Sie sind auf Seite 1von 19

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

MPW 1143/2143
PENGAJIAN ISLAM
SEPTEMBER 2013

Tajuk Tugasan:
Pembinaan masyarakat Islam mestilah berasaskan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Islam.
Jelaskan prinsip-prinsip tersebut berserta contoh berasaskan sirah Rasullulah SAW dalam
pembinaan masyarakat Islam di Madinah. Huraikan hak-hak seseorang anggota masyarakat.
Perincikan tanggungjawab anggota masyarakat dalam aspek kejiranan menurut Islam dan
kemukakan empat saranan bagi menyuburkan perhubungan kejiranan dalam kehidupan
bermasyarakat.


Name: MAIZATUL AKMAR BT IBRAHIM
Matric number: 720618145398001
NRIC: 720618145398
Telephone number: 0123817871
E-mail address: akmar1972@yahoo.com

Tutors name: AZIZ JAKFAR SORAJI
Learning Centre: JOHOR BAHRU
MAY 2012 Semester
MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 1

KANDUNGAN MUKASURAT
1.0 PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM 2
2.0 PRINSIP PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM 3
2.1 Syariat Islam 3
2.2 Pembinaan Akhlak Yang Baik 4
2.3 Pembentukan Peribadi Muslim 5
2.4 Pembinaan Tempat Ibadah 6
2.5 Persaudaraan Islam 7
3.0 HAK-HAK SESEORANG ANGGOTA MASYARAKAT 8 - 9
4.0 TANGGUNGJAWAB KEJIRANAN 10 - 12
5.0 LANGKAH MENYUBURKAN SEMANGAT KEJIRANAN 13 - 15
6.0 PENUTUP 16
RUJUKAN 17






MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 2

1.0 PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM
Masyarakat adalah kumpulan manusia yang berada disuatu tempat berasaskan
perasaan sepunya dan lebih berbentuk spiritual. Masyarakat Islam pula adalah satu umat atau
kumpulan manusia yang terbina atas dasar ukhuwah atau terikat oleh tali persaudaraan dan kasih
sayang yang berlandaskan keimanan, ketaatan dan ketakwaan kepada Allah, yang dilaksanakan
untuk menegakkan hukum dan kalimah Allah serta memakmurkan bumi dengan syariat Allah
supaya mendapat keredhaan Allah serta kebahagiaan di dunia dan akhirat. Mereka berkumpul
atas dasar Islam, iaitu persaudaraan dan menjunjung perintah Allah dan bukannya atas dasar
kebendaan. Masyarakat Islam adalah masyarakat rabbani yang menjadikan Allah sebagai sumber
nilai, yang mempunyai tujuan pengabadian kepada Allah, segala aturannya bersumber dari
syariat Islam, dan diikat dengan ikatan iman, bukan hanya berdasarkan darah, nasab atau
kesukuan. Membina sebuah masyarakat yang melaksanakan dan menghayati nilai-nilai Islam
merupakan kewajipan setiap orang Islam. Ia adalah perintah Allah, dan tujuannya ialah supaya
semua anggota masyarakat dapat hidup bersama, tolong-menolong serta berkerjasama dalam
menyempurnakan keperluan hidup. Ini adalah kerana manusia itu lemah dan serba kekurangan,
oleh itu perlu mengharapkan pertolongan antara satu sama lain.
Firman Allah;
Sesungguhnya orang-orang mumin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua
saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah nescaya kamu mendapat rahmat.
[Al-Hujurat ayat 10].

Firman Allah;
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu
bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahilliyah)
bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat
Allah. orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah
menyelamatkan kamu daripadanya. [Al-Imran ayat 103].

MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 3

2.0 PRINSIP PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM
Masyarakat memainkan peranan yang penting dalam sesebuah tamadun. Pembentukan
masyarakat dalam tamadun Islam adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah dan berasaskan
akidah, syarak dan akhlak. Pembinaan masyarakat Islam mestilah berasaskan prinsip-prinsip
yang ditetapkan oleh Islam iaitu:
2.1 Syariat Islam
Islam adalah agama dan cara hidup berdasarkan syariat Allah yang terkandung dalam
kitab Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Setiap orang yang mengintergrasikan dirinya
kepada Islam wajib membentuk seluruh hidup dan kehidupannya berdasarkan syariat yang
termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Syariat bermaksud jalan yang sesuai dengan
undang-undang (peraturan) Allah SWT. Allah SWT menurunkan agama Islam kepada Nabi
Muhammad SAW secara lengkap dan sempurna, jelas dan mudah dimengertikan, praktikal untuk
diamalkan, selaras dengan kepentingan dan hajat manusia dimana sahaja, sepanjang masa dan
dalam apajua keadaan. Awal perjuangannya adalah saat Rasulullah SAW mendapat perintah
untuk menyampaikan pesan Ilahi kepada manusia, Maka sampaikanlah olehmu secara terang-
terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang
musyrik. ( Surah Al-Hijr[15]:94).
Masyarakat Islam yang pertama terbentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh
Rasulullah SAW dan para sahabat baginda di Madinah, sebaik sahaja baginda berhijrah dari
Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masehi bersamaan 12 Rabiulawal tahun 1 Hijrah. Umat
Islam yang berada di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW pada ketika itu telah
melaksanakan tugas mendirikan masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai Islam dengan cekal,
gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal dan menjadi contoh
dan model bagi masyarakat manusia selepasnya.



MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 4

2.2 Pembinaan Akhlak yang Baik
Pembentukan masyarakat Islam telah digariskan mengikut asas-asas Islam. Akhlak
menjadi perkara asas yang perlu ditanam dan disuburkan dalam pembinaan sesebuah masyarakat.
Jatuh bangun sesebuah masyarakat bergantung sejauh mana akhlak dapat diterapkan. Dengan
asas akhlak, pembentukan peribadi yang menjadi tonggak masyarakat akan tercapai. Seseorang
individu dalam masyarakat harus mempunyai akhlak yang mantap untuk membentuk sebuah
masyarakat yang stabil. Masyarakat Islam membina umat yang mengamalkan akhlak Islam.
Akhlak merupakan satu dari tiga bahagian utama wahyu daripada Allah SWT
disamping akidah dan syarak. Akhlak ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang
diyakini oleh seseorang dari sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-
nilai dan sikap itu pula terpancar dari akidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang
dipegang dan diyakininya. Contoh terbaik individu yang berakhlak mulia ialah Rasulullah SAW.
Nabi Muhammad terkenal sebagai seorang pemuda yang jujur dan amat dipercayai dikalangan
penduduk kota Makkah sehingga digelar Al-Amin. Sepanjang usianya, baginda sentiasa
berakhlak mulia dan pintar. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui peristiwa meletakkan Hajar al-
Aswad ke tempat asalnya. Dalam peristiwa ini, kaum Quraisy telah bertelagah tentang siapa
yang patut meletakkan batu Hajar al-Aswad ke tempat asalnya setelah dilanda banjir.
Pertelingkahan yang hampir mencetuskan peperangan telah diselamatkan oleh Nabi Muhammad
dengan menjadi hakim. Baginda telah meletakkan Hajar al-Aswad diatas sehelai serban dan
meminta setiap ketua kaum mengangkatnya bersama-sama untuk diletakkan ditempat asal.
Dengan cara ini, semua kaum berpuas hati dan pertelingkahan dapat dihindari.






MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 5

2.3 Pembentukan Peribadi Muslim
Keperibadian muslim dapat dilihat dari keperibadian orang perseorangan
(individu) dan keperibadian dalam kelompok masyarakat (ummah). Peribadi muslim haruslah
mempunyai sifat-sifat seperti mukmin, muslim, mukhlis (ikhlas) dan muhsin (baik). Dengan
mempunyai sifat-sifat ini dapat melahirkan insan soleh seperti yang dituntut oleh Islam.
Komuniti muslim (kelompok seakidah) ini disebut ummah. Individu merupakan unsur dalam
kehidupan masyarakat. Adapun panduan untuk mewujudkan pembentukan hubungan itu terdiri
dari tiga cara iaitu memberi motivasi untuk berbuat baik, mencegah kemungkaran dan, beriman
kepada Allah. Pembentukan nilai- nilai dalam hubungan sosial mencakupi penerapan nilai-nilai
akhlak dalam pergaulan sosial contohnya menghindarkan diri dari melakukan perbuatan keji dan
tercela, mengeratkan hubungan kerjasama, memaafkan kesalahan, menepati janji, memperbaiki
hubungan antara manusia, dan amanah. Membentuk nilai-nilai Islam dalam kehidupan
bermasyarakat iaitu pemimpin masyarakat haruslah menerapkan prinsip musyawarah, adil, jujur
dan tanggungjawab. Masyarakat muslim berkewajipan mentaati peraturan, menghindarkan dari
perbuatan yang merugikan kerharmonian hidup bermasyarakat. Pembentukan nilai-nilai Islam
dalam hubungannya dengan Tuhan bermaksud, baik secara individu atau ummah, kaum
muslimin diharuskan untuk sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Allah SWT. Nilai-
nilai Islam yang diterap dalam membina hubungan itu mencakupi sentiasa beriman kepada
Allah, bertaqwa kepada-Nya, menyatakan syukur atas segala nikmat Allah dan tidak berputus asa
dalam mengharapkan rahmat-Nya. Berdoa kepada Allah, mensucikan diri, mengagungkan-Nya
serta sentiasa mengingati-Nya dan juga menggantungkan niat atas segala perubahan kepada-
Nya.






MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 6

2.4 Pembinaan tempat Ibadat
Tempat ibadat dibina berdasarkan keperluan ummah. Tempat ini juga merupakan
sebagai satu syiar atau tanda kebesaran Islam. Didalam masyarakat Islam, masjid berkedudukan
sebagai pusat pembinaan pemikiran, spiritual dan fizikal umat Islam. Tempat berhubungan
dengan Tuhan sepanjang zaman, yang akan melahirkan hubungan yang kukuh antara hamba
dengan Tuhannya dan akan menjadi kekuatan individu-individu muslim. Kaum muslimin
diwajibkan melakukan solat fardu yang lima secara berjemaah dimasjid-masjid, dan solat jumaat
berjemaah setiap minggu. Solat berjemaah di masjid inilah yang akan membentuk masyarakat
Islam yang kukuh dan bersepadu.
Perkara petama yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW apabila berhijrah
dari Makkah ke Madinah ialah membina masjid yang digelar Masjid Nabawi. Masjid ini
berfungsi sebagai tempat beribadat, pusat pengajian, bermesyuarat dan perbincangan isu-isu
kemasyarakatan. Manakala di sekitar masjid pula dijalankan aktiviti perniagaan dan aktiviti
perpaduan. Masjid telah dipelbagaikan kegunaanya dan usaha-usaha dakwah semakin kuat
dilaksanakan dengan menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran Islam. Keadaan ini akhirnya
telah membawa kepada pengIslaman seorang pedeta termasyhur Yahudi iaitu Abdullah bin
Salam.









MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 7

2.5 Persaudaraan Islam
Setiap individu muslim dalam sesebuah masyarakat adalah bersaudara dan tidak
timbul perbuatan hasad dengki dan penganiayaan. Orang yang benar-benar beriman tidak akan
melakukan kezaliman terhadap orang lain. Memupuk kesedaran untuk memelihara persaudaraan
serta menjauhkan diri dari pepecahan, merupakan realisasi pengakuan bahawa pada hakikatnya
kedudukan manusia adalah sama di sisi Allah SWT, sebagai hamba dan khalifah-Nya.
Firman Allah;
Tidak ada perbezaan diantara hamba Allah, tiadalah seseorang dari yang lain, kecuali
ketaqwaan mereka kepada Allah. (Surah Al-Hujurat[49}:10-13).
Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah
kamu tolong-menolong didalam dosa dan permusuhan. (Surah Al-Maidah ayat 2).
Penyatuan dan perpaduan umat Islam adalah amat penting demi memupuk dan
memelihara kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Bagi mencapai hasrat ini, Nabi Muhammad
SAW telah berusaha menyatukan masyarakat Islam Madinah melalui konsep al-ukhuwwah,
al-musawah dan al-ikhla. Sehubungan dengan itu baginda telah mempersaudarakan golongan
Muhajirin dan Ansar. Persaudaraan yang dilakukan oleh Rasulullah diantara kaum muslimin
tersebut bukan sahaja hanya antara Muhajirin dan Ansar sahaja, tetapi lebih luas dari itu, yakni
dilakukan antara sesama orang-orang Muhajirin, dan sesama orang-orang Ansar. Hal ini
dilakukan oleh Rasullullah dengan maksud mendekatkan hubungan antara kabilah-kabilah kaum
Muhajirin dan lebih khusus mendekatkan hubungan suku Aus dan suku Khazraj yang sering
berperang sebelum kedatangan Rasullullah SAW ke Madinah. Rasulullah SAW menjadikan
persaudaraan Muhajirin dan Ansar sebagai asas bagi prinsip-prinsip keadilan sosial yang paling
baik di dunia. Prinsip-prinsip ini kemudian berkembang dan mengikat menjadi hukum-hukum
dan undang-undang syariat yang tetap, yang berasas pada ukhuwah Islamiyah.



MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 8

3.0 HAK-HAK SESEORANG ANGGOTA MASYARAKAT
Dalam kehidupan sebuah masyarakat Islam, seseorang itu berhak untuk hidup
dengan aman, damai dan tenteram menurut peruntukan undang-undang. Tidak ada seorang pun
yang dibenarkan mengganggu ketenteraman orang lain, samada gangguan fizikal, emosi
mahupun persekitaran. Setiap anggota masyarakat dilahirkan dalam keadaan bebas dan
kebebasan ini tidak boleh dicerobohi oleh sesiapa pun dengan sewenang-wenangnya. Dalam
konteks ini, maruah dan peribadi, nilai diri dan nama baik setiap anggota masyarakat tidak boleh
dicela dan dihina dengan sesuka hati. Perbuatan menjatuhkan nilai diri seseorang atau
mengganggu dan menyakiti orang lain samada pada tubuh atau perasaannya adalah salah pada
ajaran Islam. Kebebasan berfikir untuk mencari kebenaran dan melahirkan pendapat atau
bercakap kecuali percakapan yang berbentuk fithnah; dengan bebas menolak dan menentang
kezaliman; kebebasan beragama dan memilih agama yang dianuti juga merupakan hak seseorang
anggota masyarakat. Setiap orang dalam sesebuah negara Islam bebas menganut apa-apa agama
dan mengamalkan ibadat dalam agamanya mengikut batas-batas tertentu. Walau bagaimanapun,
orang bukan Islam tidak dibenarkan menyebarkan agamanya kepada orang Islam. Setiap anggota
masyarakat dilarang menyebarkan kebatilan yang boleh menjejaskan kesucian Islam,
ketenteraman masyarakat dan keselamatan negara.
Masyarakat Islam wajib tunduk kepada semua peruntukan dalam sistem
perundangan Islam dan kewajipan ini ditentukan oleh dua faktor terpenting. Pertama, kewajipan
terhadap Allah SWT iaitu apabila ia mengiktirafkan Islam sebagai agamanya (tanggungjawab
akidah atau agama) melalui pengucapan dua kalimah syahadah. Kedua, tanggungjawab
seseorang anggota masyarakat kepada pemerintah atau pemimpin yang mengambil dan
melaksanakan sistem perundangan Islam sebagai dasar pemerintahan negara (tanggungjawab
politik), dan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Ini menunjukkan bahawa semua
masyarakat Islam mesti tunduk kepada undang-undang Islam secara menyeluruh tanpa mengira
aliran mahzab dan tidak terdapat kebebasan untuk memilih hukum selain hukum Islam. Bagi
masyarakat bukan Islam, mereka yang tinggal dengan aman dibawah pemerintahan menurut
sistem Islam dan menurut undang-undang Islam, maka ia bertanggungjawab untuk tunduk
kepada undang-undang Islam kerana ia tertakluk kepada tanggungjawab politik, bukan
tanggungjawab akidah dan agama.
MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 9

Dalam Islam, konsep pemisahan kawasan berdasarkan warna kulit dan pegangan
agama tidak wujud dan bertentangan dengan ajaran Islam. Seseorang anggota dalam
masyarakatnya bebas untuk bergerak dan melakukan sebarang aktiviti yang bermanfaat tanpa
dibatasi oleh warna kulit atau pergerakan agama; dalam menentukan hak keadilan dan
kehakiman, tidak wujud perbezaan dan pengecualian dalam perlaksanaan undang-undang dan
tertuduh berhak untuk membela dirinya. Pihak pemerintah haruslah menyediakan kemudahan
guaman untuk pembelaan orang yang tertuduh atau teraniaya. Menegakkan kebaikan dan
menentang kemungkaran atau kebatilan merupakan hak bagi setiap anggota masyarakat. Oleh itu
hendaklah ada segolongan daripada masyarakat melaksanakan tugas menegahkan kebaikan dan
menentang kemungkaran.
Dalam bidang politik dan pentadbiran (pemerintahan), perlindungan politik mestilah
diberikan kepada sesiapa sahaja yang dianiayai tanpa mengira bangsa, pegangan agama dan
warna kulit. Anggota masyarakat mempunyai hak untuk melantik pemimpin secara bebas dalam
memilih pemerintah yang dianggap layak untuk mentadbir sesuatu masyarakat atau negara.
Setiap individu berhak untuk bekerja dan memiliki harta benda, khasnya rumah tempat tinggal
dan kenderaan yang sesuai serta mengusahakan sesuatu kegiatan untuk mencari rezeki dan
kekayaan secara halal, tanpa melanggar batas-batas ajaran Islam. Menafikan hak ini adalah salah
pada pndangan Islam. Individu diberi hak untuk mendapat pendidikan dan menuntut ilmu, malah
ia merupakan satu kewajipan bagi setiap individu, pemerintah wajib menyediakan kemudahan
pendidikan dan pelajaran kepada anggota masyarakat. Begitu juga dalam hal membentuk dan
memperkukuh institusi keluarga, setiap anggota masyarakat melaksanakan dengan cara yang
bermaruah kerana keluarga menjadi institusi terpenting dalam masyarakat.






MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 10

4.0 TANGGUNGJAWAB KEJIRANAN
Kemantapan dan keutuhan masyarakat bergantung kepada ketinggian budi
pekerti. Dengan adanya adab kesopanan dan budi pekerti yang tinggi menjadikan seseorang
manusia itu dihormati serta disegani masyarakat. Sudah menjadi lumrah manusia yang hidup di
muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain. Justeru, demi kepentingan hidup yang
boleh menjamin ketenteraman dan kebahagian, Islam menggariskan beberapa peraturan hidup
bermasyarakat. Salah satu daripadanya, menghormati dan berbuat baik kepada jiran tetangga.
Islam menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah cara hidup Islam. Umat Islam
berkewajipan mengekalkan hubungan baik dengan jiran demi mewujudkan kehidupan setempat
yang aman dan harmoni. Ia secara tidak langsung memberi kemudahan menyelesaikan masalah
yang timbul. Tuntutan supaya berbuat baik dengan jiran dijelaskan dalam firman Allah yang
bermaksud:
Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim
dan orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tertangga yang jauh. (Surah an-Nisa
ayat 36).
Menurut ulama, had lingkungan jiran itu ialah orang yang dapat mendengar azan yang sama
dalam satu kawasan (tanpa pembesar suara). Namun pendapat yang mashyur ialah yang pernah
diriwayatkan oleh Aisyah R.A bahawa lingkungannya 40 rumah dari segenap penjuru. Oleh itu,
jiran adalah orang yang tinggal dalam satu bangunan (blok), mereka yang tinggal berdekatan
dengan rumah kita dan yang tinggal dalam jarak lingkungan 40 buah rumah daripada rumah kita.
Pergaulan serta perhubungan yang baik dengan jiran akan membuahkan kehidupan
harmoni serta sejahtera. Lebih daripada itu, akan mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat.
Bagi melahirkan suasana itu, maka seseorang perlu tahu dan amalkan adab dalam kehidupan
berjiran. Tanggungjawab yang perlu disempurnakan oleh setiap individu muslim terhadap
jirannya sebagaimana garis panduan yang pernah diutarakan oleh Imam Al-Ghazali didalam
kitab Bimbingan Mukmin iaitu:
i) Memulakan dengan memberi salam kepada jirannya bila bertemu
ii) Menziarahnya ketika sakit dan mengucap takziah ketika berlaku kematian atau
mengucapkan tahniah ketika mendapat kejayaan
MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 11

iii) Jangan terlalu banyak bertanya hal-hal peribadinya
iv) Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya
v) Menutup keaiban yang berlaku pada jirannya
vi) Sentiasa bersikap lemah-lembut terhadap anak-anak jirannya
vii) Sentiasa membantu apabila ditimpa musibah atau kemalangan
viii) Tidak menyakiti dan menyusahkan jirannya
Usaha mewujudkan suasana kerukunan hidup berjiran pada masa kini menghadapi
sedikit kesulitan kerana hakikat kehidupan dikelilingi manusia yang mempunyai pelbagai
pandangan, gaya, sikap, akhlak, perangai, bahasa, budaya dan politik berbeza. Walau
bagaimanapun, perkara ini dapat diatasi jika masing-masing mengamalkan dan menghayati sikap
berlapang dada, bertolak ansur, saling memahami, meningkatkan kesabaran, bertukar pendapat,
mencari titik persamaan dan mengeratkan hubungan yang renggang dengan penuh hikmah serta
kasih sayang. Disamping itu, sikap negatif seperti buruk sangka, iri hati, dengki dan fitnah perlu
dikikis dan dijauhkan. Harus diingat bahawa memutuskan hubungan silaturrahim hukumnya
haram. Tidak bertegur sapa antara kedua-dua pihak lebih dari tiga hari kerana sesuatu sebab atau
pergaduhan, menyakiti samada perasaan atau jasad sesama jirannya, hukumnya haram dan
berdosa. Usaha memupuk semangat kejiranan perlu dilakukan dengan gigih dan berterusan.
Keimanan seseorang belum sempurna jika tidak menghormati dan kasih jirannya, serta jika dia
menyakiti jirannya, samada melalui celaan, memfitnah dan buruk sangka. Mencegah dari
menyakiti dan melakukan penganiyaan terhadap jiran adalah antara hak jiran yang perlu dijaga.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rsullullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia kasihkan jiran tertangganya, sebagaimana dia
kasihkan dirinya sendiri. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat, kita perlu melihat kepada
hidup berjiran. Antaranya, saling bantu-membantu ketika berlaku kecemasan atau ditimpa
musibah. Sebagaimana yang telah dijelaskan, jiran adalah orang yang tinggal paling hampir
dengan rumah kita dan segala perkara yang berlaku akan diketahui oleh jiran kita terlebih
dahulu. Oleh kerana itu, jiran adalah orang paling dekat untuk kita memohon pertolongan ketika
ditimpa musibah seperti kebakaran, kecurian atau kematian. Pertolongan seperti inilah yang
MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 12

diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-
saudara. Hanya hubungan yang kuat antara jiran dapat melahirkan suasana seperti ini.
Melindungi jiran daripada kesusahan adalah budi pekerti tinggi pada pandangan Islam.
Selain itu, hidup berjiran dapat menambah kenalan dan mempertingkatkan
pengetahuan. Jiran yang tinggal berhampiran mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi
pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya dan adat-resam. Mempunyai kenalan
rapat, terutama dalam konteks hidup berjiran banyak memberi manfaat, antaranya mendapat
tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru atau pensyarah; mendapat nasihat kesihatan berjirankan
seorang doktor; dapat membaiki kerosakan kenderaan jika berjirankan mekanik. Berikutnya,
jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan kejiranan daripada
ancaman kecurian, pecah rumah dan samseng. Ia dapat dilakukan melalui pembentukan rukun
tetangga, jawatankuasa keselamatan atau kempen kesedaran. Budaya bantu-membantu seperti ini
sangat digalakkan Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu
di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya
(akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat, ayat 13).






MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 13

5.0 LANGKAH MENYUBURKAN SEMANGAT KEJIRANAN
a) Amalan bergotong- royong adalah salah satu cara untuk memupuk dan menyuburkan
semangat kejiranan terutamanya di kawasan taman perumahan Semangat bergotong-royong ini
masih lagi diamalkan dikawasan luarbandar terutamanya dikampung-kampung. Tetapi pada hari
ini, bergotong-royong ini tidak lagi menjadi amalan masyarakat setempat terutamanya dikawasan
taman perumahan di bandar-bandar. Kebanyakkan penduduk di kawasan perumahan sering
mengadakan majlis keramaian atau kenduri-kendara seperti majlis perkahwinan, bercukur jambul
atau majlis rumah terbuka di dewan atau hotel. Alasan yang diberikan, antaranya, tidak
mengenali jiran-jiran disebelah menyebelah rumah; kawasan halaman rumah atau keadaan rumah
yang kecil dan sempit; membuat kenduri di rumah sendiri membazir dan membuang masa dan
tidak ada saudara mara atau jiran yang hendak membantu. Bergotong-royong ini bukan sahaja
dilakukan semasa kenduri-kendara tetapi boleh dilakukan dihari-hari kelepasan atau hari minggu
seperti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran taman perumahan seperti
membersihkan longkang dibelakang rumah, membuang barang-barang buruk dan lama,
membersihkan rumah sampah, mencabut rumput di persekitaran jalan bersama-sama jiran
tetangga. Amalan ini akan meringankan kerja-kerja pihak berkuasa melakukan pembersihan
dipersekitaran taman perumahan, mengurangkan kadar penyakit seperti denggi serta
mengeratkan silaturrahim antara kita sesama jiran tertangga, secara tidak langsung dapat
mengenali jiran baru atau jiran lama yang masih tidak kita kenali disebelah rumah kerana
kesibukan berkerja.
b) Pihak Ahli Jawatankuasa kawasan perumahan disarankan untuk menganjurkan
kegiatan-kegiatan seperti mengadakan ceramah agama, kursus-kursus seperti Cara Memandikan
Jenazah, Belajar Wuduk dan Solat serta Belajar Membaca Al-Quran setiap minggu di surau atau
masjid di kawasan perumahan dengan menjemput penceramah luar untuk menarik minat
penduduk. Kegiatan seperti ini perlu dilakukan secara aktif dan libatkan penduduk di kawasan
tersebut serta perlu diadakan secara berkala dan berterusan supaya dapat menarik minat
penduduk terutamanya dikalangan remaja dan kanak-kanak agar dapat menambah pengetahuan
berkenaan ilmu agama terutamanya tentang kahirat kematian yang menjadi tanggungjawab
masyarakat Islam dan secara tak langsung mengeratkan silaturrahim sesama jiran tertangga.
MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 14

