Sie sind auf Seite 1von 34

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Aras 6 10, Blok C7, Kompleks C


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya


Panduan Pengguna
Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam
(SPA8i)

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Maklumat


Dikemaskini:
6 Disember 2013


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


1

KANDUNGAN

1.0 DAFTAR AKAUN BARU............................................................... 2
2.0 DAFTAR MASUK SPA8I.. 5
3.0 LUPA KATA LALUAN.... 7
4.0 CARA MENGISI SPA8I... 10
4.1 MaklumatPemohon.........................................................................12
4.2 Maklumat Akademik ...................................................................... 13
4.2.1 PMR/SRP/LCE .................................................................... 14
4.2.2 SPM/MCE/SPM(V) .............................................................. 16
4.2.3 Peperiksaan Tambahan .......................................................18
4.2.4 STPM/STP/HSC................................................................... 19
4.2.5 STAM ................................................................................... 20
4.2.6 Pengajian Tinggi.....................................................21
4.2.7 Profesional/Iktisas.................................................................22
4.3 Maklumat Ko-Kurikulum ............................................................... 23
4.3.1 Sukan/Persatuan ................................................................. 23
4.3.2 Rekacipta/Pencapaian ......................................................... 24
4.4 Pegawai Sedang Berkhidmat ....................................................... 25
4.5 Maklumat Tambahan ..................................................................... 26
4.5.1 Bakat/Kebolehan Bahasa .................................................... 26
4.5.2 Bekas Tentera/Polis .............................................................27
4.5.3 Penerima Bantuan/Kurang Upaya... 27
4.6 Jawatan Dipohon ........................................................................... 28
4.7 Pengakuan Pemohon .................................................................... 29
5.0 SEMAKAN PERMOHONAN....... 32


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


2

1.0 DAFTAR AKAUN BARU
Semua pemohon dikehendaki Daftar Akaun Baru sebelum Log Masuk MyID
(nombor Kad Pengenalan). Sila gunakan pelayar Google Chrome Versi
24.0.1312 atau Mozilla Firefox Versi 17.0.1 untuk paparan terbaik.

Langkah-langkah:
1. Skrin Daftar Masuk SPA8i

Rajah 1.0-1 Skrin Daftar Masuk SPA8i

2. Kemudian klik pada pautan Daftar Akaun Baru untuk mendapatkan
MyID dan Kata Laluan bagi pemohon yang ingin mendaftar buat kali
pertama. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


3


Rajah 1.0-2 Skrin Daftar Akaun Baru

3. Masukkan semua maklumat yang diwajibkan. Untuk makluman, pemohon
perlulah mempunyai Nombor Kad Pengenalan (MyKad) yang akan
digunakan sebagai MyID.
4. Pemohon boleh menekan butang Batal jika ingin membatalkan semua
maklumat yang telah diisi pada skrin Daftar Akaun Baru tersebut.
5. Klik butang Kembali jika ingin kembali ke skrin utama.
6. Setelah semua maklumat dimasukkan, tekan butang Daftar. Mesej ini
akan dipaparkan:

Rajah 1.0-3 Skrin Pasti Daftar Akaun Baru

7. Klik butang OK dan mesej berikut akan dipaparkan:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


4


Rajah 1.0-4 Skrin Pastikan MyKad Adalah Betul

8. Mesej di atas adalah untuk mempastikan bahawa pemohon memasukkan
Nombor MyKad dengan betul. Klik butang Cancel untuk batal dan klik
OK untuk teruskan dan mesej berikut akan dipaparkan:

Rajah 0-5 Skrin Akaun Telah Berjaya Didaftarkan

9. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk log masuk
menggunakan MyID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


5

2.0 DAFTAR MASUK SPA8i
Selepas berjaya mendaftarkan MyID dan Kata Laluan, pemohon boleh
membuat pendaftaran.

Langkah-langkah:
1. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 2.0-1: Skrin Daftar Masuk SPA8i

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan.
3. Kemudian tekan butang Log Masuk.
4. Jika tersalah taip MyID atau Kata Laluan, mesej ralat seperti berikut akan
dipaparkan:


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


6


Rajah 2.0-2 Skrin Mesej Ralat MyID Atau Kata Laluan

5. Jika MyID dan Kata Laluan yang dimasukkan adalah betul, mesej seperti
di bawah akan dipaparkan:


Rajah 2.0-3 Mesej Tekan Butang Hantar













Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


7

3.0 LUPA KATA LALUAN
Pemohon yang telah berdaftar dan terlupa Kata Laluan, pemohon boleh
menggunakan pautan Lupa Kata Laluan.

