Sie sind auf Seite 1von 22

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

-GGGB1133-
Tajuk:
Teori Pembelajaran Kognitif dan Peranan Guru dalam
memaksimakan Pemahaman Murid.

NAMA:
NOR HASMALIZA BT HASAN (P69386)
NASYIMAH BT ISMAIL (P66404)
WAN NUR FATIHAH BINTI MAT DAUD (P73675)

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk
mendapatkan, menyimpan, mengingat dan
menggunakan ilmu.
Pembelajaran kognitif merujuk kepada manusia
memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar,
merenung dan membuat keputusan tentang peristiwa-
peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk
mencapai matlamat secara aktif (Woolfolk, 1998).
Daripada perspektif kognitif, pembelajaran berlaku
apabila pengetahuan baru diperolehi atau pengetahuan
sedia ada diubahsuai melalui pengalaman.


Teori
Pembelajaran
Kognitif
Teori
Ausubel
Teori
Bruner
Teori
Gagne
Teori
Gestalt
Teori
Kohler
1. TEORI GESTALT
Diasaskan oleh Wolfgang Kohler yang merupakan ahli
kumpulan Gestalt dari Jerman

Merupakan seorang ahli psikologi

Terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal hasil
kajian beliau mengenai pemprosesan kognitif khususnya
proses menyelesaikan masalah




melibatkan aspek persepsi dan struktur pemikiran untuk
penyelesaian masalah dengan menggunakan celik akal.

Dengan menggunakan celik akal, kita boleh memikirkan
tentang alternatif-alternatif yang lain lalu fikir tentang
struktur dan persepsi yang baru.


TEORI CELIK AKAL
(KOHLER)
2. TEORI PEMBELAJARAN PENERIMAAN
(AUSUBEL)
Teori Ausubel lebih menekankan kepada penyampaian pelajaran
secara terancang oleh guru

Advance organizer perlu diberikan lebih awal kepada
pelajar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan
yang perlu untuk membolehkan pelajar mempelajari
sesuatu yang berkaitan dengannya.

Terdapat dua jenis Advance Organizer iaitu
i) Pengurusan Awal Perbandingan Komparatif
ii) Pengurusan Awal Ekspositori


ADVANCE ORGANIZER
(Pengurusan/ Pendedahan Awal)
PENGURUSAN AWAL PERBANDINGAN
KOMPARATIF
Ia merujuk kepada pengetahuan sedia ada pelajar yang
mempunyai perkaitan dengan isi pelajaran yang akan
dipelajari

Pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif akan
digunakan untuk mempelajari maklumat baru



PENGURUSAN AWAL EKSPOSITORI
Ia bermaksud maklumat awal didedahkan atau
dipersembahkan lebih awal agar pelajar mempunyai
pengetahuan sedia ada untuk mempelajari maklumat
baru

Pelajar belum mempunyai pengetahuan sedia ada yang
berkait dengan isi pelajaran yang akan dipelajari

Oleh sebab itu, guru boleh memberikan maklumat awal
dalam bentuk gambaran, teks, lakaran peristiwa dan lain-
lain

PENGGUNAAN PRINSIP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN AUSUBEL
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan
dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua
perkara berikut:

a) Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan
pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran
ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang
lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah
kuliah.

b) Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk
menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah
dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan
dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara
penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.


TEORI PEMBELAJARAN
BRUNER
Pembelajaran adalah satu
proses aktif yang dapat
membolehkan seseorang itu
menguasai secara
mendalam informasi yang
diberikan serta mempelajari
macam mana beberapa
perkara dapat dikaitkan
secara bermakna.
Menekankan
penguasaan
konsep untuk
kanakkanak
melihat sesuatu
gambaran secara
keseluruhan.
Oleh itu kanak-kanak
sepatutnya diajar untuk
memahami konsep dan
bukan mengaplikasikan
sesuatu
konsep tanpa
pemahaman yang
signifikan.
Peringkat
Enaktif
(0-2 tahun)
Peringkat
Ikonik
(2-4 tahun)
Peringkat
Simbolik
(5-7 tahun)
Peringkat Perkembangan Mental Kanak-
Kanak
PEMBELAJARAN
PENEMUAN BRUNER
Bruner berpendapat bahawa guru seharusnya
membekalkan kanak-kanak dengan pengalaman untuk
membantu mereka menemui sesuatu idea, konsep atau
pola.

Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan dengan
satu fenomena.

Contohnya, mengapa air terkumpul pada bahagian luar
gelas yang mengandungi ais di dalamnya.

Selepas fenomena ini diperkenalkan, pelajar
dikehendaki menyiasat bagaimana fenomena ini boleh
terjadi.

Setelah jawapan diperoleh, jawapan tersebut
dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam
kelas.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN
Kanak-kanak
belajar
melalui
pengalaman.
Guru perlu
menyediakan
peluang untuk
kanak-kanak
meneroka,
menyentuh dan
merasa.
Kerja berkumpulan
dan sesi
perbincangan perlu
diadakan dari masa
ke semasa, ini
kerana Bruner
menekankan
pembelajaran yang
terhasil daripada
interaksi antara
guru dan murid
serta murid dan
murid
4. TEORI GAGNE
Teori Pembelajaran Gagne memperkenalkan 5 jenis
atau peringkat pembelajaran.

Setiap jenis atau peringkat pembelajaran itu
memerlukan arahan yang berlainan. Faktor luaran
dan dalaman adalah berbeza mengikut setiap
peringkat /jenis pembelajaran.

Keberkesanan utama pembelajaran pada peringkat ini
adalah untuk mengenalpasti keperluan dan pengisian
bagi melengkapkan pembelajaran peringkat tersebut.

PERINGKAT PEMBELAJARAN GAGNE
1. Maklumat lisan Kebolehan menggunakan
simbol,label dan fakta dalam pembelajaran.
2. Kemahiran Intelek Mencari pendekatan untuk
memperbaiki proses pembelajaran dan pemikiran.
3. Strategi Kognitif Kebolehan memproses maklumat
dan menyelesaikan masalah(menguasai prosesnya
4. Kemahiran Motor- Memanipulasi dan kordinasi fizikal
eg: menulis ,berenang .
5. Sikap mempamerkan tingkah laku dan
tindakan (didedahkan kepada role model
dan perbincangan yang berhemah dan menarik,

SYARAT PEMBELAJARAN GAGNE
Lapan syarat pembelajaran Gagne:


Memotivasikan murid

Mengenal pasti isi kandungan pengajaran yang
hendak diajarkan

Mengingatkan murid tentang pengetahuan lampau
dan mengaplikasikannya.

Mewujudkan pembelajaran secara aktif

Memberikan latihan penggayaan/pemulihan












PERANAN GURU MEMAKSIMAKAN
PEMAHAMAN MURID

Melebihkan pembelajaran secara visual.

Menggunakan BBM yang dapat memberikan
pemahaman yang baik kepada murid.

Menggunakan teknik penyoalan yang bersesuaian
dengan tahap kefahaman murid.

Menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai.


Peranan Guru Memaksimakan
Pemahaman Murid
Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-
murid. Ia menekankan proses kognitif untuk menghasilkan
perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini
juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk
memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.
Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa
pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu
mereka dalam menyelesaikan masalah.
Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus
memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid.

Das könnte Ihnen auch gefallen