Sie sind auf Seite 1von 13

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TULID


PETI SURAT 1236
89008 KENINGAU
SABAH
TEL: 0135481410



MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/2014

Tarikh : 31. DISEMBER. 2013( SELASA)

Masa : 9.00 PAGI-12.30 TENGAH HARI

Tempat : BILIK MESYUARAT UTAMA SMK TULID.

Pengerusi : AJMAIN IDRIS (PENGETUA)

Kehadiran :

1. Ajmain Idris
2. Jaharah Jaafar
3. Norvina Aminggis
4. John Madais
5. Ferdenand Aloysius
6. Hamzah Sahanip
7. Wan Sabril Amin Wan Ismail
8. David Francis Joluis
9. Kok Chun Yun@ Abby
10. Libit Gidun
11. Piul Gutal
12. Jane Laura binti Joo
13. Norlailatulakma Bolhassan
14. Norhayati Masiun
15. Veolitah Kipol
16. Suzy Justin
17. Ruhaidah Nibin
18. Melissa Anthony
19. Georgina G. Lojingau
20. Chelsea F. Kojiun
21. Suziewati Mat Yaakup
22. Zulfadzli Subri
23. Dones Kanjin
24. Halim Bengkuih
25. Junaidah Dalisan
26. Felix Petrus Saimun
27. Amrin Zabba
28. Mohd Fauzi bin Samsudin
29. Mohd Amin bin Abd Rahman
30. Aimi Fazlin binti Mohd Yazid
31. Nobert P. Rospin
2

32. Jake Alexius Mansin
33. Syamsul Bahri Asman
34. Norhafizah binti Abd Karim
35. Jefson Pandal
36. Laurasia Joseph
37. Jumainah Mahmud
38. Junaidah Dalisan


TIDAK HADIR :

Tidak hadir bersebab
1. Ishak Lakunsim - Peperiksaan

Tidak Hadir
1. Mohd Bukhori bin Mohamad
Agenda mesyuarat:
i. Ucapan pengerusi
ii. Pengesahan minit mesyuarat lalu
iii. Perkara berbangkit
iv. Persediaan persekolahan tahun 2014
v. Senarai tugas guru 2014
vi. Takwim sekolah
vii. Hal-hal lain.




1

PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Encik Ajmain Idris selaku pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan guru
dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke mesyuarat guru bil 1/2014. Beliau
juga mengucapkan selamat tahun baru dan selamat pengantin baru kepada guru yang baru
berkahwin semasa cuti.
Tindakan: Makluman

1.2 Beliau memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa seramai empat orang guru dari
sekolah ini telah diluluskan perpindahan mereka ke sekolah lain. Mereka adalah encik
Bobby Spencer Pius, Gipol Abat, Anthony Victor Tadam dan Salehul Hapiz Hassan.

Tindakan: Makluman
1.3 Mengenai keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) tahun 2013, beliau
memaklumkan bahawa terdapat peningkatan dari segi peratus dan GPS iaitu naik
sebanyak 1.6% da 0.25 berbanding keputusan tahun lalu. Walau bagaimanapun,
kedudukan sekolah di peringkat daerah masih belum diketahui kerana belum diumumkan.
Pencapaian 2013 ialah GPS 3.02 dan 55.22% berbanding 2012 GPS 3.29 dan 53.6%.

Tindakan: Makluman

3

1.4 Mengulas mengenai pendaftaran tingkatan 1, encik Ajmain Idris menyatakan bahawa
segalanya telah selesai dijalankan walaupun terdapat segelintir pelajar yang belum
mendaftar. Beliau menyerahkan kepada Penolong Kanan HEM untuk tindakan
selanjutnya.
Tindakan: Unit HEM

1.5 Encik Ajmain Idris membacakan kepada ahli mesyuarat mengenai visi dan misi Sekolah
Menengah Kebangsaan Tulid. Visi tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid
gemilang pada tahun 2015. Manakala misi sekolah adalah seperti berikut:

1.5.1 Memastikan murid didahulukan, pencapaian diutamakan
1.5.2 Mengasah dan menggilap potensi setiap murid secara menyeluruh dalam aspek
kurikulum dan kokurikulum dengan sahsiah dan kualiti diri yang unggul
1.5.3 Menjalin hubungan yang erat antara warga sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat
setempat
1.5.4 Mewujudkan persekitaran sekolah yang efektif dan kondusif
1.5.5 Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran yang efisien, telus, berintegriti dan
professional.

