terus berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehadiran

saya sebagai warga Malaysia benar-benar bermakna dalam membantu pembangunan negara.

Golongan remaja merupakan penduduk yang paling ramai di negara dewasa ini. Oleh itu, golongan remaja yang masih muda perlu memainkan peranan yang sewajarnya untuk membangunkan negara. Jadi, golongan remaja merupakan golongan yang secara tidak langsung menjadi tulang belakang yang akan menentukan hala tuju negara ini pada masa akan datang. Seperti kata pepatah, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara." mereka memainkan peranan penting dengan menjadi tenga pekerja dalam pelbagai sektor awam dan swasta di negara kita.

Kita sedia maklum bahawa banyak peranan yang boleh dimainkan oleh para belia di negara kita. Para remaja boleh menjadi tenaga kerja yang penting di negara kita bagi memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor perkilangan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya. Selain itu, mereka juga harus menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal ini sudah tentu dapat meningkatkan kemajuan dan pembangunan negara dengan lebih pesat. kemahiran dan pengetahuan mereka merupakan salah satu aset yang sangat bernilai yang tidak boleh dijual beli walaupun dengan wang.

Tanpa kita sedari, remaja pada era ini sebenarnya dipertaruhkan harapan sebagai bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Hal ini kerana mereka memiliki banyak idea baharu dan mempunyai wawasan yang jelas. Selain itu, remaja hendaklah menjadi seorang warganegara yang berguna untuk bangsa, agama dan masyarakat. jika perkara ini benar-benar menjadi kenyataan, pasti remaja dan belia di negara kita akan menjadi salah satu penyumbang terbesar dan menjadi nadi utama dalam mengecap kegemilangan negara.

Golongan remaja ialah generasi yang memiliki idealisme tersendiri yang boleh dibangunkan dengan cara yang betul. Mereka ada pandangan yang unik

dan tersendiri serta memiliki cita-cita yang unggul untuk kejayaan pribadi mahupun negara.Dengan erti kata lain, mereka turut memiliki tenaga dan semangat yang kuat untuk berjaya can mencipta kegimilangan. Hal ini kerana, golongan ini memang terkenal dengan semangat dan cita-cita tinggi serta mempunyai azam untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Para remaja juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran, ketahanan diri dan dan memiliki daya saing yang tinggi. jika mereka menghayati sepenuhnya budaya ilmu ini , sudah pasti mereka akan menjadi anggota masyarakat yang memiliki pemikiran yang terbuka amnya. Dengan cara itu, pemupupan perpaduan kaum juga menjadi mudah dan tiada unsur atau fahaman perkauman yang sempit dalam sanubari mereka. seterusnya, hal ini merupakan ciri yang sihat untuk menjadikan negara kita sebagai model dalam segenap aspek perkara , tamsilannya dalam bidang perhubungan etnik atau kaum.

Para remaja dan belia seharusnya mampu memikul tanggungjawab untuk membangunkan negara Malaysia. Mereka ini menjadi sandaran dan harapan negara untuk muncul sebagai sebuah negara contoh yang cemerlangm gemilang dan terbilang di seantero dunia. tidak dinafikan bahawa golongan remaja ini menjadi ejen penting untuk mengubah masyarakat, iaitu belia diibaratkan seperti "benih yang baik kalau jatuh ke pulau menjadi pulau ". Tanpa mereka negara kita tidak akan membangun dengan pesat selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi

menjelang 2020. Oleh itu, berilah sokongan dan bimbimglah mereka bagi merealisasikan hasrat murni iaitu memajukan dan mengulangi kegemilangan yang pernah kita kecapi sewaktu zaman pemerintahan kesultanan melayu melayu dahulu.

PERANAN

REMAJA

DALAM

MEMBINA

NEGARA

1MALAYSIA

Pascakemerdekaan ini, perpaduan amat penting terutama untuk memupuk

semangat patriotisme sesebuah negara terutama negara seperti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perbezaan ini mungkin akan menyebabkan ada yang berasa tidak berpuas hati. Oleh itu, untuk mencapai perpaduan dan toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah mencetuskan idea yang bernas dengan merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi merealisasikan gagasan ini, peranan golongan pelajar amat penting kerana golongan inilah yang bakal meneraju Negara Malaysia pada masa akan datang. Apakah sepatutnya dilakukan oleh golongan pelajar untuk merealisasikan gagasan ini?