Langkah-langkah:
1. Apabila pautan Lupa Kata Laluan ditekan, skrin seperti berikut akan
dipaparkan:

Rajah 3.0-1: Skrin Lupa Kata Laluan

2. Klik butang Kembali jika ingin kembali ke skrin utama.
3. Jika pemohon lupa kata laluan, pemohon tersebut perlu memasukkan
MyID.
4. Kemudian tekan butang Reset Kata Laluan.





Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


8

5. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 3.0-2: Skrin Reset Kata Laluan

6. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
7. Pastikan nama ibu dan negeri kelahiran pemohon dimasukkan dengan
betul supaya kata laluan baru dapat digunakan.
8. Sekiranya tidak berjaya pemohon boleh menghubungi talian SPA 03-
88856000 atau adukan ke sistem ePertanyaan.
9. Seterusnya tekan butang Set Semula Kata Laluan.
10. Selanjutnya mesej seperti berikut akan dipaparkan.

Rajah 3.0-3: Skrin Mesej Kata Laluan Telah Berjaya Dikemaskini


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


9

11. Apabila pemohon menekan butang OK, skrin utama akan dipaparkan
semula.
12. Untuk log masuk kembali, pemohon perlu memasukkan MyID beserta
dengan kata laluan yang telah diset semula itu.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


10

4.0 CARA MENGISI SPA8i
Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang
SPA8i dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu
Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan
pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang
dimiliki. Rujuk Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi
Tugas) sebelum mendaftar.

Rajah 4.0-1: Pautan Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas)

Langkah-langkah:
1. Skrin Daftar Masuk SPA8i

Rajah 4.0-2: Skrin Daftar Masuk SPA8i


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


11

2. Pemohon hendaklah mengisi MyID dan Kata Laluan dengan betul dan
klik pada pautan Log Masuk.
3. Seterusnya, jika tiada sebarang ralat, skrin seperti di bawah akan
dipaparkan:


Rajah 4.0-3: Skrin Utama SPA8i

4. Pemohon boleh klik pautan PROFIL untuk menukar kata laluan atau kod
keselamatan.









Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


12

4.1 Maklumat Pemohon

1. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan skrin berikut akan
dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan
secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa
pemohon melakukan proses Daftar Akaun Baru:


Rajah 4.1-1: Skrin Maklumat Pemohon

2. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan
bintang yang bewarna merah (*).
3. Untuk makluman, Ketinggian adalah maklumat pilihan. Namun begitu
terdapat beberapa jawatan yang memerlukan pemohon memasukkan
maklumat Ketinggian.
4. Klik butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


13

4.2 Maklumat Akademik
1. Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan skrin seperti berikut akan
dipaparkan:

Rajah 4.2-1: Skrin Setelah Pautan Maklumat Akademik ditekan







Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


14

4.2.1 PMR/SRP/LCE
1. Klik pada pautan PMR/SRP/LCE dan skrin seperti berikut akan
dipaparkan:


Rajah 4.2-2: Skrin Maklumat Keputusan PMR/SRP/LCE

2. Klik pada ruang Tahun dan pemohon perlu memasukkan Tahun
Peperiksaan PMR/SRP/LCE yang diduduki. Seterusnya, skrin
seperti di bawah akan dipaparkan:


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


15


Rajah 4.2-3: Skrin Keputusan PMR/SRP/LCE

3. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan
bintang yang bewarna merah (*).
4. Pilih Mata Pelajaran dan Gred yang berkenaan. Jika pemohon
mempunyai jumlah Mata Pelajaran melebihi daripada ruang yang
disediakan, tekan butang + Tambah.
5. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.













Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


16

4.2.2 SPM/MCE/SPM(V)
1. Klik pada pautan SPM/MCE/SPM(V). Skrin seperti berikut akan
dipaparkan:


Rajah 4.2-4: Skrin Maklumat Keputusan SPM/MCE/SPM(V)

2. Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE /
SPM(V) / SPVM / SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) --
Peperiksaan Kali Pertama.
3. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. Jika maklumat pemohon
wujud di Lembaga Peperiksaan Malaysia, maklumat akan
dipaparkan dan tidak dibenarkan membuat perubahan.
4. Sila pilih Jenis Sijil peperiksaan yang diduduki.
5. Sila pilih Pangkat yang diperolehi. Kosongkan ruang Pangkat
bagi pemohon yang menduduki Peperiksaan SPM mengikut
Sistem Terbuka.
6. Sila pilih Lulus atau Gagal bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa
Melayu / Bahasa Malaysia yang diperolehi dan kosongkan ruang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


17

tersebut bagi pemohon yang menduduki Peperiksaan SPM
mengikut Sistem Terbuka.
7. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu
/ Bahasa Malaysia dalam ruang Gred kerana subjek tersebut wajib
diisi.
8. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa
Malaysia mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran
dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut
dalam ruangan Gred.
9. Jika pemohon mempunyai jumlah Matapelajaran melebihi daripada
ruang yang disediakan, tekan butang + Tambah.
10. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.
11. Untuk makluman, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM /
MCE / SPM(V) / SPVM / SPM Mengikut Sistem Terbuka atau
Setaraf) - Peperiksaan Kali Kedua (jika berkenaan) adalah
untuk diisi oleh pemohon yang menduduki Peperiksaan SPM
mengikut Sistem Terbuka Sahaja. Jika berkaitan, tekan pautan
Peperiksaan Kali Kedua.
12. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


18

4.2.3 Peperiksaan Tambahan
1. Klik pada pautan Peperiksaan Tambahan, skrin seperti berikut
akan dipaparkan:


Rajah 4.2-5: Skrin Maklumat Peperiksaan Tambahan

2. Jika berkaitan, pemohon perlu mengisi semua maklumat yang
ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
3. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.








Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


19

4.2.4 STPM/STP/HSC
1. Klik pada pautan STPM/STP/HSC dan skrin seperti berikut akan
dipaparkan:

Rajah 4.2-6: Skrin Maklumat Peperiksaan STPM/STP/HSC

a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
b. Sila pilih Jenis Sijil dan Pangkat bagi peperiksaan berkenaan.
c. Sila pilih Mata Pelajaran dan Gred yang diperolehi.
d. Hanya lima (5) mata pelajaran yang dibenarkan untuk diisi.
2. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.
3. Untuk makluman, Keputusan Peperiksaan STPM/STP/HSC -
Peperiksaan Kali Kedua adalah hanya untuk diisi oleh pemohon
yang menduduki peperiksaan tersebut dua (2) kali. Jika berkaitan,
tekan pautan Peperiksaan Kali Kedua.
4. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


20

4.2.5 STAM
1. Klik pada pautan STAM dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 4.2-7: Skrin Maklumat Peperiksaan STAM

a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
b. Sila pilih Jenis Sijil dan Pangkat bagi peperiksaan
berkenaan.
c. Sila pilih Mata Pelajaran dan Gred yang diperolehi.
d. Hanya lima (5) mata pelajaran yang dibenarkan untuk diisi.
2. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.
3. Untuk makluman, Keputusan Peperiksaan STAM - Peperiksaan
Kali Kedua adalah hanya untuk diisi oleh pemohon yang
menduduki peperiksaan tersebut dua (2) kali. Jika berkaitan, tekan
pautan Peperiksaan Kali Kedua.
4. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


21

4.2.6 Pengajian Tinggi
1. Klik pada pautan Pengajian Tinggi dan skrin seperti berikut akan
dipaparkan:

Rajah 4.2-8: Skrin Maklumat Pengajian Tinggi

2. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan
bintang yang bewarna merah (*).
3. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.
4. Klik pada Keputusan - 2 atau Keputusan - 3 jika mempunyai lebih
daripada satu (1) sijil Pengajian Tinggi. Kemudian ulangi langkah
yang dinyatakan seperti di atas.
5. Jika mempunyai lebih daripada tiga (3) sijil Pengajian Tinggi, klik
pada butang + bersebelahan dengan Keputusan 3. Jumlah
maksima maklumat Pengajian Tinggi yang boleh dimasukkan
adalah lima (5) sahaja.







Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


22

4.2.7 Profesional / Iktisas
1. Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil
daripada badan-badan profesional dan iktisas yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia.
2. Klik pada pautan Profesional / Iktisas dan skrin seperti berikut
akan dipaparkan:

Rajah 4.2-9: Skrin Maklumat Sijil Profesional / Iktisas

3. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan
bintang yang bewarna merah (*).
4. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.








Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


23

4.3 Maklumat Ko-Kurikulum
4.3.1 Sukan / Persatuan
1. Klik pada pautan Sukan / Persatuan dan skrin seperti berikut akan
dipaparkan:

Rajah 4.3-1: Skrin Maklumat Sukan / Persatuan

2. Sila pilih sukan yang disertai pada ruangan Sukan dan pilih juga
peringkat penyertaan pada ruangan Peringkat.
3. Sila isikan Nama Persatuan / Kepimpinan yang disertai pada
ruangan Nama Persatuan dan pilih jawatan yang disandang serta
peringkat penyertaan pada ruangan Jawatan dan Peringkat.
4. Klik butang + Tambah jika ingin menambah aktiviti sukan atau
persatuan.
5. Tekan butang SIMPAN setelah maklumat sukan dan persatuan
lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan
maklumat sukan dan persatuan yang telah dimasukkan.




Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


24

4.3.2 Rekacipta / Pencapaian
1. Klik pada pautan Rekacipta / Pencapaian dan skrin seperti berikut
akan dipaparkan:

Rajah 4.3-2: Skrin Maklumat Rekacipta / Pencapaian

2. Sila isikan Jenis Rekacipta dan Inovasi, pilih Sumbangan yang
diberikan dan Peringkat penyertaan (jika ada).
3. Klik butang + Tambah jika ingin menambah jenis Rekacipta dan
Inovasi, kategori sumbangan serta peringkat penyertaan.
4. Tekan butang SIMPAN setelah maklumat Rekacipta dan Inovasi
lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan
maklumat Rekacipta dan Inovasi yang telah dimasukkan.
5. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (jika ada).
6. Klik butang + Tambah jika pemohon mempunyai lebih daripada
satu (1) Pencapaian Khas / Istimewa.
7. Tekan butang SIMPAN setelah maklumat Pencapaian Khas /
Istimewa lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk
mengosongkan maklumat Pencapaian Khas / Istimewa yang telah
dimasukkan.
8. Tekan pautan Tiada Ko-Kurikulum dan klik butang Tiada
Maklumat Ko-kurikulum jika pemohon tidak menyertai sebarang
aktiviti ko-kurikulum.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


25

4.4 Pegawai Sedang Berkhidmat
1. Menu ini akan dipaparkan jika pemohon memilih YA pada soalan
Adakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam / Kerajaan
Tempatan / Badan Berkanun / Polis?. Soalan tersebut terdapat pada
skrin Maklumat Pemohon.
Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) dan Ringkasan Kenyataan
Perkhidmatan (Lampiran D) hendaklah dibawa semasa temuduga.
2. Klik pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat, sub-menu Pengalaman
Bekerja di Sektor Awam dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

Rajah 4.4-1: Skrin Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat
3. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang
yang bewarna merah (*).
4. Jika pemohon menduduki lebih daripada satu (1) Peperiksaan KPSL, tekan
butang + Tambah untuk menambah ruang yang berkenaan.
5. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan
butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