Perubahan yang positif perlu dilakukan oleh semua guru agar anggapan bahawa sekolah di
pedalaman tercorot dapat dikikis dan seiring dengan sekolah terbaik di bandar.

Tindakan: Semua guru

1.6 Mengulas mengenai keberadaan guru di sekolah semasa sesi persekolahan, encik Ajmain
Idris menyeru agar guru-guru mematuhi perkara-perkara berikut:

1.6.1 Menggunakan masa terluang untuk membuat pemeriksaan ke atas buku-buku latihan
pelajar atau membuat persediaan untuk mengajar. Ini selaras dengan pekeliling
daripada jabatan bahawa guru yang berada di sekolah kurang dari 4 jam di sekolah
mesti mengambil cuti.
1.6.2 Selain itu, jika ada guru yang keluar daripada kawasan sekolah semasa hari
persekolahan bukan atas urusan rasmi perlulah mengisi borang cuti atau borang keluar
meninggalkan pejabat.
1.6.3 Guru-guru juga tidak digalakkan untuk mengambil cuti sebelum atau menambah cuti
selepas cuti panjang kecuali hal yang mendesak dan tidak dapat dielakkan.
1.6.4 Kehadiran guru ke mesyuarat mestilah penuh kecuali terdapat hal-hal yang diluar
jangkaan dan mendesak. Selain kes di atas, guru diminta menunjukkan surat tunjuk
sebab dalam masa 14 hari bekerja.
1.6.5 Penambahan masa mengajar akan berlaku bermula pada tahun 2014 iaitu masa
persekolahan bermula seawal 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang Isnin
sehingga Khamis dan 7.00 pagi hingga 11.20 pagi untuk hari Jumaat. Oleh yang
demikian, guru kelas perlu berada di sekolah seawal jam 6.45 pagi untuk mengambil
kehadiran pelajar.

Tindakan: Semua guru

1.7 Encik Ajmain Idris telah membacakan dapatan daripada pihak pentadbir mengenai buku
catatan kehadiran guru seperti berikut:

1.7.1 Terdapat guru yang datang lewat jam 7.45am tapi menulis 7.05am pada buku
4

kehadiran guru.
1.7.2 Terdapat juga segelintir guru yang datang seawal jam 7.00 pagi tapi balik semula ke
rumah dan hanya akan datang semula ke sekolah apabila tiba waktu mengajar.
1.7.3 Segelintir guru tidak hadir kelas ganti dan mengabaikan sahaja slip yang telah diberi.
1.7.4 Segelintir guru catat masa pulang jam 1.45pm tapi sebenarnya balik seawal jam
12.00pm.
1.7.5 Terdapat juga segelintir guru yang pulang awal tanpa pengetahuan pihak pentadbiran
mengikut pelajar terutamanya semasa aktiviti yang melibatkan pelajar pulang awal.
1.7.6 Terdapat juga guru yang lewat hampir 50% sepanjang tahun.
Beliau amat berharap dan menegaskan kepada ahli mesyuarat bahawa hal-hal sebegini
tidak sepatutnya berlaku kepada seorang guru. Untuk tahun ini, beliau menyeru agar
semua guru memberikan komitmen yang lebih baik dan seterusnya dapat menjadikan
perkara tahun lepas sebagai sempadan.
Tindakan: Semua guru

1.8 Encik Ajmain Idris mengulas mengenai guru ganti atau jual beli waktu mengajar
seperti berikut:

1.8.1 Jadual waktu Versi 2 akan diedarkan kepada semua guru pada hari ini kerana terdapat
guru yang berpindah menyebabkan mata pelajaran yang diajar oleh guru yang
berpindah ini dibahagikan semula mengikut opsyen guru yang ada sekarang.
1.8.2 Mengulas mengenai ketidakhadiran guru, sila maklumkan kepada Penolong Kanan 1
dan setiausaha jadual waktu untuk urusan kelas ganti.
1.8.3 Sekiranya guru keluar sekolah atas urusan peribadi dan terancang seperti Cuti Rehat
Khas(CRK) dan temujanji dengan doktor pakar dan sebagainya, guru perlu membuat
jual beli jadual waktu dan perlulah diganti oleh guru yang mengadakan jual beli
tersebut. Jika tidak, ini akan menyusahkan guru lain yang terpaksa mengganti kelas
dan menambah beban guru selain mengambil masa rehat mereka.
1.8.4 Apabila mengambil cuti terancang, guru tersebut mestilah mengepilkan dokumen jual
beli yang boleh didapati di pejabat am bersama dengan borang cuti rehat. Dokumen
yang telah lengkap perlu diserahkan kepada guru jadual waktu dan bukannya meminta
guru jadual waktu yang menguruskan jual beli waktu.
1.8.5 Jika guru tidak dapat mengadakan jual beli waktu, guru tersebut hendaklah mencari
waktu yang sesuai untuk menggantikan kelas tersebut. Jika perlu, guru yang
mengambil cuti ini mengadakan kelas ganti pada sebelah petang. Kelas gantian ini
perlulah dilaksanakan dalam tempoh dua minggu dari tarikh mengambil cuti.
Tindakan: Semua guru