c) Ahli Jawatankuasa kawasan boleh menganjurkan kegiatan-kegiatan seperti berniaga
secara kecil-kecilan dengan membuka kedai membuat kraftangan, menjahit pakaian atau menjual
makanan digerai-gerai. Secara tidak langsung, ini dapat membantu menambah pendapatan
penduduk setempat serta membantu menjana ekonomi di kawasan perumahan tersebut. Peluang
pekerjaan juga dapat diberikan kepada penduduk terutamanya remaja, dengan ini, dapat
mengelakkan remaja daripada melakukan kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang
dan mengganggu ketenteraman awam di kawasan tersebut. Kegiatan seperti menjalankan
perniagaan dipasar-pasar malam, di pasar Ramadan juga dapat mengeratkan silaturahim diantara
jiran-jiran dan penduduk setempat apabila kita sama-sama mengunjungi gerai-gerai tersebut dan
beramah mesra sesama kita. Sedekah juga menjadi satu amalan mulia yang dituntut oleh agama
Islam. Kebiasaannya, amalan bersedekah ini dilakukan hanya di bulan Ramadan, tetapi kita
sepatutnya mengamalkan bersedekah bila-bila masa dengan jiran tertangga disebelah rumah, ini
dapat mengelakkan pembaziran makanan serta menolong meringankan beban dari segi
perbelanjaan jiran sebelah yang mungkin mempunyai anak-anak yang ramai dan masih
bersekolah. Dengan menganjurkan kegiatan perniagaan dikalangan penduduk setempat, Ahli
Jawatankuasa kawasan dapat membantu dan memberi pekerjaan kepada ibu-ibu tunggal atau
surirumah untuk membantu meringankan masalah kos sarahidup dan meningkatkan ekonomi
keluarga.
d) Kita sebagai jiran tertangga perlu bersikap perihatin, bertanggungjawab dan perlu
mempunyai sikap ingin ambil tahu atau sikap tolong jaga tepi kain orang. Apa yang
dimaksudkan ialah, kita harus mengakui bahawa persekitaran kawasan perumahan yang kita
hidup sekarang tidak lagi aman dan selamat. Banyak kes-kes buang bayi, penderaan dan
penculikan terhadap terhadap kanak-kanak berlaku sejak kebelakangan ini. Dalam kehidupan
moden dan di era globalisasi ini kita tidak dapat menafikan adanya manusia yang bertopengkan
iblis dan bernafsukan syaitan. Semua yang berlaku ini memberikan kita satu amaran jelas
bahawa para ibubapa dan setiap anggota masyarakat perlu peka dan mengambil tahu terhadap
persekitaran masyarakat serta keselamatan anak-anak kita dan anak-anak jiran tertangga kita.
Bagi menghadapi gejala yang semakin membarah ini, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
telah menubuhkan satu unit khas untuk menangani kes-kes seperti ini. Usaha ini harus dipuji dan
disokong oleh semua pihak. Sebagai ahli masyarakat yang perihatin, kita boleh menjadi sebagai
MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 15

