Sie sind auf Seite 1von 10

Dilihat daripada aspek:

~ Interaksi sosial
~ Peperiksaan
~ Pengajaran pembelajaran
~ Kawalan sosial
~ Nilai


Definisi Kurikulum Tersirat
Kurikulum tersirat adalah perlakuan,
perancangan dan tindakan menggubal, membina
dan melaksanakan kurikulum yang tidak
dinyatakan secara bertulis tetapi berfungsi
membina hati, akal dan jiwa pelajar supaya
menjadi insan yang berguna dan dapat
meneruskan tradisi hidup dan masyarakat.

Aspek Interaksi Sosial
Murid sekolah berkenalan pada hari pertama
persekolahan.

Murid dididik untuk memberi salam apabila guru
masuk ke kelas.

Murid mengucapkan terima kasih setelah guru
tamat mengajar.
Dalam aktiviti gotong-royong di sekolah,
kesepakatan dapat dilihat antara murid, guru,
pekerja sekolah dan ibu bapa.

Panggilan nama yang sopan digunakan apabila
berinteraksi. Cth: kak, abg, pak cik, mak cik.

Aspek Peperiksaan
Penjadualan masa ketika peperiksaan dipaparkan
lebih awal bagi memudahkan murid membuat
ulangkaji dan bersedia sebelum peperiksaan.

Murid diajar untuk menerima kegagalan dan tidak
bersikap putus asa.

Murid yang cemerlang diberikan anugerah bagi
menaikkan semangat murid lain untuk turut
berjaya.

Sokongan moral diberikan kepada semua murid,
terutama murid yang agak lemah.
Aspek Pengajaran dan
Pembelajaran
Guru menggunakan pendekatan yang sesuai
dengan kebolehan murid.

Motivasi diberikan kepada murid untuk belajar
dengan tekun.

Rakan sebaya membantu rakan lain yang
bermasalah dalam pelajaran.
Kepelbagaian cara belajar diaplikasikan di
kalangan murid bagi memberikan hasil yang
diharapkan. Cth: Pengaplikasian IT dalam p&p.

Kumpulan belajar murid melibatkan murid
pelbagai kebolehan dari pelbagai kaum.

Aspek Kawalan Sosial
Terdapat batas pergaulan bagi murid
berlainan jantina.

Etika berpakaian digariskan kepada guru dan
murid.

Guru sebagai model yang akan memberikan
contoh yang baik kepada murid.
Murid lelaki perlu berambut pendek supaya
tampak kemas.

Murid sentiasa diingatkan akan peraturan
sekolah.

Aspek Nilai
Kem bina semangat sebagai motivasi kepada
murid untuk gigih belajar.
Pemupukan nilai-nilai murni dalam diri murid
oleh guru. Cth:
Hormat-menghormati
Tolong-menolong
Bertanggungjawab
Rajin dsb.

Das könnte Ihnen auch gefallen