1.9 Encik Ajmain Idris juga mengulas mengenai masa perjumpaan Kokurikulum pada setiap
hari Rabu seperti berikut:
1.9.1 Semua guru penasihat mesti berada dalam perjumpaan agar kelancaran aktiviti
berjalan dengan baik.
1.9.2 Guru diminta untuk menegur ahli kelab yang tidak hadir semasa perjumpaan
kokurikulum setiap hari rabu dan melakukan sesuatu agar kehadiran pelajar di tahap
100%.
1.9.3 Semua ketua guru penasihat diminta untuk menghantar sesalinan rancangan tahunan
kelab kepada penolong kanan 1 dan penolong kanan Kokurikulum untuk tujuan
pemantauan.
Tindakan: Semua guru
5




1.10 Encik Ajmain Idris mengulas dengan lebih lanjut mengenai peruntukan PCG dan
wang SUWA kepada semua ahli mesyuarat bahawa penolong kanan dan ketua panitia
boleh mengetahui jumlah peruntukan setiap mata pelajaran atau bidang berkaitan melalui
Ketua Pembantu Tadbir. Diharap agar peruntukan sekolah akan dilaksanakan lebih telus
pada tahun ini.
Tindakan: Makluman

1.11 Mengenai aktiviti luar sekolah, beliau meminta agar permohonan diajukan dan
mendapat kebenaran pengetua sebelum dijalankan. Permohonan yang dibuat mestilah
mengikut prosedur seperti insurans peserta, peruntukan dan hal berkaitan dengan aktiviti
luar.
Tindakan: Semua guru

1.12 Encik Ajmain Idris menyatakan bahawa laporan penilaian tahunan akan dibincangkan
secara lebih terperinci oleh para penolong kanan dan ketua bidang agar lebih jelas dan
nyata. Kepada guru yang mempunyai permintaan untuk urusan kenaikan pangkat perlu
berbincang dengan penolong kanan agar mereka dapat menyokong pegawai tersebut.
Penilaian tersebut akan dilihat dari segi penghantaran buku rekod mengajar guru,
kehadiran ke sekolah, aktiviti-aktiviti luar waktu sekolah yang penting kepada sekolah dan
organisasi, rekod kehadiran ke program dan mesyuarat anjuran PPD, JPN, KPM, rekod
tugas-tugas rasmi di luar, aktiviti di luar sekolahyang tidak berkaitan dengan sekolah
tetapi memberi sumbangan kepada ahli komuniti seperti penulisan buku, aktiviti sukan,
menjadi ahli jawatankuasa surau atau masjid, jawatankuasa gereja dan sebagainya.
Tindakan: Semua guru

1.13 Menyentuh mengenai latihan dalam perkhidmatan, Encik Ajmain Idris sekali lagi
meminta jasa baik daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menganjurkan satu
program latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru. Semua kursus yang dianjurkan
oleh KPM, JPN, PPD dan sekolah mestilah wajib dihadiri selepas mendapatkan kebenaran
dari pihak pentadbiran. Guru yang tidak hadir mestilah mengemukakan surat tunjuk sebab
kepada pihak penganjur dan satu salinan kepada pengetua dalam tempoh satu minggu
selepas kursus dijalankan.
Tindakan: Semua guru dan UBK

1.14 Beliau juga menyatakan bahawa perhimpunan pagi setiap hari sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan untuk tahun ini. Guru kelas perlu berada
lebih awal di sekolah untuk mengambil kehadiran pelajar.
Tindakan: Semua guru
1.15 Dalam perutusan pengerusi yang terakhir, Encik Ajmain Idris menegaskan bahawa
ahli mesyuarat perlulah mempunyai etika semasa melayani pelanggan. Beliau meminta
kepada semua ahli mesyuarat untuk melayani pelanggan yang datang dengan baik
terutamanya ibu bapa pelajar yang datang berurusan dengan pihak sekolah. Ini adalah
demi menjaga nama baik guru tersebut dan sekolah amnya.

