Sie sind auf Seite 1von 2

Terima kasih kepada pengawas yang bertugas.

Assalamualaikum warahmatulla hiwabaraktuh, Salam


Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Encik Mohd Zambi bin
Abdul Majid,

Yang dihormati barisan guru-guru penolong kanan, guru-
guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Saya, Cikgu Wan Noor Aman bersama-sama dengan
Cikgu Nor Faizah ialah guru bertugas sepanjang minggu
ini, Seperti biasa, semua murid boleh merujuk pada
guru bertugas jika terdapat sebarang kesulitan.

Pada minggu saya ingin menyentuh tentang disiplin. Untuk
pengetahuan kamu sebagai murid sekolah, kamu semua
perlulah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah.

Sebenarnya disiplin merangkumi pelbagai aspek, antaranya
:
1. disiplin di dalam kelas
2. disiplin semasa berada di padang
3. disiplin waktu rehat
4. disiplin berpakaian
5. disiplin semasa pulang

Dalam masalah disiplin di sekolah, terdapat lapan salah
laku yang berkekerapan tinggi dan sering berlaku di
peringkat sekolah antaranya :
1. Ponteng sekolah
2. Mencuri
3. Mengancam ataupun mengugut murid lain
4. Berkelakukan kasar
5. Berbahasa kesat dan lucah
6. Datang sekolah tetapi masuk lewat ke kelas
7. Membuat bising dan mengganggu pelajaran
8. Merosakkan harta benda sekolah

Oleh itu cikgu berharap kamu semua dapat mematuhi
segala peraturan sekolah dan dapat mengelakkan daripada
melakukan perkara-perkara yang telah cikgu sebutkan tadi.
Cikgu juga amat berharap murid-murid tahun 4,5 dan 6
dapat memberikan contoh dan tauladan yang baik kepada
adik-adik yang berada di tahun 1 dan juga di prasekolah.

Bagi meneruskan acara perhimpunan pada pagi ini, akan
diadakan majlis penyerahan sijil penghargaan kepada guru-
guru yang terlibat dengan
________________________________________________
________________________________________________
__________


dan seterusnya majlis penyerahan watikah perlantikan
kepada pengawas-pengawas bagi sesi 2014.





Untuk itu, dengan segala hormatnya dijemput Puan Maznah
bt. Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran untuk mengiringi
Yang Berusaha, Tuan Guru Besar Encik Mohd Zambi bin
Abd Majid, bagi menyempurnakan majlis ini.
Dipersilakan...

Penerima sijil penghargaan dimulakan dengan,
Seterusnya kita teruskan dengan penyampaian watikah
kepada pengawas-pengawas sesi 2014. Dijemput ......
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Zambi bin
Abd Majid di atas kesudian menyempurnakan Majlis
Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas-pengawas SK
sungai Ular bagi sesi 2014.
Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan
para pengawas dalam melaksana dan menjalankan tugas
yang diamanahkan dengan penuh komited dan berdedikasi.
Sekian,
Dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahhitaalawabarakatuh,
saya serahkan kembali majlis ini kepada pengawas yang
bertugas.

Das könnte Ihnen auch gefallen