Sie sind auf Seite 1von 8

Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.Menurut Rudner &Boston 1994, Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. Ringkasnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut: a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanakkanak: Eisner (1980) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep. Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak c) Perlu ada program tambahan di sekolah dengan program sedia ada di sekolah dan kesinambungan subjek. Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Antara ciri-cirinya ialah: a) Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan. b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. d) Subjek membina maksud yang tersirat. e) Berpusatkan kanak-kanak Contoh-contoh Pentaksiran Autentik adalah seperti persembahan tarian, mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya, mendemonstrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni) dan menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio. Kebaikan Pentaksiran Autentik kepada pelajar ialah dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka, menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas, mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka serta menangani teknologi dan berfikir sistematik. Manakala Pentaksiran Autentik kepada guru pula ialah menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuan pelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang

dijalankan. Kesimpulannay Pentaksiran Autentik ialah Pentaksiran yang disarankan dalam artikel untuk mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak di samping itu juga dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanakkanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Pentaksiran Hasil Pembelajaran


Pentaksiran Hasil Pembelajaran merupakanProses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat. Pentaksiran ini adalah berasaskan hasil pembelajaran : Montgomery. Montgomery iaitu sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan. Ia tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu . Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada seseorang individu sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian. Pendekatan yang dikemukakan oleh Montgomery tentang pentaksiran berasaskan hasil pembelajaran ini yang pertama ialah Student Learning Outcomes (SLO) Iaitu jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu pengetahuan , kemahiran dan sikap. Yang kedua pula ialah Student Progress Outcomes (SPO). Student Progress Outcomes (SPO) merupakan pentaksiran yang berterusan iaitu murid dapat melakukan perubahan yang lebih baik dalam peringkat yang seterusnya. Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata- mata dan pembelajaran itu bersifat berterusan maka pentaksiran juga bersifat berterusan. Dalam Pentaksiran Hasil pembelajaran ,kebaikan kepada pelajar ialah murid harus faham kehendak hasil pembelajaran yang diharapkan. Pentaksiran ini lebih konsisten. Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum serta murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik. Kebaikan kepada penilai pula ialah menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak. Ia dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci. serta memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran. Kebaikan Hasil Pembelajaran kepada sekolah pula ialah bukti komitmen berterusan sekolah dalam usaha memperkembangkan potensi murid. Ia juga menyediakan maklumat bertepatan untuk rujukan

yang akan datang dan memberi maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan dalam usaha meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran. Kesimpulan Pentaksiran Hasil Pembelajaran ialah mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik, murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik dan pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

Pentaksiran Performance Based


Pentaksiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Jenis-jenis pentaksiran Performance Based ialah jenis yang pertama Portfolio (dapatan hasil kerja).Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya. Jenis yang kedua ialah Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar) . Pentaksiran ini akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan. Jenis yang ketiga ialah Mengukur berdasarkan keupayaan. Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti Bahan penulisan, Persembahan dan Gerak kerja projek.

Pentaksiran Dan Motivasi


Pentaksiran ini merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Ia merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran. Motivasai merupakan sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara negatif atau positif, Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan, Darjah Kesungguhan dan Stimulator / semangat. Kesimpulannya Pentaksiran adalah merangkumi pengujian, penilaian dan pengukuran manakala Motivasi pula merangkumi sebab, tujuan dan pendorong.

Rujukan : http://www.scribd.com/doc/3282502/Pentaksiran http://www.slideshare.net/artventure/k-onsep-pentaksiran http://hbss1103.blogspot.com/2007/11/topik-7-penilaian-dan-pentaksiran.html http://www.seapyramid.net/rt/instrument-pentaksiran-dunia-seni-visual/ http://senivisual2.blogspot.com/2009/12/arts-education-for-changing-world.html

Das könnte Ihnen auch gefallen