6

Tindakan: Makluman

2

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

Akan disahkan pada mesyuarat guru yang akan datang kerana masalah cetakan minit
mesyuarat lepas.
Tindakan: Makluman



3

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

Akan dibincangkan pada mesyuarat guru yang akan datang kerana masalah cetakan minit
mesyuarat lepas.
Tindakan: Makluman


4






PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN 2014

4.1 Encik Ajmain Idris meminta guru bertugas minggu persekolahan pertama iaitu Encik
Halim Bengkuih untuk memastikan bahawa perhimpunan dijalankan pada hari pertama
persekolahan.
Tindakan: Guru bertugas

4.2 Beliau juga memaklumkan kepada semua guru untuk bersedia dengan kehadiran pemantau
dari JPN pada hari pertama dan kedua persekolahan. Harapan beliau agar tidak ada teguran
langsung daripada pihak JPN mengenai cacat cela persediaan sekolah untuk memulakan hari
persekolahan. Oleh itu, semua guru diminta untuk hadir dan masuk ke dalam kelas untuk
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan: Semua guru


4.3 Puan Jaharah Jaafar memaklumkan bahawa untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, enam
bulan pertama untuk tingkatan satu adalah listening sahaja. Oleh yang demikian, dicadangkan
agar kelas tingkatan 1 dipindahkan ke tingkat 1 blok B kerana keadaan di tingkat 2 yang tidak
mempunyai bekalan elektrik. Pelajar tingkatan 3 akan naik ke tingkat 2 di blok C.

Semua ahli mesyuarat sebulat suara menyokong cadangan Puan Jaharah Jaafar mengenai
perpindahan kedudukan kelas.
Tindakan: Makluman


4.4 Puan Jaharah Jaafar meminta jasa baik pihak asrama untuk meminta bantuan pelajar
asrama menyusun kerusi dan meja pelajar pada 1.1.2014 agar tidak berlaku kelam kabut pada
hari pertama persekolahan. Pihak pembersihan swasta juga diminta untuk melakukan
pembersihan kelas agar tidak berlaku keadaan pelajar masih membersihkan kelas pada waktu
pertama.
Tindakan: Warden asrama


4.5 Puan Jaharah Jaafar meminta kepada guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan agar hanya mengadakan kelas kesihatan sahaja untuk minggu ini.

Tindakan: Semua guru PJ K

4.6 Mengulas mengenai teguran pihak pemantau daripada JPN pada sesi persekolahan 2013,
Puan Jaharah Jaafar menyatakan bahawa terdapat teguran tidak ada jadual waktu sama ada
7

jadual waktu mengajar atau jadual waktu bertugas. Oleh yang demikian, guru kelas yang telah
mendapat jadual waktu mengajar kelas perlulah memastikan jadual dibuat secepat mungkin.
Selain itu, guru-guru kelas yang telah dilantik boleh mendapatkan alat-alat pembersihan dari
pejabat secepat mungkin. Guru kelas perlu memastikan kelas diatur dengan betul dan baik
agar kelas bersih dan ceria.
Tindakan: Semua guru kelas


4.7 Puan Jaharah Jaafar meminta kepada semua guru yang telah menghadiri kursus
pada minggu-minggu terakhir persekolahan sesi 2013 perlu mengadakan in-house
training kepada semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Selain itu, guru
yang menghadiri kursus atau mesyuarat bermula tahun ini perlu menghantar laporan
kepada pihak pentadbir sekolah agar tindakan selanjutnya boleh dibuat.

Tindakan: Semua guru


4.8 Mengulas lanjut mengenai RPH untuk PBS, Puan Jaharah Jaafar telah mendapat
maklumat daripada guru-guru yang hadir kursus PISS pada bulan November 2013 jan
J/U Bahasa Melayu Negeri Kedah bahawa RPH adalah kekal seperti biasa namun
perlu ada catatan PBS di bahagian refleksi. RPH juga tidak boleh terlalu ringkas dan
mesti mengikut format yang terdapat dalam buku rekod mengajar guru.

