Sie sind auf Seite 1von 2

KELAYAKAN PEMAIN

6.1 Seorang pemain terdiri dari murid sekolah dan warganegara Malaysia adalah layak
mengambil bahagian dalam pertandingan ini.



6.2 Seorang pemain yang telah didaftar dan bermain mewakili MSS Negeri dengan sendiri
diwajibkan mewakili pasukan MSSM (jika terpilih). Jika tidak boleh memenuhi syarat
tersebut maka pendaftarannya terbatal dan boleh dikenakan tindakan disiplin oleh
MSSM.



6.3 Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu kategori dan satu pasukan sahaja.



6.4 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan
dan Status seperti berikut:



6.4.1 Pemain Bawah 12 Tahun mesti mengemukakan Salinan Surat Beranak / Mykid yang
telah disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan dan Borang R01 yang lengkap.



6.4.2 Pemain Bawah 15 tahun dan 18 Tahun mesti mengemukakan Kad Pengenalan / My
Kad Asal dan Borang M01 yang lengkap.



6.5 Kelayakan umur pemain adalah :-



6.5.1 Bawah 12 Tahun Lahir pada atau selepas tahun 2001



6.5.2 Bawah 15 Tahun - Lahir pada atau selepas tahun 1998



6.5.3 Bawah 18 Tahun - Lahir pada tahun 1997, 1996 dan 1995



6.5.4 Tingkatan 6 Bawah wajib disertakan salinan Surat Tawaran yang disahkan oleh
Pengetua atau GPK sekolah yang berkenaan.



6.6 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain ke atas mana-mana pemain
akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah
muktamad.

Das könnte Ihnen auch gefallen