Sie sind auf Seite 1von 35

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

PERMASALAHAN
HAID DAN IBADAT HAJI
ISU-ISU ASAS
MENGENAI HAID

 Penyelesaian isu haid semasa haji


bergantung kepada hukum asas haid
 Oleh itu perlu bincang hukum asas haid
TAKRIF HAID
1. Syarak: Darah tabi`ie, keluar dari
rahim wanita sihat, baligh, pada
masa tertentu, bukan sebab penyakit
atau bersalin
2. Sains perubatan: pendarahan dari
selaput rahim, terjadi secara
berulang setiap bulan bagi wanita
subur disebabkan perubahan normal
daripada keseimbangan hormon
tubuh, lazimnya didahului
pengovulun
RUKUN HAID
 Maksud rukun haid: sesuatu yang
memastikan haid berlaku
 Haid berlaku apabila darah keluar
daripada kemaluan
 Darah yang masih berada dalam faraj
belum berlaku haid
 Hujjah: kesah seorang wanita
menyalakan lampu untuk melihat
darah dalam kemaluan dan
penjelasan Aisyah
PERMULAAN HAID
 Sekurang-kurangnya berusia 9 tahun
 Sebelum 9 tahun dikira darah istihadah
atau penyakit
TEMPOH HAID
1. Minimum: 1 hari 1 malam (24 jam)
2. Maksimum: 15 hari 15 malam
3. Kebiasaan: 3,4,5,6, atau 7 hari dan
malam
 Dalil: jawapan Rasulullah kepada Ummu
salamah:‫ل تنظر ق در ا لليا لىوا أليام ا لتىك انتت حيضهنوقدرهنمن‬
‫ا لشهر ف تدع ا لصالة ث م ل تغتسلولتستغثر ث م ت صلى‬
MENENTUKAN
KEBIASAAN HAID
 Mazhab Syafi`ie: cukup dengan sekali haid
sahaja
 Dalilnya: hadis Ummu Salamah:‫ ل تنظر ق در ا لليا لى‬.....
 Mazhab Hanbali: cukup dengan dua kali haid

FATRAT AL-NIQA’
 Jika darah keluar dan berhenti berselang 1 hari
atau 2,3, hari dalam tempoh masa haid ulamak
khilaf:
 Hanafi: yang keluar dalam tempoh haid dikira haid
 Syafi`ie ada dua pendapat:
1. Hari-hari keluar darah digabungkan
dan dikira haid, hari-hari berhenti
digabungkan dan dikira suci,
diistilahkan sebagai talfiq
2. Hari-hari keluar darah dan hari-hari
terhenti dalam tempoh haid
semuanya dikira haid
 Pendapat ini pendapat yang rajih
mazhab Syafi`ie dan sama dengan
pendapat Hanafi
 Kitab al-Iqna` kemukakan 3 syarat
untuk keadaan ini dikira haid
1. Tempoh hari terhenti dan hari keluar
darah tidak melebihi 15 hari
(mansimum haid)
2. Tempoh darah terhenti dan keluar
tidak kurang dari 1 hari 1 malam
3. Tempoh suci antara dua haid tidak
melebihi 15 hari (maksimum suci)
 Keputusan muzakarah
 Sekiranya jamaah haji wanita yang
menghadapi masalah seperti tidak dapat
melakukan tawaf rukun beliau bolehlah
berpegang dengan pendapat yang
mengatakan hari suci dalam tempoh
kebiasaan haid selama satu hari satu
malam tidak dikira haid, beliau dikira suci,
boleh mandi dan melakukan tawaf.
 Hanbali: hari-hari terhenti dalam tempoh
kebiasaan haid dikira suci, wajib mandi,
pendapat ini dianggap lemah

