You are on page 1of 6

MALAYSIA

Akta Parlimen
No. 44 Tahun 1966

AKTA ARKIB NEGARA 1966


Suatu Akta bagi membuat peruntukan bagi penjagaan dan penyimpanan arkib awam dan
rekod awam Malaysia dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat
yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN I: PERMULAAN
1 Tajuk Ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Arkib Negara 1966, dan hendaklah mula
berkuatkuasa pada suatu tarikh dan Menteri bolehlah melalui pemberitahuan dalam
Warta menetapkan, suatu tarikh yang tidak awal dari tarikh di mana pemberitahuan
itu diterbitkan
2. Akta ini adalah terpakai bagi seluruh Negeri di Tanah Melayu dan, berhubung dengan
rekod awam Kerajaan Persekutuan yang wujud pada atau selepas Hari Malaysia, Akta
ini, selain dari Bahagian V, adalah juga terpakai kepada Negeri Sabah dan Sarawak

BAHAGIAN II ; TAFSIRAN
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain :-

"Arkib awam" ertinya -

a. rekod awam
i. Yang berumur lebih dari dua puluh lima tahun;
ii. Yang ditentukan oleh Pengarah sebagai mempunyai nilai kebangsaan dan
sejarah yang berkekalan atau kedua-duanya sekali; dan
iii. Yang telah dipindahkan ke Arkib Negara atau mana-mana tempat lain
sebagaimana yang Pengarah boleh arahkan dari semasa ke semasa; dan
b. apa-apa dokumen, buku atau bahan lain yang diperolehi untuk Arkib Negara oleh
Pengarah;

"Arkib Negara" ertinya Arkib Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi arkib awam dan rekod awam;

"Pejabat awam" ertinya apa-apa jabatan, Suruhanjaya, Lembaga, Perbadanan, Agensi


pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana Pejabat Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Negeri, dan termasuk atau tidak termasuk pejabat atau perbadanan atau badan lain
sebagaimana Yang di Pertuan Agong boleh isytiharkan sebagai suatu Pejabat Awam melalui
pemberitahuan yang diterbitkan dalam Warta.

1
"Pengarah" ertinya Pengarah Arkib Negara:

"rekod awam" ertinya, kertas, dokumen, rekod, daftar, bahan bercetak, buku, peta, pelan,
lukisan, gambar, mikrofilem, filem wayang gambar, dan rakaman bunyi dalam apa-apa
bentuk sekalipun, yang diterima atau dihasilkan secara rasmi oleh mana-mana pejabat
awam bagi pegawai menjalankan urusannya atau oleh mana-mana pegawai atau pekerja
sesebuah pejabat awamdalam masa menjalankan tugas-tugas rasminya.

BAHAGIAN III PENUBUHAN DAN PENGURUSAN ARKIB


NEGARA
3 Penubuhan Arkib Negara

Dengan ini ditubuhkan sebuah Arkib Negara Malaysia yang mana akan dikumpulkan dan
disimpan dan dipelihara serta dijaga di dalamnya arkib-arkib awam dan yang dengan ini
juga diisytiharkan sebagai sebuah Jabatan Persekutuan.

4 (1) Arkib Negara hendaklah diuruskan dan dikawal oleh Pengarah Arkib Negara
yang dilantik oleh Pengarah Arkib Negara yang dilantik oleh Yang di Pertuan
Agong; dan bagi maksud menjalankan Pengurusan dan Pengawalan tersebut
maka adalah menjadi tugas Pengarah :-

a. Memberikan butir-butir dan menyusun semula arkib awam;


b. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi membuat kajian dan rujukan;
c. tertakluk kepada persetujuan dan syarat-syarat semasa diperolehi, mengeluarkan
semula atau menerbitkan semula mana-mana arkib awam;
d. Memeriksa mana-mana rekod dalam simpanan sesebuah pejabat awam dan
menasihati pejabat tersebut tentang cara penjagaan dan penyimpanan rekod-rekod
tersebut;
e. menerima dan memelihara apa-apa rekod yang dipindahkan ke Arkib Negara;
f. atas permintaan mana-mana Ketua Jabatan sesebuah pejabat awam, mengembalikan
kepada pejabat tersebut bagi suatu tempoh sebagaimana yang dipersetujui di antara
Pengarah dengan Ketua Tadbir berkenaan dan tertakluk kepada syarat-syarat
sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah, rekod-rekod awam yang dipindahkan
dari pejabat berkenaan ke Arkib Negara;
g. Memperolehi secara pembelian , derma, arah serah atau sebagainya apa-apa
dokumen, buku atau bahan lain yang pada pendapat Pengarah adalah atau mungkin
mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah yang berkekalan; dan
h. Menjalankan tugas-tugas lain-lain yang perlu bagi maksud pengurusan dan
pengawalan tersebut.

