Sie sind auf Seite 1von 10

PUAN NOR ESJARIAH INGATAN KEPADA HADIRIN, 1)MOHON KERJASAMA HADIRIN PENUHKAN TEMPAT DUDUK DI BARISAN HADAPAN 2)MOHON

PERHATIAN KEPADA SEMUA ,UNTUK MELANCARKAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI,SEMUA DIMINTA BERDIRI KETIKA PENGARAH POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN,PERLIS TIBA DIMAKLUMKAN BAHAWA KHIDMAT JURUFOTO DISEDIAKAN.PARA WARIS TIDAK PERLU MENGAMBIL GAMBAR ANAK SEMASA PENYAMPAIAN HADIAH SEDANG BERLANGSUNG.

..Tunggu isyarat dari penyelaras upacara.

Mengumumkan ketibaan ,Yang berbahagia Mejar kehormat Haji Md Noor bin Baharom,Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis diiringi barisan tetamu kehormat masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat. Sebagai cinta akan Negara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku oleh pasukan koir sekolah.Yang berbahagia dan para hadirin diminta berdiri .Selesai nyanyian lagu Negaraku, tetamu duduk. mulakan persembahan pembukaan selesai persembahan pembukaan ,pengacara mulakan ucapan aluan. 2)ALUAN PENGACARA MAJLIS Daun kayu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara, Tradisi Melayu turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara.

Hari ini menugal jagung, Hari esok memetik peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria.

Bismillahhirrahmanirrahim.. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Yang berbahagia Mejar Kehormat Haji Md Noor bin Baharom (Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis.) Yang berusaha Tn Haji Abdul Halim bin Mansor/Encik Rosly bin Ismail (Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu)Penolong Pegawai Pendidikan Hal Ehwal Murid,Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu Puan Harison binti Hj Mohd Salleh (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Siputeh)

Encik Sareh Azmi bin Sareh Yob (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu merangkap mentor Sekolah Kebangsaan Siputeh) Yang Dihormati Puan Che Zeleha binti Ahmad (Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Siputeh) Encik Abdul Hamid bin Ismail (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Siputeh) Encik Zulkely bin Johari (Penolong Kanan KoKurikulum Sekolah Kebangsaan Siputeh) Tuan Hj Abu Hassan bin Morad/Encik Rusni bin Ali (Yang dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan siputeh/Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan Siputeh) Barisan guru besar-guru besar dan pengetua-pengetua sekolah-sekolah dalam PKG Kodiang,AJK PIBG Tuan-tuan imam,para ibu bapa dan penjaga ,guru-guru dan seterusnya murid-murid penerima hadiah yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis hari anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Siputeh bagi tahun 2013.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun di Dewan Utama sekolah Kebangsaan siputeh pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang berusaha Mejar kehormat Hj Md Noor bin Baharom ,Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis kerana sudi hadir dalam majlis ini. Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua hadirin kerana sudi hadir ke majlis ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Tanda setuju angguk-anggukkan, Adat tertib anak gemilang, Selamat datang kami ucapkan, Ke Hari Anugerah Cemerlang

3)BACAAN DOA Hadirin sekalian, Doa dibaca amin disebut, Keberkatan majlis sentiasa diharapkan, Ustaz Mohd Rokhaimi kami menjemput, Sudilah tuan tampil ke hadapan. Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ini,marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Rokhaimi bin Zakaria. Dengan segala hormatnya dipersilakan. *Berhenti seketika Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Mohd Rokhaimi bin Zakaria atas bacaan doa itu tadi. 4)UCAPAN /LAPORAN GURU BESAR Hadirin sekalian, Tanah terbiar tidak bertuan, Berpagar teguh tidak berpapan, Puan Guru Besar menjadi tumpuan, Persilakan Puan memberi ucapan dan laporan.