TEMPOH SUCI
ANTARA DUA HAID
 Majoriti: tempoh minimum suci antara dua
haid 15 hari
 Hanbali: tempoh minimum suci antara dua
haid 13 hari
WARNA-WARNA DARAH HAID
 Majoriti: semasa kebiasaan haid ialah
kehitaman, merah, kekuningan dan keruh
 Dalilnya: hadis `Alqamah; para wanita
menghantar bekas berisi kapas kepada Aisyah
dan jawapan Aisyah kepada mereka
 Warna kuning dan keruh:
 Ashab Syafi`ie:
 Sepakat warna kuning dan keruh keluar dalam
tempoh kebiasaan haid dikira haid
 Khilaf warna keruh dan kuning keluar selepas
tempoh kebiasaan haid sehingga maksimum
haid (15 hari)
 Perincian khilaf ashab Syafi`ie dalam
kes warna kuning dan keruh dalam
tempoh maksimum haid
 Jumhur ashab Syafi1ie: dikira darah haid
 Abu Said, Abu Abbas, Abu Hamid, Imam
al-Haramain: tidak dikira haid
 Abu Hamid dan imam Al-Haramain:
cecair kuning dan keruh itu bukan darah,
tetapi seperti nanah, hujjah mereka:
 Hadis Ummu Atiyyah: ‫ك نا ال ن ع د ا لصفرة وا لكدرة‬
‫ب ع د ا لطهر ش يئا‬
 Kepuitusan muzakarah haji
 Disarankan kepada jamaah haji wanita
yang menghadapi masalah seperti tidak
dapat melakukan tawaf rukun kerana
terpaksa pulang ke Malaysia atau bertolak
ke Madinah dan tiada pilihan maka
haruslah berpegang kepada pendapat yang
mengatakan kekuningan dan kekeruhan
yang keluar selepas hari kebiasaan haid
tidak dikira haid.
PENDAPAT PILIHAN
Pendapat pilihan ialah pendapat kedua yang
mengatakan warna kuning dan keruh yang
keluar selepas tempoh kebiasaan haid tidak
dikira haid, justifikasi pemilihan:

 Pandangan ini lebih sesuai bagi wanita yang


menghadapi masalah untuk meninggalkan
Makkah dengan segera
 Kes-kes seperti ini banyak berlaku di kalangan
jamaah haji wanita, menerima mendapat ini
membolehkan mereka melakukan ibadat dengan
sempurna tanpa ragu-ragu
TANDA SUCI DARIPADA HAID
 Kering darah ‫جفوف‬
( ‫)ا ل‬:
 Faraj kering: tiada kesan warna merah, kuning
atau keruh pada kapas yang dimasukkan ke dalam
faraj sekedar hujung jari, jika ada kesan basah
tanpa warna ia juga sudah dikira bersih, sudah
termasuk dalam istilah jufuf, cecair jernih itu bukan
darah.
 Putih bersih (‫)ا لقصة ا لبيضاء‬:
 Apabila kapas atau seumpamanya dimasukkan
kedalam faraj sekedar hujung jari, ia didapati
kering, tiada lagi kesan warna, jika terdapat basah
tanpa warna ia dianggap bersih, cecair jernih itu
bukan darah, hujjahnya:
 Hadis `Alqamah yang menyatakan wanita menghantar
kepada Aisyah bekas berisi kapas dan jawapan Aisyah
KESIMPULAN
Perbincangan di atas dapat dirumus seperti
berikut:
Sekiranya kapas atau yang seumpamanya yang
dimasukkan kedalam faraj sekedar hujung jari
didapati kering, tiada kesan warna, sekalipun ada
kesan basah tanpa warna ia telah dianggap kering
dan bersih daripada haid.

Ini kerana tabiat faraj itu sendiri sentiasa lembap


(‫ )رطوبة‬dan basah (‫ )ب لل‬, kadangkala ia berlaku dalam
bentuk cecair jernih, pada hakikatnya itulah yang
dikatakan ‫ ا لقصة ا لبيضاء‬yang merupakan tanda lain
menunjukkan suci daripada haid
ISU-ISU WANITA HAID
DARAH KELUAR MELEBIHI TEMPOH
MAKSIMUM HAID
(1) Pertama kali alami haid, tidak dapat
bezakan warna darah, fuqaha’ khilaf:
 Syafi`ie: darah haid dikira 1 hari 1 malam
sahaja, darah keluar selepas itu dikira
istihadah
 Hanafi: tempoh haid dikira 10 hari, iaitu
tempoh maksimum haid bagi mazhab ini.
 Maliki dan Hanbali: tempoh haid dikira
mengikut tempoh kebiasaan haid 6 , 7 hari
(2) Pertama kali alami haid, dapat bezakan
warna darah haid
 Tempoh haid dikira mengikut warna
darah;
 Merah terang, kehitaman pekat dan berbau
dikira haid
 Masa terputus dari warna tersebut dikira
sebagai darah istihadah
 Syafi`ie, Maliki dan Hanbali
mensyaratkan 3 syarat
1. Darah yang keluar tidak kurang daripada
tempoh minimum haid (24 jam)
2. Darah yang keluar tidak melebihi tempoh
maksimum haid (15 hari)
3. Tidak kurang daripada tempoh minimum suci
antara dua haid
(3) Biasa mengalami haid, tidak mampu
bezakan warna darah haid, ulamak
khilaf:
 Syafi`ie, Maliki dan Hanbali: tempoh haid
dikira mengikut kebiasaan haid, yang
lebih dikira sebagai darah istihadah
 Sesetengah mazhab Syafi`ie: bezakan
darah yang keluar 15 hari dengan yang
keluar melebihi 15 hari
 Lebih 15 hari, tempoh haid dikira mengikut
kebiasaan haid
 Kurang 15 hati, semua hari keluar darah
dikira sebagai haid
(4) Pernah mengalami haid, mampu
bezakan warna darah haid:
 Majoriti: tempoh haid dikira mengikut
kebiasaan haid
 Syafi`ie kemukakan dua pendapat:
1.Penentuan tempoh haid mengambil kira
perbezaan warna darah; jika 10 hari merah
kehitaman, yang bakinya berwarna merah,
tempoh 10 hari berwarna merah kehitaman
dikira haid, yang lain dikira istihadah, dalil
pendapat ini hadis:‫دم ا لحيضأسود ي ع رف‬
2.Tempoh haid dikira mengikut tempoh
kebiasaan haid
DARAH KELUAR MELEBIHI TEMPOH
MAKSIMUM HAID TANPA HENTI
 Wanita tidak ingat kebiasaan,