Tindakan: Semua guru

4.9 Puan Jaharah Jaafar meminta kepada semua ahli mesyuarat agar menjaga imej
guru semasa berada di dalam kelas. Rungutan-rungutan pelajar bahawa guru selalu
lambat masuk kelas, guru tidak menjalankan pengajaran dan pembelajaran walaupun
berada di dalam kelas, guru keluar awal tidak enak didengar dan sepatutnya tidak
berlaku.
Tindakan: Semua guru


4.10 Puan Jaharah Jaafar memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa sebuah mesin
fotostat telah dibekalkan kepada pihak sekolah.

Tindakan: Makluman


4.11 Encik Wan Sabril Amin Wan Ismail mencadangkan bahawa untuk mengelakkan
pelajar tercari-cari kelas seperti tahun-tahun sebelum ini, eloklah sekiranya label-label
kelas ditampal di pintu kelas berserta senarai nama pelajar agar tidak berlaku
kekeliruan terutamanya pelajar tingkatan 1 dan 3.

Encik Ajmain Idris memberi respon dengan meminta guru bertugas pada minggu
pertama persekolahan menyediakan label kelas dan senarai nama pelajar.

Puan Jaharah Jaafar menambah untuk senarai nama pelajar, penyelaras tingkatan akan
menyediakannya terutama sekali tingkatan 1. Selain itu, kelas tingkatan 3 juga kekal
kerana masalah kurang guru, meja dan kerusi untuk pelajar. Walau bagaimanapun, jika
guru mencukupi pada masa akan datang, sebuah kelas untuk tingkatan tiga akan
ditambah.


8



Encik Ferdenand Aloysius menambah maklumat kepada guru penyelaras yang akan
merombak kelas perlu menititk beratkan elektif pelajar yang mengambil pilihan ERT
tidak dipisahkan agar tidak berlaku sebarang masalah pada pelajar tersebut kelak.

Tindakan: Guru bertugas dan penyelaras tingkatan 3

4.11 Puan Norvina Aminggis mencadangkan bahawa kelas gantian tahun ini akan
lebih baik daripada sebelum ini. Penyediaan kelas ganti perlu disediakan lebih awal
agar guru-guru yang mengganti dapat bersedia lebih awal.

Puan Jaharah Jaafar memberi respon tentang penyediaan kelas ganti yang perlu
disediakan lebih awal dengan menjelaskan bahawa guru pengganti akan mendapat slip
kelas ganti lebih awal sekiranya guru yang mengambil cuti lebih awal memberi
makluman dan terdapatnya jual beli kelas ganti kepada guru jadual waktu dan guru
relief.

Guru yang mengambil CRK kerana kecemasan atau MC, jadual guru relief tidak
dapat disediakan lebih awal bergantung kepada seawal mana guru yang bercuti
memaklumkan kepada pihak sekolah.
Tindakan: Guru jadual waktu dan guru relief


5

SENARAI TUGAS GURU 2014

5.1 Ustaz Syamsul Bahri Asman mencadangkan agar surat lantikan akan diagihkan
kepada semua guru yang telah diberi tanggungjawab agar guru lebih mengambil berat
tugas yang diberi dan sebagai bukti tentang tugas dan tanggungjawab guru pada tahun
semasa.Beliau juga mencadangkan kepada pihak sekolah untuk mengutip yuran untuk
membeli lencana, tanda nama dan buku peraturan sekolah.

Encik Ajmain Idris memberi respon tentang hal tersebut dan akan memastikan semua
guru akan mendapat surat lantikan. Mengenai kutipan yuran kepada pelajar, beliau
meminta akan satu ahli jawatankuasa dibentuk untuk mengutip yuran agar tidak
berlaku lagi masalah pelajar tidak mempunyai lencana, tanda nama dan memahami
peraturan sekolah.

Tindakan: Lembaga disiplin sekolah

5.2 Puan Jaharah Jaafar memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa Setiausaha
Jadual Waktu dan Setiausaha Mesyuarat Guru masih lagi dipegang oleh Cik Norhayati
Masiun dan Setiausaha Kurikulum adalah Encik Amrin Zabba.

Tindakan: Makluman

5.3 Encik David Francis Joluis memohon kepada pihak pentadbir agar menggugurkan
namanya sebagai pegawai aset sekolah memandangkan beliau mungkin akan
berpindah ke sekolah lain dalam masa terdekat ini dan sedang menunggu surat
perpindahan.

Encik Ajmain Idris menyatakan bahawa keputusan akan diberi setelah pihak pentadbir
dapat mencari pengganti yang sesuai.