Dengan ini majlis mempersilakan Yang berusaha Puan Harison binti Hj Mohd Salleh ,guru besar Sekolah Kebangsaan siputeh untuk menyampaikan ucapan serta laporan sekolah bagi tahun 2013. Yang berusaha Puan dipersilakan. *Berhenti seketika Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha puan Harison binti Hj Mohd Salleh atas kesudian menyampaikan ucapan dan laporan sebentar tadi. Hadirin yang dihormati sekalian, 5)UCAPAN PERASMIAN Menanti tuan lamanya sudah Terimakah tuan undangan kita Lenyap debaran hilanglah gundah Tuan budiman di depan mata Orangnya segak badannya tegap Hadir tiba bagai pendekar Jasad dah Nampak wajah dah tatap Menanti suara untuk didengar

Kini, tibalah acara yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat.Bertonggak adat,yang datang disambut,yang pergi diiringi.Maka,majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berbahagia Mejar kehormat Hj Md Noor bin Baharom ,Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis untuk menyampaikan ucapan ,seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Siputeh bagi tahun 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan ***Berhenti seketika Buah selasih di dalam puan, Dibawa gadis ke tengah laman, Takkan hilang jasamu tuan, Jadi ingatan sepanjang zaman.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan Sekalung ucapan terima kasih sewangi kasturi diucapkan kepada Yang berusaha Mejar Kehormat Hj Md Noor bin Baharom atas ucapan dan perasmian majlis sebentar tadi.

6)SELINGAN 1 Hadirin sekalian, Persembahan pelajar menyusul kini, Daripada putera dan puteri bestari, Dengan penuh gemalai dan seni, Dan dalam gerak silat dan tari. Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini,marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid Pra Sekolah dengan persembahan tarian yang bertajuk selamat datang.Untuk makluman hadirin, tarian ini dibawah bimbingan dan tunjuk ajar Puan Mahani binti Ngah,guru Pra Sekolah Kebangsaan Siputeh. ******(Persembahan) PUAN JUHANAWATI Terima kasih diucapkan kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi. 7)PENYAMPAIAN HADIAH TAHAP 1 Hadirin yang dihormati, Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan.Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.Oleh itu,sudah semestinya murid-murid yang Berjaya patut diberi penghargaan dan pengikhtirafan. Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk murid-murid tahap 1. Bagi menyempurnakan upacara ini,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Mejar Kehormat Hj Md Noor bin Baharom,Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis diiringi oleh Puan harison binti Hj Mohd Salleh naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah-hadiah.Majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan. Kita mulakan dengan penyampaian hadiah murid pra sekolah, potensi kelas KSSR Tahun 1 hingga 4 dan juga Kelas Fardu Ain (KAFA) tahun 2013. Dipersilakan.(baca nama murid)

****Selesai baca murid pra sekolah, tahun 1 hingga tahun 4.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Mejar Kehormat Hj Md Noor bin baharom,Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ,Perlis atas kesudian beliau menyampaikan anugerah kepada murid-murid yang b berjaya sebentar tadi.

8)SELINGAN 2

Dari Kedah ke Kuala Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan ke 2 menyusul meriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi memberi laluan kepada persembahan murid.Tanpa berlengah lagi dipersilakan Kumpulan nasyid An Nur .Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid tahun 6 sekolah ini.. Dipersilakan kumpulan An Nur naik ke pentas bagi membuat persembahan nasyid yang bertajuk Alquran penjana transformasi ummah..sama-sama kita saksikan. ***Berehat seketika PUAN NOR ESJARIAH Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Kumpulan Nasyid An Nuratas persembahan yang begitu menarik sekali sebentar tadi.Sekalung penghargaan dan tahniah buat guru-guru yang telah bertungkus lumus membimbing murid-murid tersebut.

