Sie sind auf Seite 1von 3

APA ITU SYIAH

Bahaya Syiah kepada akidah Islam dan sebagai perosak akidah Islam tidak dapat dinafikan. Kita
juga tidak dapat menafikan bahawa Syiah adalah pergerakan Batiniah dan merupakan pelopor
kepada kemunculan puak-puak dan ajaran sesat dan kumpulan-kumpulan Batiniah yang lain.
Kemungkinan ada yang tidak bersetuju ini yang agak keras namun sejarah dan kajian menyebut
puak-puak sesat Batiniah seperti Ismailiah, Nusoiriah, Qaromitah, Duruz, Bahaiah dan selainnya
adalan pecahan dari golongan Syiah. Percanggahan pendapat dalam menentukan Imam mereka dari
keluarga Rasulullah menjadikan mereka berpecah kepada pelbagai jenis ajaran dan kumpulan.
Walaupun ada dakwaan bahawa Syiah sudah tidak mengamalkan ajarannya. Akidah-akidahnya
sudah tidak disebar dan dipegangi lagi tapi hakikatnya sukar diterima kerana adanya konsep taqiah
dalam ajaran syiah. Kemungkinan mereka bergerak dengan menyembunyikan akidah dan identiti
mereka yang sebenar untuk memudahkan dakwah mereka tersebar dan perancangan politik mereka
tercapai.
Syiah Di Malaysia
Syiah telah lama bertapak di Tanah Melayu bahkan ada yang berpendapat Kerajaan Islam awal iaitu
Perlak dan Pasai terpengaruh dengan Syiah. Di Malaysia, pengaruh Syiah semakin kuat selepas
kejayaan revolusi Iran yang pelopori oleh Ayatullah al-Khumainy pada tahun 1989m dan
terbentuknya Kerajaan Islam Syiah Iran. Atas asas kerajaan Islam, rakyat Malaysia telah memberi
banyak kerjasama dan pertolongan kepada kerajaan Islam Syiah Iran tanpa melihat pada usaha mereka
untuk menyebarkan akidah Syiah di Malaysia. Kedatangan orang-orang Pakistan dan India yang
bermazhab Syiah ke Malaysia juga banyak membantu penyebaran Syiah di Malaysia.
Syiah tersebar di Malaysia dengan cepat kerana beberapa faktor:
1) Orang Malayu Islam sangat cinta dan kasih pada keluarga Nabi Muhammad
sollallahualaihiwasallam. Di atas asas sayang dan cinta tersebut mereka mudah menerima
dakwah Syiah yang melampau dalam membesarkan dan mengagongkan keluarga Rasulullah
sollallahualaihiwasallam.

2) Hukum fekah Syiah yang longgar dan mudah. Setengah orang terpengaruh dengan hukum
fekah Syiah yang lebih mudah mengikut pendapat mereka berbanding hukum fekah mazhab-
mazhab lain seperti boleh jama(himpun) solat lima waktu dalam satu waktu sahaja. Mereka
juga merasa kagum dengan keharusan nikah mutah dalam mazhab Syiah.


3) Kesungguhan pendakwah-pendakwah Syiah di Malaysia. Mereka mengedarkan risalah,
majalah dan bahan-bahan edaran lain untuk menyebarkan fahaman mereka.

Cara Tersebar Dakwah Syiah Di Malaysia

Dakwah syiah tersebar di Malaysia melalui beberapa cara antaranya:

1. Ziarah rasmi dan tidak rasmi rombongan-rombongan dari pemimpin-pemimpin Iran ke
Malaysia. Ziarah tersebut diakhiri dengan program ceramah, keterangan berkenaan dengan
akidah dan ajaran Syiah. Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menziarahi Iran disamping
menghadiri program-program yang diadakan oleh Syiah di India, Bangladesh, Australia,
Thailand, dan Kuala Lumpur.

2. Melalui pelajar Malaysia yang belajar di Iran dan mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran
sebagaimana terdapat juga pelajar di hantar ke Pakistan untuk mempelajari akidah dan ajaran
Syiah. Penghantaran pelajar ini bermula semenjak 20 tahun dahulu lagi. Pada tahun 1984
seramai enam orang pelajar dari Sekolah Agama Darul al-Falah telah dihantar menyambung
pelajaran di Universiti Qum di Iran. Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar lelaki
dan perempuan daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama Darul al-Atiq di Johor
Bahru ke Pakitan bagi mempelajari Bahasa Parsi dan ajaran Syiah di sana. Mereka ini apabila
pulang akan menjadi pendakwah Syiah dan akan mengembangkan Syiah di Malaysia.

3. Melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia. Mereka mengadakan ziarah ke Pusat
Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Mereka memberi hadiah-hadiah yang berupa buku,
majalah Syiah kepada perpustakaan umum, universiti, kolej, masjid, dan penerbit-penerbit
buku. Sebagaimana mereka juga menghantar beberapa rakyat Malaysia ke Mekah untuk
menunaikan haji bersama pengikut-pengikut Syiah secara percuma dari kerajaan Iran.


4. Terdapat golongan akademik yang terpengaruh dengan Syiah terdiri daripada pensyarah
universiti, kolej dan lain-lain di Malaysia. Ini memudahkan penyebaran ajaran Syiah dalam
masyarakat pelajar di Malaysia apatahlagi kerajaan Iran memberi biasiswa kepada pelajar-
pelajar Malaysia bagi melanjutkan nyambung pengajian mereka di Iran dan Pakistan. Melalui
majlis-majlis ilmu yang diadakan di universiti atau pusat-pusat pengajian yang lain,
pensyarah dan guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di majlis-majlis tersebut yang turut
dihadiri oleh ulamak Syiah. Terdapat juga pensyarah yang sengaja memberi assignment dan
menugaskan pelajar mengkaji dan menyelidik tentang Syiah, membuat ringkasan teks-teks
ucapan pemimpin Syiah dan seumpamanya agar mereka dapat mengenali Syiah dan
terpengaruh dengannya.

5. Menyebarkan pamplet, buku, dan majalah Syiah kepada orang ramai seperti Majalah Fatimah
dan majalah al-Quds. Buku-buku tentang Syiah juga tidak ketinggalan diterjemahkan ke
dalam Bahasa Melayu seperti buku Nahju Al-Haq Wa Kasyfu As-Sidq yang ditulis oleh
penulis Syiah yang bernama al-Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hiliyy telah diterjemahkan
oleh Lutfi Ibrahim ke dalam Bahasa Melayu dan menjadi rujukan utama bagi pengikut Syiah
di Malaysia. Penulis buku tersebut terkenal dengan sifat khianat dalam meriwayatkan hadis
sebagaimana dinyatakan oleh Syah Abdul Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy

Das könnte Ihnen auch gefallen