9

Tindakan: Pentadbir

5.4 Encik Dones Kanjin memohon kepada pihak pentadbir untuk mencari pengganti
sebagai guru kelas kerana beliau mungkin akan terlambat datang ke sekolah setiap hari
memandangkan keadaannya yang berulang alik dari rumah ke sekolah.

Puan Norvina Aminggis menyatakan buat masa ini belum ada guru yang dapat
menjadi pengganti untuk guru kelas 5 Dinamik. Walau bagaimanapun, pihak pentadbir
akan membincangkan hal ini kelak.
Tindakan: Unit Hal Ehwal Murid

5.5 Encik Nobert Peter Rospin mencadangkan agar jawatankuasa MATULID
dihapuskan atau dimansuhkan kerana majalah sekolah tidak akan diterbitkan lagi pada
masa akan datang. Beliau juga menyatakan bahawa draf majalah sekolah MATULID 3
tidak dapat dihantar untuk dicetak kerana kekangan kewangan dan kerjasama dari
semua pihak dalam merealisasikan penerbitan majalah sekolah.

Puan Jaharah mencadangkan agar penerbitan majalah MATULID 3 ini diteruskan
memandangkan sidang redaksi majalah sekolah telah berusaha sebaik mungkin untuk
menyiapkan majalah ini. Beliau meminta agar cetakan yang dibuat adalah sebanyak
300 buah majalah seperti sebelum ini. 50 buah majalah wajib dibeli oleh semua guru
dengan harga sebanyak RM12, 10 buah majalah wajib dibeli oleh pusat sumber
sekolah, 109 buah majalah wajib untuk semua pelajar lepasan SPM, 10 buah wajib
dibeli oleh AKS dan selebihnya akan dibuka untuk pelajar SMK Tulid.

Encik David Francis Joluis mencadangkan agar penjualan MATULID ke sekolah lain
di daerah Keningau juga boleh dilakukan untuk menambah jumlah jualan pihak yang
menerbitkan majalah ini. Usaha ini telah dibuat oleh sekolah lain dan telah mendapat
sambutan yang agak memberangsangkan. Pihak sekolah boleh mewujudkan jawatan
pengawai pemasaran untuk penjualan majalah yang tidak terjual.

Encik Ajmain Idris menyetujui cadangan yang telah diutarakan oleh Puan Jaharah
Jaafar dan Encik David Francis Joluis dan meminta semua guru memberi sokongan
untuk menjayakan penerbitan majalah MATULID 3 ini.

5.6 Encik Nobert Peter Rospin memohon agar jawatan ketua panitia Bahasa Melayu
diberikan kepada Puan Jumainah Mahmud kerana meyakini beliau seorang yang lebih
layak untuk memegang jawatan ini.

Puan Jaharah Jaafar memberi respon bahawa pihak pentadbir akan
mempertimbangkan perkara ini.

Tindakan: Pentadbir

5.7 Encik John Madais menyatakan bahawa penyelesaian lain bagi penjualan majalah
sekolah adalah menghidupkan semula koperasi sekolah yang telah ditutup. Oleh itu,
beliau mengalu-alukan jika ada mana-mana guru yang berminat untuk membuka
koperasi sekolah. Diharap dengan adanya AJK yang akan dilantik melaksanakan
tugasan dengan baik.

Encik Ajmain Idris meminta agar Encik John Madais mengaturkan mesyuarat untuk
melantik AJK koperasi sekolah dalam masa terdekat.
Tindakan: Semua guru

10



6

TAKWIM SEKOLAH 2014

6.1 Encik Ajmain Idris mengumumkan kepada ahli mesyuarat takwim persekolahan seperti
berikut:

Penggal 1
02 Januari - 21 Mac 2014(masa persekolahan)
22 Mac - 30 Mac 2014(cuti pertengahan penggal 1)
31 Mac 27 Mei 2014(masa persekolahan)
28 Mei 15 Jun 2014(cuti penggal 1)

Penggal 2
16 Jun 12 September 2014( masa persekolahan)
13 September 21 September 2014(Cuti pertengahan penggal 2)
22 September 2014- 21 November 2014(masa persekolahan)
22 November 2014- 04 Januari 2015(cuti penggal 2)

Tindakan: Makluman

6.2 Encik Ajmain Idris mengumumkan bahawa cuti peristiwa pada tahun ini adalah pada 30
Januari 2014 dan 30 Julai 2014. Manakala cuti berganti adalah seperti berikut:

03 Februari 2014 diganti pada 25 Januari 2014
31 Julai 2014 diganti pada 05 April 2014
01 Ogos 2014 diganti pada 10 April 2014

Tindakan: Makluman

6.3 Puan Jaharah Jaafar menyatakan bahawa pencerapan Buku Rekod Mengajar Guru akan
dilakukan oleh Ketua Panitia setiap matapelajaran pada 10 Januari 2014. Selepas itu, guru-
guru boleh merujuk jadual semakan buku rekod mengajar telah disedaiakan dalam diari guru.