permulaan dan penghabisan haid


(‫)متحيرة‬
 Mazhab Syafi`ie ada dua pendaat:
 Mutahaiyrah mengira tempoh haid 1 hari 1
malam sama seperti wanita pertama kali
mengalami haid dan tidak dapat membezakan
warna darah haid
 Mutahaiyrah dikira sentiasa beristihadah
(pendapat paling rajih),
- Mazhab Hanbali mutahaiyyirah perlu
mengira haidnya 6 atau 7 hari, baki yang lain
dikira istihadah

DARAH KELUAR SEMASA HAMIL


 Ada dua pendapat:
 Hanafi, Hanbali, Qaul qadim mazhab
Syafi`ie; darah ni dkira sebagai darh
istihdah dan fasad
 Maliki dan Qaul jadid mazhab Syafi`ie
dikira sebagai darah haid
DARAH KELUAR
SELEPAS PUTUS HAID
 Perbincangan isu ini berkait dengan isu
umur menopos
 Fuqaha’ khilaf menentukan umur
menopos, kerana tiada nas sarih
 Nas berkaitan: ‫وا لآلئىي ئسنمنا لمحيضمنن سائكم إن‬
‫ارتبتم ف ع دتهنث الثة أشهر وا لآلئىل م ي حضن‬
 Ayat ini hanya jelaskan dua perkara:
 Wanita menopos dengan tidak tentukan masa
 Wanita tidak datang haid seumur hidup
 Pendapat fuqaha’ dalam isu ini didasarkan
kepada penelitian dan pengalaman
 Syafi`ie: mengikut kebiasaan keluarga,
lumrahnya 62 tahun, darah keluar selepas
usia menopos dikira haid
 Hanabilah:usia menopos 55 tahun, darah
keluar selepasnya bukan haid
 Hanafiyah:usia menopos 55 tahun, darah yang
keluar selepasnya bukan haid
 Malikiyah:
 Selepas 50 hingga 70 tahun perlu ditentukan pakar,
pendapat mereka diterima
 Selepas 70 bukan haid
MENOPOS MENURUT PERUBATAN
 Menopos berlaku setelah tiada lagi benih aktif
yang mengeluarkan hormon estrogen untuk
membentuk kitaran haid
 Purata umur majoriti wanita Malaysia putus
haid 49.5 tahun,
 Secara rawak wanita menopos antara 45
hingga 55 tahun
 Wanita benar-benar dikira menopos bila tiada
haid selama 6 bulan berturut-turut
 Pendarahan semula selepas menopos bukan
haid
 Kesimpulan:
 Semua mazhab mengasaskan penentuan usia
menopos kepada `urf setempat
 Dalam perubatan ketiadaan hormon estrogen
menyebabkan kitaran haid terhenti, wanita benar-
benar menopos selepas tiada haid 6 bulan berturut-
turut, penentuan menopos boleh dibuat melalui
ujian
 Syafi`ie dan yang lain menentukan had usia
menopos berdasarkan `urf kerana tiada kemudahan
saintifik menentukan menopos sebenar
 Menentukan usia menopos wanita Malaysia pada 45
– 55 tahun tidak bercanggah dengan pendapat
Syafi`ie dan yang lain, kerana statistik
menunjukkan demikian dan statistik adalah `urf
yang menunjukkan usia menopos wanita Malaysia
 Keputusan muzakarah haji:
 Darah yang keluar selepas putus haid bagi
wanita yang telah tiada haid selama 6
bulan atau lebih dalam keadaan biasa
dikira haid, ini berdasarkan kepada
pandangan Syafi`iyah.
 Jika wanita ytersebut menghadapi
masalah, seperti tidak dapat melakukan
tawaf rukun kerana terpaksa pulang ke
Malaysia atau bertolak ke Madinah dan
tiada pilihan maka ia dikira sebagai darah
istihadah, ini bertaklid kepada pandangan
Malikiyah, Hanafiyah dan Hanabilah.
ANGIN KELUAR MELALUI FARAJ
 Keluar sesuatu daripada qubul atau
dubur membatalkan wuduk
 Biasanya angin keluar dari dubur,
tetapi ada yang mengalami ia keluar
dari qubul
 Fuqaha’ khilaf apakah angin keluar dari
qubul membatalkan wuduk
 Syafi`ie, Ahmad dan Muhammad: membatalkan
 Hanafi: tidak
 Kitab Tuhfah nukilkan batal: ‫ولو ريحا منذكره أو ق بلها‬
 Angin yang hanya berada didalam faraj
tidak membatalkan wuduk