26

4.5 Maklumat Tambahan
1. Klik pada pautan Maklumat Tambahan. Skrin seperti berikut akan
dipaparkan:

Rajah 4.5-1: Skrin Apabila Pautan Maklumat Tambahan Ditekan
4.5.1 Bakat / Kebolehan Bahasa
1. Ruang Bakat hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di
bawah klasifikasi perkhidmatan Bakat dan Seni.
2. Sila pilih Kebolehan Bahasa / Dialek Selain Bahasa Melayu dan
tahap Penguasaan pemohon bagi setiap Bahasa / Dialek tersebut
(jika ada).
3. Jika pemohon mempunyai lebih daripada tiga (3) Bakat atau
Kebolehan Bahasa, tekan butang + Tambah untuk menambah
ruang yang berkenaan.
4. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


27

4.5.2 Bekas Tentera / Polis
1. Ruang ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang terdiri daripada
bekas tentera atau bekas polis.
2. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.

4.5.3 Penerima Bantuan / Kurang Upaya
1. Klik pada pautan Penerima Bantuan / Kurang Upaya. Skrin
seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 4.5-2: Skrin Maklumat Penerima Bantuan / Kurang Upaya

2. Ruang Penerima Bantuan hanya perlu diisi sekiranya ibu / bapa /
pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan Rakyat /
Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat.
3. Ruang Kurang Upaya pula adalah untuk diisi oleh pemohon yang
terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


28

4. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau
tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah
dimasukkan.
5. Tekan pautan Tiada Maklumat Tambahan dan klik butang Tiada
Maklumat Tambahan jika pemohon tidak mempunyai sebarang
maklumat tambahan.
4.6 Jawatan Dipohon
1. Klik pada menu JAWATAN DIPOHON, sub-menu Jawatan SPA dan
sub-menu Jawatan PDRM/LAIN seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 4.6-1: Skrin Apabila Menu Jawatan Dipohon Ditekan

2. Dimaklumkan bahawa jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada
Maklumat Akademik pemohon. Oleh itu, sila pastikan maklumat yang
dimasukkan adalah betul.
3. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang
>> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.
4. Jika ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih
jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan tekan butang <<.
5. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang
diberikan.
6. Tandakan juga Sesi Temuduga Pilihan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


29

7. Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau
tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.
8. Klik pada sub-menu Jawatan PDRM/LAIN untuk memohon jawatan yang
ditawarkan oleh Polis Di Raja Malaysia atau Agensi-agensi Kerajaan yang
lain.
9. Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau
tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.
10.Pemohon boleh memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan.
Namun demikian, pemohon dinasihatkan supaya memilih jawatan yang
bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta berminat
dengan jawatan yang dipilih.
4.7 Pengakuan Pemohon
1. Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan
dipaparkan:


Rajah 4.7-1: Skrin Pengakuan Pemohon


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


30

2. Sila pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
3. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda akan dipaparkan dalam petak
yang berkenaan.
4. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang
diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan
langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan
pemohon tidak akan diproses.
5. Slip Akuan Pendaftaran seperti rajah di bawah akan dipaparkan untuk
memaklumkan bahawa pemohon telah berjaya mendaftar.



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


31


Rajah 4.7-2: Slip Akuan Pendaftaran

6. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


32

5.0 SEMAKAN PERMOHONAN
Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan
menggunakan pautan Semakan Permohonan.

Langkah-langkah:
1. Apabila pautan Semakan Permohonan ditekan, skrin seperti berikut
akan dipaparkan:

Rajah 5.0-1: Skrin Semakan Permohonan

2. Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang
HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan
senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (5
tahun).
3. Sekiranya paparan Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh
Pendaftaran Permohonan Jawatan bermakna tiada urusan pengambilan
jawatan tersebut dari tarikh daftar.
4. Jika paparan Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan
Oleh Suruhanjaya bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang
disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan /
Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan
bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan. Antaranya
adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i)


33

menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang
akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
5. Pemohon boleh mengemaskini SPA8i dan menyemak status
permohonan pada bila-bila masa seperti maklumat temuduga dan
peperiksaan dimana sistem ini dijana secara automatik dalam tempoh 24
jam.


Selamat Mendaftar !!!

Das könnte Ihnen auch gefallen