Tindakan:Ketua Panitia

6.4 Puan Jaharah Jaafar meminta semua ketua panitia mengadakan mesyuarat pertama panitia
mengikut takwim persekolahan. Mesyuarat yang telah dibuat perlu mempunyai minit
mesyuarat yang perlu dihantar satu salinan kepada penolong kanan pentadbiran dan akademik.
Minit mesyuarat tersebut perlulah dihantar sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh mesyuarat.

Tindakan: Ketua Panitia




7

HAL-HAL LAIN

7.1 Encik Felix Petrus Saimun mengutarakan masalah bekalan air bersih yang berlaku pada
masa kini amat membimbangkan. Beliau meminta pandangan pihak pentadbir bagi mengatasi
masalah ini.

Encik Wan Sabril Amin Wan Ismail juga menambah bahawa masalah air ini perlu
dikendalikan dengan segera.

Encik Jefson Pandal menyatakan bahawa bekalan air yang ada sekarang memang tidak
mencukupi untuk menampung semua guru dan pelajar yang tinggal di kawasan sekolah.
Walau bagaimanapun, beliau akan meninjau keadaan takungan air pada petang ini bersama
11

Encik Amrin Zabba dan pelajar asrama.

Encik Ajmain Idris menyatakan bahawa sistem perpaipan sekolah sedang diusahakan oleh
kontraktor yang telah dilantik. Walau bagaimanapun, jika bekalan air bersih daripada Jabatan
Pengairan dan Saliran tidak disalurkan maka bekalan air bersih belum dapat dinikmati oleh
warga SMK Tulid.

Tindakan: Pentadbir

7.2 Encik Felix Petrus Saimun memaklumkan kepada ahli mesyuarat mengenai pondok yang
dibina bersebelahan dengan perhentian bas. Beliau menanyakan kepada pihak pentadbir
adakah pembinaan pondok tersebut mendapat kebenaran pihak sekolah memandangkan
pondok tersebut dikhuatiri akan menjadi markas pelajar yang bermasalah.

Puan Norvina Aminggis menjawab mengenai hal ini dengan menyatakan bahawa pihak
pentadbir akan memantau pembinaan pondok tersebut.

Tindakan: Pentadbir

7.3 Encik Felix Petrus Saimun melaporkan bahawa keadaan kelas yang tidak kondusif di mana
kelas-kelas di tingkat atas di blok B dan C adalah tidak selesa terutamanya pada waktu
tengahari kerana panas. Pelajar yang berada di dalam kelas adalah tidak selesa dan mengadu
mengantuk kerana keadaan panas.

Encik Ajmain Idris menjelaskan kepada ahli mesyuarat bahawa peruntukan untuk pendawaian
semula bangunan sekolah belum dapat diperoleh setakat ini. Pihak sekolah telah menghantar
beberapa permohonan kepada JPN dan KPM namun masih belum mendapat jawapan. Pihak
sekolah akan membuat permohonan lagi selepas ini.

Tindakan: Pentadbir

7.2 Ustaz Syamsul Bahri Asman menanyakan mengenai hal kebajikan guru dari segi
perubahan gaji, buku rekod perkhidmatan yang tidak dikemaskini baki cuti tahun tidak
dipaparkan. Beberapa orang guru mempunyai masalah dengan perubahan gaji yang
tidak dibuat oleh kerani kewangan sekolah. Buku rekod perkhidmatan(BRP) juga tidak
dikemaskini dan hal ini akan mempengaruhi kenaikan pangkat seorang guru. Baki cuti
tahunan juga perlu dipaparkan atau dimaklumkan kepada semua guru agar tidak
berlaku kekeliruan di kemudian hari.

Puan Norvina Aminggis menambah bahawa jika masalah perubahan gaji dan buku
rekod perkhidmatan tidak dikemaskini, masalah kenaikan pangkat dan gaji guru tidak
dapat dibuat. Beliau meminta agar pihak pentadbir memberi teguran kepada bahagian
kewangan untuk memperbaiki mutu dan kualiti kerja.