2. Peruntukan perenggan (f) sub seksyen (1) tidak boleh dipakai bagi tujuan menghendaki
Pengarah mengembalikan mana-mana rekod awam yang mana keadaannya (fizikal) tidak
mengizinkan dari dikeluarkan dari Arkib Negara.

3. Tiada apa-apa juga yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai memberi
kuasa kepada Pengarah untuk memeriksa isi kandungan mana-mana rekod awam yang
adalah rahsia atau sulit, kecuali dengan izin Ketua Tadbir pejabat awam yang mempunyai
hak jagaan ke atasnya.

ARKIB NEGARA
2
5. Lembaga Penasihat

1. Bagi maksud menasihati Pengarah dalam menjalankan tugas-tugasnya di bawah Akta


ini, sebuah Lembaga Penasihat hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada Pengarah
sebagai Pengerusi dan lima orang ahli lain yang akan dilantik oleh Menteri.
2. Lembaga hendaklah menasihati Pengarah tentang perkara-perkara sebagaimana
yang Pengarah menunjukkan kepadanya sari semasa ke semasa dan juga tentang
perkara-perkara sebagaimana yang Lembaga fikirkan patut.
3. Tiga orang ahli Lembaga boleh membentuk suatu korum.
4. lembaga bolehlah menentukan prosedurnya sendiri.

6. Pengarah boleh bertindak berlawanan dengan Lembaga Penasihat

1. Pengarah boleh, selepas berunding dengan Menteri, bertindak berlawanan dengan


nasihat yang diberi kepadanya oleh Lembaga Penasihat, jikalau dalam mana-mana
kes beliau berfikir patut untuk berbuat sedemikian; tetapi dalam keadaan sedemikian

a. Beliau hendaklah merekodkan dengan lengkap secara bertulis, bagi maksud


memasukkannya ke dalam catatan laporan Lembaga Penasihat, alasan-alasan
dan sebab-sebab bagi keputusan
b. Mana-mana Ahli Lembaga Penasihat adalah berhak untuk menghendaki supaya
direkodkan dalam catatan yang dinyatakan di atas, apa-apa nasihat atau
pendapat yang beliau telah berikan mengenai persoalan yang dipertikaikan, dan
alasan-alasan baginya.

7. Perlantikan Pegawai- pegawai

Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melantik pegawai-pegawai sebagaimana yang


perlu untuk membantu Pengarah di dalam menjalankan tugas-tugasnya di bawah Akta ini.

8. Pemindahan rekod-rekod awam ke Arkib Negara

1. Mana-mana rekod awam yang lebih dari dua puluh tahun umurnya, dan mana-mana
rekod yang bukan semasa yang pada pendapat Pengarah adalah mempunyai nilai
yang cukup untuk membenarkan pemeliharaannya, hendaklah dipindahkan ke Arkib
Negara. Dengan syarat bahawa Menteri adalah mempunyai kuasa untuk menahan
rekod-rekod awam yang mengandungi maklumat rahsia dan sulit dari dipindahkan ke
Arkib Negara.
2. Adalah sah bagi Pengarah menangguhkan pemindahan mana-mana rekod awam ke
Arkib Negara jikalau beliau berpuas hati bahawa dengan jelas sifat rekod tersebut
yang sedemikian rupa maka pemindahannya dengan segera akan secara tidak wajar
menjejaskan pentadbiran mana-mana perkhidmatan awam atau akan bertentangan
dengan kepentingan awam.

Rekod-rekod awam hendaklah diserahkan apabila diminta


1. Mana-mana orang yang memiliki apa-apa rekod awam hendaklah, apabila diminta
secara bertulis oleh Pengarah, menyerahkannya ke Arkib Negara (sama ada rekod
awam itu berada dalam miliknya sebelum atau selepas kelulusan Akta ini).