9)PENYAMPAIAN HADIAH TAHAP 2

Hadirin yang dihormati sekalian, Pergi ke sekolah seawal pagi Melintas jalan berhati-hati Penyampaian anugerah diteruskan lagi Penerima-penerimanya sabarlah menanti Untuk itu,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Mejar kehormat Hj Md Noor bin Baharom ,Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis diiringi oleh Yang berusaha Puan Harison binti Hj Mohd Salleh naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah. ***Baca anugerah terbaik aliran tahun 5. ***Baca anugerah terbaik aliran tahun 6 ***Hadiah percubaan UPSR 2013 Majlis merakam kan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berbahagia Mejar kehormat Hj Md Noor bin Baharom atas kesudian menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah.

10)SELINGAN KE 3 Hadirin yang dihormati sekalian, Marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan melodian daripada murid-murid tahun 5 dan 6 dengan lagunya yang bertajuk Nelayan dan Di Tanjung Katong. Marilah kita berikan tepukan yang gemuruh kepada murid murid ini. Dipersilakan *** Setelah selesai persembahan.

PUAN JUHANAWATI Majlis merakamkan ribuan terima kasih.Untuk makluman,persembahan melodian itu tadi di bawah bimbingan Puan Lele Suriani binti Husain dan Encik Mohd Shukri bin Osman.

PUAN JUHANAWATI 11)PENYAMPAIAN ANUGERAH-ANUGERAH KHAS Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR)2012. Untuk itu,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Mejar kehormat Hj Md Noor bin Baharom ,Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis diiringi oleh Yang berusaha Puan Harison binti Hj Mohd Salleh ,naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah. ***Anugerah UPSR 2012 ***Anugerah khas kokurikulum ***Anugerah Panitia,kelab,persatuan ,pasukan uniform terbaik ***Anugerah sanjungan budi ***Anugerah anugerah khas Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah khas murid berketerampilan 2013. (Perarakan masuk Tokoh murid,seterusnya pengacara membacakan biodata murid berketerampilan

Majlis mempersilakan ibu bapa kesayangan Amirah Nabilah naik ke pentas . Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan dari seluruh warga sekolah,dipersilakan Yang berusaha Puan Harison binti Hj Mohd Salleh ,guru besar Sekolah Kebangsaan Siputeh untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan tulus ikhlas kepada Yang berbahagia Mejar kehormat Hj Md Noor bin Baharom,Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis. Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang menerima anugerah pada hari ini.Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dan gemilang pada masa hadapan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia. Mejar Kehormat atas kesudian menerima cenderamata itu tadi dan Yang berusaha Puan Harison binti Hj Mohd Salleh ,guru besar Sekolah Kebangsaan Siputeh ataskesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.

Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi sanjungan.

Tanam lengguna tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati, Budi tuan kami tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. 13)Nyanyian Lagu sekolah Hadirin yang dihormati, Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah oleh pasukan koir sekolah.Yang berbahagia dan para hadirin diminta berdiri. ***Lagu berkumandang PUAN NOR ESJARIAH Dengan berakhirnya nyanyian lagu sekolah itu tadi,menandakan bahawa Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Siputeh akan melabuhkan tirainya.Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang berbahagia Mejar kehormat Hj Md Noor Bin Baharom, Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ,Perlis.Yang berusaha Tn Hj Halim bin Mansor,Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu,tetamu-tetamu jemputan,para waris atas kesudian para hadirin bersama-sama kami pada hari ini. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi tuan rasa nak junjung.

Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan Hadirin sekalian, Selaku perantara majlis pada hari ini,kami berdua menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis. Majlis mempersilakan Yang berusaha Puan Harison binti Hj Mohd Salleh mengiringi dan mempersilakan Yang berbahagia Mejar Kehormat Hj Md Noor bin Baharom ,Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis serta tetamu-tetamu VIP ke kafetaria Mulia Waja untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Majlis turut mempersilakan para ibu bapa,penjaga,murid-murid penerima hadiah ke khemah yang telah disediakan untuk menjamu selera.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Sekian,terima kasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Das könnte Ihnen auch gefallen