Puan Jaharah Jaafar menjelaskan bahawa jumlah baki cuti tahunan bagi tahun 2013
hanya dapat dikeluarkan kepada guru pada bulan Februari. Ini adalah kerana rekod
cuti mesti diteliti oleh pegawa yang dipertanggungjawabkan sebelum dikeluarkan.

Encik Ajmain Idris menyatakan kepada semua ahli mesyuarat bahawa beliau akan
mengadakan perbincangan dengan pegawai yang terlibat. Guru-guru juga perlu
menyemak sendiri buku BRP tersebut dan perlu memaklumkan kepada pegawai yang
terlibat agar kemaskini dapat dilakukan.

Tindakan: Pentadbir

7.3 Encik Ferdenand Aloysius mencadangkan agar loceng manual dibunyikan empat
kali dalam sehari iaitu pada pukul 7.00 pagi, 9.40 pagi, 10.00 pagi dan 2.00petang. Ini
12

adalah untuk menyenangkan guru-guru yang mengajar pada masa pertama, keempat,
kelima dan kesebelas.

Encik Ajmain Idris menyetujui cadangan tersebut dan akan meminta guru bertugas
mengarahkan pengawas untuk membunyikan loceng pada masa yang telah ditetapkan.

Tindakan: Unit HEM

7.4 Encik Ferdenand Aloysius menarik perhatian pentadbir ahli mesyuarat tentang
persediaan hari pertama persekolahan untuk memastikan kelas dalam keadaan bersih,
kehadiran guru mengajar ke dalam kelas mestilah penuh tidak seperti pada tahun
sebelum ini.

Encik Ajmain Idris menyetujui cadangan tersebut dan meminta agar kelas dibersihkan
pada waktu petang 1 Januari oleh pelajar asrama dengan pemantauan warden agar
tidak berlaku kelam kabut pada hari pertama persekolahan.

Tindakan: Warden asrama

7.5 Encik John Madais meminta agar semua ketua guru penasihat menyiapkan laporan
tahunan tahun lepas 2013 selewat-lewatnya dalam dua minggu ini kerana pemantauan
akan dijalankan pada bila-bila masa oleh pemantau dari JPN.

Tindakan: Guru penasihat KOKUM

7.6 Puan Jaharah Jaafar meminta kepada semua guru agar melengkapkan fail guru
yang telah diberikan. Semua maklumat yang diminta di dalam fail tersebut perlu
dilengkapkan dan akan dipantau oleh pihak pentadbir pada 24 Januari 2014.

Tindakan: Semua guru

7.7 Puan Jaharah Jaafar memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa Kempen 5S
akan mula dijalankan pada tahun ini setelah beliau menghadiri taklimat pada waktu
cuti yang lepas. Sebagai permulaan, sekolah akan menjalankan 3S dahulu iaitu sisih,
sapu dan susun dahulu. 2S akan dijalankan setelah 3S berjaya dijalankan.

Tindakan: Makluman

7.8 Puan Jaharah Jaafar memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa satu jadual
baru akan diserahkan kepada semua guru dan jadual yang telah diberikan sebelum ini
automatik terbatal kerana terdapat guru yang berpindah ke sekolah lain.

Tindakan: Makluman

7.9 Puan Norvina Aminggis memaklumkan bahawa pengisian data e-hadir pelajar ke
dalam APDM akan dilakukan sendiri oleh semua guru kelas pada tahun ini kerana
penyambungan kontrak Puan Melinda Sibidol tidak dapat diteruskan pada tahun ini.

Tindakan: Makluman






13


8 PENUTUP


8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Beliau
mengamanatkan kepada semua ahli mesyuarat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik
mungkin pada tahun ini mengikut visi dan misi sekolah yang telah disasarkan. Sebelum menangguh
mesyuarat pada pukul 1.07 petang, beliau menyatakan hari pertama persekolahan jatuh pada 2 Januari
2014 dan guru menjalankan pengajaran pembelajaran pada hari tersebut.



Setiausaha : . Norhayati Masiun


Tarikh : 31 DISEMBER 2014 (SELASA)



Disemak dan disahkan oleh,


...............................
( )
Pengerusi




Dicadang untuk disahkan oleh,


.....................................................
( )


Disokong untuk disahkan oleh,


........................................................
( )

Das könnte Ihnen auch gefallen