3
2. Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini yang boleh disifatkan sebagai memberi kuasa
kepada Pengarah untuk meminta Penyerahan mana-mana rekod awam yang
disimpan dalam mana-mana pejabat awam Kerajaan Negeri melainkan dengan
keizinan Kerajaan Negeri tersebut.

BAHAGIAN IV : REKOD AWAM


Tiada seseorang pegawai dalam mana-mana pejabat awam boleh memusnah atau
melupuskan rekod-rekod awam tanpa kebenaran daripada Pengarah
1. Tiada seseorang jua pun boleh, tanpa keizinan daripada Pengarah memusnahkan
atau melupuskan, atau memberi kuasa untuk memusnah atau melupuskan mana-
mana rekod awam yang berada dalam miliknya atau di bawah kawalannya.
2. Mana-mana orang yang bermaksud untuk memusnahkan atau melupuskan atau
untuk memberi kuasa bagi membuat pemusnahan atau pelupusan apa-apa rekod
awam hendaklah terlebih dahulu memberitahu kepada Pengarah tentang maksud
tersebut dan dalam pemberitahuan tersebut hendaklah diberikan butir-butir tentang
sifat rekod awam yang berkenaan.
3. Mana-mana orang yang bermaksud untuk memusnahkan atau melupuskan atau
untuk Pengarah bolehlah memeriksa mana-mana rekod yang butiran-butirannya
diberikan dalam apa-apa pemberitahuan di bawah seksyen (2) dan jika beliau ingin
supaya rekod-rekod awam tersebut diserahkan kepadanya, beliau bolehlah
memberitahu orang yang membuat pemberitahuan tersebut tentang keinginan itu
dan seterusnya rekod-rekod awam tersebut hendaklah diserahkan kepada Pengarah.

11 Pemusnahan rekod-rekod awam

Pengarah bolehlah memberi kuasa bagi membuat pemusnahan terhadap beberapa jenis
tertentu rekod-rekod awam yang –

a. dengan sebab-sebab bilangannya, jenis atau sifat lazimnya pada pendapat beliau
adalah tidak tahan untuk dipelihara sebagai satu arkib awam; dan
b. tidak lagi diperlukan untuk dibuat rujukan, oleh mana-mana pejabat awam setelah
tindakan telah sempurna diambil terhadapnya atau selepas tamatnya tempoh
beberapa tahun dari tarikh di mana tindakan ke atasnya telah sempurna diambil
sebagaimana yang telah dipersetujui di antara Pengarah dengan Ketua Pentadbir
Pejabat Awam berkenaan.

12 Akses orang-orang awam ke arkib-arkib awam Seperti yang dipinda oleh Akta
A85 bertarikh 10.9.71
1. Tertakluk kepada syarat-syarat di bawah mana sesuatu rekod awam itu dibuat atau
disimpan dalam Arkib negara, Arkib-arkib awam bolehlah digunakan oleh orang-
orang awam bagi maksud membuat rujukan atau kajian, mengikut apa-apa peraturan
yang dibuat di bawah Akta ini.
2. Tiada seorang jua pun pegawai awam boleh membenarkan orang awam membuat
rujukan dan kajian terhadap mana-mana rekod awam, kecuali dalam masa
menjalankan tugas-tugas rasminya.

13 Salinan rekod-rekod awam yang disahkan

Apa-apa salinan bagi sesuatu rekod awam atau arkib yang disahkan oleh Pengarah sebagai
satu salinan yang betul dari dokumen yang asal hendaklah hendaklah diterima dalam
sesebuah mahkamah undang-undang.

4
14 Perwakilan kuasa-kuasa Pengarah
1. Pengarah bolehlah dari semasa ke semasa tertakluk kepada syarat-syarat
sebagaimana yang beliau boleh tetapkan mewakilkan mana-mana dari kuasanya di
bawah Akta ini dan mana-mana orang yang diwakilkan kuasa-kuasa tersebut
bolehlah menjalankan kuasa-kuasa itu dengan cara dan dengan kesan yang sama
seolah-olah kuasa tersebut telah diberikan kepada oleh Akta ini.
2. Tiap-tiap orang yang bertindak mengikut apa-apa perwakilan yang diberi di bawah
seksyen ini hendaklah, jika tidak dapat ditunjukkan sebaliknya, dianggap sebagai
telah bertindak mengikut tema-tema perwakilan itu.
3. Apa-apa perwakilan di bawah seksyen ini bolehlah dibuat kepada seseorang atau
segolongan orang atas nama pejabatnya
4. Tiap-tiap perwakilan di bawh seksyen ini bolehlah dibatalkan oleh Pengarah pada
bila-bila masa, dan perwakilan tersebut tidaklah boleh menyekat Pengarah dari
menjalankan kuasa-kuasa yang diwakilkannya itu.