KEPUTIHAN
 Keputihan terjadi daripada lelehan cecair
dari faraj yang sifatnya sentiasa lembap
untuk fungsi tertentu
 Ia berlaku oleh beberapa sebab
 Ransangan syahwat
 Akibat keradangan
 Keputihan menurut fuqaha’: sesuatu yang
pekat berwarna putih keluar daripada faraj
wanita
 Fuqaha’ sepakat keputihan membatalkan
wuduk
 Wanita mengalami keputihan mesti
membersihkannya sebelum berwuduk
 Wanita mengerjakan haji mengalami
keputihan mesti:
 Memakai tuala wanita untuk memastikan
keputihan keluar atau tidak
 Tidak digalakkan memakai tempon kerana ia
memudaratkan
 Keputihan yang keluar berterusan sama
hukum dengan istihadah dan daim al-hadas
 Cara berwuduk ialah:
 Bersihkan faraj daripada keputihan
 Pakai tuala wanita di permukaan faraj
 Ambil wuduk
 Satu wuduk untuk satu solat fardu, tawaf fardu
atau rukun, beberapa solat dan tawaf sunat
 Cara in berdasarkan penjelasan Rasulullah saw
kepada Fatimah bt Habis: ‫اغتسلىوتوضئىل كلص الة‬
 Hanbali merukhsahkan wanita mengalami
keputihan berterusan menjamak solat
 Syafi`ie tidak merukhsahkannya
KELEMBAPAN FARAJ
 Lazimnya mukosa faraj lembap dan
menghasilkan lelehan bagi mengelak mukosa
daripada kering dan melekat
 Oleh itu lembap dan sentiasa menghasilkan
lelehan adalah tabiat faraj
 Lelehan dalam faraj sama dengan cecair dalam
mulut
 Penulisan fiqh juga menyebutkan ‘lembab’ sifat
semulajadi faraj
 Oleh itu fuqaha’ berpendapt lelehan di dalam
faraj tidak membatalkan wuduk, sama seperti
orang berpuasa menjelirkan lidahnya keluar,
memasuk-kannya kembali dan menelan air
liurnya, puasanya tidak batal
ISU-ISU SEMASA MENGERJAKAN HAJI

1. Datang haid ketika berniat ihram. Boleh Mandi


sunat ihram, boleh berniat untuk ihram sekalipun
dalam keadaan tidak suci.
2. Datang haid selepas berniat ihram. Dibenarkan
melakukan semua kerja-kerja haji kecuali tawaf.
Wanita yang datang haid semasa di Mekah diboleh
melakukan zikir, bertahmid, tahlil, takbir dan talbiah.
3. Buat haji tamattu` kemudian datang haid sebelum
tawaf. Sekiranya wanita memilih melakukan Haji
Tamattu` kemudian datang haid sebelum tawaf
umrah dan dibimbangi luput haji, dia boleh niat haji
qiran. Dengan itu, dia bertukar dari haji tamattu’
kepada haji qiran dan wajib bayar dam.
4. Haid datang selepas wuquf dan selepas
tawaf rukun sedangkan haid tidak suci
sehingga hampir pulang ke tanah air, dia
tidak perlu tawaf wada` dan tidak dikenakan
dam.

5. Sekiranya haid datang sebelum tawaf rukun,


sedangkan tarikh penerbangan pulang tidak
mengizinkan tunggu sampai suci haid, dia
boleh tawaf dan sa`ie tetapi wajib membayar
dam seekor unta. Cara ini bertaklid dengan
mazhab Hanafi. Tawafnya sah dan tidak
perlu diganti.
PENUTUP
Peserta digalakkan membuat salinan powr
point ini daripada Urustia Muzakarah

Sekian, yang baik dan yang bernas dari Allah,


yang lemah dan kurang dari saya

‫وهللا أعلم بالصواب‬

Das könnte Ihnen auch gefallen