Program Latihan Khidmat Negara [PLKN] yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lepas merupakan satu pendekatan yang baik untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar. Di dalam program ini selain dapat meningkatkan keyakinan para pelajar, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Namun, ada segelintir pelajar yang cuba untuk mencari alasan untuk tidak melibatkan sebarang aktiviti kenegaraan dan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kerajaan terutama dalam Program Latihan Khidmat Negara. Untuk meralisasikan gagasan 1Malaysia peranan pelajar amat penting. Oleh itu, semua pelajar perlulah memberikan kerjasama seperti peribahasa bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.

Seterusnya, untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar, mereka juga harus menghayati Rukun Negara. Hal ini adalah kerana, menghayati Rukun Negara juga salah satu pendekatan terbaik untuk para pelajar supaya dapat memacu Malaysia sebagai sebuah negara maju bagi

merealisasikan wawasan 2020 yang telah dicetuskan oleh mantan perdana menteri kita Tun Dr. Mahathir bin Mohamad . Prinsip- prinsip yang telah digubal dalam rukun negara adalah untuk menyelesaikan isu sentimen perkauman yang terjadi pada 13 Mei 1969. Oleh sebab itu, para pelajar perlu menghayati Rukun

Negara supaya dapat belajar daripada kesilapan dan dengan itu sejarah hitam Tragedi 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali serta negara kita tidak dipandang hina oleh negara lain dan negara kita disamakan dengan negara lain seperti Amerika Syarikat dan Thailand.

Menjaga hubungan baik antara kaum merupakan satu lagi minhaj yang boleh dilakukan oleh golongan pelajar untuk merealisasikan konsep 1Malaysia. Para pelajar dapat menjaga hubungan yang baik antara kaum dengan kerap mengunjungi rumah jiran tetangga dan sahabat handai yang berlainan kaum selain menghormati budaya serta adat resam kaum lain. Untuk menjaga hubungan yang harmoni antara kaum, para pelajar bukan sahaja perlu membantu bangsa lain yang dalam kesusahan bahkan perlu berusaha mengenali dan mendekatkan diri dengan kaum lain. Andai kata, para pelajar sering bersikap pesimis terhadap kaum lain dan bersikap perkauman nescaya para pelajar tidak akan mampu merealisasikan konsep 1Malaysia dan sudah pasti juga akan wujud sentimen perkauman. Tegasnya, para pelajar perlulah menjaga hubungan yang baik antara kaum lain kerana mempunyai relasi yang kukuh antara kaum yang merupakan peranan perdana yang harus dilaksanakan oleh pelajar untuk membangunan negara tercinta ini.

Akhir sekali, cara yang terbaik untuk membina negara bangsa 1Malaysia ialah para pelajar menggunakan bahasa kebangsaan dalam percakapan seharian dengan kaum lain supaya konsep 1Malaysia menjadi realiti kerana bahasa mampu menjadi alat untuk mengeratkan perpaduan. Dengan menggunakan bahasa kebangsaan yang sama dengan kaum lain iaitu Bahasa Malaysia dapat dijadikan alat untuk memupuk semangat perpaduan kaum yang jitu selain dapat meningkatkan semangat cinta akan tanah air. Jikalau pelajar enggan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar dengan bangsa lain, perpaduan tidak dapat dipupuk maka gagasan 1Malaysia juga tidak dapat

direalisasikan. Maka dengan itu, jelaslah bahawa bahasa sangat penting untuk memupuk semangat perpaduan yang jitu.

Konklusinya, para pelajar mempunyai peranan yang penting dalam memastikan gagasan 1Malaysia dapat direalisasikan seperti yang diaspirasikan oleh perdana menteri kita. Bersatu Teguh Bercerai Roboh dapat menggambarkan bahawa rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersatu supaya dapat membuktikan pada seluruh dunia betapa kukuhnya perpaduan kaum yang terjalin erat di Malaysia.

Das könnte Ihnen auch gefallen