pemberi maklumat kepada unit khas pihak berkuasa ini supaya kes-kes yang melibatkan kanak-
kanak ini dapat diuruskan dengan lebih cepat dan berkesan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sesiapa diantara kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangan
(kuasa) jika tidak berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidah (nasihat) jika tidak
berkuasa juga maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya (berdoa) itulah selemah-lemah
iman (Riwayat Muslim).
Kejadian kecurian dan pecah rumah, kehilangan kenderaan terutamanya motorsikal, gejala
penagihan dadah serta maksiat sering berlaku di kalangan remaja pada masa kini. Adalah
menjadi tanggungjawab yang besar dikalangan masyarakat setempat di kawasan perumahan
untuk membendung gejala-gejala seperti ini daripada terus berleluasa. Sikap perihatin dan
mengambil tahu perlu ada dikalangan jiran sesama kita. Kita perlu tahu siapa yang tinggal di
rumah sebelah, terutamanya apabila jiran disebelah rumah adalah bujang dan rumah tersebut
disewa. Banyak kejadian maksiat seperti berkesedudukan tanpa nikah, berkhalwat dan kes-kes
pembuangan bayi berlaku di kawasan perumahan tanpa kita sedari kerana pelakunya tahu di
kawasan perumahan, kebiasaannya tiada siapa akan ambil tahu hal orang lain. Rumah kosong
atau yang ditinggalkan, biasanya kotor dan gelap dan disinilah tempat remaja melepak dan
berlakunya seks bebas dikalangan mereka, penagihan dadah berleluasa serta kes-kes pecah
rumah dan kecurian kenderaan seringkali berlaku. Pasukan RELA atau Rukun Tetangga perlu
ditubuhkan bagi menangani masalah-masalah ini. Rondaan perlu dilakukan dengan lebih kerap,
rumah-rumah kosong dibersihkan dan libatkan penduduk setempat menganggotai pasukan
tersebut. Ibubapa bertanggungjawab mengetahui aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak
mereka terutamanya anak remaja dan mengambil tindakan yang sewajarnya apabila mendapat
aduan dari jiran tetangga berkenaan anak-anak mereka. Kehidupan berjiran secara positif seperti
dianjurkan dalam Islam mampu mencegah jenayah dalam masyarakat setempat. Ini kerana semua
pihak harus mengambil berat dan saling membantu. Keadaan seperti ini menyukarkan pelaku
yang ingin melakukan jenayah seperti kecurian dan pecah rumah.


MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 16

6.0 PENUTUP
Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaaan
bermula dari pembinaan sistem nilai yang kukuh dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang
terpancar daripada akidah yang benar. Mayarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan
keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak memainkan
peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta
keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan
nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah SAW bersabda
mahfumnya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk melengkapkan akhlak yang mulia. ( riwayat
Al-Baihaqi).
Pembinaan masyarakat yang harmoni dan tenteram dengan amalan kejiranan yang
baik seharusnya diperkasakan oleh setiap umat Islam. Jangan biarkan kepentingan diri
menenggelamkan hubungan dengan jiran tertangga. Jelaslah kepada kita, betapa penting dan
besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran serta kesejahteraan negara. Impian
mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana jika kita belum menjadi jiran yang baik terlebih
dahulu. Walau sebesar mana sekalipun arus perubahan melanda masyarakat kita, semangat
kejiranan tetap menjadi keutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni
mengukuhkan ikatan persaudaraan Islam dan kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada
keluarga sendiri. Kehidupan yang akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT adalah
kehidupan yang sentiasa dikelilingi kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir
kerosakan serta kebinasaan.

3,847 patah perkataan.




MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 17

RUJUKAN
1) Abu Bakar Bin Yang., (n.d) Masih Relevankah Jangan Jaga Tepi Kain Orang (Online)
Available: www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8128-masih-relevankah-
jangan-jaga-tepi-kain-orang (2013 October 11).

2) Isma Abadi., (2012) Bab Kejiranan (Online) Available: www.jelai-
isma.blogspot,com/2012/07/normal-0-false-false-en-us-x-none.html (2013 October 10).

3) Lukman bin Masa., (2010) Pembinaan Masyarakat Di Masa Rasulullah SAW (Online)
Available: www.stidnatsir.acid/index.php?option=com_content&view=article&id=112-
pembinaan-masyarakat-di-masa-rasulullah-saw (2013 October 11).


4) Mahdi Bin Shuid, (2013), Ketamadunan Manusia, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

5) Majalah Ummi., (2013) Membentuk Masyarakat Islam (Online) Available: http://ummi-
online.com/berita-592-membentuk-masyarakat-islam.html (2013 October 10).


6) Mohd Aidid Ab. Rahman., (2010) Jaga Adab Hidup Berjiran Boleh Wujud Masyarakat
Harmoni (Online) Available:
www.bharian.com.my/bharian/articles/jagaadabhidupberjiranbolehwujudmasyarakatharm
oni/Articles (2013 October 6).

7) Mohd Rizal Azman Rifin., (2010) Tak Sempurna Iman Jika Abai Hubungan Baik Sesama
Jiran Tetangga (Online) Available:
www.bharian.com.my/articles/taksempurnaimanjikaabaihubunganbaiksesamajirantetangg
a/Articles/print_html (2013 October 6).



MAIZATUL AKMAR IBRAHIM/ KP 720618145398/ MPW1143/2143 Page 18

Das könnte Ihnen auch gefallen