ARKIB NEGARA
15 Penerbitan arkib-arkib

1. Tiada seseorang jua pun boleh menerbit atau membuat salinan bagi keseluruhan
atau mana-mana bahagian dari kandungan mana-mana arkib atau rekod yang telah
dipindahkan ke Arkib Negara melainkan dengan keizinan bertulis daripada Pengarah.
2. Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini ditafsirkan sebagai menyentuh atau meluaskan
undang-undang mengenai hak cipta.

16 Larangan mengekspot rekod-rekod dan arkib-arkib awam

Tiada seseorang jua pun boleh mengeluar atau menghantar keluar dari Malaysia apa-apa
rekod awam atau Arkib awam tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah.

17 Peraturan -peraturan

1. Menteri bolehlah membuat peraturan-peraturan bagi memperelokkan lagi perjalanan


peruntukan- peruntukan Akta ini; dan tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan
sebelum ini, bolehlah -

a. Menetapkan bayaran yang patut dikenakan oleh Pengarah bagi membuat dan
mengesahkan salinan apa-apa arkib atau rekod dalam Arkib Negara;
b. Membuat peruntukan bagi pengecualian dari membayar kesemua atau sebahagian
dari apa- apa bayaran yang dikenakan kerana membuat dan mengesahkan salinan
apa-apa arkib awam atau rekod-rekod awam yang berada dalam Arkib Negara;
c. Membuat peruntukan untuk memelihara dan melindungi arkib dan rekod di dalam
Arkib Negara dan juga kelakuan pelawat-pelawat yang berada di dalamya; dan
d. Membuat apa-apa peruntukan yang lain lagi yang boleh dibuat di bawah ini

18 Sesiapa yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini adalah bersalah kerana
melakukan suatu kesalahan yang boleh didenda tidak lebih dari seribu ringgit atau penjara
selama suatu tempoh tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali.

5
19 (1). Pengarah hendaklah secepat yang boleh pada setiap tahun membuat dan
menghantar kepada Menteri laporan berhubung dengan kegiatan-kegiatan Arkib Negara
bagi tempoh tahun yang terdahulunya.

(2) Menteri hendaklah membentangkan satu salinan dari tiap-tiap laporan tersebut di
setiap Dewan Parlimen

BAHAGIAN V ARKIB NEGERI


20 Penubuhan Arkib Negeri

1. Sesebuah Kerajaan Negeri bolehlah dengan kelulusan Yang di Pertuan Agong, dengan
perintah menubuhkan sebuah Arkib Negeri.
2. Peruntukan-peruntukan seksyen 4 hingga 19 Akta ini adalah terpakai kepada sesebuah
Arkib Negeri sebagaimana ianya terpakai kepada Arkib Negara, tertakluk kepada
pengubahsuaian -pengubahsuaian berikut iaitu :-

a. Rujukan kepada Arkib Negara, kecuali dalam ungkapan "Pengarah Arkib Negara",
hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada Arkib Negeri;
b. Bagi perkataan "lima" dalam sub seksyen (1) seksyen 5, hendaklah dibaca dengan
perkataan"tiga" dalam sub seksyen (3) seksyen 5, hendaklah dibaca dengan
perkataan ''dua".
c. Rujukan kepada Menteri hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada Menteri Besar
atau, mengikut mana yang berkenaan, Ketua Menteri bagi Negeri berkenaan; dan
d. Rujukan kepada setiap Dewan Parlimen dalam sub seksyen (2) seksyen 19 hendaklah
ditafsirkan sebagai rujukan kepada Dewan Undangan bagi sesebuah Negeri itu.

Telah mendapat persetujuan Diraja


pada 16hb. Julai, 1966.